WELCOME NOTES


Showing posts with label tutorial. Show all posts
Showing posts with label tutorial. Show all posts

Monday, October 8, 2012

Tips Hadapi Peperiksaan

السلام عليكم
Assalamu'alaikum kpd yg akan menghadapi PMR esok. Antara tip utk hadapi peperiksaan esok:

 1. Mlm ni lepas solat isya, solat taubat, istighfar, solat hajat & istikharah utk mudah jwb soalan
 2.Doakan ibubapa, guru & kwn2 agar ilmu jadi berkat,
 3.Tidur awal & baring mengiring ke kanan,
 4.Sblm solat subuh, solat hjt,
 5. Pastikan sarapan agar ada tenaga,
 6.Pakai perfume & deodorant utk rangsang otak,
 7.Elak bincang di luar Dewan, takut jadi lebih panik,
 8.Doa beramai2,
 9.Masuk Dewan dgn Bismilah, senyum, beri salam & masuk kaki kanan dulu,
 10.Baca doa penerang hati termasuk Al Insyirah,
 11. Bila bingung, istighfar & selawat byk2,
 12.Habis jwb, lakukan doa kesyukuran,
 13.Elak bincang dgn kwn lepas exam.

Terus bersedia utk subjek esok pula. Moga Allah luluskan kalian dgn cemerlang. Amiin
-tips dr Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

 P/s: kredit to FB ISLAM

sign, my signature

Thursday, April 19, 2012

Blog Business En Hubby

السلام عليكم


Disebabkan kebosanan yang melanda hari ini, tiba2 tangan menggatal nak test2 buat homepage untuk business hubby. Ntah macam mana leh terjumpa dgn Wix.com. Alang2 buat je lah website yg memang mudah untuk dibina sbb semua kemudahan sudah ada. Mula2 pilih je yang mana satu template kita nak, then kita ubah mana yg patut ikut keperluan kita. Kumpul smua maklumat business en hubby dan masukkan logo dan gambar2 yg berkaitan. Maka terhasillah website Sofal Resources. Memang seperti yang dikehendaki walaupun nampak simple. Menarik dan tertarik jugak website nih sebab ada 5 gambar slider yg besar terpampang. Cuma disebabkan free maka banyaklah iklan2 yg x sepatutnya... Paling x menyeronokkan, link address yg dia bg memang x cantik. Panjang dan sukar utk mengingatinya. Huhuhuuu... nampak gayanya kena jugak sewa host setahun sekali nih... apa leh wat, smua org wat camtuh... Tapi buat sementara waktu nih, pakai jelah yg free nih dulu.. huhuu. Sblm ni ada try guna blogspot.com tapi sama jugak kene guna dot blogspot dot com. Well.......

Inilah hasilnya, simplekan..

p/s: tp banyak iklan. ahli premium beratus kena bayar setahun. Kena cari domain lain.. huhuu... :'(




sign, my signature

Thursday, May 5, 2011

Easy system for Blogwalking

السلام عليكم

Ada satu lagi idea bagus ciptaan org2 brilliant. Mudah untuk blogwalking, for me lah.. So I wanna share with u all. Itupun kalau u all belum tahu lglah.. Mana lah tau saya ni yg outdated.. huhuu

Idea baru ni saya terbaca kat laman web encik safwan. Mula2 tur saya terfikir, mana aci laman2 web sama setiap kali org len download system tur, nnti untung la website yg dah auto kat dlm system tur. Pastur baru tersedar, kita leh tukar laman web dlm list tur dlm file link.txt. Then refresh system tur. Hehe.. mmg useful.

Kalau anda juga berminat leh la klik sini untuk upload system tur yerr..

Friday, August 27, 2010

Change mouse-cursor into attractive style

Salam,
niza baru jer terbaca chat box ada permintaan dari saudari ichashendyq-aku. Dari Seberang ni kalau x salah ya.. Jadi disini niza beritahu cara2 yang niza sendiri lakukan. Kalau saudari icha ada cara tersendiri, silakan..

Niza buka laman web Flower 59 Cursor @ http://www.cursors-4u.com/ ini dan pilih mana satu yang niza nak. Nak cursor celebrity ker, cartoon ker, food ker, fun animation ker.. Cuma pilih dan click. Bila dapat code just paste kat design/edit html selepas sebelum as showed below.




Thursday, July 1, 2010

Oh bidangku..

Salam sumer,
Tetiber rasa rindu plak ngan bidang comp ku. Sblm ni de amik kursus animasi. Projek besar wat katun. Nilah hasilnya. Antara screenshot2 nyer... Tgk gambar dah tahu storynye kan.. hehe



 

Dah lame tinggal bidang smnjk jd suri rumh spnh mase. huhu.. blog jelah pengubat rindu..
I love my Blog...



Saturday, June 19, 2010

Apa itu "Wawwi Matrix Blogwalking Marketing"?




Apa Sebenarnya Wawwi Matrix Blogwalking Widget ni?

Widget ini berfungsi sebagai widget untuk link exchange dan widget untuk memudahkan blogwalking, yang mana konsepnya Blogwalking sambil mengumpul point. Dan link exchange ni juga diperluaskan ke semua jaringan network bawah kita.
 
Bagaimana Cara Nak Dapatkan Trafik Dari sini?

Secara asasnya, widget ini masih lagi Manual Blogwalking, anda dikehendaki klik pada list name yang ada untuk ke blog blogger lain. Yang pastinya, klik dapat point. Itu kelebihan berbanding BW biasa secara shoutbox. Kalau guna widget ni, blog yang dibuka tu akan paparkan point yang boleh dapat dari blog tu.


So, untuk kumpul point, kena la blogwalking sebanyak mungkin ke blog-blog yang ada dalam list widget kita tu. Nak taknak, widget ni akan digunakan di mana-mana blog untuk mengumpul point.

URL blog niza akan terdapat di blog orang lain dan serterusnya hal ini meningkatkan potensi pelawat tetap di blog owner itu mari ke blog niza.Tak ada jaminan boleh dapat trafik secara 100% automatik pun.. semua masih manual, kena ada blogger yang melawat blog (blogwalking) jadi jika sebelum ini kerja ini telah diterimapakai sejak azali lagi.hehehe, kehadiran widget ini hanya membesarkan range list blogroll tersebar sahaja.. terpulang kepada blogger nak lawat atau tidak (option). Sepatutnya tidak menyalahi mana-mana sistem pengikalanan asalkan ia bukan dijana secara automatik. :-0

Apa Bestnya Point-point ni?

Dengan point-point ni, bolehlah menambah level networking anda, yang mana semakin tinggi level, semakin tinggi kekerapan blog anda akan terpapar di widget2 dan juga trafik akan meningkat sebabnya masing2 cuba mencari point2.


Dengan point ni juga nanti boleh ditukar dengan iklan di widget (terpapar ke semua blog yang ada widget), dengan wang tunai (contohnya RM2 untuk 10000point) dan macam-macam lagi feature yang akan ditawarkan.
 
Tak menyalahi Nuffnang ke?

Sebenarnya widget ni bukannya sistem yang boleh autoclik iklan Nuffnang ataupun auto tambah trafik pada blog tanpa perlu membuka sesuatu blog.

Kat T&C Nuffnang under No. 6: Abuse of Services,

• Directly or indirectly generate impressions, page views, unique visits of or clicks on any Ad through any automated, deceptive, fraudulent or other invalid means, including but not limited to repeated manual clicks and the use of robots; and

itu kalo auto..sistem ni pulak memang manual. Kena manual click dan melawat blog tuu pada bloglist, baru boleh bagi trafik. Bukannya, pasang jer, terus trafik masuk. NO, NO!! Kena juga blogwalking, tapi bila guna widget ni, selain dapat point, network berkembang, makin ramai akan datang ke blog kita sebab nama dah kuar kat widget ramai orang. Macam tu laa konsepnya.

Pengasas WAWW ckp Nuffang dia haramkan autosurf dan klik iklan masing2x atau sesama sendiri dll, aktiviti blogwalking banyak melibatkan trafik exchange sesama blog, Sistem Widget ini adalah Sistem matrix blogroll. Tidak ada jaminan 100% setiap blogger boleh dapat trafik berjuta-juta secara automatik sebab ia adalah sistem manualsurf sama sahaja seperti akak ada listblogroll dan hari2x lawat blogroll itu untuk blogwalking.
 
Berbaloi ke Pasang Widget ni?

Tiada niat untuk mempengaruhi sesiapa pun, lagipun widget ni cam best :) Bila lagi nk sokong produk keluaran anak tempatan kan. Kalo nak cakap berbaloi ke tidak, kena tunggu la tempoh lebih lama sebab ni niza pun baru pasang x sampai sebulan pun. Berbaloi ke tak? Mungkin nanti bila banyak features, akan nampak lebih berbaloi dengan menda ni.

Macam Mana Nak Pasang Widget Ni?

Isi borang yang anda jumpa pada widget tersebut. Borang ni hanya visible pada blogger yang masih belum mendaftar. Visitor akan nampak form ni, tapi bukan tuan punya blog.


REF = Downline kita pada level 1. Jumlah REF depend on account kita.

LV = Upline kita.

Macam mana nak check points, Network dll ?
Pada widget anda, klik nama anda sendiri di bahagian paling atas, dan refer widget anda untuk kod dibawah:




KOD: ACC
Keterangan: Jenis Akaun kita, perlu ditingkatkan melalui point. Sebab tu kena kumpul point banyak2.

KOD: $$$
Keterangan: Feature tukaran wang dengan point (akan datang)


KOD: POINT
Keterangan: Point yang berjaya dikumpulkan melalui BW dengan Widget ini. Dan 5000 point dari contest yang disertai (buat entry pasal widget).


KOD: TBWK
Keterangan: Today Blogwalking - ex 9 klik hari ini ke blog lain dengan gunakan widget pada blog kita. Mungkin kita ataupun visitor lain. Ingat, wajib visit 2 link REF minimum untuk kekal aktif


KOD: LBWK
Keterangan: Last Blogwalking (tarikh)


KOD: HIT
Keterangan: hit klik biasa berapa banyak hit orang klik ke blog kita. Biasanya jumlah HIT lebih banyak sebab ada pelawat y mai tak klik finish selepas timing tamat tempoh atau dah terlawat 2-3 kali


KOD: HITUC
Keterangan: klik Unik yang berkualiti (1 hari, 1 IP) yang akan deduct sejumlah points dan berapa banyak/ramai dah lawat blog ade satu2 blog tur melalui widget yg telah ditolak Cost Per Click (CPC) pointsnya


KOD: LV1 dan seterusnya
Keterangan: 6 sebab matriks ssetengah blog 6x5 jer (korang yang baru 5x5)..so hanya boleh ada 6 downline jer bawah blognya. Yang mendaftarkan blog dia dengan widget niza akan direct ke bawah downline niza yg LV2 ni. kiranya sapa yang duk bawah niza ni, akan dapat free downline. Ini yang dimaksudkan dengan konsep autospillover. Yang lain akan direct ke LV seterusnya.. Untuk niza maksimumkan point lagi, kena cukup LV2 6x5 pulak dan seterusnya. (5 downline setiap blogger pada LV2)


Related link to refer:Cabaran 1 (11 Jun 2010 – 30 Jun 2010)
DJ - Aj on WAWWI 
Wawwi Matrix BlogWalking – Tukar Trafik Jadi Duit

P/S:
siap ada contest lagi gitu.. let's join, just click my 'Wawwi Matrix Blogwalking' at the blog side to register . Then click Cabaran 1 (11 Jun 2010 – 30 Jun 2010) to join the contest... :)





Friday, June 11, 2010

Tips mudah belajar memandu


Salam,

Tiba-tiba ari ni terfikir teringin sangat nak belajar memandu. Boleh ler kalu nak gi mane2. Bawak anak2 gi taman petang2. Cian diorang dok dlm umah jer. Dok umah flat ler katakan. Nak pindah asyik terbantut jer. Bila kita berkenan rumah ni, hubby lak tak berkenan. Begitulah jua sebaliknya. Last2 duk la umah ni nak dekat tiga tahun dah. HUHU..  Eh eh.. lari tajuk plak. Citer pasal nak blajar memandu ni.. dah 2 kali dah bawak kete kat area kampung ditemani orang sebelah. Siapa lagi kalau bukan hubby. Kalu tak, tak gerak la kete tur.. hihii. Entah bila nak start g belajar memandu untuk dapat lesen. Bila pikir2 tgu anak nak skolah baru nak blajar. Tapi bahaya kalu baru pandai, antar plak anak g skolah. Kan bagus kalu blajar dari skang. Dah pro bru le antar anak gi skolah dgn yakin. Herm.. Buang tabiat gayat!! Aku mesti belajar memandu.. Tapi kenalah tahu tips belajar memandu dulu. Tips ni diambil dari blog TIPS BELAJAR MEMANDU. Bagus blog tur. Smua tips untuk memandu ada. Semangat naik nih.. hehe. Antara tips untuk yang baru nak belajar memandu, mari kita kongsikan bersama2:

1. Anda perlu tahu dan mengenali alat kawalan dalam kereta.Contohnya seperti bagaimana hendak laraskan tempat duduk dengan selesa,stereng,pedal clutch,pedal brek kaki,pedal minyak,gear,brek tangan,cermin.

2. Kemudian mula mengetahui cara hendak hidupkan engin dan matikan engin.

3. Anda perlu tahu bagaimana hendak menggerakkan kereta.Guna gear apa dan hendak tekan pedal apa.

4. Anda perlu tahu bagaimana hendak perlahankan kereta dan bagaimana hendak berhentikan kereta dengan betul dan selamat.

5. Anda perlu tahu bagaimana hendak mengawal stereng jika hendak bergerak lurus,hendak membelok ke kanan atau ke kiri.

 Selamat belajar memandu kepada yang baru nak belajar..
P/s: kpd yg tinggal atau nak ambil lesen di Kuantan, saya syorkan belajar dgn uncle Unik. Uncle ni kalau ajar x marah2, ikut kita lah nak belajar bila2, cara dia ajar pun mudah faham. Dia pernah cakap ngan saya kalau ada budak2 nak belajar rekemen lah dia. Nanti dia bg Tips. Tapi atas jasanya mengajar saya sehingga lulus, saya rekemen kan dia di sini free of charge. Hehe... Belum cuba belum tahu, try lah... Uncle Che Unik 0192151674... (updated 2012)


Wednesday, June 2, 2010

Tips Berguna untuk Blogger

Bagaimana Untuk Dptkan Trafik Lebih 1 000 000 Visitor di Blog Anda...JOM TERJAH....

(TUTORIAL)

Hah percaya tak anda akan dapat trafik 1 000 000? Tak percaya? meh sini kita percayakan.
ha...percaya atau tidak...tu terpulang pada u alls...saya hanya manusia biasa yang boleh tunjuk jalan dan berusaha....xkan korang nak duduk diam jer...jom cuba...insyallah 1 000 000 visitor datang nya...... Jom kita ramai-ramai bloger-bloger cuba trick kat bawah, benda ni pon saya dapat dari page Blog Hanz Thanks kepada anda dengan tips ini. 1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini. Kemudian beri tajuk yang menarik. 2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.
15.Bingkisan Naluri
PERATURAN!!!
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1. 2. Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1, yang No.3 jadi No.2, yang No.4 jadi No.3 dan seterusnya. 3. Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15). ***So urutannya jadi mcm nie....
15. BLOG ANDA
4. Ingat! Jangan Ubah urutan daftar link itu. Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut: Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1 Posisi no.14, Jumlah backlink = 5 Posisi no.13, Jumlah backlink = 25 Posisi no.12, Jumlah backlink = 125 Posisi no.11, Jumlah backlink = 625 Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125 Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625 Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125 Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625 Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125 Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625 Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125 Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625 Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125 Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625 Kita sama-sama cuba jaya okk…. Selamat mencuba!!! ***Ingat...jangan menipu...tolong menolong sesama rakan blogger untuk mendapat trafic yang banyak...