WELCOME NOTES


Tuesday, June 7, 2011

Luv u all, mY FrenZ n mY FolloWer

السلام عليكم
Luv u all in my heart Caught My Heart   

Pot Of Goldmarz 

**If One Day..** 

If one day you feel like 
crying...
 

Call me. 
I don't promise that
I will make you laugh, 
But I can cry with you.
If one day you want to run away- 
Don't be afraid to call me. 
I don't promise to ask you to 
stop... 
But I can run with you. 

If one day you don't want to
listen to anyone... 
Call me.
                
I promise to be there for you. 
And I promise to be very quiet.
                                         
But if one day you call... 
And there is no answer... 
Come fast to see me. 
Maybe I need you.
                                        
If I ever ignored you. 
I'm Sorry...
                                
If I ever made you feel bad or put you 
down. 
I'm Sorry... 
                               
If I ever thought I was bigger or better 
than you.
                                           
 I Luv You...            
              
Don't ever forget that! Through bad times                                           
and good,
                                      
I'll always be here for you. 
                                           
I am Sorry...
                                   
For everything wrong I've ever done.
                           
 I'm writing this because what if tomorrow                                                
never comes?
                           
What if i never get to say good-bye or give                                                     
uolls a BIG hug?  

   
What if i never get to say I'm sorry or I                                                
 love you?
                                  
Because what if tomorrow never comes?
                                           
I LOVE YOU!

                                        
 FRIENDS ALWAYS!!!                                            


Betapa Agungnya Tuhan

السلام عليكم

Betapa agungnya Tuhan...



Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya.
Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai.
Rata-rata penduduknya adalah penganut agama Islam.


Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.


Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan
kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa syarat.


Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.


Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu.


Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian. Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul.


Cendekiawan pula menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul. Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.


Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi... Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau
kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan. Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul... Maka tamatlah sesi perdebatan.


Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...


"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tunku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari. Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah). "


"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari, maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam. "


"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan
bumi. "


"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu? Jawapannya telur... betullah.. Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya. " Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.


Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...


" Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu. Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.


Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia. "


" Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba. Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.


Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!


Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi... "


Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut.


Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.


Wallahua'lam...



Bahaya Air Kencing Tikus

السلام عليكم

(Cerita ini dari kawan yang menghantar alkisah benar kepada saya)

Assalamualaikum wbt seluruh rakyat Malaysia............
Baru-baru ini saya berjumpa dengan seorang kawan saya di Bangi untuk berbual kerana dah lama tak berjumpa. Dia bagitahu yang dia baru jer balik dari menguruskan jenazah di negeri di selatan tanahair kerana salah seorang bapa kawannya telah meninggal dunia kerana disyaki keradangan otak.

Menurut beliau sukar dia nak percaya kejadian yang berlaku kepada arwah kawan bapanya. Kerana arwah nie sihat sepanjang hari sebelum meninggal. Tiba-tiba jer kena macam strok masa kat umah dia. Terus jatuh pengsan tak sedarkan diri sehinggalah ke akhir hayat beliau. Keluarga arwah pun bawa ler bapanyer tu ker klinik. Doktor yang periksa arwah nie bagi tahu dia kena strok. Dia terus refer kes ni ke hospital besar. Sampai jer ke hospital terus kes nie dirujuk ke bahagian ER. Doktor yang pekse arwah nie cakap takdelah pulak tanda-tanda kena strok.

Bila buat pemeriksaan CT pada bahagian kepala arwah doktor kat situ semua terkejut sebab ada sesuatu kat dalam sistem otak arwah. Bila diaorang check pun check diaorang dapati ada sejenis cairan di dalam otak arwah. Doktor amik sample apa yang patut pada arwah. Tapi saya tak pasti samada dia amik kat kepala ker atau kat bahagian lain. Bila dibuat ujikaji di makmal doktor kat makmal tu heran macam mana cairan sample yang dia amik tu mengandungi peratusan tertinggi kandungan asid yang sering terdapat pada air KENCING TIKUS. Semua orang heran macam mana kencing tikus nie boleh ada pada sistem otak arwah. Doktor bertanya dengan family arwah ada ke arwah ambil apa-apa makanan di luar rumah baru-baru nie.

Mengikut family arwah, arwah nie bukan lah jenis yang suka makan kat luar. Dia nie suka makan apa yang masak oleh isterinya jer. Tikus pun tak penah nak ada dalam umah diaorang. Bila diselidik semula barulah family arwah nie teringat yang arwah baru-baru nie ada beli beberapa air minuman dalam tin. kalau tak silap saya air tin bergas. Doktor minta pagawainya ke rumah arwah bawa sample dalam air tin tu untuk diuji. Setelah diuji, kandungan air dalam tin tu tak menunjukkan apa-apa tanda ada kesan air kencing. AKAN TETAPI pegawai makmal menguji sampel pada permukaan air tin tu. Doktor pun dapatlah jawapan macam mana arwah nie kena jangkitan pada otaknya.

Rupa-rupanya air dalam tin tak tercemar, yang tercemarnya adalah permukaan air tin tue jer. Mengikut doktor tu mungkin tikus telah merayap pada air tin tu sebelum tikus tu kencing pada air tin yang arwah beli Kalau dilihat secara fizikal manalah mata kasar kita nie boleh nampak kesan air kencing tikus nie kalau air kencing tu dah kering.
Jadi kepada semua rakyat malaysia, berhati-hatilah bila saudara dan saudari membeli mana-mana barangan jenis tin atau berbentuk makanan yang dipack dari mana-mana kedai atau supermarket kerana dikhuatiri perkara nie berulang. Pasti bekas tin atau makanan dipack yang dibeli dicuci sebelum digunakan atau diminum atau dimakan. Kita semua pun tahu bahaya tikus nie keje dia merayap kita tak boleh nak salahkan dia dah fitrah dia macam tu.....dan kita pun tahu yang tikus nie membawa pelbagai penyakit. Jadi kita kenalah berhati-hatilah ketika membeli barangan untuk keperluan nutrien dan diet kita seharian.

Akhir sekali kita sedekahkan lah Al-Fatihah kepada arwah semoga roh arwah dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.