WELCOME NOTES


Thursday, July 8, 2010

5 Sahabat Sejati

Salam,
Disini ada satu kisah hebat yang ingin saya kongsikan bersama sahabat2 sekalian. :) Teruskan membaca dan jangan berhenti di tengah jalan cerita yer.. hihi

Su, dah lama aku melupakan kau. Tak macam dulu.Contohnya tadi, aku betul-betul lupa, Su. Pagi tu, aku bangun lambat. Dekat-dekat pukul lapan. Kelam kabut aku bersiap untuk ke kelas, mana tidaknya, malam tadi aku tidak tidur semalaman. Assignment bertimbun. Report makmal latihan la, latihan Kaedah Berangka la, ulasan buku la. Tu belum lagi dengan preparation kuiz elektronik esok. Lecturer-lecturer ni pun satu, macam dah pakat ramai-ramai je nak bagi assignment banyak-banyak. Diaorang ingat aku ni apa? Robot ke? Menyesal aku tak siapkan awal-awal assignment tu. Kalau tak, takdela ia jadi macam ni. Minta maaf, Su. Aku bukannya tak nak jumpa kau, tapi kau faham-faham je lah keadaan aku. Bukan kau sorang je aku lama tak jumpa, Su.

Zu pun lama aku tak jenguk. Kesian Zu. 'Sorry' bebanyak la, Zu. Aku sekarang lambat balik kelas.Pukul satu. Tu pun kalau takde kelas petang. Kalau ada kelas petang, harus aku terpele'ot. Balik je, lapar-lapar tu, aku terus je pergi kedai Mak Ngah. Ala, kedai nasi lemak 'power' tu. Lepas pekene nasi lemak Mak Ngah, aku tak lengah,terus tidur. Kadang-kadang sekejap, biasanya lama. Aku tahu, Zu. Dulu aku rajin jumpa kau 'time-time' macam ni, tapi sekarang aku pun tak tau kenapa aku tak dapat jumpa kau. Aku takde masa, Zu.

As, kau sorang lagi kawan rapat aku dulu. Nampak macam aku dah mengabaikan kau aje sekarang ni. Aku sibuk, As. Petang-petang aku pergi 'library', 'study'. Takpun, ada meeting time tu. Kau kantau, aku presiden
Kelab Kebersihan. Kejap-kejap ada je program. Aku kene jaga anak-anak buah aku tu. Diaorang tu bukan tau sangat buat keje. 'Meeting' pulak tu, bukan tau nak sekejap, mesti lajak sejam dua punya. Kalau meeting 'start' pukul 4, harus pukul 6 baru 'settle'. Tu belum kira borak-borak kosong lagi. Diaorang ni, kalau 'meeting' tak lama, tak mahasiswa la kononnya.

Mag pun aku dah ingat-ingat lupa. Agaknya sebab enkau ni ganjil, kot. Yang lain tak ganjil macam kau. Macam mana aku nak jumpa kau, Mag. Sekarang ni, latihan bola sepak tengah giat. 'Coach' nak pilih pemain-pemain handal aje untuk 'team' dia. So, latihan pun dipanjangkan. Aku pulak, mestilah berlatih bersungguh-sungguh. Aku dulu pemain sekolah. Kalau aku tak terpilih, malu besar la aku. Mana aku nak letak muka aku ni. Kawan-kawan aku semuanya kaki bola. Diaorang semua balik lewat. Main sampai hari gelap. Kalau aku balik awal, alamat balik sorang-sorang la aku. Aku dah la menumpang motor orang. Balik aje dari main bola, aku tak terus mandi. Mana boleh mandi masa berpeluh, panau nanti. Agak-agak penat dah hilang, baru aku mandi.

Lepas mandi, member-member aku semua ajak keluar makan. Aku tahu ada temujanji dengan Is malam ni, pukul lapan setengah. Tapi member-member aku dah tunggu. Kalau aku tak pergi, nanti diaorang kata aku sombong la, macam-macam. Tu yang aku tak nak dengar tu. Dah tu kita orang lepas makan, sembang la pulak. Lepas satu topik, satu topik keluar. Balik lewat malam. Layan pulak VCD Hindustan lepas tu dengan member-member. Is,'sorry'. 'Last-last',semuanya aku tinggalkan.

Kawan-kawan semua,untuk pengetahuan korang, nama sebenar kawan- kawan aku tu, Su, Zu, As, Mag dan Is masing-masing adalah Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak. Korang semua janganlah jadi macam aku. Jagalah mereka dengan sepenuh jiwa dan raga. Mereka semua adalah 'kawan sejati' kita yang sebenar, yang akan "backing" kita kat akhirat nanti. Semoga cerita rekaan yang takde kaitan dengan sesiapa ni menjadi pengajaran dan iktibar kepada kita semua.

Wallahua'lam.


Sekadar jenaka


Kerja

NTUC : Kamu di buang kerja?!
Pekerja : Tapi saya tidak melakukan apa-apa Encik!!
NTUC : Menurut majikan kamu, itu lah sebabnya mengapa kamu diberhentikan...

Makan
Sebuah keluarga yang terdiri dari ayah, ibu dan seorang anak sedang makan malam bersama.
Anak : "Ayah, di..."
Ayah : "Diam! Sewaktu makan tidak boleh bercakap!"
Setelah selesai makan...
Ayah : "Nak, waktu makan tadi apa yang ingin kau katakan?"
Anak : "Ayah, di daun salad yang ayah makan tadi ada ulat!"

Janda
Disini saya ingin menceritakan sebuah kisah mengenai seorang janda yang baru sahaja kematian suami.... Hasnah seorang janda kaya yang baru sahaja kematian suaminya akibat kemalangan jalanraya. Beliau masih muda lagi dan mempunyai potongan badan yang cantik. Sejak kematian suaminya, beliau sentiasa diusik oleh jejaka-jejaka kampung yang sudahblama memendam rasa kepadany a. Namun begitu, Hasnah tidak pernah melayan karenah pemuda-pemuda kampung tersebut, kerana hatinya masih lagi merindui arwah suaminya... Walaupun.... hatinya berasa sepi ketika waktu ini. Lebih-lebih lagi diwaktu malam... Rasa sepi hatinya tiada siapa yang tahu... Pada satu malam, kira-kira pukul 2 pagi.... beliau bangun dari katilnya... badannya terasa panas.... tekaknya terasa haus.... beliau terasa begitu dahaga sekali. Beliau bangun dan keluar dari bilik menuju ke dapur,... sampai saja didapur... beliau terus membuka peti ais dan mengambil sebotol air sejuk.... beliau tuang kedalam cawan dan meminumya... Setelah meminum air tersebut.. beliau kembali kedalam bilik dan tidur semula...
Sekian... Terima Kasih Itulah kisah seorang janda yang dahaga...........
Wah, sepenuh hati korang mambaca nyer. Mentang2 lah Janda..haaa....

Berat Badan
Jenny mempunyai masalah berat badan, lalu menemui doktor untuk mendapatkan rawatan dan nasihat. Daripada pertemuan singkat itu dia dinasihatkan supaya berlari 16km sehari selama sebulan. Doktor Sin Chan juga memberi jaminan bahawa cara itu amat berkesan. Jenny mengikut nasihat yang diberikan. Selepas 30 hari mengamalkan, berat badannya turun sebanyak 10 kg. Dia terlalu gembira lalu menelefon Doktor Sin Chan. "Tapi sayer ader masalah besar nih...." katanyer. "Apa masalah awak?"DOKTOR BERTANYER..... "Macam mana saya nak balik doktor, skang nie,....saya berada 480km dari umah........

Telefon
Suatu ketika ada seorang ingin menelefon Mr. Brown.
Penelefon : Hello, boleh saya bercakap dengan Mr. Brown?
Penerima : Oh, ini Mr. Black.
Penelefon :Oops Sorry, wrong color!
Keretapi
Satu pagi di stesen keretapi... Ada satu makcik tu dia tanya Attenden kaunter.
Makcik: Anak, keretapi sampai jam berapa??
Attenden kaunter: yang dari Alor Setar sampai j am 2 petang, yang dari Kota Bharu sampai jam 1 petang, yang dari Kuala Lumpur sampai jam 4 petang, yang dari Gemas pulak satu jam lagi sampai la. Makcik nak pergi mana??
Makcik: Tak ke mana. Makcik nak melintas aja. Terima kasih lah anak, ni maknanya takdelah keretapi lalu sekarang kan... ? Terima kasih banyak-banyak. Makcik tumpang lalu ye..."


2 Malaikat

RENUNGAN KITA BERSAMA


Assalamualaikum wr wb,
Rasulullah s.a.w. ada bersabda, katanya, “Setiap anak Adam akan dijaga oleh dua malaikat. Malaikat yang di sebelah kanan lebih berkuasa dari yang sebelah kiri. Sekiranya seseorang anak Adam melakukan dosa maka malaikat yang di sebelah kiri akan bertanya pada malaikat di sebelah kanan katanya, “Apakah yang harus aku catit?” Kata malaikat di sebelah kanan, “Jangan kamu catit dahulu dosanya sehingga ia melakukan 5 kesalahan.” Malaikat yang di kiri bertanya lagi, “Kalau ia telah melakukan 5 kesalahan, apa yang harus aku catitkan?” Jawab malaikat kanan, “Biarkannya, sehingga ia membuat kebaikan kerana kami telah diberitahu oleh Allah s.w.t bahawa satu kebaikan akan mendapat 10 pahala. Oleh itu hapuskanlah 5 kesalahannya yang lalu sebagai tebusan dan kami masih simpankan untuknya 5 pahala lagi.” Tercenganglah syaitan mendengarkannya lalu berkata, “Kalau macam ini sampai bilakah aku dapat merosakkan anak Adam.” Demikianlah rahmat Allah pada hambanya, kasih sayangNya melimpah ruah tiada terbatas hanya hambanya saja yang lalai dan leka dengan keseronokkan serta kemewahan dunia.

Al-Quran:  “Say Your Prayers Before Prayers For You Are Said”.




Bila Iblis Bentang Sejadah

Salam, kengkawan, saya ada terbaca mengenai artikel ni dlm email saya. Menarik juga kisahnyer. Apa kata kita berkongsi sama cerita ini.

Siang menjelang zuhur. Salah satu Iblis ada di Masjid. Kebetulan hari itu hari Jumaat, saat berkumpulnya orang. Iblis sudah ada di dalam Masjid. Ia nampak begitu khusyuk. Orang mulai berdatangan. Iblis menjelma menjadi ratusan bentuk & masuk dari segala penjuru, melalui jendela, pintu, ventilation atau masuk melalui lubang pembuangan air. Pada setiap orang, Iblis juga masuk melalui telinga, ke dalam saraf mata, ke dalam urat nadi, lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jemaah yang hadir. Iblis juga melekat di setiap sejadah.

"Hai, Blis!", Kiyai berseru, ketika baru masuk ke Masjid itu.

Iblis merasa terusik : "Kau kerjakan saja tugasmu, Kiyai. Tidak perlu kau melarang saya. Ini hak saya untuk mengganggu setiap orang dalam Masjid ini!", jawab Iblis marah.

"Ini rumah Tuhan, Iblis! Tempat yang suci, kalau kau mahu mengganggu, kau lakukan diluar nanti!", Kiyai coba mengusir.

"Kiyai, hari ini, adalah hari uji coba sistem baru". Kiyai termangu.

"Saya sedang menerapkan cara baru, untuk menjerat kaummu"

"Dengan apa?" tanya Kiyai.

"Dengan sejadah!" jawab Iblis

"Apa yang dapat kau lakukan dengan sejadah, Blis?"

"Pertama, saya akan masuk ke setiap pemilik saham industri sejadah. Mereka akan saya jebak dengan mimpi untung besar. Sehingga, mereka akan tega memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang sedikit, demi keuntungan besar!"

"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai.

Tidak ada yang baru, Blis?"

"Bukan itu saja Kiyai*" tukas Iblis.

"Lalu?" Jawab Kiyai.

Iblis menjawab, "Saya juga akan masuk pada setiap designer sejadah. Saya akan menumbuhkan gagasan, agar para designer itu membuat sejadah yang lebar-lebar"

"Untuk apa?" tukas Kiai.

"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa egois di setiap kaum yang Kau pimpin, Kiyai! Selainnitu, Saya akan lebih leluasa, masuk dalam barisannsholat. Dengan sejadah yang lebar maka barisan shaf akan renggang. Dan saya ada dalam kerenganggan itu. Di situ Saya dapat ikut membentangkan sejadah". jawab Iblis dengan yakin.

Dialog Iblis dan Kiyai terputus seketika. Dua orang datang, dan keduanya membentangkan sejadah. Keduanya berdampingan. Salah seorang memiliki sejadah yang lebar. Sementara yang seorang lagi, jadahnya lebih kecil. Orang yang punya sejadah lebar tanpa melihat kiri kanan terus sahaja membentangkan sejadahnya. Sementara, orang yang mempunyai sejadah lebih kecil, tidak sedap hati jika harus mendesak jemaah lain yang sudah terlebih dahulu datang. Tanpa berfikir panjang, pemilik sejadah kecil membentangkan saja sejadahnya, sehingga sebahagian sejadah yang lebar tertutup sepertiganya. Kemudian keduanya melakukan sholat sunnah.

"Nah, lihat itu Kiyai!", Iblis memulai dialog lagi.

"Yang mana?" Kiyai menjawab.

"Ada dua orang yang sedang sholat sunnah itu. Mereka mempunyai sejadah yang berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk diantara mereka". Seru Iblis yang kemudian lenyap. Ia sudah masuk ke dalam barisan shaf. Kiyai hanya memperhatikan kedua orang yang sedang melakukan sholat sunnah. Kiyai akan melihat kebenaran rencana yang dikatakan Iblis sebelumnya. Pemilik sejadah lebar, rukuk. Kemudian sujud. Tetapi, sambil bangun dari sujud, dia membuka sejadahya yang tertindih, lalu meletakkan sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil kembali berada di bawahnya. Dia kemudian berdiri. Sementara, pemilik sejadah yang lebih kecil, melakukan perkara yang serupa. Dia juga membuka sejadahnya, kerana sejadahnya ditindih oleh sejadah yang lebarn. Keadaan ini berjalan sampai akhir sholat. Bahkan, pada ketika sholat wajib juga, kejadian-kejadian seperti ini beberapa kali terihat di beberapa masjid. Orang lebih memilih menjadi di atas, daripada menerima di bawah. Di atas sejadah, orang sudah berebut kekuasaan atas lainnya. Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka, ia akan meletakkan sejadahnya diatas sajadah yang kecil. Sejadah sudah dijadikan Iblis sebagai perbedaan kelas. Pemilik sejadah lebar, diindentitikan sebagai para pemilik kekayaan, yang setiap saat harus lebih di atas dari pada yang lain. Dan pemilik sejadah kecil, adalah kelas bawahan yang setiap saat akan selalu menjadi subordinate dari orang yang berkuasa. Di atas sejadah, Iblis telah mengajari orang supaya selalu menguasai orang lain.

"Astaghfirullahal adziiiim", ujar sang Kiyai perlahan.

Wallahu'alam Bisshawab


~ kawal emosi, hidup lebih bererti, life is short, make it's sweets ~