WELCOME NOTES


Monday, September 27, 2010

Panduan Kesihatan Secara Islam

LARANGAN-LARANGAN TERRHADAP AMALAN PERBUATAN DAN KEBIASAAN YANG BOLEH MEROSAKKAN KESIHATAN TUBUH BADAN

1. Tidak boleh sama sekali berjimak ketika berada di dalam terlalu kenyang atau terlalu lapar.
2. Mandi setelah makan.
3. Sentiasa berada dalam keadaan keluh-kesah dan berdukacita.
4. Berada dalam keadaan terlalu lapar.
5. Berjaga malam selain dari qiamullail.
6. Memakan daging yang tidak disembelih mengikut hukum Islam.

FAKTOR-FAKTOR YANG MENGUATKAN TENAGA TUBUH BADAN

1. Memakan daging.
2. Selalu menghidu bau-bauan yang sedap.
3. Banyak mandi yang bukan dari mandi kerana jimak.
4. Sentiasa memakai pakaian yang diperbuat dari kapas.
5. Mandi dalam keadaan perut yang sederhana, tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang.
6. Memakan makanan yang agak manis.

FAKTOR YANG BOLEH MENDATANGKAN PENYAKIT

1. Bercakap banyak.
2. Tidur banyak.
3. Makan banyak.
4. Banyak jimak.

4 FAKTOR YANG BOLEH MELEMAHKAN BADAN

1. Banyak jimak.
2. Sentiasa berada dalam dukacita dan keluh kesah.
3. Banyak minum air yang bercampur dengan air liur kita sendiri.
4. Banyak memakan makanan yang serba masam.

SUPAYA BADAN SENTIASA SIHAT

1) Minumlah madu lebah asli yang dibubuhkan ke dalam air sejuk(masak).
2) Sentiasa meminum air lebihan (baki) dari wuduk.

BAGI MENAMBAHKAN KECERDASAN AKAL

1. Tinggalkan dari bercakap kosong.
2. Sentiasa bersugi.
3. Sentiasa bersama-sama dengan orang alim.

MAKANAN ATAU MINUMAN YANG TERJATUH LALAT KE DALAMNYA, MAKANLAH, JANGAN DIBUANG

Jika terjatuh lalat ke dalam makanan atau minuman, hendaklah anda tenggelamkan keseluruhan badannya ke dalam makanan atau minuman itu, kemudian ambil dan buangkan lalat itu. Ia tidak beracun lagi/sudah selamat digunakan. Ingat jangan membazir, orang yang membazir itu adalah saudara atau sahabat syaitan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA MENJADI PELUPA/MELEMAHKAN DAYA INGATAN DAN KEFAHAMAN

1. Melihat pekara-pekara yang haram.
2. Melancap.
3. Membuang air kecil semasa sedang menggosok gigi.
4. Meminum minuman atau memakan makanan yang bercampur semut.
5. Tidak membaca Al-Quran.
6. Meminum atau memakan yang haram atau yang diperolehi dengan cara yang haram.
7. Mengumpat dan mengata.
8. Terlalu memikir tentang wanita atau sebaliknya.
9. Asyik bercinta-cintaan (bukan cara Islam).
10. Terlalu memikirkan yang bukan-bukan.
11. Sentiasa berada dalam keluh kesah atau dukacita.

LARANGAN DAN PERATURAN SELEPAS MAKAN

1. Di larang keras tidur selepas makan kerana mendatangkan keras hati
2. Hendaklah berjalan selepasnya sekurang-kurangnya 40 langkah.
3. Sebaik-baik hendaklah bersembahyang selepasnya supaya makanan mudah hadam.

SUPAYA AIR YANG DIMINUM MENDATANGKAN KESIHATAN UNTUK BADAN SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN MEMINUM AIR DI WAKTU-WAKTU BERIKUT :

1. Selepas bersenam, bersukan atau melakukan kerja-kerja berat.
2. Selepas berjimak.
3. Selepas makan atau sebelumnya.
4. Ketika sedang makan.
5. Selepas memakan buah-buahan.
6. Selepas keluar dari bilik mandi.
7. Ketika terjaga dari tidur.

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH S.A.W.

1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.

WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR

1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
2. Selepas masuk waktu Asar.
3. Tidur di bawah cahaya matahari waaupun terkena separuh dari badan.

BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
2. Merosakkan warna kulit.
3. Melemahkan jantung.
4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
6. Melemahkan kecerdasaan akal.

CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR

1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.

PEKARA-PEKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA

1. Banyak melakukan jimak.
2. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
3. Banyak minum air di waktu pagi.
4. Banyak memakan atau meminum yang seba masam.

SEBAB-SEBAB UTAMA DITIMPA PENYAKIT JANTUNG

1. Merokok yang berterusan.
2. Kolestrol yang berlebihan (punca yang utama).
3. Kurang tidur.
4. Sentiasa mandi di tengah malam.
5. Berjimak di dalam air atau ketika udara terlalu sejuk.
6. Melakukan kerja secara berterusan.

FAKTOR-FAKTOR YANG MEMBAWA KEPADA LEMAH DAYA PENGLIHATAN

1. Melihat kepada benda-benda kotor.
2. Melihat kepada palang +/salib.
3. Melihat kepada alat kelamin perempuan atau bayangan luar.
4. Duduk dengan membelakangkan kiblat.
5. Berpagi dan berpetang dengan muka yang muram.
6. Banyak menangis.

p/s: terpulanglah kepada pembaca untuk dijadikan amalan kerana tiada hadis dan firman yang mengesahkannya.. huhu



Gejala-gejala Penyakit Rohani

Firman Allah yang bermaksud:
‘Dalam hati mereka ada penyakit, maka Allah tambah penyakit mereka dan adalah bagi mereka siksaan yang pedih dengan sebab apa-apa yang mereka dustakan’.
(Q.S. Al-Baqarah, ayat 10) 

LEMAH DAYA KERJA
Jika seseorang itu sihat rohaninya ia akan memiliki kemampuan beramal yang tinggi, ghairah bekerja dan bersemangat untuk maju dalam kebaikan. Sebetulnya orang yang mengidap penyakit rohani akan nampak kemundurannya dalam kemampuan bekerja, hilang ghairah dan semangatnya untuk maju. Yang menonjol hanyalah kelemahan dan kemalasan.

TUMPUL FIKIRANNYA
Orang yang sihat rohaninya mudah menangkap kebenaran, hatinya selalu dipancari (nur) kebenaran. Adapun orang yang sakit rohaninya terlihat adanya kebodohan, kelemahan dalam berfikir sehingga susah menerima kebenaran. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
Ertinya : ‘Tidakkah mereka mahu berjalan di muka bumi, supaya ada bagi mereka hati yang mereka boleh mengerti dengannya, atau telinga yang boleh mendengar dengannya. Sesungguhnya bukan penglihatan yang buta tetapi hati mereka yang ada di dalam dada itulah yang buta’.
(Q.S. Al-Haj, ayat 46)

Mereka begitu susah menangkap kebenaran, sekalipun dengan perbandingan dan perumpamaan sahaja. Dalam hati mereka terdapat kotoran yang menutup mata hatinya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :

‘Dan sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam terhadap sejumlah jin dan manusia. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak mahu mengerti dengannya dan mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar dengannya. Mereka itu seperti binatang, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang yang lalai’.

PENDANGKALAN RASA
Orang yang sihat rohaninya ialah orang yang begitu terkesan apabila mendapat nikmat dan rahmat Allah yang diterimanya dengan penuh syukur. Adapun bagi orang yang tidak pandai bersyukur dengan nikmat Allah dianggap sebagai memiliki perasaan dangkal dan kelemahan zauq. Pendangkalan rasa terhadap nikmat Allah itu dapat dipandang sebagai gejala penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Apabila kesukaran menimpa manusia, mereka seru Tuhan dalam keadaan berserah diri kepadaNya, kemudian apabila ia rasakan kepada mereka rahmat daripadaNya, tiba-tiba segolongan daripada mereka menyekutukan Tuhan mereka.’
(Q.S. Rum, ayat 33)

GELISAH DAN KELUH KESAH
Orang yang sihat rohaninya, terdapat ketenangan pada air mukanya. Sebaliknya orang yang mengalami gangguan penyakit rohani, terdampar pula melalui sikapnya yang diliputi kegelisahan dan keluh kesah. Kegelisahan dan keluh kesah itulah yang merupakan pencerminan daripada ketidak stabilan mental.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
‘Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat gelisah. Apabila bahaya mendatangani dia keluh kesah. Dan apabila mendapat kebaikan amatlah kedekutnya. Kecuali orang yang mengerjakan sembahyang. Yakni mereka yang tetap dalam sembahyangnya’.
(Al-Maarij, ayat 19-23)

LIAR TERHADAP KEBENARAN
Salah satu daripada tanda ketenangan jiwa ialah kecenderungan mencari dan menerima kebenaran dan menolak kebatilan. Fikirannya tenang dan sentiasa mempertimbangkan sesuatu itu dengan baik. Sebaliknya orang yang liar terhadap kebenaran dan tidak senang mendengarkan mutiara-mutiara hikmah dapat dipandang sebagai orang yang terkena penyakit rohani.

Allah s.w.t. berfirman yang ertinya:
‘Apakah di dalam hati mereka ada penyakit, atau mereka ragu ataupun mereka khuatir kalau-kalau Allah dan RasulNya menganiaya mereka. Tidak! Bahkan mereka itulah orang yang zalim.
(Q.S. An-Nur, ayat 50)

BURUK SANGKA
Salah satu daripada tanda penyakit rohani ialah prasangka-prasangka yang buruk, antara lain anggapan yang bukan-bukan terhadap Allah dan RasulNya. Firman Allah yang bermaksud:
‘Dan ingatlah ketika orang munafik dan orang yang dihatinya ada penyakit berkata: ‘Allah dan RasulNya tidak menjanjikan kepada kita melainkan tipuan.’
(Al-Ahzab, ayat 12)

Selain mempunyai prasangka yang buruk terhadap Allah dan RasulNya, ia juga mempunyai prasangka yang buruk dan suka curiga terhadap orang lain tanpa alasan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:
‘Wahai orang yang beriman, tinggalkanlah sebahagian besar daripada sangka-sangka, kerana sebahagian daripada sangka-sangka itu dosa.’
(Q.S. Al-Hujarat, ayat 12)

SUKA MENGHASUT (FITNAH)
Jika orang yang sihat rohaninya selalu rindukan ketenangan, kedamaian dan ketenteraman, sebaliknya orang yang berpenyakit rohani kadangkala suka menghasut dan menimbulkan pergaduhan dan keributan. Sebab itulah sikap suka menghasut dan menimbulkan kegemparan di dalam masyarakat dapat dipandang sebagai penyakit rohani. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

‘Sesungguhnya kalau orang munafik dan mereka yang dihatinya ada penyakit dan penggempar-penggempar (penghasut-penghasut) di Madinah tidak menghentikan (kegiatannya) sudah tentu kami akan perintahkan engkau menyerang mereka, kemudian mereka tiada dapat tinggal berjiran dengan engkau kecuali sementara waktu saja.’
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 60)

MENARUH HATI TERHADAP WANITA YANG SUDAH BERSUAMI
Salah satu gejala daripada ketidak-normalan jiwa ialah sikap menaruh hati dan berkeinginan terhadap wanita-wanita yang sudah mempunyai suami. Kerana itulah, maka Allah memberi nasihat kepada isteri-isteri Nabi s.a.w. Firman Allah s.w.t. bermaksud:

‘Hai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak sama dengan seorangpun dari wanita-wanita lain jika kamu berbakti. Maka janganlah kamu berlembut kata (kepada lelaki lain), kerana akan menaruh harapan (akan timbul keinginan) orang yang hatinya ada penyakit melainkan ucapkanlah perkataan yang sopan.’
(Q.S. Al-Ahzab, ayat 32)

Di antara ahli tafsir ada yang mentafsirkan pengertian penyakit dalam ayat tersebut sebagai syahwat zina. Keterangan ini logik kerana orang yang normal fikirannya tentu dapat membezakan mana yang baik dan mana yang buruk, mana yang halal dan mana yang haram. Adapun orang cenderung kepada hal-hal yang tidak wajar dan menyimpang dari nilai-nilai moral maka ia dipandang sebagai kelakuan yang tidak normal.