Saturday, September 7, 2013
My Photo Wall
Check out my latest creation using Photo Wall for iPad. Find out more details at http://www.iAppStreet.com
Cheers,
Sent from my iPad
Little Caliph Sports Day (07092013)
Bahasa Bayi
Bunyi 1: Terhasil dari "sucking" refleks
Tip: Tumpukan pada bunyi "N" yang dihasilkan.Bayi mengerakkan lidah ke sekeliling mulut.
Lapar "Neh" adalah bunyi yang terhasil sebagai tindak balas kepada refleksi menyedut (sucking reflex). Ingin menghasilkan bunyi "Neh" anda sendiri? Letakan lidah anda di bahagian belakang gigi atas dan tolak lidah ke "bumbung" mulut. Pada waktu ini, satu-satunya bunyi yang anda mampu buat, keluar melalui hidung seperti NNNNNNN. Sekarang, buka mulut anda sedikit dan gerakan lidah anda seperti menyedut. Ketika lidah menjauhi bumbung mulut, anda akan menyedari bunyi NNN tadi bertukar ke EH atau UH. Inilah bunyi "Neh/Nuh" yang kita cari!
Bunyi 2: Mengantuk: Terhasil dari refleks menguap (yawning)
Tip: Perhatikan mulut bayi berbentuk "O" ketika membuat bunyi ini.
Bunyi "Owh" adalah hasil refleksi menguap (yawn reflex) yang memberi isyarat bayi anda mengantuk. Cuba anda tolak rata lidah anda mengenai barisan gigi bawah serta buka mulut anda seluas-luasnya seperti ingin menguap dan tambah bunyi kepada gerakan anda itu. Sejurus sebelum menguap berakhir dan mulut anda ingin kembali tertutup, dapatkah anda dengar bunyi "owh" anda sendiri?
Bunyi 3: Ingin Sendawa: Terhasil dari pengecutan otot dada
Tip: kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar dengan bunyi "E" yang nyata
Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa (burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar. Ingin pelajari beberapa teknik yang mampu membantu bayi sendawa? Dapatkan DVD Dunstan Baby Language untuk contoh praktikal yang dilakonkan semula.
Bunyi 4: Kembung Perut: Terhasil akibat tekanan abdomen perut
Tip: Sering kedengaran sebagai erangan panjang dan tertekan
Bayi membuat bunyi "eairh" kerana tekanan dalam abdomennya yang mengakibatkan bayi merasa sakit dan tak selesa. Tarikan otot-otot perut menjadikan bunyi yang keluar sebagai "air" dengan tambahan bunyi "r" yang nyata dan semakin nyata bila bayi semakin stress.
Bunyi 5: Tak Selesa: Terhasil akibat refleks pada kulit diiringi gerakan menggeliang-geliutkan(wriggle) badan dengan aktif.
Tip: Dengarkan bunyi "H" yang jelas seperti dihembus atau tercungap-cungap.
Berbeza dengan bunyi "Eh" (ingin sendawa) yang mempunyai bunyi "E" yang nyata dan berangin "H" yang kuat, "Heh" pula mempunyai bunyi "H" permulaan yang kuat. "Heh" boleh menjadi bunyi yang agak sukar untuk difahami kerana tiada penyelesaian spesifik yang dapat disimpulkan. Bayi boleh merasa tidak selesa dengan 1001 perkara. Antara yang biasa ialah: terlalu panas atau sejuk, napkin yang kotor, tidak serasi dengan bedak yang digunakan atau merasa kulit merengsa dengan pilihan sabun pencuci pakaiannya.
Tip menguasai Dunstan Words dengan cepat:
a) Berhenti, Lihat & Dengar
Penting untuk fokus kepada bayi. Perhatikan bahasa tubuh, ekspresi muka serta bunyi yang dihasilkan. Perhatikan ekspresi fizikal refleksi - seperti bukaan mulut berbentuk oval untuk bunyi "Owh"(mengantuk) boleh membantu ibu bapa mengenal pasti bunyi yang dihasilkan.b) Beri Tumpuan Pada Peringkat Pra-Tangisan (pre-cry stage)
Penting memberi perhatian kepada pre-cry stage sebelum bayi menjerit atau melalak untuk mengelakkan bunyi yang cuba didengari tenggelam dalam jeritan dan teriakan.c) Fokus Pada Identiti Setiap Bunyi
Untuk membantu pemahaman ibu bapa, dengari sifat unik bunyi setiap tangisan. Contohnya: dengarkan bunyi "N" yang disebut untuk mengenal pasti bunyi "Neh".d) Tukar Posisi Bayi
Bunyi yang dihasilkan juga kadangkala dipengaruhi oleh posisi bayi. Bayi yang dipegang atau di baringkan akan sedikit menukar bentuk bunyi yang dihasilkan. Ubah-ubah posisi bayi untuk kejelasan yang lebih.e) Berlatih Mendengar Berulang Kali
Untuk menguasai bahasa bayi ini, perlukan banyak latihan (practice make perfect). Kebanyakan ibu bapa memberitahu, dengan mendengar contoh tangisan dalam DVD Dunstan Baby Language berulang-ulang kali adalah kunci kejayaan mereka.