WELCOME NOTES


Monday, July 12, 2010

Tima Kasih juga kepada nuffnanger



Salam, saya nak ucapkan tima kasih bebanyak sangat kepada ahli nuffnang yg sudi singgah ke blog saya nih..
suke sangat n sayang korang sumer... saya ni pun kejap jln kejap susah tul nak jln.. apa leh wat line jap ada jup tersekat2.. huhu. tapi time line penuh dan laju plak , jln sakan ler apee lagi.. hihi

Anda mengantuk.. Jom Praktis Lidah.. Hilang ngantok

Salam,
Fuh.. Ari Isnin start keje, mesti terasa mengantuk sikit lebih2 lagi bahana x tidur tgk bola pagi2 buta tadi. So, apa kata kita cuba taktik di bawah untuk menghilangkan ngan tok anda. Belum cuba belum tau, dah cuba akan guna lagi..hihi..

Cerita yg bermula dengan huruf K:
Ketam ketip kuku kakinya. Kawan karib Ketam, Kodok, kata kepada Ketam,
"Kenapa kau ketip kuku kaki kau, Ketam... kenapa?" Ketam kata,
"Ku ketip kuku kakiku kerana kuku kakiku kelurut... kakakku kata, kalau kuku ku kelurut, kita kena ketiplah!" Kodok kentut kekeliruan.
Kodok kata kekalutan,"Kadang-kadang kalau kukuku kelurut, ku ketip kenapa keluar kudis?
"Ketam ketawa, Kah..kah..kah..kah..kih..kih..kih..kih..Kuh..kuh..kuh..kuh!!
Kodok..Kodok...kenapa kadar kebodohan kau ketara keterlaluan?"
Kodok kata kepada Ketam,
"Ketam. Kenapa kau ketawakan ku?"
Ketam kilas, "Kelakar." "Kelakar ke kurang-ajar?" kata Kodok.
Kerana kemarahan Kodok keterlaluan, Kodok keperok kepala ketam kuat kadar kilat."kelekuk !",
kepala Ketam kehancuran kerana kena keperok Kodok.
Ketam kata, "Kodok.. Kodok.. kenapa kau keperok kepalaku?
Kan kesakitan."Kesian Ketam. Kerana kurang-ajar, kepala kena keperok.

Cerita yg bermula dengan huruf C:
Copot cahabat ciput Catu cenje, ciput cite-cite came copot cambil cari cengkerik.
ciput cuke cite-cite came copot cebab copot cahabat ciput.
Cemace ciput came copot cari cengkerik, ciput cakcikan catu cahye cerah.
cahye cerah ciput cakcikan cangat cerah campai ciput came copot cilau.
cahaye cerah cube culik copot.
Ciput cangat cuak. ciput cepat-cepat camba copot cebelum cehaye cerah
cempat culik copot. copot cangat cuak came. ciput came copot
cepat-cepat cari chelter cambil cepat-cepat cembunyi. ciput came copot
cembunyi cenyap-cenyap cupaye cahaye cerah cucah cari ciput came
copot. ciput cakap came copot, "chuuu... chuuu... cenyap... cenyap
copot... ". copot cambung cakap, "copot cudah cenyap... ciput cenyap
camelah... ". celepas cejam, cahaye cerah cudah chow cebab cucah cari
ciput cape copot. ciput came copot cangat cuke cebab cahaye cerah
cudah chow. copot cenyum cambil cakap, "copot cayang ciput cebab ciput
celamatkan copot... ". ciput cenyum cambil chow came copot... Caja
cuka cuka.

SESIAN, SIMA SASIH




Lawak spontan


"Pada suatu hari ahmad dan rakan karibnya, hassan, pergi mancing kat sungai. Dalam bosan2 menunggu ikan, ahmad berkata, ahmad: aku ada satu cerita.

hassan: cerita ape?
ahmad: nanti kalau aku bercerita, kau kena ikut perkataan belakangnya, boleh?
hassan: yela...

ahmad pun memulakan ceritanya...
ahmad :satu hari aku pergi memburu.
hassan : memburu.
ahmad : aku masuk kedalam hutan.
hassan : hutan.
ahmad : tiba2 aku rasa nak terberak.
hassan : berak.
ahmad : aku berlari ke semak.
hassan :semak.
ahmad : aku pun berak.
hassan : berak.
ahmad : satu hari aku pergi memburu lagi.
hassan : lagi.
ahmad : aku pergi ke tempat yang aku berak dulu.
hassan : dulu.
ahmad : aku lihat tahi aku suda tak ada.
hassan : ada.
ahmad : aku pun tertanya2.
hassan : tanya.
ahmad : siapa makan tahi aku?
hassan : aku...."



Pabila al-Quran mula berbicara

=============================================
= BILA AL-QURAN MULA BEBICARA =
=============================================
Waktu engkau masih kanak-kanak.............
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh
dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari
Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari
Setelah selesai engkau menciumku mesra

Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku...
Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...?
Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu
Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji.......
Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali;
sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan
Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pngisi setormu.

Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan.
Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa halaman.
Di waktupetang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....

Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stasyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.

Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar musik favoritmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku

Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama

Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu

Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t

Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu

Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...

Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....

************************************************************
Maha Suci Allah, yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.
Semoga bermanafaat.
************************************************************


SPAIN MENANG!!!



Salam sumer,
Hua3, demam bola dunia kini berakhir setelah Spain menjadi juaranya mengalahkan Netherlands dgn 1-0. Huhu.. Best gak nengok bola ngan hubby. Tapi x le pekik kuat2 la nnti anak2 tjaga. Nengok jugak kawe walau x minat mana pun. Hubby sokong Netherlands. Kawe sokong Spain. Huhu sukanye tekaan kawe yg sekadar menemani hubby tgk perlawanan jd betul. Heheee...

Tapi memang la, dua2 pasukan sama2 hebat. Pasukan Netherlands bnyk kali kena kad kuning. Main kasar tu biasala. Masing2 nak menang. Yang tak tahan tur, ada yg jatuh n buat2 sakit. Padahal x de mende pun. Huhu.. taktik kotor tul la... Nak jd citer ader jer silap tendangan, padahal dah dekat tiang gol dah masing2. Banyak kali jugak masa tambahan diberi. Last2 minit Spain jugak yg dpt mnjaringkan gol. Penat menunggu sapa dpt jaringkan gol.. Mcm mana la agaknya suasana dkt tpt lain yerk. Mesti meriah. Kami dua ni pun dah mcm ape ntah.. Ntah ape2.. bola nye pasal...

Huhu bila la pasukan Malaysia nk tercalon nih..