Dalam ruangan ini ingin saya kongsikan sedikit panduan pemakanan untuk anak2 dan resepi2 khasiat untuk anak2 kita. Pemakanan sihat membantu merangsang otak anak. Jadi, pastikan anak2 memulakan hari2 awal dengan makanan yang berkhasiat untuk merangsang pertumbuhan fizikal dan mental anak. Info ini saya kongsikan bersama anda melalui informasi2 dari majalah2 bacaan saya. Semoga ruangan ini dapat membantu golongan2 ibu khasnya dlm penjagaan anak2 membesar. Amin..
Setiap kali anda ke dapur untuk menyediakan makanan ataupun minuman pada anak, soal kebersihan haruslah diutamakan. Selain daripada menjaga kebersihan peralatan yang digunakan, kebersihan seluruh dapur pun perlu diberi perhatian.
Bahan-bahannya:
Kulit Pai:
60g marjerin
1 biji telur
170g tepung serba guna
Inti:
3 biji telur
100ml-150ml susu segar
Garam secukup rasa
100g sayur campur
50g keju parut
Cara Menyediakannya:
1. Mula-mula anda perlu menyediakan kulit pai. Untuk membuat kulit pai anda perlu mengaulkan tepung serba guna, marjerin dan telur bersama-sama.
2. Setelah mencampurkan kesemua bahan tadi, uli sehingga sebati. Kemudian ambil adunan dan tekankannya ke dalam tin pai dan ketepikan.
3. Setelah siap kulit pai, anda perlu pula menyediakan intinya. Untuk inti, prosesnya dimulakan dengan memukul telur bersama sedikit garam sehingga kembang. Kemudian, ketepikan.
4. Langkah seterusnya ialah ambil kulit pai yang telah siap dimasukkan ke dalam tin pai dan taburkan sayur campur dan keju parut ke dalamnya.
5. Kemudian, secara perlahan-lahan tuangjan bancuhan susu dan telur yang telah disediakan tadi keatasnya.
6. Langkah berikutnya ialah panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
7. Setelah ketuhar panas, masukkan pai dan bakar selama 30 minit atau sehingga pai bertukar menjadi warna kuning keemasan.
8. Apabila pai sudah masak, keluarkan dar ketuhar dan biarkan sejuk seketika seblum dihidangkan.
Mempelbagaikan makanan yang diberikan kepada nak adalah satu cara berkesan untuk mengelakkan mereka rasa bosan untuk makan. Kepada anda yang habis idea untuk menyediakan hidangan berzat untuk anak, cubalah resepi yang kaya dengan khasiat ini.
Ibu bapa tidak seharusnya cepat berputus asa sebaliknya meneruskan usaha memberikan galakan kepada anak agar mereka minum susu.
Pasta Ayam Chunky
Bahan-bahannya :
125g pasta(direbus dan diketepikan)mentega secukupnya 2 ulas bawang putih(dicincang halus) 1 biji bawang besar(dicincang halus) 200g isi ayam(dipotong kecil)100g krim 1 cawan susu segar 30g cendawan butang(dihiris nipis) garam secukupnya
Cara menyediakannya:1. Rebus pasta sehingga lembut. Tapis dan ketepikan sementara anda menyediakan sos ayam chunky. 2. Basuh isi ayam tanpa tulang. Kemudian potong kecil2. Atau anda boleh beli isi ayam hancur yg terdapat dipasaraya. Disamping itu, bawang putih dan bawang besar hendaklah dikupas dan dibersihkan sebelum dicincang halus. Gunakan pisau pemotong daging untuk memudahkan kerja2 mencincang. 3. Panaskan kuali dengan api sederhana. Cairkan mentega dan tumis bawang putih dan bawang besar sehingga naik bau. 4. Masukkan isi ayam dan kacau sehingga sebati. Pastikan isi ayam masak(jika is masih merah bererti ayam itu belum masak). 5. Sewaktu menanti ayam masak, anda bolehlah menyediakan sendawan butang. Hiris cendawan itu nipis2. 6. Setelah isi ayam empuk, masukkan susu segar, krim dan cendawan butang secara bergilir2. Kacau rata. Pastikan api tidak terlalu besar. 7. Masak sehingga pekat. Kemudian barulah dimasukkan garam secukup rasa. Garam tidak boleh dimasukkan terlalu awal kerana sos mungkin akan termasin setelah is semakin pekat. 8. Hidangkan bersama pasta. Anda boleh menaburkan sedikit keju parut atau serbuk jika mahu. Hiaskan dengan daun pudina.
Pasta mengandungi khasiat protein dan karbohidrat yang diperlukan oleh bayi. Strukturnya yang lembut memudahkan anak2 menikmati hidangan ini dengan penuh selera. Penyediaan sos yang pelbagai dan tidaklah pedas akan membangkitkan selera si kecil. Selain ayam, tuna atau ikan yang banyak isi boleh digunakan.
Makanan yang menarik pastinya memikat selera anak. Oleh itu, makanan yang mempunyai pelbagai tekstur dan bentuk seperti hati, kiub dan haiwan boleh dihidangkan kepada mereka.
Salad Buah dan Yogurt
Bahan-bahannya:
1 biji epal merah dan hijau20g daun salad(dipotong kecil)30g timun(dipotong dadu)Sebiji tomato(dipotong dadu)Sepotong tembikai5 biji anggur merah dan hijau150ml yogurt
Cara menyediakannya:
1. Seniakan epal merah, hijau, anggur, daun salad, timun dan tomato. Basuh bersih2. Sebaiknya rendam dahulu bahan2 mentah yg tidak direbus ke dalam air bergaram untuk membunuh kuman dan menghapuskan sebarang bahan kimia pada kulit atau daun bahan tadi. Selain itu, garam akan mengekalkan kesegaran buah-buahan yang sudah dipotong (tidak lebam).
2. Kupas tembikai merah dan ambil sepotong sahaja. Kemudian potong dadu. Anda tidak perlu menggunakan banyak tembikai kerana salad itu nanti akan mengandungi terlalu banyak air.
3. Bahan2 mentah seperti epal, timun dan tomato perlu dipotong dadu. Buah epal dan timun tidak perlu dipotong kulit untuk mengekalkan kerangupannya.
4. Manakala anggur pula dipotong dua atau tiga mengikut citarasa masing2. Jika anda memilih anggur yang berbiji, pastikan anda membuang bijinya terlebih dahulu.
5. Setelah semuanya selesai, campurkan kesemua buah-buahan yang sudah disediakan itu kedalam mangkuk. Letakkan yogurt atau thousand island ke dalamnya.Campurkan dan gaulkan bersama sos thousand island.
6. Hiaskan dengan daun salad dan tomato ceri. Sediakan garfu kecil ataupun lidi untuk memudahkan anak memakannya.
Salah satu cara untuk menggalakkan anak makan buah ialah dengan menyediakan salad seperti ini. Anak anda akan menikmati rasa buah-buahan yang pelbagai bersama sos yang lazat. Hidangan ini sesuai disedikan sebelum waktu makan tengah hari atau malam. Menurut kajian saintifik dan sunah nabi, buah-buahan sangat elok dimakan sebelum menjamah hidangan berat. Jadi eloklah makan buah dulu sebelum makan.
"Selamat Menjamu Selera Anak2"