WELCOME NOTES


Thursday, November 15, 2012

Kalumpang Resort, Hulu Selangor

السلام عليكم

Akhirnya plan kami menjadi. Alhamdulillah. Kami group what's Up "Nenek Ikan" plan dah sebulan nak pergi Kalumpang Resort. Kami hampir2 x jadi pergi sbb en hubby keLaut, abah ngan mak x dpt pergi sbb eza SPM. Mujur en Hubby balik Isnin lepas dan next offshore ditangguhkan. Mak x balik Kuantan so dapat join kami skali. Ahli family nenek yg x dpt pergi, family pak Long, cik Aman, cik Caal dan cik Jalil sbb x dpt cuti. So yg pergi cuma family cik Li(serta family belah cikWan), cik Amai, cik Di, Ayu n kitorang. Atuk n nenek pun ikut skali. Janji berkumpul kat rumah nenek dan bertolak jam 10am 13hbnov'12. Kami sampai awal sangat. Nak masuk chalet pun orang x checkout lagi. Jadi kami terjun dulu hehehe.. especially anak2 yg dah x sabar nak berendam. Aktivity hari ini memang mandi sahaja. Pergh memang x puas. Air sejuk + pemandangan cantik. heheeee. Makanan x perlu risau. Family masing2 semua bawak bekal, nasi lemak, nasi impit, mee mihun, nuggets sosej, ayam goreng, sandwitch telur/sardin, buah2an n snack. Semua sedap2 blaka :) Minuman pun dibawa, berbotol 2 air mineral, dan air sarsi + ais. 



Masa on the way masuk ke dalam resort ni, anak2 ternampak satu kawasan untuk kolam mandi. Kolam ni x mcm kolam renang biasa mcm kat hotel tu sbb kolam ni guna air sungai yg diganti setiap hari. Lepas mandi sungai anak2 merengek nak mandi kolam pulak. Ingatan diorang ni memang kuat. Haha.. dalam 15 minit mandi kolam, hujan turun lah pulak. Walaupun renyai2, bahaya utk budak2, takut tergelincir. Jadi kami berteduh sblm balik bilik sbb hari dah nak malam. Smntara berteduh tu, kami menyaksikan telatah budak2 muda yg mandi manda kat kolam tu. Macam2 aksi terjun diorang tonjolkan.. herm bahaya anak2 tengok ni.. dah2 jom balik!!



Sebelah malamnya, kami buat barbeque. Cik Amai tukang sediakan utk memanggang termasuklah support ayamnya, sosej, burger ayam dan daging. Ramai2 berkumpul depan chalet kami n Cik Di(berjiran). Chalet family cik Amai, cik Li n budak2 bujang jauh nun sblh sana heheheee... tp yg penting tepi sungai :). Yg bujang2 tolong jg api.. tp ada jugak hangus hahhaaa... kami mkn dgn nasi, lauk sambal ikan pun ada dibawa. Memang best hehee... Tugas saya potong buah. Buah limau bali(kaler merah-msm sgt2), tembikai, pear, tembikai susu, dan epal. Cicah ngan kuah rojak buah pedas. Mkn jgn x mkn bismillah... :)


Pada hari kedua, pagi2 kami pergi breakfast. Anak2 masih tidur. Kami tinggalkan jup, lgpun cik Di ada kat sblh x keluar lagi. Sarapan pagi dgn nasi lemak. (Tapi x bley lawan la nasi lemak cik Wan masak-"Cik Wan nnti msk lagi ya, hahahhaaa..."). Balik dr breakfast, kami round2 kawasan resort. Ada sebilangan kawasan haiwan ternakan disini, seperti arnab, itik, ayam dan angsa. Chalet pula pelbagai jenis rekaan dibina. Ada yang dua tingkat, setingkat, ada yg besar, dan ada yang sederhana. Mmg nice. Dalam setiap perjalanan kami, mesti ada parit air sungai berlalu dgn deras dan jernih. Tenangnya dgr bunyi air... Dekat surau pun guna air sungai tau.. sejuuukkkkkkk...


Hahaha, dlm pada berjalan2 tu kami dikira berdating berdua, hahahaaa anak2 tidur dalam bilik mak ngan nenek yang jaga sambil layan tv. Bangun je diorang pagi tu terus bg sarapan roti bekal, makan ditepi sungai. Lepas makan terus mandi plus main dgn makcik2 kecik yg lain(saya cucu sulung yg ada sepupu sebaya dgn anak2, hihi). Anak2 dijaga oleh ayahnya yg takutkan kesejukan air dipagi hari, hahahaa... saya dan mak ketengah sket cari paras air dalam. Mujur ada tali keselamatan utk kami bergayut. Kami cuba berdiri atas tali dan menjatuhkan diri. Haha mcm budak2 tapi best.. cuba2 try berenang tapi x pergi mana pown sbb airnya yg deras tp xdelah deras sgt hahahahaa...Ntah macam mana, boleh ternampak ada batu kecil berdiri diatas batu besar. Mesti ada orang yg letak. Saya pun cubalah jatuhkan batu tu dengan membaling batu2 kecil yg ada dalam dasar sungai. Mak pun cuba jugak. Tapi susah betul nak kene. Jaraknya lebih kurang 50meter kot, agak2 jer haha.. Then sorang2 datang ke arah kami nak tunjuk skill. Dan akhirnya my en hubby pun turun sungai juga nak tunjuk skill hahahaaaaa... Last2, cik Di lah orang pertama dpt menjatuhkan batu tu.. hahaha nampak senang tp susah..kih3.. Saya dah naik dah ngan mak, x tahan sejok woooo.... Kami tengok aksi anak2 teruna ngan bapak2 orang jer yg try nak tunjuk skill. Batu dah jatuh, sanggup plak ada wakil si cilik meredah air deras utk tegakkan balik batu tu.. Yg x tahan nak gelak tu, atuk pun turun sungai nak tunjuk skill, heheheee... agak2nya dasar sungai area tu mesti licin dah xder batu kecik dah... kui3 mmg best.. Thanks to all participants yg menjayakan percutian pertama kalinya ini. Harap ada lagi lain kali percutian bersama dr pangkat datuk hinggalah ke cucu cuit.



sign, my signature