WELCOME NOTES


Thursday, October 13, 2011

Lembaga melompat-lompat

السلام عليكم


Sebelum anda membaca kisah nih, hendaklah periksa kesihatan supaya tidak ada penyakit lemah jantung yg boleh memudaratkan kesihatan anda, pastuh jgn lupe basuh kaki dan tangan sebelum tido... ..

Cerita ini telah diceritakan oleh seseorang kepada saya. Perkara nie jadi 2 tahun lepas masa tu member aku belajar kat itmshah alam masa dok kat kolej jati seksyen 2 tuh dia nie kira berani jugak orang nyer susah ler aku jumpa orang cam dia nie kira kalau setakat lepak kat padang kawat uitm s/a tuh sampai pukul 2 pagi tu rilek jerk isk tak berani aku... . korang..?

Sampaikan pak guard and mak guard pun dah naik maleh nak tegur sikap dia tuh.. Gamaknyer pakguard pun takut nak tegur kot tapi memang berani mamat sekor nie

Nak dijadikan cerita nyer satu hari tuh dia gaduh ngan awek dia dak mass comm... so malam tuh dia tak bleh nak tidur, asyik mengenangkan kes siang tadi..jadi dia keluar dari bilik, then lepak kat satu kawasan yg agak tinggi yg ader kat uitm s/a tuh, sedang dia lepak untuk menikmati keindahan alam dia perasan ader 3 objek di bawah cerun bukit yg dia sedang lepak tuh, aku memula ingat dia nak lari ker, aper ker, rupanyer member aku nie kata dia stay kat situ gak sebab dia kata nak tengok benda tuh, aiseh!!!!

Kalau aku ler, dah lama hilang, member aku nie stay tengok benda tu, benda tuh melompat-lompat mendaki lereng bukit itu dan jelas menuju kearah member aku nie, bila member aku nie tengok bebetul dia kata benda tu tak ubah seperti antu pocong... ..! !!!!

Isk... ngeri giler, tapi ader satu keanehan, member aku kata masa dia tengok benda tuh..dia pun dah nak lari dah.. tapi kaki dia dah lembek giler... nak melangkah pun dah tak boleh dia kata... member aku kata dia hanya berserah jerk... .macam aku cakap tadi.. ada satu keanehan.. dimana... semasa objek tuh sedang mendaki lereng bukit tuh... salah satu daripada benda yg macam antu pocong tuh jatuh dan bergolek golek jatuh kembali kebawah... ..

Bila member aku nie tengok salah satu dari lembaga tu jatuh, dia terkejut laa jugak.. dia terus perhati... . perhati punyer perhati... . satu lagi lembaga tuh jatuh, tapi satu lagi terus meloncat loncat menuju kearah member aku nie, member aku nie agak takut sikit.. tapi nak lari dah tak bleh dah, sian kat kawan aku nie.. kan... tu la berani sangat..

Lembaga tu terus meloncat-lompat kearah member aku nie, tiba satu masa tu lembaga tuh dah ader didepan dia.. entah camana member aku jadik berani plak

Dia tanya kat lembaga tu dia tanya cam nie: "Hoi lembaga, kenapa member ko tuh jatuh kebawah tak macam ko boleh melompat-lompat lagi... ... .. ..?"

Lembaga tu jawab plak: "Diorang tu pakai bateri biasa jerk,pakcik pakai.. energizer!... ."... ..





Kisah Kebahagiaan

السلام عليكم


Seorang wanita sedang keluar dari rumahnya apabila dia terlihat tiga orang lelaki tua berjanggut panjang yang berwarna putih sedang duduk dihalaman rumahnya. Dia tidak kenal akan mereka. Wanita itu bertanya, " Saya tidak fikir saya mengenali awak semua, tetapi saya pasti awak semua mesti sedang lapar.. Silalah masuk kerumah saya dan makan sesuatu."

"Adakah suami awak ada dirumah?", mereka bertanya.

"Tidak", wanita itu berkata. "Suami saya telah keluar."
"Jadi, kami tidak akan masuk", mereka menjawab. Sewaktu suaminya pulang ke rumah pada petang itu, wanita itu pun memberitahunya kejadian tersebut.

"Pergi beritahu mereka bahawa saya telah balik dan menjemput mereka masuk kedalam sekarang!" Wanita itu keluar dan menjemput ketiga-tiga lelaki tua itu masuk ke dalam.

"Kami tidak akan masuk ke dalam rumah bersama-sama," mereka menjawab.

"Mengapa begitu?" wanita itu ingin tahu.

Salah seorang dari lelaki tua itu pun menerangkan :
"Namanya ialah Kekayaan," Dia berkata sambil menunjuk ke arah salah seorang kawannya, dan beralih menunjuk kearah kawan yang seorang lagi, “Dia adalah Kejayaan, dan saya adalah Kasih Sayang.." Dia menyambung lagi, "Sekarang masuklah semula kedalam rumah dan berbincanglah dengan suami awak, siapakah di antara kami bertiga yang kamu ingin jemput kedalam rumah."

Wanita itu pun masuk semula kedalam dan memberitahu suaminya perkara tersebut. Suaminya berasa sungguh gembira. "Bagusnya!!" dia berkata. "Kalau macam tu jemputlah Kekayaan masuk. Biar dia masuk dan mengisi rumah kita ini dengan Kekayaan!"

Isterinya tidak bersetuju. "Abang, kenapa pula kita tidak menjemput Kejayaan?"

Kebetulan, anak perempuan mereka juga sedang mendengar perbualan itu dari satu sudut rumah yang lain. Dia lalu menyampuk dan memberikan pandangannya :

"Bukankah lebih baik sekiranya kita menjemput Kasih Sayang? Rumah kita ini pasti akan diselubungi dengan Kasih Sayang!"

"Biarlah kita mengikut nasihat anak kita itu," kata suami itu kepada isterinya.

"Keluar dan jemputlah Kasih Sayang sebagai tetamu kita."

Wanita itu pun keluar dan bertanya kepada tiga lelaki tua, "Yang mana satu di antara kamu adalah Kasih Sayang? Silalah masuk dan jadi tetamu kami."

Kasih Sayang bangun dan mula berjalan ke arah rumah.

Kedua-dua lelaki yang lain juga bangun dan mengikutinya.
Terperanjat, wanita itu pun bertanya kepada Kekayaan dan Kejayaan :

"Saya cuma menjemput Kasih Sayang, mengapa kamu juga ikut sekali?"

Mereka semua menjawab: "Jika awak menjemput samada Kekayaan atau
Kejayaan, yang lain akan tunggu diluar, tetapi oleh kerana awak telah menjemput Kasih Sayang, ke mana-mana sahaja dia pergi, kami akan pergi bersamanya..

Di mana ada Kasih Sayang, di situ juga ada Kekayaan dan Kejayaan!"

Merangsang Kehebatan Dalam Pergaulan

السلام عليكم


Antara faktor yang menyebabkan kita mudah berinteraksi dengan orang lain dan orang lain mudah tertarik kepada kita ialah:

1) Jaga solat dan lakukan ibadah-ibadah khusus dan umum yang lain.
2) Sentiasa bersangka baik terhadap semua orang (walaupun kita perlu berwaspada setiap masa).
3) Sentiasa memberikan senyuman ikhlas kepada orang di sekeliling kita.
4) Banyakkan bersedekah, samada dalam bentuk wang, senyuman, bantuan tenaga, masa, nasihat, idea, pandangan, sokongan moral dan doa yang berterusan.
5) Sentiasa memperbanyakkan sabar. Nabi s.a.w. pernah berpesan supaya mencari 144 sebab sebelum kita memarahi orang.
6) Sentiasa ceria apabila berjumpa dengan orang lain. Pastikan setiap orang seronok berinteraksi dengan kita.
7) Pamerkan perasaan sayang dan sentiasa sayang-menyayangi antara satu dengan yang lain.
8) Bentuk dan pamerkan sahsiah yang positif setiap masa. Peribadi yang kurang sopan akan menyebabkan orang lain rasa mual terhadap kita.
9) Amalkan sunnah-sunnah harian setiap masa dan insyaAllah orang lain akan tertarik kepada kita.
10) Jika wujud sebarang perasaan sombong atau benci terhadap orang lain, terus ingatkan diri kita tentang mati. Kita mudah insaf dan balik ke pangkal jalan apabila mengingati mati.
11) Sentiasa syukur dan redha atas pemberian Allah swt.
12) Sentiasa memberi salam dan ucap selamat kepada orang lain. Pemberian salam akan mengukuhkan hubungan sesama manusia.
13) Pamerkan simpati kepada setiap individu-individu yang memerlukan simpati dan perhatian.
14) Jadilah pendengar dan kawan yang setia.
15) Sampaikan berita baik tentang orang lain dan sembunyikan kelemahan atau keburukan orang lain.
16) Sentiasalah bermaaf-maafan sebelum berpisah dengan seseorang dan iringi perpisahan dengan doa.

Terlebih Dahulu Baiki Diri

Untuk menarik perhatian orang lain terhadap diri kita, kita perlu terlebih dahulu menyayangi dan memperbaiki diri kita. Orang yang mengasihi dirinya tidak akan melakukan sebarang kegiatan yang boleh mensabotaj dan merosakkan dirinya. Setiap tindak-tanduknya akan dilakukan secara berhikmah dan sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Ingatlah pesanan seorang sarjana: "Orang tidak kisah setakat mana yang anda tahu (berilmu), sehinggalah mereka tahu yang anda kisah terhadap mereka."

9 Orang "SITI" yang perlu dijadikan contoh

السلام عليكم


1) Siti Khadijah
- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.

2) Siti Fatimah
- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti Aishah
- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar
- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam
- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.

6) Siti Asiah
- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah
- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.

8) Siti Muti'ah
- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.