WELCOME NOTES


Thursday, August 12, 2010

Dugaan

Hehe.. Tgugat tgk anak2 mkn.. Dugaan.. Bnyk ganjaran bersabar ni..

Penjagaan Arnab Yang Konsisten

Slm,

Entah napa la tetiba terasa nak bela arnab. Masa kecik2 memang ada impian tu dulu. Tapi skang sbb xde keje sgt so cari keje la ni drpd boring duk kat umah. Masa jln2 semalam nak cari makanan ikan, ternampakla sangkar arnab. Duk main2 akhirnya terbeli la jugak. Risau gak la sbb x penah jg malah pengetahuan pun xder cara2 jg arnab ni.

Pengetahuan ASAS penjagaan arnab:
•Arnab Boleh dilatih untuk mengunakan tandas (Toilet Tray) –untuk arnab tentunya
•Jangka hayat arnab boleh mencapai 8-12 tahun, dan mungkin lebih lama
•Arnab adalah haiwan yang suka bergaul
•Arnab adalah teman yang baik di rumah
•Arnab akan menghasilkan bunyi “purr” seperti kucing bila gembira dan senang hati
•Seperti Kucing dan anjing, arnab juga perlu di kembiri (Spay/Neuted) untuk kesihatan dan juga bagi mengawal perilaku matang.
•Arnab bukan seperti kucing yang suka dipeluk dan digendong, mereka lebih selesa duduk disisi anda di atas lantai, dan mendapat usapan mesra dan manja dari anda
•Arnab amat sukakan permainan. Kotak kad board, plastic berwarna , bola berloceng adalah antara permainan digemari.
•Arnab amat gemar menguyah. Jadi sediakan bahan untuk mereka menguyah seperti potongan blok kayu. (atau mereka akan menguyah harta benda anda)
•Arnab hendaklah dijauhi dari bahaya seperti, pemangsa, kabel electric dan telifon, racun atau tumbuhan beracun dan suhu yang melampau.

Ni ada sikit cara penjagaan arnab yg dikumpul dr pelbagai blog:

Makanan
Jika kita lihat dipasaraya, makanan arnab yang biasanya ada dijual adalah PELLET. Biasanya dipanggil benda nih, dedak arnab. Pellet nih rupa dia panjang-panjang. seperti gambar dibawah.
Selain itu ada juga makanan arnab lain, seperti rumput HAY dan beberapa jenis rumput lain yang dikatakan sangat bagus untuk diet arnab. Selain rumput Israel, daun kangkung, daun pucuk manis, daun pucuk tenggek burung, pandan dan daun ulam raja juga menjadi makanan sampingan untuk arnab. Memang banyak boleh dipetik dari dalam belukar dan dikebun-kebun. Daun pucuk keledek dan daun pucuk ubi juga boleh diberikan kepada arnab. Tetapi perlu menjemurnya terlebih dahulu untuk mengeringkan getah yang ada pada daun tersebut. Ini untuk mengelakkan arnab ‘mabuk’ kerana termakan daun yang bergetah.
Suka saya ingatkan disini, jika memberi arnab makan sayur atau daun-daun, JANGAN diberi pada waktu pagi. Kerana ia boleh menyebabkan arnab kamu mengalami sakit perut. Air yang bersih juga perlu disediakan untuk arnab. Pastikan bekas untuk meletakkan air minum arnab sentiasa dalam keadaan bersih untuk mengelakkan arnab terkena jangkitan penyakit.

Tempat Tinggal
Boleh pilih sama ada mahu memerlihara arnab didalam sangkar, atau buatkan sebuah reban untuk arnab. Jika bercadang untuk memerliharanya sekadar untuk suka-suka (bukan untuk ternakan), bolehlah membelanya didalam sangkar. Alah~ sangkar yang lebih kurang macam sangkar kucing tuh… Tapi jika bercadang untuk membuat ternakan, lebih baik buatkan reban untuk arnab-arnab. Dengan tempat yang luas dan besar didalam reban, arnab akan lebih bebas bergerak dan tidak terasa sesak bila bilangan arnab sudah bertambah banyak.
Jika ingin membina reban arnab, pastikan reban itu mempunyai 2 pintu. Maksudnya, reban tu dah dibahagi 2 atau dah disekat dibahagian tengahnya. Ini untuk memudahkan memisahkan arnab jantan dan arnab betina bagi mengatur kitar peranakkan bagi arnab. Sebab arnab betina nih, tiba waktu dia dah boleh beranak, dia akan subur sentiasa… huhu~ Nisbah untuk menternak arnab adalah 1:5. Iaitu 1 arnab jantan nisbah 5 arnab betina.

Kesihatan
Ok, seperti diberitahu diatas tadi, jika mahu beri arnab makan sayur, jangan beri pada waktu pagi untuk mengelakkan sakit perut. Pastikan juga arnab sentiasa diberi minum air yang bersih untuk mengelakkan jangkitan penyakit. Jika hanya berikan arnab makan pellet/dedak arnab sahaja, perlu dipastikan air minum arnab sentiasa ada kerana arnab akan mudah haus dan kuat minum air jika ia hanya diberi makan pellet sahaja. Jangan beri arnab makan kobis bulat… erm~ nih tak pasti kenapa… mungkin akan ada masalah dengan perut kot~
Elakkan arnab dari kesejukan. Pastikan mereka tidak dimandikan kerana arnab tidak tahan dengan sejuk. Effect; kaki arnab akan jadi kaku. Ada sesetengah jenis arnab yang perlu dibuatkan unggun api dibawah reban pada setiap Subuh, untuk mengelakkan arnab berada dalam kesejukan.
Pastikan reban atau sangkar arnab sentiasa bersih. Buang atau basuh bekas tahi seminggu sekali untuk mengelakkan arnab diganggu hama, agas-agas, atau semut.

Permainan
Seperti kucing, arnab juga adalah sejenis haiwan yang boleh dimanja. Jika arnab ini manja, ia akan mengeluarkan bunyi ‘purr‘ seperti kucing. Heh, tak tahulah betul ker tak, sebab arnab saya tak ada pula keluar bunyi begitu (boleh refer Lazybunny). Sesekali, boleh bermain dan manjakan arnab yang diperlihara. Arnab sangat suka pada kertas. Terutamanya kertas tebal seperti kotak kertas dan beg kertas. Jika diberikan kotak kertas yang tebal pada arnab, Si arnab akan masuk dan tidur didalam kotak itu. Jika tidak tidur, Si arnab akan menggigit dan mencakar kotak kertas itu hingga hancur sebelum memakannya.. huhu~
Jika bawa masuk arnab kedalam rumah, pastikan arnab tidak menggigit kabel eletrik atau kabel telefon. Ini kerana arnab memang terkenal dengan sifatnya yang suka menggigit dan mengunyah. Jauhkan juga arnab dari pemangsa seperti kucing yang garang, dan sebagainya.

Penjagaan Mingguan
Bersihkan tempat arnab. Sikat bulu arnab(jika arnab baka yang berbulu tebal dan panjang seperti angora).Basuh botol minuman arnab dengan berus yang sesuai.Berikan arnab sedikit kudapan(makanan tambahan) seperti buah-buahan atau sayuran tetapi hendaklah di dalam kuantiti yang sedikit saja.

Penjagaan Bulanan
Bersihkan dan gosok tempat arnab dengan menggunakan ubat pembasmi kuman seperti dettol ataupun clorox untuk membasmi bakteria. Jangan simpan arnab ke dalam tempat mereka sehingga tempat itu kering sepenuhnya.Anda juga harus memeriksa kuku arnab.Jika sekiranya panjang,anda haruslah memotong kuku arnab anda supaya anda tidak dicakar dengan kuat olehnya ketika anda mengangkatnya. Potong bahagian hujung saja. Periksa juga gigi arnab anda kerana gigi arnab akan tumbuh sepanjang hayatnya dan sebab itulah anda harus menyediakan sesuatu keras seperti dahan pohon buah-buahan untuk arnab anda mengigitnya.

Cuaca panas

Arnab adalah haiwan yang tidak berapa tahan pada cuaca panas. Cuaca yang panas boleh menyebabkan kematian. Arnab akan kelihatan seolah-olah mereka sedang tercungap-cungap atau bernafas laju ketika mereka panas. Hidungnya juga akan berair seperti sedang mengalami selsema. Ianya juga akan kelihatan lebih lemah dan pasif dalam kepanasan. Oleh itu, antara langkah yang patut kita ambil ialah:
1. Pastikan arnab tidak terdedah kepada cahaya matahari secara terus. Jika terdedah terlalu lama akan menyebabkab kematian. Pastikan arnab ada tempat berteduh dan sentiasa mempunyai bumbung.
2. Jika suasana terlalu panas, ikhtiarkan agar mereka akan terasa lebih dingin. Antara cara rakan saya lakukan ialah dengan spray air pada arnab. Lebih baik ditanam pokok sekeliling reban arnab untuk memastikan suasana yang nyaman.
3. Pastikan air sentiasa ada untuk arnab minum. Kadang-kadang aku suka berikan arnab makan buah. Ianya akan kelihatan lebih segar. Tapi jangan la pulak kasi makan durian.

Baca2 blog lain mcm2 cerita pengalaman diorg menjaga arnab. Ada yang mati selepas beberapa hari beli sbb terkejut ngan environment baru, x tau nak wat cane bila sakit, masalah xnak makan pellet la, dll. Pak cik kedai ari tur suggest beli dua sbb kalu sekor nanti mudah dpt sakit sbb xder teman. Baca komen kebanyakan replied ckp lepas beberapa bulan salah satu mati x pun sakit. Belanja perubatan pun tinggi. Ish! Risau dah nie.. Kene cari betul2 nih cara2 penjagaan yg rapi. Ari tur uncle tur ckp mandikan seminggu skali, tapi blogger ni ckp jgn mandikan sbb arnab xle sejuk. Abih tur nak kene mandi suam ker? huhu.. 2 ekor arnab dah terbeli, kenalah jaga. Sofea n Alif pun suka main ngan diekor. xderlah tgk tv jer memanjang citer katun selain study(5 minit jer pstur dah xnak) n main lompat2. Sesapa terbaca entry ni reply la kalu ada info pasal penjagaan arnab ni yeh.. Tq3