WELCOME NOTES


Friday, July 2, 2010

Tanda-tanda dan Penyakit

Mari sama-sama kita baca, sedar dan check ya..



A. PANCAINDERA

1. MATA = Bertindak balas dengan keadaan hati.

i) Mata menjadi merah: Hati mengandungi paras toksin yang tinggi. Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.

ii) Mata menjadi kabur: Sering berlaku pada waktu pagi.Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.

iii) Keluar tahi mata: Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.

iv) Keluar air mata: Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja

v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. HIDUNG = Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.

i) Selsema
a. Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong.
b. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).

ii) Hidung sebu
a. Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

iv) Batuk
a. Batuk keluar kahak: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Batuk tanpa kahak: Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan. Biasanya kahak pekat keluar selepas beberapa hari memakan RG.
c. Batuk dan berasa gatal di kerongkong: Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. KERONGKONG

i) Kerongkong kering : Proses membuang toksin sedang berlaku di seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.

ii) Sakit kerongkong : Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------

4. BIBIR = Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman.

i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi. Sepatutnya diperkuatkan fungsi penghadaman dahulu dengan RG sebelum memakan zat besi.

ii) Bibir kering dan pecah : Perut mengandungi banyak bahan toksin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5. MULUT DAN LIDAH = Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.

i) Lidah atau gusi bengkak, sakit: Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.

ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.

iii) Mulut berbau busuk. Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

6. TELINGA = Berkaitan dengan buah pinggang.

i) Telinga terasa tersumbat: Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.

ii) Telinga berdengung: Sedang merawat buah pinggang yang lemah. Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

B. KULIT

1. PELUH

i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.

ii) Peluh berbau: Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air. Sapukan serbuk Ganoderma pada kulit berkenaan.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

C. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI

1. SENDI SAKIT

i) Rasa panas : Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).

ii) Tidak rasa panas : Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism) .

iii) Sakit di bahagian bahu : Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. KEBAS TANGAN : Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. KEBAS TANGAN KIRI DAN LENGAN : Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. KEBAS KAKI : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5. SAKIT TAPAK KAKI : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

6. SAKIT TUMIT KAKI : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

7. RASA PANAS DI TAPAK KAKI : Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------

8. GATAL DI CELAH-CELAH JARI KAKI : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------


D. TANDA-TANDA DALAMAN

A. KEPALA : Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

1. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN DEPAN KEPALA
Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. PENING/SAKIT DI BAHAGIAN BELAKANG KEPALA

i) Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.

ii) Bahagian bawah (tengkuk) : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. SAKIT KEPALA DAN RASA GAS KELUAR DARI TELINGA
Menandakan penyakit migrain.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. BISUL TERJADI DI KEPALA
Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5. RASA PENING YANG MEMUSING
Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

B. MULUT/KERONGKONG

1. LOYA/MUNTAH : Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. MUNTAH DARAH

i) Darah merah: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan

ii) Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT : Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

C. KENCING

1. KENCING KERAP : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran yang tinggi.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. AIR KENCING BERKAPUR : Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. AIR KENCING BERMINYAK : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. AIR KENCING PEKAT BERWARNA COKLAT : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

5. AIR KENCING BERDARAH : Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

D. BUANG AIR BESAR

1. CIRIT-BIRIT/ KERAP BUANG AIR BESAR : Membersihkan kotoran/ keracunan dari usus besar. Cirit-birit dengan serta merta selepas memakan RG, menandakan penyakit barah di bahagian usus besar.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. SEMBELIT: Membersihkan toksin dari usus kecil.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. NAJIS BERDARAH

i) Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.

ii) Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. NAJIS BERWARNA HITAM: Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang bertindak balas.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

E. TINDAK BALAS BADAN

1. BADAN RASA SAKIT : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran
i) Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
ii) Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
iii) Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ- organ badan.
iv) Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. BADAN TERASA BERAT/ MALAS/ LENGUH : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. BADAN TERASA PANAS : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. BADAN TERASA RINGAN : Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

F. TINDAK BALAS EMOSI

1. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

2. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

3. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------

4. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB:
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- -------

5. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah.


Berwaspadalah selalu ya kengkawan.. :)



"Kenapa tak rogol saya?"

Kisah benar ini berlaku di US.




Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus. Suatu malam perempuan ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu. Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu. Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke tempat lain). Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa tu?)

Perogol tu jawab:
“No, you are not alone. That night I saw two young man walking with you. One on your right side and the other one was by your left side. If you were alone of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam. Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."

[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku... semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat... sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA…. semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari kejahatan syaitan yang di rejam…….

Kalian yg bergelar wanita...amalkanlah.. moga lelaki bermata buaya emas tak ganggu kalian...