WELCOME NOTES


Sunday, July 25, 2010

Kelebihan Surah Al-Kahfi


Surah Al Kahfi (سورة الكهف) adalah surat ke-18 dalam Al Qur'an. Surah ini mempunyai 110 ayat dan termasuk dalam golongan surah-surah Makkiyyah. Dinamakan Al-Kahfi (Gua) dan Ashhabul Kahfi yang membawa maksud Penghuni-Penghuni Gua. Selain itu, nama ini diambil daripada cerita yang terdapat dalam surah ini pada ayat 9 hingga 26 mengenai beberapa orang pemuda yang dimatikan beratus tahun (yang lari dari kekejaman aqidah). Allah menyelamatkan mereka dengan menidurkan mereka selama 309 tahun. Selain daripada cerita tersebut, terdapat pula beberapa buah cerita dalam surah ini mengandungi pengajaran yang amat berguna bagi kehidupan manusia. Terdapat juga beberapa hadis Rasulullah SAW yang menyatakan keutamaan membaca surah ini.
Ringkasan isi Kandungan surah :


Keimanan: Kekuasaan Allah SWT untuk memberi nikmat kehidupan pada manusia melebihi biasa: dasar-dasar tauhid serta keadilan Allah tidak berubah untuk selama-lamanya; kalimah-kalimah Allah sangatlah luas meliputi segala sesuatu sehingga manusia tidak sanggup untuk menulisnya. Kepastian mengenai datangnya hari kebangkitan;
Al Quran adalah kitab suci yang isinya bersih daripada sebarang penyelewengan dan kepalsuan.

Hukum-Hukum: Dasar hukum wakalah (berwakil); larangan membangunkan tempat ibadah di atas kubur; hukum membaca "Insya Allah", perbuatan salah yang dilakukan kerana lupa adalah dimaafkan; keizinan merosak suatu barang untuk menghindarkan bahaya yang lebih besar.

Kisah-Kisah: Cerita Ashhabul Kahfi; cerita dua orang lelaki yang seorang kafir dan yang lainnya mukmin; cerita Nabi Musa AS dengan Khidhir AS; cerita Zulkarnain dengan Ya'juj dan Ma'juj.

Dan lain-lain: Beberapa pelajaran yang dapat diambil dari cerita-cerita dalam surah ini antara ialah mengenai kekuatan iman terhadap Allah S.W.T serta ibadah yang ikhlas kepadaNya; kesungguhan seseorang dalam mencari guru (ilmu) adab sopan-santun antara murid dengan guru; dan beberapa contoh tentang cara memimpin dan memerintah rakyat, serta perjuangan untuk mencapai kebahagiaan rakyat dan negara.

Beberapa hadis berkaitan Surah Al Kahfi:


Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)
Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)

Al-Barar bin ‘Azib menceritakan seorang sahabat bernama Usaid bin Al-Khudair telah membaca surah Al-Kahfi didalam rumahnya, sehingga akhirnya kuda di luar rumahnya meronta-ronta. Sahabat ini meninjau ke luar dan mendapati kumpalan awan berdekatan kudanya, lalu ditanya kepada nabi saw, baginda menyatakan itulah Al-Sakinah (kebaikan, rahmat, barakah) yang diturunkan Allah kepada yang mengamalkan surah tersebut“. (HR Ahmad, Bukhari, Muslim)


Sabda Nabi saw, “ Sesiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi maka dia akan selamat dari gangguan dajjal". (HR Muslim, Nasaei, Tirmizi, Abu Daud)

Sabda Nabi saw, “Sesiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari juma’at, dia akan dikurniakan cahaya yang menerangi antara dua juma’at“. (HR Al-Hakim)


p/s: Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...Wallahu'alam.



Ramadhan Giveaway

Assalamualaikum sahabat2 sekalian,
Arini niza terbaca blog k Chik tentang perancangan peraduan yg akhirnya terlaksana. Jadi disebabkan dulu pernah bagitau k Chik yg niza teringin nak join contest k Chik, so skang niza cuba jawab soalan yang sangat bermanfaat, lebih2 lg dah nak dekat dah ni bulan Ramadhan. Jika sesiapa yang juga berminat untuk menjawabnya silalah ke blog k Chik. Syaratnya sangat mudah dan tidak menyusahkan peserta.

logo rasmi

Syarat-syaratnya ialah:

1. Meletakkan LOGO RASMI di atas di sidebar blog anda dengan dipautkan ke blog k chik.

2. Meninggalkan KOMEN MEMBINA di bawah post peraduan ini di blog k chik untuk TOPIK 'Apakah perkara paling menarik tentang Ramadhan bagi anda?'

3. Peserta yang sudi membuat post khas mengenai 'Ramadhan Giveaway' ini di blog masing-masing insyaallah akan mendapat bonus istimewa dengan syarat anda meninggalkan URL di KOTAK KOMEN di bawah post peraduan ini di blog k chik.

4. 5 Pemenang akan dipilih secara rawak kerana semua jawapan adalah betul. Kakchik akan cetak setiap jawapan dan buat cabutan (divideokan nanti, insyaallah). Hanya KOMEN MEMBINA diambil kira.

5. Tarikh tamat 'Ramadhan Giveaway' ini ialah pada 31hb. Julai 2010 jam 7.00 petang waktu Malaysia.

6. Tulis email anda di bawah jawapan supaya senang dihubungi jika anda MENANG.

Hadiahnya pula nampak sangat menarik. Dah pun k chik show pics nya. So good luck to all contestant..