WELCOME NOTES


Saturday, April 7, 2012

Day 1: Bercuti sambil bekerja di Kota Kinabalu,Sabah

السلام عليكم

Pic 1: Anak tdo bglimpangan dlm flight @labuan, stoppoìnt to KK from KLIA.

Perjalanan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama hampir 4jam. Bertolak jam  9 pg, sampai dalam pukul 12 50pm. Kami sekeluarga pergi sebab mengikuti rombongan office hubby yg kebetulan ada terlibat dengan exhibition di Magellan Sutera Harbour Resort, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, 2012 Sabah Oil & Gas Conference & Exhibition. Alang-alang, pergi sana, kami pergi smua skali. Le jalan2, hehe.. Sambut anniversary dan besday adik yg ke 4. 

This time, naik flight mmg x rasa pening dan muntah2 at all mcm dulu2 masa nak pergi Kerabi. Alhamdulillah.. and yang paling seronoknya dlm flight anak2 x banyak meragam dan bolehlah gunakan banyak masa tgk kat tingkap. Seronoknya Alif tgk mcm2 bentuk awan yang berada dibawah(biasa diatas). Ada bentuk kereta, bentuk orang tengah melambai dan mcm2 lagi imaginasi kami. Kakak yang agak pendiam, mungkin sebab keadaan tangan nya yang berbalut hanya bersandar pada ayahnya sahaja. Subhanallah, mmg cantik keindahan di atas ini. Syukur cuaca sangat baik dan mengizinkan hambaNya ini melihat kebesaranNya. Begitu juga dengan lautan yang terbentang luas. Dapat lihat perbezaan lautan dalam dan cetek. Yang jernih, dapatlah lihat terumbu karang didalamnya. Subhanallah...

Herm, dapat jugak singgah kat Labuan. Adik, Rahmat kerja dengan TUDM kat sini. Tapi x dpt jumpa sbb flight singgah sini cuma dlm 40 minit jer. Then kene duk diam2 dlm pesawat, xleh kluar. X dpt jumpa Amat. Cuma leh bgtau melalui phone jer. Urm, sekurang2nya dapatlah saya tgk keadaan tpt Amat bekerja. Dimana sebelum ni hanya terpikir jauhnye Rahmat dihantar bekerja sehingga setahun skali je kami dpt berjumpa. Dpt tgk tpt dia bekerja pun dah mengubat rasa rindu pd adik yg sgt ceria ini.. hehehe..

Pic 2: Pemandangan luar tingkap sepanjang perjalanan ke KK

Hahahhaa.. nak dijadikan cerita, bila kami sampai jer kat terminal KK, beg kami x ada. Beg kak Farah dan Ijat yg sama2 flight dengan kami pun x ada. Termasuklah barangan utk exhibition. Apalagi, kaget lah. Hahahaaa.. rupa2nya beg kami naik flight after our flight. Apa x nya, gara2 kami lambat daftar masuk lah ni... Herm, mmg nak marah ngan hubby menarnya. Masa pg2, katanya buat apa pergi awal sgt, MAS ok x mcm AIRASIA. HAH!!! Tgk apa dah jadi... Huhuhuuu.. Tp seronok jugak. Ada pengalaman yg x dpt dilupakan.. Hidup kalau xder "cerita" x seronok. Hahhahaaaaa Then masalah pun settle bila pihak MAS akan hantar beg2 ke Apartment tpt kami menginap iaitu Promenade Apartment. Kami ke apartment dengan kereta sewa. Company sewa kereta Toyota Innova sbb tu aja yg ada. Bayangkan ramai nya pangunjung luar yg datang KK ni..

Petangnya sambil tgu beg sampai kami pergi mkn dekat KFC ramai. Yaya n family pun ada cuma x sama2 flight je td. So adalah geng soffea n alif bermain. Kat KFC geleng2 jer kepala manager kat ctu ngan keletah anak2ku trutama skali. Apa leh wat, budak2 mmg x terkawal. Sofea yg berbalut tgn pun active cam budak sihat.

Pic 3: Lunch @ KFC Bandaran Berjaya

Lepas makan pergi pasar Philippines. Memang banyak brg2 jualan kraftangan, koleksi mutiara, fridgemagnet, keychein, t-shirt dan mcm2 lg. Bersebelahannya, keropok2 mknn laut, pelbagai ikan masin pun ada. Entahlah, pusing2 nak shopping jd pening xtau nak bli apa. Last2 bli mainan kanak2, mini gendang. Then beli keropok2 mknn laut buat mkn2 dlm apartment. Nak balik nnti bru borong. Heheheee..

Pic 4: Alat muzik mainan utk anak2 kecil mengenal alat muzik tradisional

Then, kami ke Parkson beli mknn skit buat bekal. Tapi tujuan utamanya adalah beli selipar untuk Alif. Cian Alif pakai kasut jer gara2 sliparnya tertinggal dlm kereta masa kat terminal KLIA td. Then kami trus balik ke apartment.

Malam kami keluar cari makan. Kami sekeluarga keluar dulu sbb anak2 dah meragam dlm rumah. Kami jln kaki jer sbb depan apartment ni mcm2 ada. Haha.. Pemandangan laut di Waterfront Esplanade semmemangnya indah di seberang. Kebetulan ada pertunjukan konsert tarian tradisional org2 Sabah. Kami singgah jup tgk. Anak2 pun berlari kat ruang legar sbb kebanyakan penonton smua duk tepi2. Tiba2 pengacara turun pentas cari mangsa untuk menari.. Hahahaa.. bru tahu kenapa ramai penonton ke tepi2 smuanya. Kami pun lari ketepi jugak hahahaaaa... Adalah dalam 15 minit lepas tgk persembahan tu kami terus menuju ke medan makan. Betul2 tepi laut. Kami singgah gerai Mentari Pelangi. Hubby pesan udang butter n sotong bakar kat gerai sebelah. Saya mkn chicken lemon and rice then minum air avocado. Hahahaaa... bukannya KL x ada tp sebab x pernah rasa n nak rasa kat Sabah. Well ok lah sbb rasa nasi tu manis, air pun manis2 kelat skit. Anak2 minum air gas n kongsi ngan anak2 yaya yg tiba lepas stgh jam. Wah meriah makan bila smuanya dah sampai. Mcm2 mknn seafood diorang order. Sampai naik mengantuk tgu masak tp berbaloi2 hehee.. Kebetulan ada plak badut2 berlegar2 meniup belon. Punyalah suka anak2. Last2 order belon buat bentuk pink panther nak 2 dan ninja turtle nak 2 jugak. 2 untuk sofea n alif, 2 lagi untuk anak2 yaya. Dah selesai mkn, kami berjalan kaki pulang ke apartment. Yaya sefamily duk apartment lain, seapartment ngan bos yg dijangka tiba malam esok. Sampai apartment, siap2 utk tidur dan trus terlelap. Suami buat kerja ngan staff office yg lain yg entah kul brapa tidurnya... ZZZZZZZZZzzzz cont esok plak..

Pic 5: At Waterfront Esplanade & Mentari Pelangi Restaurant


sign, my signature