WELCOME NOTES


Showing posts with label holiday. Show all posts
Showing posts with label holiday. Show all posts

Thursday, November 29, 2012

Day 5 @ Langkawi: Island Hopping

Pagi2 bgn siap2 kemas2 beg utk checkout. Tapi sblm balik kami ada satu lagi trip yg wajib dpenuhi iaitu Island Hopping. Hehe kami book melalui hotel. Dapat murah sket malah anak2 dpt free. Katanya dia ada cable dlm agen. Alhamdulillah.. Allah swt permudahkan percutian kami.. Katanya balik smula dlm pukul 2pm. Flight kami pukul 5.55pm so dan jugak pegi tpt beras terbakar.. Huhu harap2 sempat, kalau x rugi2.. Later will update gambar naaa... Hehe kedah slang mai dah..

P/s: mlm sempat pergi rumah atun walaupun tersesat kejap.. Hehe
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, November 28, 2012

Day 4 @ Langkawi: Bella Vista Resort & SPA

Tak jadi plan ari ni nak g hopping island coz lambat booking. Esok pg bru boleh. So ari ni plan nak g Galeria Perdana n WildLife Park. Then pg shopping apa yg patut dengan balance pitih yg tinggal huhu.. Ingat petang ni nak singgah umah Aziatun. Insyaallah kalau sempat. Kalau x sempat g malam hehe... Bila lagi nak singgah kan? Hehe.. Nantikan update story mory n picture skali kih3..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, November 27, 2012

Day 3 @ Langkawi: Pantai Cenang & Cable Car

Surprise d pagi hari, en hubby nyer plane mengejut. Ada small party for me my birthday, siap nyanyi2 lagi plus masa tiup lilin kene baling bunga dgn smua yg tgh makan pg sama2. Haha... Malu je sbb dah tua dah kih3... Pg2 lps sarapan main kat pantai puas2 sbb today last kat sini. Nnti nak checkout. Alkisahnya, kami dah booking kat Awana Porto Malai. Malam td pg sana check katanya xda nama kami. Apadahal!!! Huhu.. Mmg sedih tul.. Ondespot cari hotel online kat BookingHotel.com. Smua sribu keatas, last2 jumpa Bella Vista Hotel kat Pekan Kuah. Huhu jadilah, jgn sampai xde tpt tinggal.. Hahaha klaka la.. Plan kami x brapa nak jadi holiday ni.. Petang ni nak g cable car.. Nanti saya update ehehee.. Ok bye
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Day 2 @ Langkawi: Mangrove Tour & Dataran Lang

السلام عليكم
Map from Chalet to Mangrove Boat Station

 
Our Transport for Mangrove Tour from Chalet to Boat Station

Our Tourist Guider for Mangrove Tour
Mangrove Tour Boat Station, Kilim

26hbNovember 2012
Pagi2 bgn awal for Mangrove Tour at 8.50am sharp at frontdesk. Sarapan pun 5 minit jer gara2 lambat pergi breakfast. Siap dapat bungkusan bekal dari waiteress lagi suh makan dalam van untuk anak2. Our mangrove tourist guider named also Alif. Baya lebih kurang 20an. Perjalanan ambil masa 45 minit nak sampai ke Kilim stesen boat. Dalam van dah ada beberapa tourist lain yang dijemput dari hotel lain sekitar Langkawi west side. Lama jugak 45 minit tu... Tengok pemandangan sekeliling kat luar tingkap banyak kawasan perkampungan. Kawasan kebun pokok getah pun masih banyak lagi.

Dalam Mangrove Tour ni terdapat banyak destinasi singgahan. Antaranya Bat Cave, Fish Farm at Hole in the Wall, Eagle Feeding, dan Crocodile Cave. Nak Swimming pun boleh. Kami juga akan dibawa ke icon Kilim Geoforest Park dan lunch kat Restaurant Terapung. Sepanjang perjalanan pula kami nikmati pemandangan kawasan paya laut air masin. Ada kera tau jgn main2..

Sampai je kat stesen tu, kami kene tunggu tourist yg lain sbb nak penuhkan boat. Sambil tunggu kami shopping jup beli makanan untuk anak2 di kedai berhampiran. Then jalan2 sekitar kawasan stesen tu. Lepas stgh jam lebih kurang, mr Alif called suh berkumpul. Kami sama2 naiki bot yg sama. Boat driver x ingat plak nama dia. hehe... Another tourist dlm list mr Alif x sampai lagi so kami gerak dulu ke Gua Kelawar (Bats Cave). Setelah menaiki bot, kami bergerak menghala ke kanan dahulu dalam 3 minit untuk sampai ke gua. Di sini, macam2 penerangan diberikan oleh mr Alif. Bukan sahaja berkaitan dengan kelawar sahaja malah tentang gua iaitu batuan stalagtit dan haiwan hidupan sekitar juga diterangkan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya, banyak info yg kami dapat melalui penceritaan bersahajanya.
Lebih kurang sejam jugak kami dalam ni pack with infos. Then kami bertolak ke kawasan kawanan buaya, with the rest tourists yg ditunggu tadi yg sampai kemudian. Kami melalui stesen bot tadi dan terus menuju ke destinasi seterusnya. Unfortunately, buaya yg dinantikan tiada. Mungkin selalu sangat tourist datang jadi tempat mereka menjadi gangguan.
Next destinasi adalah Hole in the Wall Restaurant. Disini kami ada aktiviti untuk mengenali ikan. Here called Fish Farm. We were introduced to a talkative n friendly man. He showed us each kind of fish that were separated grouply in big nets. Hassan ialah nama ikan pari yg terbesar n friendly bila diberi makan. Terdapat juga ikan2 yang besar seberat 80kg dan juga merbahaya diperkenalkan. Malah kami juga dapat mengenali lebih dekat dengan gamat, belangkas dan makhluk berduri haha...
Kami meneruskan perjalanan sambil menikmati pemandangan paya bakau air masin. Semasa melalui terowong kedua selepas terowong buaya (gua buaya), hujan lebat. Terowong tersebut pulak agak sempit untuk bot lalu. Kami hampir boleh menyentuh ceiling gua. Sekejap je hujan pun renyai2. Dengan kepakaran dan kepintaran driver boat, sekejap je kami dapat keluar dari terowong yang sempit itu. 
Kami terus redah tanpa mengalami kebasahan setelah berundur sedikit dari tempat duduk kami. Dalam perjalanan kami bertemu 2 species monkey. Berbulu hitam dan berbulu coklat seperti biasa yang kita nampak. Stop for snaps then terus pergi ke kawasan helang. 
Disebabkan hujan renyai2 maka dapat dilihat helang hanya bertenggek di dahan pokok tertinggi dan berkumpul sesama mereka. Hanya sekali sekala mereka terbang dan menangkap ikan dalam air berhampiran kami. Watch these video for the info about the Langkawi's Eagle and the crowd of eagle flying n eating.
Lama jugak kat sini dok memerhati helang dan kerenah tourist2 lain amik gambar. Makin lama makin banyak pulak bot lain sampai. Perut pun dah berkeroncong kami terus pergi tempat makan kat restoran terapung. Tak ingat plak nama Restoran Terapung nih. Makan ofcoz nasi seafood with sup sayur tapi memang sedap. Disaji skali buah2an tempatan dan kuih popia. Dekat sini also ada fish farm. Lepas makan bolehlah bersantai tengok ikan2 jup sebelum meneruskan perjalanan.
Perjalanan diteruskan. Disatu perhentian kami dipelawa sekiranya ada yang ingin swimming. disebabkan tiada yang offer nak swimming kami dibawa jauh sedikit  ke tengah2 lautan dimana berhampiran dgn sempadan Thailand. Maka terlihatlah sayup2 kepulauan Thailand. Perjalanan diteruskan meniti pinggiran lautan Langkawi sehinggalah tiba di icon Kilim Geoforest Park. Selepas puas bergambar kami terukan perjalanan pulang ke stesen bot Kilim.
Tempat swimming, Kepulauan Thailand, icon Kilim Geoforest Park.

Balik kul 3pm. Tidur keletihan dlm bilik sampai lewat petang. Malam jln2 cari makan on the way nak ke Pekan Kuah. Stop kat salah satu restoran and order makan. My kids nak yang bersup. My hubby pun sama. Alang2 saya order kuey teow tomyam.. pergh sedap x terkata.. hehe.. Lepas tu gara2 anak meragam, ayahnya terus ajak balik chalet. Dalam pukul 9 baru en hubby ajak kluar semula ke Pekan Kuah. Nak ke Dataran Helang katanya. Kami ikut aje.. Sampai sana bergambar lerrr.. hehe Sudah puas bergambar n menikmati pemandangan malam disitu kami terus pulang dan berehat sambil layan citer tv.

p/s: sambung esok day 3 @ langkawi

sign, my signature

Sunday, November 25, 2012

Day 1 @ Langkawi: Sunset Beach Resort & Aquaria

السلام عليكم 


25hb November 2012
Sampai Langkawi @ 3pm lebih kat airport dan disambut oleh my old fren, Aziatun Syafinaz, kawan masa sekolah rendah kat Johor dulu. Kami sewa kete dia selama 5 hari kami disini.


Sunset Beach Resort, Langkawi

Ragam sofea dan alif


Pantai Sunset Beach Resort
 
Sampai chalet Sunset Beach Resort, lepas brehat jup dalam bilik, trus ke pantai. Mmg betul2 nmpak matahari terbenam. Mmg nice place. Very utopian, tropical n traditional. X sampai stgh jam hujan renyai2 turun. Musim hujan, apa leh buat.


Kami start kete trUs g Aquaria yg sgt berhampiran. Wah! Mcm2 ada haha.. Pelbagai jenis fish ada(mcm Aquaria KLCC), reptilia ada, tropical site pun ada. Mmg nice, rugi x mai hehe..





Paling best dpt tgk penguin. My kids fav aquatic animal. Paling lama duk tang ni. Dia berenang, main2 ngan kami kat cermin. Penguin kat sini aktif, mcm2 aksi, yg berdiri tegak pun ada..
Last but not Least

Malam kami cari stesen minyak. Habis pusing area berdekatan resort. Bila dah jumpa, terus isi, and terus ke Pekan Kuah ikut signboard. Tawakal jer kalau sesat patah balik hahaha.. kalau x bukan namanya menjelajah kan... Akhirnya sampai jua tempat dituju. Kami just pusing2 je, nak kenal tempat. Sempat gak lalu kat Dataran Helang. Berlampu2, cantik mlm2. Tapi xleh singgah sbb anak2 tidur dlm kete. Terus berlalu pulang ke resort.


Sampai area resort, kami stopby kat area berdekatan for dinner. Terasa mcm kat Bt Ferringhi... Anak2 kalau boleh smua nak dbeli.. Huhuhu

Sblm tidur smpat pergi kat frontdesk booking for Mangrove Tour for tomorrow planning.

p/s: sambung esok day 2 @ langkawi

sign, my signature

Thursday, November 15, 2012

Kalumpang Resort, Hulu Selangor

السلام عليكم

Akhirnya plan kami menjadi. Alhamdulillah. Kami group what's Up "Nenek Ikan" plan dah sebulan nak pergi Kalumpang Resort. Kami hampir2 x jadi pergi sbb en hubby keLaut, abah ngan mak x dpt pergi sbb eza SPM. Mujur en Hubby balik Isnin lepas dan next offshore ditangguhkan. Mak x balik Kuantan so dapat join kami skali. Ahli family nenek yg x dpt pergi, family pak Long, cik Aman, cik Caal dan cik Jalil sbb x dpt cuti. So yg pergi cuma family cik Li(serta family belah cikWan), cik Amai, cik Di, Ayu n kitorang. Atuk n nenek pun ikut skali. Janji berkumpul kat rumah nenek dan bertolak jam 10am 13hbnov'12. Kami sampai awal sangat. Nak masuk chalet pun orang x checkout lagi. Jadi kami terjun dulu hehehe.. especially anak2 yg dah x sabar nak berendam. Aktivity hari ini memang mandi sahaja. Pergh memang x puas. Air sejuk + pemandangan cantik. heheeee. Makanan x perlu risau. Family masing2 semua bawak bekal, nasi lemak, nasi impit, mee mihun, nuggets sosej, ayam goreng, sandwitch telur/sardin, buah2an n snack. Semua sedap2 blaka :) Minuman pun dibawa, berbotol 2 air mineral, dan air sarsi + ais. 



Masa on the way masuk ke dalam resort ni, anak2 ternampak satu kawasan untuk kolam mandi. Kolam ni x mcm kolam renang biasa mcm kat hotel tu sbb kolam ni guna air sungai yg diganti setiap hari. Lepas mandi sungai anak2 merengek nak mandi kolam pulak. Ingatan diorang ni memang kuat. Haha.. dalam 15 minit mandi kolam, hujan turun lah pulak. Walaupun renyai2, bahaya utk budak2, takut tergelincir. Jadi kami berteduh sblm balik bilik sbb hari dah nak malam. Smntara berteduh tu, kami menyaksikan telatah budak2 muda yg mandi manda kat kolam tu. Macam2 aksi terjun diorang tonjolkan.. herm bahaya anak2 tengok ni.. dah2 jom balik!!



Sebelah malamnya, kami buat barbeque. Cik Amai tukang sediakan utk memanggang termasuklah support ayamnya, sosej, burger ayam dan daging. Ramai2 berkumpul depan chalet kami n Cik Di(berjiran). Chalet family cik Amai, cik Li n budak2 bujang jauh nun sblh sana heheheee... tp yg penting tepi sungai :). Yg bujang2 tolong jg api.. tp ada jugak hangus hahhaaa... kami mkn dgn nasi, lauk sambal ikan pun ada dibawa. Memang best hehee... Tugas saya potong buah. Buah limau bali(kaler merah-msm sgt2), tembikai, pear, tembikai susu, dan epal. Cicah ngan kuah rojak buah pedas. Mkn jgn x mkn bismillah... :)


Pada hari kedua, pagi2 kami pergi breakfast. Anak2 masih tidur. Kami tinggalkan jup, lgpun cik Di ada kat sblh x keluar lagi. Sarapan pagi dgn nasi lemak. (Tapi x bley lawan la nasi lemak cik Wan masak-"Cik Wan nnti msk lagi ya, hahahhaaa..."). Balik dr breakfast, kami round2 kawasan resort. Ada sebilangan kawasan haiwan ternakan disini, seperti arnab, itik, ayam dan angsa. Chalet pula pelbagai jenis rekaan dibina. Ada yang dua tingkat, setingkat, ada yg besar, dan ada yang sederhana. Mmg nice. Dalam setiap perjalanan kami, mesti ada parit air sungai berlalu dgn deras dan jernih. Tenangnya dgr bunyi air... Dekat surau pun guna air sungai tau.. sejuuukkkkkkk...


Hahaha, dlm pada berjalan2 tu kami dikira berdating berdua, hahahaaa anak2 tidur dalam bilik mak ngan nenek yang jaga sambil layan tv. Bangun je diorang pagi tu terus bg sarapan roti bekal, makan ditepi sungai. Lepas makan terus mandi plus main dgn makcik2 kecik yg lain(saya cucu sulung yg ada sepupu sebaya dgn anak2, hihi). Anak2 dijaga oleh ayahnya yg takutkan kesejukan air dipagi hari, hahahaa... saya dan mak ketengah sket cari paras air dalam. Mujur ada tali keselamatan utk kami bergayut. Kami cuba berdiri atas tali dan menjatuhkan diri. Haha mcm budak2 tapi best.. cuba2 try berenang tapi x pergi mana pown sbb airnya yg deras tp xdelah deras sgt hahahahaa...Ntah macam mana, boleh ternampak ada batu kecil berdiri diatas batu besar. Mesti ada orang yg letak. Saya pun cubalah jatuhkan batu tu dengan membaling batu2 kecil yg ada dalam dasar sungai. Mak pun cuba jugak. Tapi susah betul nak kene. Jaraknya lebih kurang 50meter kot, agak2 jer haha.. Then sorang2 datang ke arah kami nak tunjuk skill. Dan akhirnya my en hubby pun turun sungai juga nak tunjuk skill hahahaaaaa... Last2, cik Di lah orang pertama dpt menjatuhkan batu tu.. hahaha nampak senang tp susah..kih3.. Saya dah naik dah ngan mak, x tahan sejok woooo.... Kami tengok aksi anak2 teruna ngan bapak2 orang jer yg try nak tunjuk skill. Batu dah jatuh, sanggup plak ada wakil si cilik meredah air deras utk tegakkan balik batu tu.. Yg x tahan nak gelak tu, atuk pun turun sungai nak tunjuk skill, heheheee... agak2nya dasar sungai area tu mesti licin dah xder batu kecik dah... kui3 mmg best.. Thanks to all participants yg menjayakan percutian pertama kalinya ini. Harap ada lagi lain kali percutian bersama dr pangkat datuk hinggalah ke cucu cuit.



sign, my signature

Sunday, November 4, 2012

Duta Village Beach Resort, Sg Kerang, Kuantan

Bercuti ke Resort Duta Village for dua hari satu malam. Sesaje untuk release tension. Abah pergi Melaka atas urusan x rasminya hehe.. Razman pulak pergi memancing in group. En Hubby plak, offshore. So, Booking 3 bilik. Ajit sefamily, me n my kids with nora n mak dan rahmat with Aizah. Day 1, of course terjun laut stgh jam, then baru mandi kolam pulak. Malam, cari kedai makan seafood area berhampiran. Mmg sedap, alhamdulillah. Balik layan drama jup Then tidur. Sofea n alif kacau ayah uda dia entah sampai kul baper diorang tidur. Pagi2 pulak lepas breakfast terus sambung mandi kolam. Ajit n Amat sempat main pingpong. Nak dekat kul 12thari siap2 for checkout. Kami terus balik rumah disebabkan rainy day. A very big THANKS to our cutest supporter, Cik Nora. Tima kasih, lain kali belanja lagi... Hahahahaaaaa ;)

P/s: seronoknya dapat rasa kedinginan angin sepoi2 bahasa d tepi laut yang nyaman. Ada beberapa tinggalan istana pasir yg cantik hasil kerjatangan kanak2 yg ada aktiviti disini pg smlm. ;) haha lama alif menatap satu-satu kreativiti budak2 tu.

Saturday, October 20, 2012

StreetsView Lodge Chalet, Melaka

السلام عليكم
Ayah sdg tgu kwn pickup pergi hentian bot. 
 

Pandangan dari chalet dan hadapan chalet StreetsView Lodge Chalet

Kami amik bilik paling besar, Ada 2 katil queen n 1 katil bujang, ada 2 pintu, pintu kluar n pintu berandar yg link ngan bilik lain juga.
 
Bermain dengan anak2 ditepi Pantai. Jalan kaki jer menghala ke depan dr chalet.
 
Found umang2 bawak balik bilik. Petang pergi semula ke laut dan pulang kan umang2 ke Tempat asal.
 
My kids with their creativation (sambil tgu ayah)
 
 
sign, my signature