WELCOME NOTES


Friday, June 25, 2010

Tahukah anda kelebihan bersugi/siwak?


Bersiwak bukan semestinya menggunakan kayu siwak walaupun mungkin ada banyak hikmahnya. Memberus gigi juga adalah bersiwak sebenarnya. Tapi berapa ramai yang tahu dan berniat bahawa dia mengikut sunnah nabi ketika membersihkan mulut itu? Renung2kan..


Fadhilat bersugi
Sesetengah fadilat:
  • Bersugi iaitu dua rakaat sembahyang dengan mengosok gigi terlebih baik daripada tujuh puluh rakaat tanpa mengosok gigi.
  • "Menggunakan miswak menjadikan satu asbab memudahkan kesukaran maut. Selalu menggunakannya akan memudahkan roh keluar daripada jasad apabila waktu yang ditetapkan itu tiba." (Syarhus-Sudur)
  • Hadrat 'Aisyah R.'Anha berkata bahawa:"Miswak (penggunaan secara tetap) adalah menyembuhkan penyakit kecuali mati." (Dilaporkan oleh Dailami di dalam Firdaus)
  • Empat perkara yang menambahkan kecerdasan iaitu meninggalkan percakapan sia-sia,menggunakan miswak,duduk di dalam majlis orang-orang soleh dan duduk di dalam majlis ulama'-ulama'. (Thibbi Nabawi)
  • Allamah Ibn Dariq Rahmatullah'Alaih berkata,"Kebaikan yang terkandung di dalam penggunaan miswak selepas bangun dari tidur ialah ketika tidur wap busuk naik daripada perut ke arah mulut. Hal ini mengakibatkan bau busuk di dalam mulut dan juga berubahnya deria rasa atau kecekapan. Penggunaan miswak akan menghilangkan bau busuk tersebut dan memperbaiki perubahan yang berlaku kepada deria rasa tersebut.
  • Saidina Ali bin Abi Talib r.a. berkata, "Ada tiga perkara yang menguatkan ingatan dan menghilangkan balgham (lendiran dalam tubuh yang menyebabkan kelupaan dan kemalasan) iaitu bersugi gigi, berpuasa (seperti Isnin dan Khamis pada setiap minggu) dan membaca al-Quran.
Pakar-pakar perubatan Islam dan ulama' pula telah menyenaraikan lebih 70 faedah dan kelebihan bersugi atau bersiwak. Antaranya ialah mempertajamkan ingatan, menambahkan kecerdasan, menghilangkan balgham, menerangkan mata, memutih dan mencahayakan gigi, ubat kepada kebanyakan penyakit jika menggunakan secara tetap, menahan gigi dari reput, memberi nur kepada wajah orang yang selalu menggunakannya, menghilangkan kekuningan gigi. melawaskan suara, menimbulkan selera makan, menolong menghadamkan makanan, menghilangkan sakit gigi dan menambahkan kefasihan lidah.

Daripada Ibn Umar r.a. berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda, “Jadikan bersugi itu satu amalan, kerana ianya (bersugi) menyihatkan mulut dan merupakan kesukaan kepada Maha Pencipta” ( Hadis Riwayat Al-Bukhari ).

Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kalau tidak menyusahkan umatku nescaya aku menyuruh mereka bersugi setiap kali hendak menunaikan solat” (Hadis Riwayat Al-Bukhari).

Masa disunatkan bersugi
Sunat bersugi pada tiap-tiap keaadan dan yang terlebih kuat dituntut pada ketika hendak membaca al-Quran, ketika hendak sembahyang kerana sabda nabi saw:

لو لا أن أشق علي أمتى لأمرتهم بالسواك عند كل صلاة وفي رواية عند كل وضؤ

Ertinya: Jikalau tidak menyusahkan umat ku sesungguhnya aku hendak memperwajibkan mereka itu bersugi pada tiap-tiap kali hendak sembahyang dan pada satu riwayat pada tiap-tiap kali mengambil wuduk.

Sunat bersugi ketika berubah bau mulut, ketika bangun daripada tidur, ketika kuning gigi, dan sunat pula ketika hendak tidur, ketika mengambil wuduk, ketika membaca hadihs, ketika hendak mati kerana bersugi memudahkan keluar roh dan banyak lagi masa disunatkan bersugi.

Waktu makruh bersugi
Orang yang berpuasa dimakruhkan bersugi kemudian daripada gelincir matahari sama ada puasa fardu atau sunat. Berkekalan makruhnya sehinga terbenam matahari. Imam Nawawi telah memilih akan ketiadan makruh samaada sebelum gelincir matahari atau sesudahnya.

Cara bersugi
Disunatkan bersugi dengan tangan kanan dan dimulakan mengosok pada gigi garaham kanan mulut sebelah atas, bawah, luar dan dalam. Hendaklah dilalukan berus gigi atau kayu sugi di atas langit-langit dan gusi dengan perlahan-lahan supaya tidak bedarah. Hendaklah dilalukan pada gigi dan lidah. Sunat mengosok melintang gigi. Makruh mengosuk membujur gigi kerana merosakkan gusi dan berdarahnya.

Alat- alat bersugi
Kayu terlebih utama dibuat bersugi daripada lainnya. Kayu yang mempunyi bau yang harum terlebih utama daripada kayu yang tidak mempunyi bau. Kayu arak terlebih utama daripada yang lain kerana ia mempunyai bau yang harum, mempunyi bulu seperti berus dan kerana nabi saw menggunanya; mengiringinya pelepah kurma kerana alat sugi terakhir nabi; mengiringinya kayu zaitun kerana sabda nabi saw:

نعم السواك الزيتون من شجرة مباركة تطيب الفم وتذهب بالحفر وهو سواكى

وسواك الأنبياء من قبلى

Ertinya: Sebaik-baik berus gigi kayu zaitun ia adalah kayu yang diberi berkat. Ia mengelokkan bau mulut dan menghilang penyakit gigi. Kayu zaitun adalah berus gigi aku dan berus gigi nabi-nabi sebelum aku.


Tahukah Anda?

  • Gigi yang tercemar menjadikan ia mudah menarik logam berat dan bahan berasid untuk melekat kepadanya. Bahan ini akan melekat pada dinding gigi dan membentuk plak (plaque). Plak boleh menebal dan menjadi keras. Plak ini tidak boleh boleh dibersihkan secara fizikal seperti mencongkel, menggosok gigi dengan berus gigi bersama ubat gigi dan sebagainya.


  • Gigi yang menerima elektron akan mempunyai getaran asal yang tidak menerima benda asing melekat kepadanya. Ia juga berkeupayaan untuk mengawal aktiviti biotik dan mengelak daripada jangkitan kuman. Oleh itu, gigi yang digosok dengan kayu sugi mempunyai keupayaan untuk menanggalkan plak lebih baik daripada kaedah cungkil atau memberus. Walaupun anda hanya menggosokkan beberapa batang gigi sahaja, elektron boleh tersebar ke gigi lain yang bersebelahan sekiranya gigi tersebut bersentuhan atau rapat. Plak di bahagian belakang gigi juga akan tertanggal walaupun tidak dicapai oleh kayu sugi. Dengan hanya menggosok di bahagian hadapan gigi, bahagian belakangnya juga turut mendapat elektron yang membantu menanggalkan plak dengan sendiri, insyaAllah. Oleh itu, menggosok tidak perlu sehingga mencapai ke seluruh permukaan gigi termasuk belakang dan graham belakang. Kecuali jika terdapat renggangan gigi, maka gigi yang renggang perlu digosok kerana elektron tidak mengalir dengan sempurna daripada gigi hadapan.

  • Terdapat pelbagai jenis berus atau pembersih gigi di pasaran. Begitu juga dengan ubat gigi. Mereka membuat pelbagai teknik dan dakwaan. Antara teknik yang digunakan ialah seperti mesen getaran, mesen yang memutarkan berus, pengurut gusi daripada getah, pembersih lidah dan sebagainya. Berdasarkan kajian saintifik, memberus dengan pelbagai cara menggunakan berus linen atau plastik walaupun berus tersebut dibuat dengan rekabentuk yang canggih, sebenarnya tidak akan membantu membersihkan menanggalkan plak dengan berkesan. Berus yang diperbuat daripada linan atau plastik amat mudah memerangkap bakteria. Itu lah sebabnya persatuan doktor-doktor gigi menyarankan agar berus gigi ditukar setiap DUA bulan sekali! Mungkin anda lihat berus gigi tersebut masih baru dan belum rosak atau berusnya masih keras, tetapi ia sudah boleh memudaratkan kesihatan gigi.

  • Di pasaran dunia dan Malaysia khususnya terjadi lambakan barangan keperluan yang diperbuat daripada sumber yang haram dan beracun. Berdasarkan kepada Panduan Halal Haram yang di keluarkan oleh Consumer Association of Penang (2006),
  • “Lazimnya berus yang diperbuat daripada bulu babi dilabelkan sebagai ‘Pure Bristle’. Selain berus lukisan, berus cat, berus menggosok kasut dan songkok, berus gigi dan berus cukuran dikhuwatiri mengandungi bahan haram ini.”
    Disaat umat islam dilanda kebimbangan mengenai status barangan halal khususnya keperluan dalam menjaga kesihatan mulut, Nabi SAW telah memberikan satu solusi yang terbaik sejak 600M yang lalu. Pada zaman nabi telah terdapat pelbagai jenis alat pembersih mulut seperti powder tetapi siwak tetap menjadi pilihan Baginda s.a.w.


p/s:
  • liatnye anak2ku nak berus gigi.. mkn gula2 n cikedis kuat sgt..
  • tips memilih kayu sugi ialah pilihlah yang lurus batangnya.
  • kayu sugi lebih mudah dibawa kemana sahaja (letak dlm poket dan boleh diguna setiap kali nak solat tanpa ubat gigi)
  • gigi graham dah hilang satu.. huhu

My Daddy Super Cool Contest

Salam,
Masa melawat Geng Blogger Community, tetiba nmpak la satu entry ni. Pasal Daddy Contest kat blog bengelina. Hadiah pulak sebuah buku kanak2. Dipikir2 best nih.. So saya pun join la.. Kalu kwn2 nak join juga sila baca syarat2nye spt dibawah..

MY DADDY SUPER COOL CONTEST


In conjunction with 'Fathers Day'... owner dgn senang hati... buat satu contest yg sempoi utk kawan2 bloggernyer... syarat2nyer senang sahaja... kena ada anak ngn suami la... hikhiks
Contest start date: 9th June 2010,
Contest end date: 10th July 2010.

Syarat yg senang utk join:
  • Must follow bengelina and also her blogshop d'alya boutique
  • Add bengelina (ID alina abu bakar) and also d'alya boutique at your blogroll/bloglist
  • Copy this contest banner at your sidebar and link back to this contest entry
  • Be bengelina and d'alya boutique friends at Facebook - you can click on the FB Banner on bengelina right bar and d’alya boutique left bar - plz mention your ID name ya... mengagau kang dio nak cari nanti... hehehhe
  • Put your baby/kid’s photo (1 only) with their super COOL daddy in your entry with daddy's name, their name, and age (1 day until 5 years old)
  • Leave your message in her comment box with your permalink.
***gambar kena menarik yg dok tunjuk kenapa daddy mereka teramat la COOL... mcm daddy alya tu... berendam dlm pool yg penuh ngn balls demi nak layan anak dara dier...
Judge will be her humble hubby - Mr. beng
Hadiah - Children Books (1 for boboy, 1 for gugurl)


Ni pic yang niza rasa my hubby is a very cool daddy sebab jg anak sakit tiap2 mlm for 6 days
(siang keje, mlm jaga anak)

Nama Daddy: Mohd Fakhurazhi
Nama Baby Girl: Maryam Soffea
Age Baby Girl: 2 tahun 4 bulan

p/s: we really appreciate u my dear :)


Terharunyer Award Nie..

Assalamualaikum,


Terharunyer saya bila dapat award ni.. Kannye ape.. Saya x comel maner pun. Ahaks! Biasa2 jer.. Time kacih la wahai sepupu comei ku, Nazihah. Untuk blogger cute, Nazihah, saya segerakan menjawab soalan2 nye yer.

Soalan 1
Apa nama blog anda dan kenapa letak nama tur?
Jawapan 1
Nama blog saya ialah Bingkisan Naluri. Apa yang terdetik dari hati saya untuk menaip, saya teruskan niat saya. Itu je..

Soalan 2
Jelaskan bagaimana anda boleh dapat idea nak letak nama URL blog anda.
Jawapan 2
Bagai nak pecah kepala jugak la memikirkan nama ni sebab dulu nama nya "My Mobile Blog" sbb sent entry blog through my mobile phone. But semenjak dah dpt laptop kesayangan ni.. hehe.. blogging mnjadi2..

Soalan 3
Bila blog anda mula beroperasi?
Jawapan 3
Berblog semenjak Jun 2009, Newer blog semenjak February 2010

Soalan 4
Ucapan anda kepada cik Nazihah?
Jawapan 4




TQ :)


Soalan 5
Tag 9 orang yang anda rasa patut dapat award istimewa ni..
Jawapan 5

p/s: U all are very 'çute' in my heart..  :)