WELCOME NOTES


Friday, October 14, 2011

Senario Rumah Tangga Skrang

السلام عليكم


KISAH 1

Laki talipon, Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

-----------------------------------------------------------------

KISAH 2

Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!

Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

KISAH 3

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...

Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

KISAH 4


Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,

Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... 
Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------

KISAH 5

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------

KISAH 6

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....

Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

p/s: sape yg salah ye... cian sang suami... kih3 (ada pengalaman), laksanakan lah tanggungjawab isteri, kalau suami rajin membantu dan memahami, itu suatu kelebihan dan penghargaan x ternilai...



Sketsa 4 2day

السلام عليكم




RM1 : Oit,lama tak nampak,mana ko pergi?
RM50 : Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola, Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF, M’sian Idol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?

RM1 menjawab perlahan seraya menunduk,“Hmm..biasa lah.. Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

duit 20sen plak menyampuk, "0key la tu, aku ni asyik2 pegi tandas"

----------------------------------------------------------

Cikgu : Baik anak-anak murid.... pagi ni kita akan belajar mengenal bunyi haiwan. Udin, macam mana bunyi ayam berkokok?

Udin : Kok kokk kokkkkk!!!!!
Cikgu : Bagus Udin... Limah, buat bunyi kucing pula..
Limah: Meowwww
Cikgu : Amboi, manja kucing tu ya.... Ajoi, buaya bagaimana pula bunyinya?
Ajoi : Fewittt! Hai, Cik Adik! Sorang jer...? Abang temankan ya...

Cikgu : Bunyi buaya apa tu???
Ajoi : Buaya darat cikgu..

----------------------------------------------------------


Anak : " Ayah, Saya nak kahwin "
Ayah : " Apaaaaa, kahwin????? kamu kan baru berusia 10 tahun "
Anak : " Biarlah, asalkan kahwin "
Ayah : " ye la-ye la. Kamu dah ada calon ke ?"
Anak : " Ada. Saya nak kahwin dengan nenek "
Ayah : " La.... kamu tidak boleh kahwin dengan Ibu Ayah "
Anak : " Siapa kata? Ayah boleh pula kahwin dengan Ibu Saya "

----------------------------------------------------------


----------------------------------------------------------

‎1)bile org npk ko baring tutup mate:
s: ko tidur ke?
j:tak la,aku training mcm mane nk mati nnt.

2)Imagine ko bwk tv ko yg rosak jmpe technician suro repair,die msti tnye gak:
s: nk repair tv ke?
j:tak la,aku bosan! so sje aku bwk tv ni jln2.

3) time ko bgun tido,terus si die tnye ko:
s:ko da bangun?
j:ish,aku tgh tdo smbil jln la~

4)kwn ko call phone umah ko:
s:mne ko?
j:sini,kt bus stop!!!

5)diorg nmpk ko kuar dr bilik mandi basah2:
s:ko bru mandi ke?
j:mana ade,aku jatuh dlm lubang jmban td!

6)ko di dlm toilet,pintu berkunci,ade gk org ketuk pintu n tnye:
s: ada org x?
j: (suare kiut) mne ade org!! taik yg bercakap ni!!!bikin panas itu

----------------------------------------------------------

Seorang guru lukisan sedang melihat kertas lukisan milik Ajoi, pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : "Lukisan apa yang kau buat nie AJOI, kosong je?"
Ajoi : "Kuda makan rumput, cikgu!"
Cikgu : "Rumputnya mana?"
Ajoi : "Sudah habis dimakan kuda, cikgu,"
Cikgu : "Habis tu, kudanya mana?"
Ajoi : "Sudah pergi, cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu masih di situ?"

----------------------------------------------------------

Suatu ptang, Sorang gadis kampung yg bahasa inggerisnya kacau bilau telanggar sorang pelancong mat saleh ketika berjlan2 di Giant Mall.

Gadis : I'm sorry...(ini sahajalah antara perkataan inggeris yg dia tau)
Pelancong : I'm sorry, 'too'.

si gadis kelihatan binggung kerana tak fham apa yg dikatakan oleh pelancong itu lalu dia jawab...

Gadis : I'm sorry three.
Pelancong : Wat r u sorry 'for' ?
Gadis : I'm sorry five...
Pelancong : =..=

----------------------------------------------------------

Ayah: Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer…! Apasal hah?

Anak: Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyak kat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adik jer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

----------------------------------------------------------

Girl: Do u know that with all those money u spend on cigarettes u could buy a Ferrari!
Boy : Really?? What about you? Do u smoke?
Girl: No! Never..
Boy : So where is ur Ferrari ??

----------------------------------------------------------

Gadis : hari ni sy jalani pembedahan jantung .
Jejaka : sy taw :') I love you .
Gadis : I love you too .♥
(Bile sedar dari pembedahan , gadis tengok jejaka takde . Tp ayah die je yg ade)
Gadis : mane bf sy ayah ?
Ayah : Siti taw tak sape dermakan jantung untuk siti ? :(
Gadis : apaaaaa ? ( Terus menangis ) T_T
Ayah : hehe takde la . Ayah melawak je . Die pegi tandas ;D ♥

----------------------------------------------------------

SAM: Semalam aku nampak hantu!
DOL: Uih! kau terkejut tak?
SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.
DOL: Mana kau tahu?
SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

----------------------------------------------------------

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!
DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan lebih baik lagi.

----------------------------------------------------------

Cikgu: ” Ajoi…! cuba kamu jawab, Siapa itu Thomas Edison?”
Ajoi: ” Tak tau cikgu….”
Cikgu ( bengang ):” Ajoi!! kamu kenapa ha? Tak belajar ker?
Ajoi: ” Belajar juga cikgu. Cikgu tau tak siapa itu Sumardi?”

Cikgu: “Tak tau. Siapa dia?”
Ajoi: “Tulah cikgu, kita kan punya kenalan masing-masing…”
Cikgu: “#&$*#$^#)*$#$%”



Percubaan mencuri jasad Rasulullah saw

السلام عليكم


1.Percubaan Pertama

Pada awal abad ke-7 Hijriah, seorang penguasa di Mesir bergelar Al Hakim bin Amrillah untuk menggali maqam Rasulullah saw.Usaha ini dilaksanakan oleh Abu Al Futuh atau nama sebenarnya Hasan bin Jaafar yang ketika itu menjadi gabenur di Mekah dan Madinah. Rancangan asal adalah idea dari Ahli Zinddiq yang menghasut penguasa Mesir agar diusahakan untuk memindahkan jasad Nabi Muhammad bersama dua sahabatnya ke Mesir kerana dengannya Mesir akan lebih ramai dikunjungi kaum muslimin dan akan lebih banyak mendapat faedah ekonomi. Penguasa Mesir Al Hakim Al Ubaidi tertarik dengan idea ini lalu mengirim angkatan tentera yang lengkap untuk membongkar makam secara paksa.

Penduduk Madinah yang mengetahui maksud jahat mereka bangun menentang Abu Al Futuh dan pasukannya, sehingga hampir-hampir mereka membunuhnya. Disaat itu tiba-tiba datang angin kencang dan debu yang dahsyat menyerang mereka. Binatang-binatang tunggangan mereka lumpuh, buta dan mati malah tentera pun ramai yang mati dan cedera.

2. Percubaan Kedua

Peristiwa memilukan dan terkutuk ini terjadi sekitar tahun 1164 M atau 557 H, dilakukan oleh orang-orang kafir yang mencuba menghancurkan agama Islam.
Kisah ini bermula dengan pudarnya kejayaan Islam yang berpusat di Baghdad di bawah pemerintahan Dinasti Abbasiyah. Raja-raja Nasrani dari Eropah yang dipengaruhi oleh yahudi sangat berdendam atas Rasulullah saw mencuba mencari jalan memalukan umat Islam dengan mencuri jasad Nabi Muhammad Saw. Kegiatan ini akan dilakukan tatkala musim haji tiba, dimana umat Islam dari seluruh dunia berdatangan untuk menunaikan rukun Islam kelima. Dua orang ditugaskan untuk melakukan misi hina ini dengan menyamar sebagai jemaah haji Andalusia, Sepanyol dan berpakaian seperti orang Magribi.

Mereka menyewa sebuah rumah yang letaknya dekat dengan makam nabi. Dari penginapan inilah, mereka menggali terowong menuju makam Rasullullah saw. Namun Rasulullah saw yang masih hidup dan berperanan secara roh tidak akan membenarkan jasadnya dihina ia digagalkan dengan izin Allah swt.
Sultan Nuruddin Mahmud bin Az Zanki, seorang penguasa Islam di Damsyik bermimpi bertemu dengan Rasulullah saw sambil menunjuk dua orang lelaki berambut perang dan berkata, ”Wahai Mahmud, selamatkan jasadku dari maksud jahat kedua orang ini.” Mimpi serupa terjadi tiga kali hingga Sultan memutuskan untuk segera berangkat menuju makam Rasullullah saw di Madinah untuk melaksanakan arahan Rasulullah saw.

Dengan memakan waktu 16 hari serta membawa kuda, 20 orang pengawal dan harta yang banyak, Sultan melakukan perjalanan dari Damsyik ke Madinah. Apabila sampai, Sultan terus menuju Raudah, Masjid Nabawi untuk bersembahyang dan berziarah ke maqam nabi. Seorang menterinya datang bertanya, “Apakah Baginda Sultan mengenal wajah kedua lelaki itu?” Sultan pun menjawab, “Ya”.

Perkuburan Baqi berdekatan Masjid Nabawi

Maka Sultan memerintahkan menterinya untuk mengumpulkan seluruh penduduk Madinah dan membagikan harta yang dibawanya sambil meneliti wajah setiap orang yang datang. Namun tidak seorangpun yang mirip dengan apa yang ditunjukkan Rasullullah saw dalam mimpinya.

Akhirnya sultan bertanya kepada penduduk Madinah, “Adakah diantara kalian yang belum mendapatkan hadiah yang telah disediakan.” Namun semua penduduk Madinah mengaku sudah mengambilkan bahagian masing-masing, kecuali dua orang asing dari Magribi yang belum datang untuk mengambil hadiah mereka. Keduanya dikenali sebagai orang saleh dan selalu bersembahyang di Masjid Nabawi dan menziarahi maqam Nabi Muhammad Saw.

Sultan kemudian memanggil kedua orang tersebut. Alangkah terkejutnya sultan bila melihat kedua orang itulah yang dia lihat dalam mimpinya. Mereka mengaku sebagai jemaah haji dari Andalusia, Sepanyol. Walaupun sultan sudah menyoal siasat keduanya mengenai kegiatan mereka di Madinah, mereka tetap tidak mahu mengaku, lebih-lebih lagi ketiadaan bukti. Maka Sultan melakukan pemeriksaan di rumah mereka. Sesampainya di rumah itu yang ditemuinya hanyalah wang, kitab-kitab buku di rak dan dua buah mushaf Al-Quran. seluruh rumah itu digelidah namun tiada bukti untuk menangkap kedua orang tersebut walaupun Sultan sangat yakin dengan kebenaran mimpinya. Ya mimpi bertemu Rasulullah saw adalah benar.

Ketika Sultan dan pasukannya mahu keluar meninggalkan rumah kedua orang tersebut, baginda terasa ingin memeriksa bawah karpet tempat duduk kedua orang tersebut, alangkah terkejutnya baginda bila disingkap karpet tersebut terdapat satu lobang ke bawah tanah. Rupa-rupanya ada satu terowong bawah tanah yang telah digali panjang menuju maqam Rasullullah saw dan sudah sangat hampir ke jasad baginda yang mulia.

Rupa-rupanya, inilah rahsia mereka berdua yang rajin melawat perkuburan Baqi’, rupa-rupanya untuk membuang tanah yang mereka gali setiap hari. Sultan Nuruddin sangat murka lalu memukul kedua lelaki tersebut. Akhirnya mereka mengaku bahwa mereka diutus oleh raja Kristian di Eropah untuk mencuri jasad Nabi Muhammad Saw. Kedua-duanya penjenayah itu dihukum mati. Setelah itu, untuk menghindari berlakunya kejadian serupa, Sultan memerintahkan digali parit di sekitar makam Rasullullah saw dan dituang timah sebagai tembok.

3. Percubaan Ketiga

Peristiwa ini berlaku pada abad ke 7 Hijrah, sekumpulan 4 orang lelaki dari Halab, Syria datang ke Madinah dengan peralatan penggalian yang lengkap untuk menggali maqam Rasulullah saw dan 2 sahabatnya untuk dipindahkan ke tempat lain. Ketika hampir sampai ke maqam baginda tiba-tiba tanah tempat mereka berpijak mengelungsur, menenggelamkan dan menimbus mereka hidup-hidup. Terkubur di situ kerana niat jahat mereka demi pengajaran orang kemudian.

4. Percubaan Keempat

sebenarnya point ini bukan nak larikan jenazah tapi nak musnahkan kubah. Kubah pun Tuhan tak izinkan. Yahudi tidak akan puas hati terhadap Nabi Muhammad saw. Usaha mereka diteruskan melalui golongan yang mereka ciptakan dalam Islam iaitu golongan wahabi. diceritakan kisah ini berlaku sekitar tahun 90′an. Kata seorang soleh yang bernama Syaikh Al-Zubaidi.

Setelah golongan wahabi yahudi ini berjaya menghancurkan dan meratakan perkuburan Baqi’, mereka cuba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad saw pula.Namun, ketika salah seorang dari mereka cuba memanjat kubah itu untuk memusnahkannya, Allah datangkan petir memanahnya secara tiba-tiba lalu dia mati melekat di kubah tersebut tanpa seorang pun yang mampu mengalihkan jenazahnya dari puncak kubah!

Syeikh Zabidi juga mengatakan bahawa ada seorang yang soleh dari Madinah mendengar suara hatif mengatakan tidak ada seorang pun mampu mengalihkan jenazah dari Dome @ Kubah dan bahawa ia harus dikafankan di situ sebagai amaran dan peringatan bagi orang-orang yang mungkin memikirkan cuba untuk menghancurkan di masa mendatang! Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di kubah itu dan untuk menutupi tubuhnya dengan bahan berwarna hijau agar tidak kelihatan.

Allah pasti menjaga kemuliaan Manusia teragung di muka bumi ini, Rasullullah SAW yg kita cintai... subhanallah.



السلام عليكم


Mari kita sama2 menghayati kisah dibawah agar sama2 kita mendapat hidayah dan panduan dlm kehidupan kita sekarang..
--------------------------------------

Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu - ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya. Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam.

Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba - tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah - olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan. Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri.

Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid – murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.

Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul di hadapannya lalu beliau telah bercerita :

Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung di dalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya.. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang, yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.

Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyang pun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam. Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya. Maka setelah selesai sembahyang, seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing - masing sambil ketawa terbahak - bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia' Allah telah jauh meleset.

Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi, dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan! Subhanallah!

Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul dimasjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya, pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada. Bekas kandangpun tiada, seolah – olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahului Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.

Allah Ta'ala telah berfirman yang bermaksud :

"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa." (SurahAn-Najm : 32)

"Janganlah engkau memalingkan muka dari para manusia sebab kesombongan dan janganlah berjalan di bumi dengan takabbur, sesungguhnya Allah itu tidak suka kepada setiap orang yang sombong dan membanggakan diri." (Surah Luqman 18)

Jumaat... Penghulu Segala Hari..

السلام عليكم


JUMAAT adalah hari paling mulia serta mempunyai beberapa fadilatnya untuk direnungi.Kitab As Sabi’ iyahti Fi Mawa’izhil Bariyyat banyak memaparkan peristiwa agung yang berlaku pada Jumaat.Antara peristiwa itu ialah perkahwinan Nabi Adam dan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaiha: Nabi Musa dengan Shafura binti Syuaib; Rasulullah saw dengan Khadijah; Rasulullah dengan Siti Aisyah binti Abu Bakar serta Ali bin Abi Thalib dengan Fatimah Zahara binti Muhammad.

Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.

“Pada Jumaat juga kiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.” (Hadis riwayat Muslim).

Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

Solat Jumaat dua rakaat yang difardukan ke atas umat Islam membuktikan hari itu adalah semulia hari yang perlu ambil manfaat untuk mendapatkan ganjaran Allah daripada setiap amal ibadat yang dilaksanakan.

Rasulullah bersabda: “Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat pertama, dia umpama berkorban seekor unta.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat kedua, dia seperti berkorban seekor lembu.

“Barang siapa yang menghadiri solat Jumaat pada saat yang ketiga, dia seperti berkorban seekor kibas.

“Sesiapa hadir solat Jumaat pada saat keempat, dia seperti memberi hadiah seekor ibu ayam dan sesiapa hadir solat pada saat kelima, dia seolah-olah memberi hadiah sebiji telur.”

Apabila imam naik ke mimbar, malaikat menutup buku catatannya dan ikut mendengar khutbah. Justeru, sesiapa yang datang untuk solat selepas itu seolah-olah dia hanya datang untuk solat semata-mata, tidak direkodkan dalam buku kehadiran malaikat.

Umat Islam juga dituntut membuat persediaan sebelum menghadiri solat Jumaat untuk mendapat fadilatnya, termasuk dalam berwuduk, mandi sunat dan tertib ketika menghadiri solat Jumaat.

Imam Muslim meriwayatkan sebuah hadis Rasulullah yang bermaksud: “Sesiapa berwuduk lalu memperelokkan wuduknya, kemudian mendatangi solat Jumaat, terus mendengar dan berdiam diri, tidak berbicara sama sekali, maka diberi tambahan tiga hari lagi.

“Sesiapa yang memegang kerikil untuk dimainkan sehingga tidak memperhatikan isi khutbah, sesungguhnya dia telah melakukan kelalaian, yakni bersalah.”

Hadis di atas membuktikan bahawa Islam memberi penekanan terhadap perlunya makmum menumpukan kepada khutbah yang disampaikan. Isi kandungannya khutbah perlu diteliti bukan hanya sebagai sumber ilmu, malah mencakupi teguran, pembinaan hidup dan nasihat yang berguna.

Daripada Ibnu Umar bahawa Rasulullah bersabda: “Jika seseorang antara kalian mendatangi solat Jumaat, maka hendaklah mandi dulu.” (Muttafaq ‘alaih)

Daripada Samurah, diriwayatkan bahawa Rasulullah pernah bersabda: “Sesiapa yang berwuduk pada Jumaat, maka dengan keringanan itu, bolehlah dilakukan tanpa mandi tetapi mandi itu adalah lebih utama.” (Hadis riwayat Imam Abu Daud dan Termizi).

Kemuliaan yang ada pada Jumaat meletakkannya sebagai ‘penghulu’ segala hari.

Hadis Rasulullah yang diriwayatkan Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).”

Ada banyak hadis dan riwayat mengenai kelebihan hari Jumaat. yang bertujuan menceritakan ganjaran yang perlu direbut oleh umat Islam. Antaranya:

-Orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat.

-Sesiapa yang membaca surah Ali Imran pada hari Jumaat, maka Allah dan malaikat mendoakan kebaikan ke atasnya sehingga matahari terbenam pada hari itu.

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.”

-Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah.

-Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abdullah Ibn Abi Khatadah, bermaksud: Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat seolah-olah dirinya bersih hingga Jumaat akan datang.

-Mereka yang mendirikan solat Jumaat antara satu Jumaat ke satu Jumaat berikutnya, maka Allah mengkifaratkan atau mengelakkan dia daripada terbabit dosa besar.

-Mereka yang berdoa dengan penuh keikhlasan hati pada Jumaat, mudah dimakbulkan Allah.

Antara suruhannya yang jelas nyata ialah menunaikan solat jumaat bagi setiap umat Islam. Allah berfirman dalam Surah Al-Jumu’ah ayat 9:

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat,maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu,jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya)”.

Rasulullah S.A.W. telah bersabda:

“Menghadirkan solat jumaat itu adalah kewajipan setiap orang yang telah cukup umur baligh”.

(Riwayat An-Nasa’i)

Tetapi apa yang merunsingkan kita akhir-akhir ini ialah semakin bertambah bilangan orang yang tidak menunaikan solat Jumaat . Begitu juga semakin ketara orang yang mensia-siakan kewajipan ini . Pada hal perkara itu sudah lama menjadi kewajipan . Allah telah mewajibkan setiap umat Islam untuk menunaikan solat-solat tertentu secara harian dan mingguan sebagai fardhu ain yang mesti dilaksanakan demi membangun sifat-sifat kemanusiaan yang baik dan utuh dalam jiwa mereka . Tanpa solat fardhu lima waktu dan solat Jumaat orang islam akan runtuh sifat-sifat keislaman mereka.Iltizam mereka terhadap syariat Islam akan menjadi luntur.Mereka akan mudah berubah menjadi peruntuh sendi kerukunan hidup bermasyarakat dan bernegara.

Rasulullah S.A.W. bersabda:

“Sesiapa yang meninggalkan solat fardhu secara sengaja maka dia kafir terang-terangan”.

(Riwayat At-Tabrani)

Malah dalam Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) 1995,seksyen 20:

“Mana-mana orang lelaki ,yang baligh,yang tidak menunaikan sembahyang Jumaat di masjid dalam kariahnya tiga kali berturut-turut tanpa uzur syar’i atau tanpa sebab yang munasabah adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya”.

Hari Jumaat adalah hari yang mulia dalam Islam . Ia dianggap penghulu segala hari.Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sesiapa yang berwudhuk kemudian dia pergi (ke masjid untuk menunaikan) solat Jumaat dan mendengar khutbah imam maka akan diampunkan dosanya hinggalah ke Jumaat selepas itu dan ditambah tiga hari lagi.Siapa yang asyik bermain-main maka solatnya menjadi sia-sia”.

(Hadis Riwayat Muslim)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Penghulu segala hari adalah hari Jumaat.Hari yang paling mulia di sisi baginda dan yang paling agung disisi allah azzawajalla,maka lebih (mulia) daripada hari raya Fitrah dan hari Eidul Adha”.

(Hadis Riwayat Ahmad)

Dalam hadis lain,Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud:

“Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat,hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat.Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan lebih afdhal daripada hari Jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W. lagi yang bermaksud:

“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila berdoa kepada allah sesuatu kebaikan Allah akan memakbulkan doanya. Atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan, Allah melindunginya daripada kejahatan tersebut”.

(Hadis Riwayat At-Tirmizi)

Maka sebab itu digalakkan umat Islam beriktikaf di masjid pada hari jumaat itu.Khasnya untuk dapat menepati waktu istijabah atau waktu dimana doa seseorang itu akan dimakbulkan oleh Allah . Inilah yang diharapkan oleh setiap orang yang melakukan dosa setelah insaf dan mahu mencari keampunan serta keredhaan allah azzawajalla.

Baginda menegaskan lagi:

“Siapa yang sempat solat Jumaat maka baginya di sisi allah seratus pahala orang yang mati syahid”.

Rahsia mengapa Allah jadikan hari jumaat ini penghulu segala hari ialah kerana Islam menjadikan hari Jumaat sebagai hari menghampirkan diri kepada Allah secara berjemaah dan secara mingguan.Pada hari ini digalakkan umat Islam menjadikannya hari cuti mingguan agar mereka mempunyai masa yang cukup untuk membina ciri-ciri sahsiah yang baik dan murni . Tidak terlari-lari dan termengah-mengah mengajar waktu untuk melakukan kerja - kerja lain.

Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:
"Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan
bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan"
(Riwayat Bukhari)