WELCOME NOTES


Monday, October 24, 2011

Jom Test - Hiburan semata2

السلام عليكم


PILIH BULAN KELAHIRAN ANDA:

JANUARI - AKU CINTA
FEBRUARI - AKU GIGIT
MAC - AKU BELASAH
APRIL - AKU PELUK
MEI - AKU TERHANTUK
JUN - AKU TERKENTUT DEPAN
JULAI - AKU MENARI DENGAN
OGOS - AKU PERGI DATING DENGAN
SEPTEMBER - AKU LAMBAI DEKAT
OKTOBER - AKU MUNTAH DEPAN
NOVEMBER - AKU JERIT DEKAT
DISEMBER - AKU TERLANGGAR

PILIH NOMBOR HARI LAHIR ANDA:
1 - MAK AKU
2 - KOMPUTER AKU
3 - LIVERPOOL
4 - GARFIELD
5 - MUSUH DALAM SELIMUT AKU
6 - GANGSTER
7 - HANDPHONE AKU
8 - GERRARD
9 - DRIVER BAS
10 - SEMUT
11- KAWAN BAIK AKU
12 - POLIS
13 - TAIK KUCING
14 - PATUNG BARBIE
15 - LEE CHONG WEI
16 - MAK MERTUA AKU
17 - MAK TIRI AKU
18 - GIRLFRIENDAKU/ BOYFRIEND AKU
19 - MAKCIK KANTIN
20 - SHARIFAH AMANI
21 - UPIN DAN IPIN
22 - SITI NURHALIZA
23 - SPONGEBOB
24 - CRISTIANO RONALDO
25 - BAPUK/MAKNYAH
26 - KAWAN AKU
27 - RAJA LAWAK/AKADEMI FANTASIA
28 - JIRAN AKU
29 - ORANG GILA
30 - TAYLOR SWIFT
31 - AWEK CUN/ JEJAKA TAMPAN

PILIH WARNA BAJU YANG ANDA PAKAI SEKARANG:
PUTIH - SEBAB AKU PERASAN CANTIK/HENSEM
HITAM - SEBAB AKU GILA
PINK - SEBAB AKU SUKA SINGLE
MERAH - SEBAB MAK AKU SURUH
BIRU - SEBAB AKU TAK TAHAN
HIJAU - SEBAB AKU BAIK HATI
UNGU - SEBAB AKU CEMBURU
KELABU - SEBAB BOMOH SURUH
KUNING - SEBAB SUKA HATI AKU LA
OREN - SEBAB AKU BARU PUTUS CINTA
COKLAT - SEBAB AKU TAK TENTU ARAH
LAIN-LAIN - SEBAB AKU FIKIR AKU HEBAT

p/s: mine while posting: AKU JERIT DEKAT RAJA LAWAK/AKADEMI FANTASIA SEBAB AKU BAIK HATI
hahahahaaaa....



blog

Alahan Terhadap Makanan

السلام عليكم




PERKATAAN alergi berasal dari perkataan Greek “allon argon” yang bermaksud tindak balas berlainan dan bila berlaku terhadap seseorang dikatakan alergik.

Istilah alergi makanan atau alahan makanan merujuk kepada tindak balas keimunan yang advers (kurang baik) terhadap komponen tertentu dalam sesuatu makanan, biasanya protein tertentu di dalam komponen makanan tertentu.

Asalnya ia tidak berbahaya dan boleh diterima badan tetapi protein ini kemudiannya dianggap penceroboh berbahaya kerana mencetuskan tindak balas keterlaluan. Masalah alergi makanan hendaklah dibezakan daripada reaksi luar jangkaan yang tidak berdasarkan mekanisma imun seperti nyahtoleran yang disebabkan kekurangan enzim penghadaman, kesan farmakologikal makanan dan reaksi toksik.

Mekanisma imun di sebalik alahan makanan masih belum diketahui sepenuhnya tetapi boleh dibahagikan kepada reaksi yang berkaitan dengan IgE antibodi dan yang tidak berkaitan.

ALAHAN MAKANAN

Alahan makanan adalah satu tindak balas fizikal yang terjadi apabila sistem imunisasi badan tersalah tafsir bahan makanan yang masuk ke badan adalah suatu yang luar biasa dan boleh memberi kesan buruk kepada badan.

Biasanya yang dikenal pasti adalah protein atau nutrient dalam makanan tersebut. Kemungkinan besar terjadi alahan terutamanya apabila makanan tersebut pertama kali diberi (banyak kes pada bayi). Namun, ada juga alahan terjadi biarpun beribu kali mencuba. Semua ini disebabkan oleh kekurangan enzim penghadaman, reaksi toksik yang berlebihan dan kesan farmakologi makanan.

Dalam bahasa senangnya ialah badan anggap ada makluk asing kecil yang tidak dapat dikenalpasti telah mencerobohi badan. 2 hingga 8% kanak-kanak dikesan mengalami alahan makanan, manakala 1% bagi orang dewasa.

MAKANAN PENYEBAB ALAHAN
1. Susu lembu dan susu soya
2. Makanan Laut
3. Kekacang – kacang soya, kacang tanah, kacang panjang
4. Telur putih

*Lebih baik diperkenalkan kepada anak lebih satu tahun atau lebih
1. Buah-buahan beri
2. Telur kuning
3. Ikan

*Baik diperkenalkan selepas 9 bulan
1. Daging – termasuk daging ayam dan kambing
2. Gandum, barli, oat
3. Jagung

* Lebih 6 bulan
1. Ubat-ubatan
2. Sebahagian pewarna, pengawet dan bahan perasa
Selain itu, sekiranya makanan lain yang mempunyai unsur/bahan yang menyebabkan alahan, gejala ini boleh berlaku.

TANDA-TANDA INDIVIDU MENGALAMI ALAHAN MAKANAN
1. Perut memulas pada bayi
2. Rasa loya, muntah, cirit-birit dan perut buncit
3. Selsema, batuk, merah mata dan tanda kemerahan di kawasan sekitar mulut
4. Sentiasa resah, tidak nyenyak tidur, sukar menumpukan perhatian dan terlalu aktif
5. Ruam pada kulit, ekzema termasuklah gatal-gatal kulit (terdapat tompok-tompok gatal)
6. Termengah-mengah dan sukar untuk bernafas. Kemungkinan besar boleh membawa kepada asma.
7. Anafilasis – reaksi teruk berhubung dengan kesukaran bernafas, bengkak dalam mulut dan kerongkong, penurunan tekanan darah, terkejut malah boleh mendatangkan kematian bagi kes yang teruk.

Gejala- gejala ini biasanya berlanjutan dengan cepat dalam pengambilan makanan dalam jangka masa beberapa minit hingga jam.
Alahan makanan sebenarnya tidak merbahaya, namun sekiranya tindak balas yang berlebihan ditunjukkan, sila ambil langkah lebih efektif dan bawa berjumpa doktor.

p/s: alah dgn ayam hingga kini, tp peliknya ayam kampung x pulak huhu



blog
السلام عليكم




CARA HILANGKAN GRIS
Minyak gris biasanya sukar ditanggalkan jika terkena pakaian. Tetapi ada petua untuk menghilangkannya.Cuba titiskan secamca minyak tanah dan kemudian sapukan rata-rata sedikit sabun serbuk atau buku. Biar seketika dan kemudian sental kuat-kuat. Ulangi beberapa kali sehingga kesannya hilang.

PETUA SUBURKAN POKOK BUNGA
Taburkan sedikit serbuk kopi di sekeliling pangkal pokok bunga anda. Hasilnya, anda akan lihat pokok bunga subur menghijau.

PUTIH TELUR MENGHILANG PARUT
Jika pada tubuh anda terdapat bekas luka ataupun parut yang tidak mahu hilang, cubalah gunakan putihtelur ayam kampung. Setiap kali hendak tidur, sapukan putih telur tersebut pada parut luka itu. Lakukansecara terus-menerus. Nescaya parut luka anda akan hilang.

BILA NASI BERBAU HANGIT
Kadang-kadang kerana kelalaian kita, nasi yang dimasak boleh menjadi hangus dan berbau hangit. Kerana itu anda jangan susah hati, cubalah cepat-cepat ambil pucuk daun pisang, masukkan ke dalam nasi tersebut dan tutup semula rapat-rapat. Insya-Allah bau hangit akan berkurangan.

MENGHILANGKAN GATAL-GATAL
Ada cara mudah untuk menghilangkan kegatalan akibat peluh yang mengancam seluruh tubuh kita. Ambil sesudu makan tepung sagu dan campurkan dengan sedikit air. Titiskan cuka sebanyak empat titis. Setelah dikacau, sapukan bahan itu pada bahagian yang gatal. Lakukan setiap hari sehingga bintik-bintik gatal akibat peluh itu hilang dari tubuh anda.

MENGHILANGKAN BAU PEDAS (CILI TUMIS)
Memasak sambal tumis atau asam pedas, anda tentu terpaksa menumis cili boh atau cili giling. Apabila cili ditumis, anda tentu dapat rasakan mata dan hidung menjadi pedih dan berair. Seluruh ruang dapur malah seluruh rumah akan mendapat akibatnya. Untuk menghindarkannya, cubalah masukkan gula pasir ke dalam minyak menggoreng yang telah panas itu. Kemudian barulah menumis bawang dan cili tersebut. Insya-Allah, bau pedas dan cili tumis itu tidak akan mengganggu anda sekeluarga.

BINTIK-BINTIK MERAH DI BADAN
Kadang-kadang tanpa anda sedari, tubuh badan anda terkena bintik-bintik merah. Mungkin ini disebabkan terkena bisa serangga atau ulat bulu yang menyebabkan gatal-gatal atau pedih. Sekiranya anda mengalami keadaan demikian, janganlah panik. Ambillah sepotong kunyit, parut kunyit itu dan bubuh kapur sirih serta air. Panaskan ramuan tersebut di atas api, kemudian sejukkan. Setelah sejuk sapukan di bahagian bengkak-bengkak itu. Insya-Allah dalam waktu 5 minit penyakit tersebut akan hilang.

ELAK DARI MELECUR
Apabila bahagian tubuh anda tersiram air panas terutama yang sedang mendidih, cepatlah ambil sabun.Tidak kira sabun batang, serbuk atau sabun mandi. Gosoklah bahagian yang terkena air mendidih tadi dengan air sabun secara perlahan-lahan tetapi terus-menerus tidak berhenti. Hinggalah bahagian yang tersiram air panas itu tidak merasa panas lagi. Dengan cara itu, bahagian yang tersiram air panas itu tidak melepuh dan akan segera sembuh.

BEDAK LANCARKAN ZIP ROSAK
Zip yang rosak tidak bermakna barang tersebut sama ada beg, kasur atau seluar anda tidak boleh dipakai lagi. Ada cara paling mudah untuk membaiki dengan cara, taburkan bedak di atasnya lalu anda getak-gerakkan beberapa kali sehingga zip itu lancar semula.

BAGAIMANA SEGARKAN TAUGE
Tauge akan lebih lama segar di dalam peti sejuk sekiranya anda memerahkan sedikit limau ke dalam air tempat anda merendamnya. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.

HILANGKAN DEBU DARI BUNGA
Biasanya bunga-bunga hiasan di ruang tamu akan diselubungi debu. Untuk mencucinya mungkin mustahilsama sekali. Tetapi cuba anda gunakan pengering rambut anda. Semburkan hembusannya ke arah bunga-bunga itu,dan mudah-mudahan semua debu akan diterbangkan.

GULA UBAT LUKA
Jika bibir anda luka dan berdarah kerana terhantuk pada sesuatu benda keras, anda jangan panik. Ambil sedikit gula dan sapukan pada bibir yang berdarah. Anda akan dapati darah itu akan berhenti dengan segera.

PANAS TERKENA CILI
Kerana banyak memasak menggunakan cili boleh menyebabkan tangan dan jari-jari anda berasa panas memijar. Untuk menghilangkannya mudah sahaja. Ambil setengah gelas air. Bubuh dua sudu makan garam dan kacau. Setelah garam hancur, gosokkan air pada tangan yang pijar itu. Kemudian hangatkan di depan api. Bersihkan tangan dengan air sejuk menggunakan sabun. Insya-Allah rasa panas dan pijar akan hilang.

MENGHILANGKAN BISUL
Apabila anda sering terkena bisul, jangan dibiarkan begitu sahaja hingga ia membesar yang bukan sahaja sakit malah akan sukar mengubatinya. Kerana itu bila anda sedar akan terkena bisul, cepat-cepat ambil bawang putih. Gosoklah bisul anda dengan bawang putih. Berkat air bawang putih yang berbau tengik itu,bisuk anda tidak sempat membesar akhirnya akan mengempis tanpa meninggalkan kesan parut.

TERKENA BISA IKAN KELI
Ikan keli (darat) atau ikan keli sembilang (laut) kedua-duanya mempunyai sengat berupa duri di sirip kirikanannya. Sengat ini sungguh bisa apabila terkena manusia, sebab itu hendak menangkapnya terpaksa berhati-hati. Walaupun berhati-hati kadang-kadang terkena juga. Kalau ini berlaku kepada anda, lekas-lekaslah ambil dua hingga tiga sudu makan serbuk kopi, tuangkan sedikit air setengah mendidih, kacau hingga sebati. Wapkan bahagian yang terkena sengatan itu, Insya-Allah bengkaknya hilang dan sakitnyasegera sembuh.

BAWANG PUTIH HILANGKAN SAKIT KEPALA
Jika anda sakit kepala, cubalah petua ini untuk mengatasinya. Ambil seulas bawang putih dan dibelah dua.Kemudian tampalkan di sebelah kiri dan kanan kepala seperti menampal plaster. Biarkan sehingga sakit kepala hilang, lakukanlah berulang kali jika anda sering sakit kepala, dengan cara ini lama-kelamaan sakit kepala akan hilang.

LIMAU WANGIKAN RAMBUT
Ambil beberapa biji limau nipis dan hiris-hiriskan. Kemudian gosokan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit dan selepas itu cuci bersih-bersih. Selain daripada mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening dan menyejukkan kepala.

KHASIAT AIR BERAS
Air buangan mencuci beras banyak faedahnya. Cuba gunakan air itu untuk mencuci muka sebab hasilnya muka anda lebih bersih dan bebas dari minyak. Pastikan, bilas dengan air bersih selepas mencuci dengan air beras tadi. Air beras juga boleh digunakan untuk menyiram pokok bunga ini akan menyuburkan lagi pokok bunga dan melebatkan bunga.



blog

Khasiat Yang Terkandung Dalam Nasi

السلام عليكم


NASI merupakan salah satu makanan yang di geruni oleh mereka yang sedang berdiet malah ada yang jadi anti-nasi. Memang nasi mengandungi tinggi sumber tenaga iaitu karbohidrat. Tanpa mengetahui khasiat sebenar nasi, setengah daripada kita mengatakan ‘makan nasi punca gemuk‘.

Untuk yang ‘mengharamkan‘ pengambilan nasi kerana nak diet, itu adalah SALAH sebab nasi sebenarnya ada banyak khasiat yang kita mungkin tak tahu.

Secara umumnya, berikut merupakan khasiat yang boleh diperoleh dari nasi:

Sumber Tenaga Utama:
Oleh sebab beras kaya karbohidrat, ia bertindak sebagai bahan bakar untuk tubuh dan membantu otak untuk berfungsi secara normal.

Rendah Kolestrol:
Nasi sangat bagus untuk kesihatan, fakta mengatakan bahawa nasi tidak mengandungi lemak berbahaya, kolesterol atau sodium. Dan ini melengkapkan lagi program diet yang seimbang.

Kaya Vitamin:
Nasi merupakan sumber yang kaya vitamin dan mineral seperti niasin, vitamin D, kalsium, serat, zat besi, tiamin dan riboflavin.

Tekanan Darah Tinggi:
Seperti yang kita tahu kandungan sodium (garam) dalam beras adalah rendah, dan merupakan makanan terbaik bagi mereka yang menderita tekanan darah tinggi dan hipertensi.

Pencegahan Kanser:
Beras gandum seperti beras perang kaya dengan serat larut yang dapat melindungi daripada kanser. Banyak saintis percaya bahawa serat larut tersebut sangat penting untuk melindungi tubuh daripada pembiakan sel kanser.

Cirit Birit:
Bahagian kulit padi dianggap sebagai ubat yang berkesan untuk mengubati cirit birit. Sekam padi yang berusia lebih kurang tiga bulan mempunyai sifat diuretik. Orang Cina percaya bahawa beras sangat meningkatkan nafsu makan, menyembuhkan penyakit perut dan gangguan pencernaan.

Kulit:
Pengamal perubatan mengatakan serbuk/air beras boleh menyembuhkan beberapa penyakit kulit. Di India, air beras digunakan oleh pengamal ayurveda sebagai ’krim‘ yang berkesan untuk menyejukkan permukaan kulit yang terbakar.

Beras Putih VS Beras Perang


gambar hiasan: beras putih dan beras perang

Ramai yang beranggapan ‘beras perang atau beras putih, dua dua sama je. Yang penting, kenyang!’. Sebenarnya ada dua jenis beras iaitu:
• Beras gandum/perang
• Beras putih

Beras Putih
Kulit luarnya telah dibuang dan menyebabkan nilai gizi berkurangan. Jadi kekurangan beras putih ialah nutrisi pada beras putih termasuk fiber dan selulosa telah hilang kerana kulit lapisan luar yang telah dibuang.

Beras Perang
Beras perang ialah beras yang tidak dibuang kulit arinya. Kandungan minyak pada lapisan kulit dalam padi tersebut dapat membantu menurunkan kolesterol LDL. Beras perang mempunyai rasa seperti kacang dan lebih kenyal daripada beras putih. Beras perang mempunyai kualiti sebagai ubat.

Antara kelebihan perubatan yang ada pada beras perang ialah:
• Mempunyai selenium dan fiber yang bertindak sebagai anti-kanser.
• Mengurangkan kolestrol dalam badan.
• Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
• Satu cawan beras perang memberikan anda 88 peratus magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
• Mengurangi kesan penyakit kencing manis jenis ke-2.

Jadi, beras perang lebih berkhasiat kalau nak dibandingkan dengan beras putih yang kita selalu makan tu. Untuk yang berkemampuan dan mementingkan kesihatan bolehlah beralih kepada beras perang. Beras putih, bukan lah tak berkhasiat, tapi khasiatnya kurang berbanding beras perang.



p/s: apa pulak bezanya ngan beras siam plak 'ek??




blog

Pengorbanan Seorang Ibu

السلام عليكم


Mari baca kisah menarik ni. :)


“Nurse, boleh saya tengok bayi saya?”

ibu muda yang baru bersalin itu bersuara antara dengar dengan tidak kepada seorang jururawat. Sambil tersenyum jururawat membawakan bayi yang masih merah itu. Si ibu menyambut dengan senyuman meleret. Dibuka selimut yang menutup wajah comel itu,diciumnya berkali-kali sebaik bayi tersebut berada dipangkuannya.

Jururawat kemudian mengalihkan pandangannya ke luar tingkap. Tidak sanggup dia bertentang mata dengan si ibu yang terperanjat melihat bayinya dilahirkan tanpa kedua-dua cuping telinga. Namun gamamnya cuma seketika. Dakapan dan ciuman silih berganti sehingga bayi yang sedang lena itu merengek. Doktor bagaimanapun mengesahkan pendengaran bayi itu normal,sesuatu yang cukup menggembirakan si ibu.

...Masa terus berlalu…Pulang dari sekolah suatu tengahari,anak yang tiada cuping telinga itu kini telah memasuki alam persekolahan menangis memberitahu bagaimana dia diejek rakan-rakan.

“Mereka kata saya cacat,” katanya kepada si ibu.

Si ibu menahan sebak. Dipujuknya si anak dengan pelbagai kata semangat. Si anak menerimanya dan muncul sebagai pelajar cemerlang dengan menyandang pelbagai jawatan di sekolah. Bagaimanapun tanpa cuping telinga,si anak tetap merasa rendah diri walaupun si ibu terus memujuk.

Ayah kanak-kanak itu bertemu doktor. Ayah kanak-kanak itu tidak mahu anaknya terus merasa rendah diri dengan keadaan diri yang cacat.

“Saya yakin dapat melakukannya jika ada penderma,” kata pakar bedah.

Bermulalah suatu pencarian bagi mencari penderma yang sanggup berkorban. Setahun berlalu…

“Anakku, kita akan menemui doktor hujung minggu ini. Ibu dan ayah telah mendapatkan seorang penderma, tapi dia mahu dirinya dirahsiakan,” kata si ayah.

Pembedahan berjalan lancar dan akhirnya si anak muncul sebagai manusia baru, kacak serta bijak. Pelajarannya tambah cemerlang dan rasa rendah diri yang kerap dialaminya hilang. Rakan-rakan memuji kecantikan parasnya. Si anak cukup seronok, bagaimanapun dia tidak mengabaikan pelajarannya. Pada usianya lewat 20-an, si anak menjawat jawatan tinggi dalam bidang diplomatik.

“Sebelum berangkat ke luar negara, saya ingin tahu siapakah penderma telinga ini, saya ingin membalas jasanya,” kata si anak berkali-kali.

“Tak mungkin,” balas si ayah.

“Perjanjian antara ayah dengan penderma itu masih berjalan.Tunggulah,masanya akan tiba.”

“Bila?” tanya si anak.

“Akan tiba masanya anakku,” balas si ayah sambil ibunya mengangguk-angguk.

Keadaan terus kekal menjadi rahsia bertahun-tahun lamanya. Hari yang ditunggu tiba akhirnya. Ketika si anak berdiri di sisi keranda ibunya,perlahan-lahan si ayah menyelak rambut ibunya yang kaku. Gelap seketika pandangan si anak apabila melihat kedua-dua cuping telinga ibunya tiada.

“Ibumu tidak pernah memotong pendek rambutnya,” si ayah berbisik ke telinga anaknya.

“Tetapi tiada siapa pernah mengatakan ibumu cacat,dia tetap cantik, pada ayah dia satu-satunya wanita paling cantik yang pernah ayah temui. Tak percaya…tanyalah pada sesiapa pun kenalannya.”

Kecantikan seseorang bukan terletak pada fizikal tetapi di hati. Cinta sejati bukan pada apa yang dilakukan dan dihebah-hebahkan tetapi pengorbanan tanpa diketahui. Selagi ibu kita ada di dunia ini, ciumlah dia, ciumlah tangannya, sentiasa minta ampun darinya, berikan senyuman kepadanya, bukannya dengan bermasam muka, kasih ibu tiada tandingannya, ingatlah

“SYURGA DI BAWAH KAKI IBU”

Penyesalan di kemudian hari tidak berguna, selagi hayatnya masih ada,curahkanlah sepenuh kasih sayang kepadanya…!!!


blog

Adab Ketika Sikat Rambut

السلام عليكم




Rasulullah s.a.w melarang menyikat rambut di dalam kamar mandi kerana perbuatan itu melemahkan akar rambut. Seseorang itu hendaklah duduk ketika bersikat kerana ia akan mengguatkan otot jantung dan elak daripada melakukannya secara berdiri sebab ia akan melemahkan jantung. Seseorang yang bersikat ketika berdiri akan terjebak dalam masalah hutang. Adalah makruh menggunakan sikat yang diperbuat daripada perak atau bersadurkan perak.



blog