Isnin, 10/09/12, kami ke Hospital Gua Musang sbb anak sedara yang tinggal di Merapuh, demam kuat. Kami memang sudah ada di Kuantan sbb hubby ada meeting di Kerteh. Dah masuk hari kedua Fatimah Zahrah disana. Demam dah turun tapi kena tahan atas arahan doktor. Mungkin 2 hari lagi baru boleh keluar. Kebetulan kami datang hari lahir Zahrah. Semalamnya 09/09/12 pula besday ayahnya. Sambutlah sama2. Kanak2 lah yang paling girang.. Umi dan abah pun ada disana.
Perjalanan yg mengambil masa 5 jam dari Kuantan ke Gua Musang ikut Lanchang dan Kuala Lipis, menyebabkan kami nekad tidur semalaman di hotel berhampiran. Tak larat rasanya nak balik kL. Atas bantuan adik ipar bakal jadi bapa tahun depan insyaallah, Aspan, kami menginap di Hotel Fully Inn bersama mertua skali. Anak2 jumpa tub terus nak mandi berendam dalam air suam sambil main buih. Then dgn ayahnya mereka turun ke bilik tok Ki n tok Wan, apalagi turn ibunya lah pulak berendam merehatkan badan sampai diorang balik boleh x dengar. Hahahaa.. dengar bunyi deringan telepon bilik baru tersedar... kih3 sowi my kids and hubby...
Pagi2 lepas singgah hospital kejap, kami melawat besan Umi n abah, ayah Aspan berhampiran Felda Chiku, Kesedar. Dalam perjalanan terserempak dgn sebuah kemalangan yg amat mengerikan. Kereta Wira hijau hancur berkecai sampai stereng n enjin kereta tercampak kat atas jalan. Pemandunya tercampak ke parit berhampiran. Sebuah teksi Waja pula kemek habis sebelah kanan depan bahagian pemandu. Mayat pemandu masih ada berbaring di kerusi belakang. Sebuah kereta lagi jenis Mercedes hanya kemek teruk bahagian bumper depan. Ngeri rasa. Dgr kata ada 2 orang yg terlibat terkorban. Wallahua'alam. Al-Fatehah... Bila tiba di rumah keluarga Aspan, kami singgah dan dijemput makan tengah hari. Wah syukran mmg dah lama nak makan cendawan kecik yg biasa jumpa kat hutan. Dulu masa kecik2 bila abah pegi memancing ikan dlm hutan, mak selalu kutip cendawan ni. Tapi sekarang dah lama x pergi mencari. Masa makan makanan yang digemari, mesti kita akan teringat akan keindahan tersendiri. Teringat saya masa saya sek rendah saya makan cendawan mak saya masak.. Subhanallah... :)
On the way back 11/09/12, kami ikut jalan ke Cameron Highlands dan tembus highway dr Ipoh terus ke KL. Abah dan Umi balik terus ke Chaluk. Perjalan yang berliku ditambah pulak hujan renyai2 memang mencabar. My hubby pilih jalan ni sebab mahukan satu cabaran baru melalui jalan yang tak pernah kami lalui sebelum ni. Pening nak muntah macam orang pregnant pun ada. In the middle, lalu kat cameron memang best. Terutama area Lojing. Pemandangan SUBHANALLAH memang sangat cantik. Tak leh nak gambarkan dengan kata2. Lihat sajalah antara gambar yg sempat kami ambil untuk memori.
Bila sampai kat simpang ke Cameron Highlands, kami singgah beberapa buah kedai untuk beli madu asli sedikit bunga dan sayur2an segar. Dan yang paling penting buah strawberry. My hubby n anak2 takut nak makan sbb masam sket. Me! haha memang feveret ma.. boleh putihkan gigi...kih3 Yang kelakarnya, kami singgah tiap2 perhentian gara2 sorang sorang nak buang air... hahaha.. Perhentian Tapah kami singgah makan kuih pau dgn air panas. Mmg best lagi2 cuaca sejukkkkk nii. Musim hujan nih..
Akhirnya kami selamat tiba di rumah dalam jam 8 mlm. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana perjalanan yg sungguh indah ini dan sungguh bermakna zahir batin. :)
Akhirnya kami selamat tiba di rumah dalam jam 8 mlm. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana perjalanan yg sungguh indah ini dan sungguh bermakna zahir batin. :)