Setelah diteliti, khasiat utama bayam pastilah kaya dengan vitamin A, C, E dan zat besi (kalsium, potasium, magnesium, mangan, zink).
2. Membina salur darah yang lebih baik – kaya dengan zat besi! zat besi penting dalam membina sel darah merah (tukang bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita rasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin, dan akhirnya boleh dapat anemia. Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi kerana bayam mengandungi asid aksalik
3. Jantung yang lebih sihat – kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). Bagus juga dalam mengawal tekanan darah.
4. Mencegah kanser – adanya flavanoid mampu mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang. Ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.
5. Bagus untuk ibu hamil – ada 2 benda yang penting untuk ibu mengandung. Vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. 2 benda ni ada dalam bayam. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat mencegah kekurangan seperti bibir sumbing.
6. Miliki mata yang sihat (vitamin A)– nak mata yang kekal sihat? Amalkan makan secawan bayam dalam makanan kita. InsyaAllah penglihatan kita kekal sihat. Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring usia.
p/s- Bayam kaya dengan vitamin C dan A. (menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ). Bayam Cina kaya dengan vitamin C , kalsium, dan zat besi.