WELCOME NOTES


Tuesday, November 27, 2012

Day 3 @ Langkawi: Pantai Cenang & Cable Car

Surprise d pagi hari, en hubby nyer plane mengejut. Ada small party for me my birthday, siap nyanyi2 lagi plus masa tiup lilin kene baling bunga dgn smua yg tgh makan pg sama2. Haha... Malu je sbb dah tua dah kih3... Pg2 lps sarapan main kat pantai puas2 sbb today last kat sini. Nnti nak checkout. Alkisahnya, kami dah booking kat Awana Porto Malai. Malam td pg sana check katanya xda nama kami. Apadahal!!! Huhu.. Mmg sedih tul.. Ondespot cari hotel online kat BookingHotel.com. Smua sribu keatas, last2 jumpa Bella Vista Hotel kat Pekan Kuah. Huhu jadilah, jgn sampai xde tpt tinggal.. Hahaha klaka la.. Plan kami x brapa nak jadi holiday ni.. Petang ni nak g cable car.. Nanti saya update ehehee.. Ok bye
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Day 2 @ Langkawi: Mangrove Tour & Dataran Lang

السلام عليكم
Map from Chalet to Mangrove Boat Station

 
Our Transport for Mangrove Tour from Chalet to Boat Station

Our Tourist Guider for Mangrove Tour
Mangrove Tour Boat Station, Kilim

26hbNovember 2012
Pagi2 bgn awal for Mangrove Tour at 8.50am sharp at frontdesk. Sarapan pun 5 minit jer gara2 lambat pergi breakfast. Siap dapat bungkusan bekal dari waiteress lagi suh makan dalam van untuk anak2. Our mangrove tourist guider named also Alif. Baya lebih kurang 20an. Perjalanan ambil masa 45 minit nak sampai ke Kilim stesen boat. Dalam van dah ada beberapa tourist lain yang dijemput dari hotel lain sekitar Langkawi west side. Lama jugak 45 minit tu... Tengok pemandangan sekeliling kat luar tingkap banyak kawasan perkampungan. Kawasan kebun pokok getah pun masih banyak lagi.

Dalam Mangrove Tour ni terdapat banyak destinasi singgahan. Antaranya Bat Cave, Fish Farm at Hole in the Wall, Eagle Feeding, dan Crocodile Cave. Nak Swimming pun boleh. Kami juga akan dibawa ke icon Kilim Geoforest Park dan lunch kat Restaurant Terapung. Sepanjang perjalanan pula kami nikmati pemandangan kawasan paya laut air masin. Ada kera tau jgn main2..

Sampai je kat stesen tu, kami kene tunggu tourist yg lain sbb nak penuhkan boat. Sambil tunggu kami shopping jup beli makanan untuk anak2 di kedai berhampiran. Then jalan2 sekitar kawasan stesen tu. Lepas stgh jam lebih kurang, mr Alif called suh berkumpul. Kami sama2 naiki bot yg sama. Boat driver x ingat plak nama dia. hehe... Another tourist dlm list mr Alif x sampai lagi so kami gerak dulu ke Gua Kelawar (Bats Cave). Setelah menaiki bot, kami bergerak menghala ke kanan dahulu dalam 3 minit untuk sampai ke gua. Di sini, macam2 penerangan diberikan oleh mr Alif. Bukan sahaja berkaitan dengan kelawar sahaja malah tentang gua iaitu batuan stalagtit dan haiwan hidupan sekitar juga diterangkan dalam bahasa Inggeris. Berdasarkan pengalaman dan pengetahuannya, banyak info yg kami dapat melalui penceritaan bersahajanya.
Lebih kurang sejam jugak kami dalam ni pack with infos. Then kami bertolak ke kawasan kawanan buaya, with the rest tourists yg ditunggu tadi yg sampai kemudian. Kami melalui stesen bot tadi dan terus menuju ke destinasi seterusnya. Unfortunately, buaya yg dinantikan tiada. Mungkin selalu sangat tourist datang jadi tempat mereka menjadi gangguan.
Next destinasi adalah Hole in the Wall Restaurant. Disini kami ada aktiviti untuk mengenali ikan. Here called Fish Farm. We were introduced to a talkative n friendly man. He showed us each kind of fish that were separated grouply in big nets. Hassan ialah nama ikan pari yg terbesar n friendly bila diberi makan. Terdapat juga ikan2 yang besar seberat 80kg dan juga merbahaya diperkenalkan. Malah kami juga dapat mengenali lebih dekat dengan gamat, belangkas dan makhluk berduri haha...
Kami meneruskan perjalanan sambil menikmati pemandangan paya bakau air masin. Semasa melalui terowong kedua selepas terowong buaya (gua buaya), hujan lebat. Terowong tersebut pulak agak sempit untuk bot lalu. Kami hampir boleh menyentuh ceiling gua. Sekejap je hujan pun renyai2. Dengan kepakaran dan kepintaran driver boat, sekejap je kami dapat keluar dari terowong yang sempit itu. 
Kami terus redah tanpa mengalami kebasahan setelah berundur sedikit dari tempat duduk kami. Dalam perjalanan kami bertemu 2 species monkey. Berbulu hitam dan berbulu coklat seperti biasa yang kita nampak. Stop for snaps then terus pergi ke kawasan helang. 
Disebabkan hujan renyai2 maka dapat dilihat helang hanya bertenggek di dahan pokok tertinggi dan berkumpul sesama mereka. Hanya sekali sekala mereka terbang dan menangkap ikan dalam air berhampiran kami. Watch these video for the info about the Langkawi's Eagle and the crowd of eagle flying n eating.
Lama jugak kat sini dok memerhati helang dan kerenah tourist2 lain amik gambar. Makin lama makin banyak pulak bot lain sampai. Perut pun dah berkeroncong kami terus pergi tempat makan kat restoran terapung. Tak ingat plak nama Restoran Terapung nih. Makan ofcoz nasi seafood with sup sayur tapi memang sedap. Disaji skali buah2an tempatan dan kuih popia. Dekat sini also ada fish farm. Lepas makan bolehlah bersantai tengok ikan2 jup sebelum meneruskan perjalanan.
Perjalanan diteruskan. Disatu perhentian kami dipelawa sekiranya ada yang ingin swimming. disebabkan tiada yang offer nak swimming kami dibawa jauh sedikit  ke tengah2 lautan dimana berhampiran dgn sempadan Thailand. Maka terlihatlah sayup2 kepulauan Thailand. Perjalanan diteruskan meniti pinggiran lautan Langkawi sehinggalah tiba di icon Kilim Geoforest Park. Selepas puas bergambar kami terukan perjalanan pulang ke stesen bot Kilim.
Tempat swimming, Kepulauan Thailand, icon Kilim Geoforest Park.

Balik kul 3pm. Tidur keletihan dlm bilik sampai lewat petang. Malam jln2 cari makan on the way nak ke Pekan Kuah. Stop kat salah satu restoran and order makan. My kids nak yang bersup. My hubby pun sama. Alang2 saya order kuey teow tomyam.. pergh sedap x terkata.. hehe.. Lepas tu gara2 anak meragam, ayahnya terus ajak balik chalet. Dalam pukul 9 baru en hubby ajak kluar semula ke Pekan Kuah. Nak ke Dataran Helang katanya. Kami ikut aje.. Sampai sana bergambar lerrr.. hehe Sudah puas bergambar n menikmati pemandangan malam disitu kami terus pulang dan berehat sambil layan citer tv.

p/s: sambung esok day 3 @ langkawi

sign, my signature