WELCOME NOTES


Monday, October 22, 2012

Bakal Haji Abdullah dan Hjh Munah

السلام عليكم


Malam tadi kami jemput mekT dekat area Hulu Kelang, berhampiran Sg Gabai. Ada perkhemahan motivasi katanya. Selepas menjemputnya, kami terus ke rumah abang ngah, Subang. Masa kami sampai abang ngah n kakngah x sampai lagi dr KLIA jemput umi n aboh dr Trengganu. Alkisahnya, smlm Ahad baru dapat jawapan umi n aboh dapat jemputan menunaikan Haji di Mekah. Alhamdulillah.. Rezeki..

So, dalam tempoh menunggu tu, anak2 sibuk bermain2. Dari rumah, tpt makan kat mekT sampailah kat Subang boleh sambung main. Budak2... x rasa ngantok langsung. Dah lah kat rumah lepas mkn2 kat majlis harijadi jiran, main dlm rumah. Herm, mmg x kenal erti penat. Jumpa jarang2 kowt. Lepas stgh jam menunggu barulah mereka sampai dgn beg masing2. Wah semangat tgk beg2 mcm ni..hihii. Bila lah "Panggilan Haji" utk kita plak ya..

Duk borak2 alkisah cerita tup2 dpt haji, perkemas lah mana2 yg patut. Agak2 kul 2am kami bertolak balik umah kami. Pagi subuh tu Basri n mekNa pun tiba juga hubbynya, Aspan. Dlm pukul 9 kami bertolak ke KLIA. Jumpa ramai2 disana. MokCik Banting sefamily pun ada. Ramai juga jemaah bakal haji dan hajah disana. Kalau x salah ini batch kedua last panggilan haji. :)



وَالْحَجُّ الْمَبْرُورُ لَيْسَ لَهُ جَزَاءٌ إِلاَّ الْجَنَّةُ
 “Dan haji mabrur tidak ada balasan yang layak baginya selain syurga.” 
(HR. Bukhari no. 1773 dan Muslim no. 1349). 

Di antara bukti dari haji mabrur adalah gemar berbuat baik terhadap sesama insan. Dari Jabir, ia berkata bahawa Rasulullah SAW pernah ditanya tentang haji yang mabrur. Jawapan beliau, 
إطعام الطعام و طيب الكلام 
 “Suka bersedekah dengan cara memberi makan dan memiliki tutur kata yang baik”

p/s: didoakan semoga Umi n Aboh dapat menjalani amal ibadah Haji dengan sempurna dan semoga memperoleh Haji Mabrur. Amin

rujukan bahan bacaan: Haj

sign, my signature

Sunday, October 21, 2012

Sambut Besday Cucu Makcik Mah

السلام عليكم 

 Besday adik asyraf yang ke-3, cucu jiran sebelah.

 Sofea dan alif berbaju merah dan biru sambil berposing hehe..

 Anak sedara, Umar dan Ali juga dijemput alang2 datang kerumah.

 Inilah besday boy nyer..

 Dah kenyang, sambung main..

 
sign, my signature

Alkisah seekor kuda..

السلام عليكم
Kuda ini cantik dan mempunyai banyak kualiti yang dipuji. Namun kuda tidak berpuas hati, kuda merasakan dirinya tidak cukup sempurna, terutama kecantikan luarannya…
Kuda berkata pada penciptanya…. “Saya bersyukur saya telah diberi kecantikan dan nilai-nilai yang baik… tapi saya mengharapkan Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik. Saya akan lagi bersyukur, amat bersyukur jika Tuan boleh menjadikan saya lebih cantik…”
Pencipta membalas, “Saya sedia memjadikan anda lebih cantik… beritahu apa yang anda harap bertukar…”
Kuda tersebut berkata, “Saya rasa badan saya tak seimbang. Leher saya terlalu pendek… jika tuan boleh panjangkan leher saya sikit, bahagian atas badan saya akan nampak lebih elok. Dan kalau tuan boleh panjangkan dan kuruskan sikit kaki saya… saya akan nampak lebih menawan di bahagian bawah badan saya…”
Tuan tersebut menyuruh kuda menutup mata untuk 30 saat….
30 saat berlalu, kuda pun membuka mata… lalu melihat cermin di depannya…
Kuda terkejut… siapa unta itu?
Melihat pada penciptanya kuda (yang kini menjadi unta) merungut, “Tuan, saya nak jadi lebih cantik menawan. Bagaimana rupa luar sebegini boleh dikira sebagai cantik dan menawan.”
Penciptanya membalas, “Itu yang anda mahukan, itu yang saya buatkan…”
Kuda (yang kini menjadi unta) itu menangis, “Ini bukan yang saya nak. Saya tak nak jadi unta. Saya nak kekal sebagai kuda. Sebagai kuda, semua orang puji saya mempunyai kualiti nilai yang baik… tiada yang akan menghargai saya sebagai unta…”
Pencipta itu menjawab:
“Jangan cuba untuk mencapai dan menerima lebih daripada apa yang kurniakan pada anda. Jika anda sentiasa ingin hidup memuaskan nafsu, setiap waktu anda akan meminta lebih dan lebih… Anda tidak tahu apa kesan pada akhirnya. Anda merayu untuk panjangkan leher dan kaki, inilah apa yang berlaku.
Semua benda yang dicipta saya ada kualitinya sendiri… Ya, unta tidak secantik kuda, tapi ia boleh membawa beban yang banyak dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi.”
Mulai hari itu, kuda (yang kini menjadi unta) berubah dan menjadi seekor unta yang baik sehingga dipuji ramai sebagai haiwan yang meringankan beban manusia untuk bergerak sana sini.
Walaupun ini sekadar cerita dongeng … tapi di dalamnya banyak isi tersirat di dalamnya, hanya yang membuka mata hati dan ingin belajar akan mendapatnya…
sign, my signature

Saturday, October 20, 2012

StreetsView Lodge Chalet, Melaka

السلام عليكم
Ayah sdg tgu kwn pickup pergi hentian bot. 
 

Pandangan dari chalet dan hadapan chalet StreetsView Lodge Chalet

Kami amik bilik paling besar, Ada 2 katil queen n 1 katil bujang, ada 2 pintu, pintu kluar n pintu berandar yg link ngan bilik lain juga.
 
Bermain dengan anak2 ditepi Pantai. Jalan kaki jer menghala ke depan dr chalet.
 
Found umang2 bawak balik bilik. Petang pergi semula ke laut dan pulang kan umang2 ke Tempat asal.
 
My kids with their creativation (sambil tgu ayah)
 
 
sign, my signature

Wednesday, October 17, 2012

Kids with their own playset

New Cash Register Pink with Light & Sound
New Family Doctor with Light & Sound

Bought @ MyQueenToys. As promise to kids last week as their present after behave at their hometown. Haha..

Monday, October 15, 2012

TIMES SQUARE THEME PARK

Had fun @ Times Square Theme Park yesterday. Asked by their walid to mention where to having fun with kids, so we choosed this fun place for kids especially. For hours spending time here play the same games again and again, until kids said "dah jom balik". Hahahaaa... Sporting walid... Just when we arrived @ kids game 3rd floor, they kept playing like don't want to go back. Especially kakak... Huhuuu.. Ayah dalam lift baru nak ikut balik.. Hahahaa... Then shopping baju ayah n anak2 kat area shoplots. Around 6 pm bru balik...

Friday, October 12, 2012

Jangan Cepat Mentelaah...

السلام عليكم

Alkisah seorang pakcik tua dengan anaknya 25 tahun
Seorang pakcik tua sedang duduk bersama anaknya yang berumur 25 tahun di atas keretapi.
Ini bukan kali pertama mereka menduduki keretapi.
Keretapi bakal bergerak, semua penumpang mengambil tempat masing-masing.
Semasa keretapi itu mula bergerak, anak pakcik tersebut berasa tersungguh riang dan penuh perasaan ingin tahu melihat keluar tingkap…
Beliau meletakkan tangannya di luar tingkap untuk merasai udara melepasi tangannya. Anak berusia 25 tahun itu menoleh ke arah ayahnya – “Abon, Abon – lihat semua pokok bergerak ke belakang.”
Abonnya tersenyum, “Ya, anakku sayang, memang begitu. Menakjubkan kan?”
“YA ayah,” jerit anaknya dengan riang.
Duduk tepi anak-ayah ini adalah sepasang suami isteri berumur hampir 40an. Mereka mendengar segala perbualan antara anak-ayah ini. Mereka terasa pelik mengapa anak pakcik yang sudah besar ini berkelakuan seperti seorang kanak-kanak.
“Peliklah anak pakcik ini…” bisik mereka.
Kemudian, anak pakcik itu menjerit lagi, “ABON, ABON, hujan hujan. Air sedang menyentuh tangan saya… Abon tengok.”
Pakcik menjawab, “Ya memang begitu anakku” sambil tersenyum gembira.
Pasangan suami isteri itu tidak dapat bertahan lagi dengan gangguan suara kerana perangai anak pakcik tersebut yang dianggap mereka kurang siuman lalu memberikan cadangan….
“Pakcik, mengapa tak bawa anak ke hospital … untuk terima rawatan…”
Pakcik tua itu menoleh dan menjawab…
“Sudah. Kami dari hospital ini nak balik kampung… Maknya sedang menunggu kegembiraan kepulangan kami… Anak saya baru dapat melihat buat kali pertamanya hari ini dalam hidup dia dan dia bakal dapat melihat wajah maknya buat pertama kalinya….”
Pasangan suami isteri itu tersengam diam malu seribu bahasa….
Adakah perkara ini pernah terjadi kepada anda? Sudah tentu pernah.
Pernah tak terfikir mengapa Allah membuat dua mata di depan, dan bukan satu di depan dan satu di belakang?
Hikmahnya ialah apa yang dipandang mata manusia hanyalah sebahagian sahaja – tidak 360 darjah – Oleh itu, janganlah mengganggap apa yang dilihat di depan mata ialah segalanya. Ia hanya sebahagian sahaja.
Sebahagian lagi perlu dilihat dengan mata hati. Bukan hati yang bersangka buruk tapi hati yang bersedia bersangka baik kepada apa yang dilihat.
Jangan anggap sendiri tahu segalanya walaupun perkara itu di depan mata kerana mata hanya mampu melihat apa yang minda nak lihat. Minda sangka buruk, maka mata yang memandang akan fokus kepada perkara buruk dan begitu juga sebaliknya.
Ingat sesuatu situasi ataupun pandangan mata adalah neutral. Minda yang menafsirnya baik dan buruk. Yang kita dapat lihat tidak semestinya betul, yang kita tak dapat lihat tak semestinya silap.
sign, my signature

Thursday, October 11, 2012

Taman Teruntum, Kuantan, Pahang

Hari ini anak2 merengek2 nak pergi taman. Mereka ajak ke pasaraya Giant. Kalau nak ke taman semata2, alang2 saya bawak anak2 ke Taman Teruntum yg ada mini zoo. Dekat jer ngan Teluk Cempedak. Kami tiga beranak jer yang pergi. Pergi selepas pukul 2 pm. Balik pulak sebelum pukul 5pm sbb hari nak hujan. Seronok anak2 dpt tgk ular, beruang, rusa, ostrich, buaya, burung2, ternakan seperti lembu pun ada, monyet jenis tangan panjang(x ingat nama dia) dll. Merengek jugak nak bg makan. Tp apakan daya, ianya x dibenarkan. ;) just tgk jer.. Herm janji anak2 seronok... Hehe

Tuesday, October 9, 2012

Wanita... UAI

P/s: Hahaha mmg ada benarnya.. Tp kita sbg wanita beringat-ingatlah yer.... Elakkan pembaziran dan utamakan keluarga ;)

Monday, October 8, 2012

Tips Hadapi Peperiksaan

السلام عليكم
Assalamu'alaikum kpd yg akan menghadapi PMR esok. Antara tip utk hadapi peperiksaan esok:

 1. Mlm ni lepas solat isya, solat taubat, istighfar, solat hajat & istikharah utk mudah jwb soalan
 2.Doakan ibubapa, guru & kwn2 agar ilmu jadi berkat,
 3.Tidur awal & baring mengiring ke kanan,
 4.Sblm solat subuh, solat hjt,
 5. Pastikan sarapan agar ada tenaga,
 6.Pakai perfume & deodorant utk rangsang otak,
 7.Elak bincang di luar Dewan, takut jadi lebih panik,
 8.Doa beramai2,
 9.Masuk Dewan dgn Bismilah, senyum, beri salam & masuk kaki kanan dulu,
 10.Baca doa penerang hati termasuk Al Insyirah,
 11. Bila bingung, istighfar & selawat byk2,
 12.Habis jwb, lakukan doa kesyukuran,
 13.Elak bincang dgn kwn lepas exam.

Terus bersedia utk subjek esok pula. Moga Allah luluskan kalian dgn cemerlang. Amiin
-tips dr Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah

 P/s: kredit to FB ISLAM

sign, my signature

Muhasabah

Teluk Cempedak(TC), Kuantan

Semalam pergi Pantai Teluk Cempedak bersama mak dan WanChu. Masa sampai, hujan baru jer berhenti. Tak dapat main pasir sebab pasir lembap. Dah puas tengok laut yg jauh mata memandang ;) kami jalan2 kat area lorong mini kedai. Belon mmg wajib beli. Huhu... Kami stop sekejap kat area depan McD. Rasanya ada basikal n skateboards competition. Disebabkan kami kelaparan, Burger King jd pilihan. Kami guna kupon so boleh jimat sket. Lepas mkn, mak n Aizah jln2 kat bazar berhampiran. Me n my kids menghala ke mini playground dekat ngan parking kereta. After 1/2 jam bru balik ke destinasi asal. Hehe... P/s: bawa anak jln2 sebab dah lama duduk rumah je. Bwk mak jln2 sekali. Hehe.. En hubby kat offshore, kami semua rindu2an dgn ayahhhhh.... ;)

Sunday, October 7, 2012

Mainan baru

Mainan baru beli untuk uji minda dan kreatif anak2. Nak tido pun masih main lagi. Snap kasi semangat main esok pulak hehe..
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, October 4, 2012

Kesedaran dari Keberanian Budak Kecil

السلام عليكم 

Al-kisah seorang pemuda yang berjaya pulang ke kampungnya dengan kereta barunya Mercedes yang baru dibelinya. Pemuda tersebut memandu agak cepat untuk jalan di kampung. Namun pemuda itu berhati-hati melihat samada ada kanak-kanak yang tetiba lari keluar daripada tepi jalan dan memperlahankan kereta jika ternampak sesuatu. Ketika kereta pemuda melalui jalan kampung yang cerun itu, tiada kanak-kanak yang keluar. Tetiba, ada sekeping bata yang terbaling ke pintu kereta Mercedes barunya. Pemuda terus menekan brek dan gostan ke tempat di mana bata tersebut dibaling. Pemuda yang marah tersebut terus keluar dan menolak seorang kanak-kanak 12 tahun ke arah keretanya dan terus menjerit marah. “Apa ini? Siapa kamu? Apa yang kamu buat? Ini kereta baru TAHU? Dan bata yang kau BALING ITU AKAN menyebabkan hilang banyak wang!!! MENGAPA kamu buat DEMIKIAN?? JAWAB!!!” Budak tersebut memohon maaf…. “Abang… sorry… jangan marah… Saya minta maaf tapi saya tak tahu apa nak buat,” budak tersebut merayu. “Saya membaling bata tersebut kerana tiada kereta lain yang hendak berhenti,” kata budak itu sambil menangis-ngangis teresak-esak… Jari budak itu menunjukkan ke arah bawah cerun jalan tidak jauh daripada tempat kereta Mercedes pemuda itu dipark. “Itu abang saya,” kata budak itu. “Abang saya termasuk cerun dan terhempas daripada kereta rodanya… dan saya tidak dapat mengangkat abang saya,” tambahnya dengan nada teresak-esak. Sambil pipinya dipenuhi air mata dan hidung berhingus, budak itu merayu pemuda kaya tersebut, “Boleh abang tolong angkat abang saya naik ke kerusi rodanya. Abang saya sangat sakit tapi dia terlalu berat untuk saya angkat.” Pemuda itu tersergam, terdiam dan tersentuh. Menelan air liur dan meredakan bengkak tekak akibat menjerit, pemuda itu cepat-cepat pergi membantu abang budak yang cacat itu ke kerusi roda semula. Pemuda kemudian mengeluarkan kain sapunya untuk mengelap luka abang budak tersebut dan memberitahu dia, “Jangan bimbang, semuanya ok.” Budak yang dimarahinya tadi berkata, “Terima kasih abang… semoga Allah membalas hati baik abang.” Terlalu terkejut dengan situasi tersebut, pemuda itu tidak berkata apa-apa sambil melihat budak itu menolak abangnya balik ke rumah. Pemuda itu berjalan ke arah kereta Mercedesnya. Kesan kerosakan tampak jelas, tapi pemuda itu berkata pada dirinya, ia akan membiarkan kerosakan itu kekal di pintunya sebagai mesej mengingatkan diri – “Jangan lalu kehidupan dengan cepat sangat sehingga ada orang yang terpaksa membaling bata untuk mendapatkan perhatian kita!” Allah sentiasa berada di sisi kita dan mendidik dan membisik ke jiwa dan hati kita. Apabila kita tiada masa untuk mendengarnya, Allah terpaksa membaling bata ke arah kita – supaya kita sedar dan berfikir.
P/s:kredit tu FB LayarMinda
sign, my signature