WELCOME NOTES


Sunday, February 26, 2017

Tips Pakaian Wangi!!!

HASIL Campuran Cuka JALEN Dan Softener DAIA Ini Buat Ramai Surirumah TERSENYUM PUAS !!!| Dikongsikan oleh FB Rosma Abdul Rahman (LINK).

Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.

Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.
Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.
Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.
Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.
Sampaikan pagi ni,
"Amoi!." Jiran sebelah tegur
Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.
"Ada apa aunty?" Tanya saya
"Amoi you pakai sabun apa? "
"Banyak wangi lor."
Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.
Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.
Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua. Kredit FB Rosma Abdul Rahman (LINK)

Tambahan. Manfaat Cuka Pada Pakaian

1. Mencerahkan dan memutihkan.

Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan deterjen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.

2. Menghilangkan bau lembap.

Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.

3. Melembutkan pakaian.

Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.

4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.

Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.

HASIL Campuran Cuka JALEN Dan Softener DAIA Ini Buat Ramai Surirumah TERSENYUM PUAS !!! Sebarkan Kepada Kaum Ibu !!!

Monday, January 30, 2017

Ketahuilah....

السلام عليكم

Syurga *lelaki* 
pada  perempuan iaitu *IBU*
Syurga *perempuan* 
pada lelaki iaitu *suami.*
Sehebat-hebat *suami* 
kena patuh pada *ibu.*
Sehebat-hebat *ibu* 
kena patuh pada *suami.*
Masa *hidup* 
anak perlukan *doa ibubapa.*      
Masa *mati* 
ibubapa perlukan *doa anak.*
Di *dunia* 
nasab itu pada *lelaki.*
Di *akhirat* 
nasab itu pada *perempuan.*
*Sehebat-hebat manusia*, 
bila mati 
dia tetap *perlu orang lain* 
untuk *kebumi jenazahnya.*
*Setinggi-tinggi ilmu* 
yang manusia ada. 
Dia tetap perlu *belajar* 
daripada seorang *guru.*
Berapa jauh pun seorang manusia itu mengembara. 
Pasti yang dirindu 
adalah *keluarga.*
Walau *sekaya* manapun seorang manusia. 
Dia tetap perlu untuk *berurusan* 
dengan *orang lain...*
Seorang *General Manager* 
tidak akan mampu uruskan perjalanan premis 
tanpa *general worker.*
Seorang *raja* 
tidak berkuasa 
tanpa ada *rakyat jelata.* 
Inilah manusia... 
*Lemah.* 

Walau sehebat mana pun kita didunia. 
Walau memegang pangkat dan darjat tertinggi. 
Taraf kita hanya seorang *"Hamba".*
Lalu kenapa mahu rasakan 
kita adalah yang terbaik dan terhebat ???
Bukankah itu hanya akan membawa kita kepada
*taraf ujub, riak,sombong dan hina*

*Ingatlah wahai diriku*
 dan yang sedang membaca. 
Iblis itu terlaknat hanya kerana satu sifat. 
 *sombong dan merasa dia lebih baik.*

*niza*

Tuesday, July 12, 2016

Usikan yg lebih bermakna

Remaja itu melihat gurunya sambil mengusul :

"Bagaimana kalau kita usik tukang kebun ini dengan sembunyikan kasutnya, kemudian kita berlindung di belakang rimbun? Dia datang, pasti terkejut...jom kita tengok bagaimana dia terkejut dan cemas! Hehe...".

Guru yang alim dan bijak itu menjawab :

"Anakku, tidak elok kita berseronok dengan mempermainkan orang, apatah lagi pada orang yang susah. Kamukan seorang yang senang, dan kamu boleh sahaja menambah kebahagiaan untuk orang itu? Sekarang saya cadangkan kamu masukkan beberapa keping duit kertas ke dalam kasutnya, kemudian saksikan bagaimana respon tukang kebun itu?"

Pemuda itu terpegun dengan usulan gurunya, bersetuju dan segera berjalan untuk memasukkan wang ke dalam kasut tersebut.

Kemudian mereka bersembunyi di belakang rimbunan pepohon.

Selang beberapa waktu, datanglah seorang lelaki dalam lingkungan 40an, bajunya basah dengan peluh, sambil mengibas-ngibaskan kotoran dari pakaiannya. Dia berjalan menuju tempat barangan yang ditinggalkan.

Beliau memasukkan kakinya ke dalam kasut, merasai sesuatu di dalamnya. Dia cuba keluarkan, bila dilihatnya benda asing itu adalah wang kertas, mukanya berubah, dia terpegun. Ada beberapa keping dalamnya!!

Dia memeriksa sebelah lagi, mukanya hampir-hampir pucat melihat wang yang lebih banyak!!

Dia menatap wang itu berulang-ulang, seolah-olah tidak percaya dengan matanya.

Dia melihat ke segala penjuru, seolah-olah mencari orang di sekitarnya..mungkin nak bertanyakan sesuatu.

Beliau mendapati dirinya keseorangan.

Dengan segera ia memasukkan wang itu ke dalam sakunya dan terus berlutut sambil melihat ke langit dan menangis. Dia berteriak dengan suara tinggi, seolah-olah berbicara dengan Allah.

"Aku bersyukur kepadaMu, Ya Allah, Tuhanku.

Wahai Yang Maha Mengetahui, isteriku sakit dan anak-anakku kelaparan. Mereka belum menjamah apa-apa pun hari ini.

Engkau telah menyelamatkanku, anak-anak dan isteri-isteri dari kecelakaan ini ya Allah".

Dia terus menangis dalam waktu cukup lama sambil memandang ke langit sebagai ungkapan rasa syukurnya atas kurnia dari Allah Yang Maha Pemurah.

Murid tadi, sangat terharu dengan apa yang dilihat. Air matanya meleleh tanpa dapat dibendung.

Guru yang bijak terus bersuara :

"Bukankah sekarang kamu rasa lebih bahagia dari mengusik orang lain dan lucu melihat orang yang kehilangan barangan?"

Pemuda itu segera menjawab,

"Hari ini aku mendapat pelajaran yang tidak akan mungkin aku lupakan seumur hidupku. Sekarang baru aku faham makna kalimah yang dulu belum aku fahami sepanjang hidupku :

"Ketika kamu memberi, kamu akan mendapatkan kebahagiaan yang lebih banyak dari pada kamu mengambil".

Gurunya melanjutkan :

"Sekarang ketahuilah bahawa pemberian itu bermacam-macam :

1. Memaafkan kesalahan orang di saat kita mampu membalas dendam, adalah suatu pemberian.

2. Mendoakan teman dan saudaramu di belakangnya (tanpa pengetahuannya) adalah suatu pemberian.

3. Berusaha untuk berbaik sangka dan menghilangkan sangka buruk darinya juga satu pemberian.

4. Menahan diri dari membicarakan aib saudaramu di belakangnya adalah satu pemberian lagi.

Ini semua adalah pemberian dari Allah supaya kesempatan memberi tidak hanya dibuat oleh orang berada sahaja. Jadikanlah semua ini pelajaran, wahai anakku!.

Semoga bermanfaat.

Monday, July 11, 2016

Cara mandi baby

Adab Mandikan Bayi Baru Lahir Dengan Cara Betul - Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses 'gugur' tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.