WELCOME NOTES


Tuesday, July 13, 2010

Kisah Sheikh Ahmad Maeine (Saudi Arabia)

Assalamualaikum wbt,
Wahai sahabat2 sekalian, bacalah dan renung2kanlah ya sesama kita kisah ini.. mungkin ada yang dah tahu tapi mungkin terlupa akannya..

Pada suatu malam ketika membaca Al-Quran dimakam Rasulullah SAW. Selepas membaca lalu hamba tertidur, dalam tidur hamba bermimpi didatangi Rasulullah SAW lalu bersabda kepada hamba, dalam 60 000 orang yang meninggal dunia di zaman ini tiada seorang pun yang matinya dalam keadaan beriman.
(a)isteri tidak mendengar kata suami.
(b)orang kaya tidak lagi bertimbang rasa.
(c)orang tidak lagi berzakat dan tidak membuat kebajikan.

Oleh itu wahai Sheikh Ahmad, hendaklah kamu menyedarkan kepada orang Islam ini supaya membuat kebajikan, kerana hari penghabisan (Qiamat) akan tiba di mana bintang akan terbit dari langit, sesudah itu matahari akan turun di atas kepala.

PESANAN HAMBA INI

(a) berselawat - untuk junjungan Nabi kita Muhammad SAW.
(b) bertaubatlah - dengan segera sementara Pintu Taubat masih terbuka.
(c) Bersembahyanglah
(d) berzakat - jangan ditinggalkan.
(e) Menunaikan Fardhu haji - bila berkemampuan.
(f) Jangan menderhaka kepada kedua ibu bapa.




Each Problem has a Solution... YES!!!

Salam,
Pernahkah anda lihat situasi seperti ini? Mungkin juga anda boleh mencontohinya, jika terdesak... huhu
















Where in the World is this place???

Salam sekali lagi,
Saya teringin nak kongsikan tempat menarik ini? Ada sesapa pernah melawatinye tak? Lihatlah gambar2 dibawah yang sgt memukau bg pencinta alam :)


air jernih...

air biru...

amazing scenery...

tempting water, boleh nampak ikan dalam air!!

cantiknyer.. kat maner ni...??

You'll never guess that its.......
Sungai Jagong Waterfall at Sungai Jagong (Kedah), Malaysia

 
p/s: huhu, bila nak pi. cantek sungguh. Org2 Kedah dah pi ka? citer skit..

Lucu Ya...

Lucu ya.. Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke Starhill

Lucu ya.. 30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tapi betapa pendeknya waktu itu untuk menonton "Friends"

Lucu ya.. Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tapi betapa cepatnya 2 jam berlalu ketika menonton wayang di panggung
Lucu ya.. Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan saat berdoa atau solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan, boyfriend & gilfriend.

Lucu ya.. Betapa seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak tapi betapa bosannya bila imam solat tarawih bulan Ramadhan bacaannya lama dan panjang.

Lucu ya.. Susah sangat baca Al Quran 1 juzu' saja,tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah.

Lucu ya.. Orang berebut paling depan untuk menonton bola atau konsert, tetapi berebut cari saf paling belakang bila sembahyang Jumaat supaya boleh cepat keluar.

Lucu ya.. Kita perlu diundang seawal 3-4 minggu sebelumnya untuk majlis agama supaya boleh dimasukkan agenda kita, tapi untuk acara lain seperti menonton wayang, annual dinner atau high tea jadual kita boleh diubah.

Lucu ya.. Susahnya orang mengajak menyebarkan dakwah, tapi mudahnya orang menyertai dan menyebar gosip.

Lucu ya.. Semua orang inginkan masuk syurga tanpa harus beriman,berfikir,berbicara ataupun melakukan apa-apa.

Lucu ya..Kita boleh mengirimkan ribuan jokes dan surat berantai melalui email, tapi bila mengirim yang berkaitan dgn ibadah sering mesti berfikir dua tiga kali..



RENUNGKANLAH... ... ."dan apabila Dia ingin melihat kebesaranNya, maka diciptakan segala makhluk, yang memancar cahaya kehebatan dari segala perilakuNya, maka tercerminlah kebesaranNya pada pandanganNya sendiri... "


Mandi Wajib

Assalamualaikum,

Saya nak berkongsi sedikit ilmu... yang diterima dari JAKIM long time ago.

Mandi wajib yg betul

Mandi wajib merupakan perkataan yg mudah disebut,ttp jgn tkejut jika dikatakan byk umat Islam di tanah air kita yg tidak sah mandi wajibnya kerana tidak melakukannya dengan betul. Untuk melakukan mandi wajib yg betul,sesorg itu tidak boleh melakukannya dengan hanya mandi secara berdiri atau duduk mencangkung shj. Sebaliknya, ia mesti dilakukan dlm kedua2 keadaan bg mbolehkan ssorg itu meratakan air keseluruh anggota badannya yg zahir. Penolong Pengarah Bahgian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Uztaz Hj MAt Jais Kamos, menegaskan, bagaimanapaun, berdasarkan pengalamannya sebagai bekas kadi di pejabat agama islam gombak timur dan penceramah, didapati byk umat islam yg tidak mengetahui perkara ini. "Akibatnya, mandi wajibnya menjadi tidak sah kerana tidak memenuhi salah satu rukun mandi wajib iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir. Apabila mandi wajib tidak sah, ibadat yg dilakukan oleh ssorg itu juga turut tidak sah. Itu lah akibatnya jika tidak melakukan mandi wajib dengan betul," tegas beliau ketika ditemui di rumahnya di taman sri keramat kuala Lumpur.
Mandi wajib yg juga sebagai mandi junub atau janabah tidak boleh dipandang ringan oleh umat islam. Setiap org yg mlakukannya mestilah mengetahui dan memenuhi rukun2nya. Jika tidak mandi wajib ssorg itu tidak akan sah. Rukun mandi wajib ada 3. Pertama, niat. Kedua, menghilangkan najis di badan. Ketiga,meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir.

"Niat mandi wajib: "Shj aku mengangkat hasar besar kerana Allah Taala." Atau " Shj aku mandi wajib kerana Allah Taala." Niat itu di dlm hati dan ia hendaklah disertakan ketika air sampai ke mana2 bhgn anggota badan. "Bagi ppuan yg habis haid, niat mandi wajib ialah: " Shj aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala." Manakala bagi ppuan yg habis nifas, niat mandi wajibnya ialah: " Shj aku mengangkat hadas nifas kerana Allah Taala". Niat itu jika dilambatkan atau ketika ssorg itu memulakannya slps dia tlh mbasuh salah 1 anggota badannya akan menjadikan mandi wajibny tidak sah. Oleh itu dia mestilah mmulakan kembali niatnya ketika dia mula menyampaikan air keseluruh anggota badannya. Sekiranya dia berniat sebelum air sampai ke badan, niat itu juga tidak sah. Oleh itu mandi wajibnya tidak sah."

Jelasnya lagi.. Mengenai rukun mandi wajib yg ke2, iaitu menghilangkan najis yg ada pd badan, menurut uztaz hj mat jais, menurut imam nawawi, jika kita ada najis dibadan, najis itu blh dibasuh serentak dgn mandi wajib. Ertinya mbasuh najis dgn mandi itu boleh disekalikan.

"Sementara rukun mandi wajib yg ke3, iaitu meratakan air keseluruh anggota badan yg zahir, meliputi kulit, rambut dan bulu yg ada di badan, sama ada bulu2 yg jarang atau lebat. "jika rambut ssorg itu ditocang atau disanggul,sekiranya tak sampai air ke dalamnya, tocang atau sanggul itu wajib la dibuka. Bulu2 dlm lubang hidung pula, tidak wajib dibasuh kerana dianggap batin. Ttp sekiranya, bulu2 di dlm hidung itu bernajis,ia wajibla dibasuh. "Mengenai kuku pula, jika di dlm kuku ada kotoran yg blh mhalang sampai air ke badan khususnya di bhgn bwh kuku, kotoran itu wajiblah dibuang. Mbuang kotoran di dlm kuku itu pula boleh dilakukan ketika sedang mandi. "Tentang rambut yg diwarnakan pula selain inai, ini lah yg rumitnya. Sbnrnya jika rambut ssorg itu diwarnakan dgn pewarna slain inai,mandi wajib ssorg itu tidak sah. "Oleh itu, ssorg yg mwarnakan rambutnya dgn pewarna slain inai, jika dia hendak mandi wajib, dia mestilah mbuang pewarna pd rambutnya tlebih dahulu. Tp untuk mbuang pewarna itu pula bagaimana?..ini lah yg rumitnya. Sedangkan pwarna pd rambut itu sbnrny tidak blh dibuang begitu mudah. "Yang menyebabkan mandi wajib org yg menggunakan pwrna pd rambutny tidak sah kerana pwarna itu akan menyalut rambutnya yg menghalang air sampai ke rambut. Ini bbeza dgn inai. Inai sbnrnya akan meresap ke rambut, ttp pwarna pula akan menyalut rambut menyebabkan air thalang ke rambut." "tp dlm hal ini, jgn pula ada yg slh phm. Sbnrnya pwarna itu jika dikeluarkan sijil halal oleh JAKIM sekiranya pwarna itu tidak bernajis, bukan lah bmaksud menjadi tidak sah?.. Dalam hal ini, sukalah sy menyatakan bhw sembahyang dan mandi wajib itu berbeza. Jadi, mestilah dipandang dari sudut yg berbeza. "Dalam hal ini juga, sukalah saya menyatakan, huraian mengenai rukun mandi wajib seperti yg telah sy nyatakan ini adalah merupakan perbezaan sah atau tidak mandi wajib. Jadi, ia perlulah diberikan perhatian yg serius oleh umat islam.

Mengenai sbb2 ssorg itu wajib mandi wajib pula, uztz hj mat jais menegaskan, ssb2 nya tdiri drp 6 sbb. 3 sbb mlibatkan lelaki dan ppuan iaitu kerana bersetubuh wpun tidak kuar air mani, keluar air mani dan mati. Manakala 3 sbb lagi hny mlibatkan kaum ppuan shj,iaitu keluar darah haid, nifas dan mlahirkan anak(wiladah). "Mandi wajib boleh dilakukan dimana2 dgn menggunakan air mutlak sama ada air telaga, air paip, sungai laut dan tasik.

"Bagi pasangan suami isteri yg bersetubuh pula,mereka tidak semestinya mandi slps bsetubuh, ttp diwajibkan mandi ketika ingin beribadat. Selepas bsetubuh pula, jika ia dilakukan pd waktu mlm, jika tidak mahu mandi wajib, seelok2nya ambillah wuduk sebelum tidur itu adalah sunat, manakala tidak bwuduk sblm tidur adalah makhruh."

� Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimal 5 kali sehari dengan air wudhu Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo'a.

� Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah 'olahraga'. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do'a.

� Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

� Untuk punya bibir cantik , bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

� Agar tubuh langsing , mulus, diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih.

� Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenal dan disayangi.


Wassalam.

"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..."
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...


(-_-) saya tertinggal di tepi semak batu 6

salam,
hi sahabat2, dah pernah baca citer ni?.. bacalah lagi sekali..


Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC. Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas. Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa
membuang masa terus menegur Hazlan.

Nurheart : Lan ...
Hensemboy : Ira ... maaf saya tak dapat masuk malam itu.
Nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
Hensemboy : Maaf ... saya tak sempat menghubungi awak. Maaf ...
Nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba tiba senyap. Shahirah menungqu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia? "Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

Hensemboy : Ira ... awak marah saya ke?
Nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
Nurheart : Kenapa?
Hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
Nurheart : Awak teruk ke?
Hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai .... saya hilang darah yang banyak ... saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
Nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
Hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini ... menanti orang membantu saya.
Nurheart : Maksud awak?
Hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan

Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Haz1an. Tiba tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan sdpaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah curah bercampur sedih dan takut.

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman..AMIN.."


Klaka for today