WELCOME NOTES


Tuesday, July 13, 2010

(-_-) saya tertinggal di tepi semak batu 6

salam,
hi sahabat2, dah pernah baca citer ni?.. bacalah lagi sekali..


Shahirah menunggu seperti biasa. Lazimnya dia akan bertemu dengan Hazlan tepat jam 12 malam dalam irc (chatting). Itulah kawan baiknya sejak dia mengenali dunia chatting di irc. Pada mulanya dia memang kurang mempercayai pengunjung pengunjung IRC kerana mereka boleh menyamar bila bila masa tetapi Hazlan lain pula. Dia memang jujur dan berterus terang dalam banyak hal. Lagipun, mereka belum pernah bertemu cuma kerap bercakap melalui telefon sekiranya tidak berpeluang bertemu di IRC. Namun, malam ini berbeza, Hazlan tidak muncul. Dia sering menggunakan nama 'hensemboy' manakala Shahirah pula menggunakan nama 'nurheart'. Namun, malam ini nama tersebut tidak muncul. Shahirah kecewa kerana Hazlan mungkir janji mahu bertemu dengannya di IRC. Shahirah meninggalkan kafe siber itu dengan hati yang sedih. Selang beberapa malam, Shahirah kembali mengunjungi IRC. Hajat utamanya ialah mahu mencari Hazlan kerana sudah beberapa hari Hazlan tidak pernah menghubunginya jauh sekali memohon maaf kerana gagal memenuhi janjinya beberapa malam lepas. Hampir sejam Shahirah berbual dengan rakan-rakannya yang lain, pada mereka juga Shahirah bertanya mengenai Hazlan namun mereka mengatakan sudah lama Hazlan tidak masuk IRC. Apabila hampir jam 12.30 tengah malam, nama samaran 'hensemboy' muncul. Shahirah tanpa
membuang masa terus menegur Hazlan.

Nurheart : Lan ...
Hensemboy : Ira ... maaf saya tak dapat masuk malam itu.
Nurheart : Awak ke mana? Kenapa tak call saya?
Hensemboy : Maaf ... saya tak sempat menghubungi awak. Maaf ...
Nurheart : Tak kisahlah. Awak sihat?

Pertanyaan Shahirah tergantung di situ. Hazlan tidak menjawab pertanyaannya dan tiba tiba senyap. Shahirah menungqu dengan sabar namun tetap Hazlan tidak menjawab pertanyaan dan panggilan Shahirah. Dengan rasa sedih Shahirah meninggalkan IRC dan pulang dengan perasaan hampa.

"Kenapa dengan kau ni, Ira?" tanya Samirah, kawan baiknya sewaktu Shahirah melangkah lemah ke biliknya malam itu. "Aku tak faham betul. Kenapa Hazlan dingin dengan aku? Apa yang telah aku lakukan terhadap dia? "Jangan percaya sangat dengan pengunjung IRC tu. Mereka boleh menyamar bila bila masa saja. Aku dah kata jangan terlalu rapat nanti kau kecewa,"kata Samirah. "Aku berbual dengan dia malam ini tapi dia tiba tiba hilang. Aku risaulah dengan dia, Sam," katanya sambil memegang tangan Samirah. Samirah mendiamkan diri seketika. Sejurus itu dia menyarankan agar Shahirah menelefon rumah Hazlan. Itu mungkin boleh melegakan perasaannya yang gundah kerana sikap pelik Hazlan. Shahirah bersetuju dengan pendapat Samirah. Dia akan menghubungi Hazlan esok selepas dia pulang dari kelas malam.

Pada malam esok selepas tamat kelas malamnya, Shahirah telah singgah ke Kafe siber. Hajat hatinya mahu berbual dengan Hazlan sekiranya dia masuk IRC malam ini. Sekurang kurangnya dia dapat bertemu dengan Hazlan sebelum dia menghubungi rumahnya malam ini. Hajat Shahirah tercapai apabila Hazlan masuk IRC. Shahirah tersenyum gembira apabila Hazlan telah menegurnya.

Hensemboy : Ira ... awak marah saya ke?
Nurheart : Siapalah saya mahu marah awak, Lan. Kenapa awak macam mahu tidak mahu berbual dengan saya?
hensemboy : Saya bukan lagi seperti dulu, Ira. Tapi, perasaan saya masih sama terhadap awak. Saya sedih nanti kita tidak dapat berbual lagi seperti dulu.
Nurheart : Kenapa?
Hensemboy : Saya kemalangan malam yang saya berjanji masuk IRC mahu bertemu dengan awak, ingat?
Nurheart : Awak teruk ke?
Hensemboy : Saya cedera parah. Teruk sangat sampai .... saya hilang darah yang banyak ... saya tercampak di dalam semak dan saya cuba cari jalan keluar. Dengan rasa sakit yang amat sangat, saya tertinggal di tepi semak batu 6.
Nurheart : Siapa yang membantu awak? Sekarang awak di mana?
Hensemboy : Tidak ada siapa. Saya masih di sini ... menanti orang membantu saya.
Nurheart : Maksud awak?
Hensemboy : Saya sudah meninggal dunia, Ira. Tolonglah cari mayat saya. Sempurnakan saya, Ira. Tolonglah.

Shahirah tersentak dan lantas meninggalkan komputernya dengan rasa takut yang amat sangat. Dia berlari menuju ke pondok telefon berdekatan dan menghubungi rumah Hazlan. Memang Hazlan seorang yang suka bergurau tetapi gurauannya malam ini memang menyeramkan

Terdengar deringan telefon dan satu suara wanita menjawabnya. Apabila ditanya, dia merupakan kakak Hazlan. Setelah memperkenalkan dirinya, dengan lembut Shahirah bertanya mengenai Haz1an. Tiba tiba suara wanita itu menangis. Katanya, sudah empat hari Hazlan tidak pulang ke rumah. Laporan polis sudah dibuat namun masih belum ditemui. Dengan suara yang bergetar, Shahirah berkata kepada kakak Hazlan sdpaya mencari Hazlan di dalam semak Batu 6. Tanpa menunggu lama, Shahirah terus meletak gagang. Airmatanya mencurah curah bercampur sedih dan takut.

Keesokan harinya, kisah Hazlan muncul di muka depan akhbar. Mayat seorang siswa berumur 25 tahun ditemui di dalam semak kawasan Batu 6 dalam keadaan cedera parah dan mulai busuk. Motor yang ditunggangnya tercampak ke dalam gaung. Kemalangan itu ditafsir sebagai langgar lari. Shahirah melipat akhbar tersebut. Dia berjanji tidak akan mengunjungi IRC lagi. Dalam diam dia mengakui Hazlan memang menyayanginya kerana dalam keadaan begitu dia masih cuba mahu berbual dengannya walaupun dengan memberitahu berita yang sedih bahawa dia sudah tiada lagi.

p/s: Cerita ini benar dan kawan saya (Sungai Besar, Selangor) masih lagi simpan LOG file perbualan dengan siMATI sekitar 1999...."Kita doakan agar ROH nya ditempatkan bersama2 orang beriman..AMIN.."


No comments: