السلام عليكم
Wahh... siap jugak akhirnya kait untuk Fatehah.. drpd pregnant sampaila umur Fatehah 5 bulan.. huhuuuu anak dah tiga memang susah nak cari masa terluang. Sampai subuh rajin mengait semangat nak siapkan untuk Fatehah pulak...
Inilah hasilnya. Tinggal nak frame dan gantung je..
Ucapan Ikhlas "Selamat Hari Ibu" buat semua insan bergelar ibu, emak, mama, mom dan seumpamanya. Kini genaplah 3 tahun saya bergelar ibu. Terasa kepayahan seorang ibu selama ini. Rasanya tidaklah seberat kepayahan yang dtangggung emak sewaktu saya kecil dahulu. Dulu2 kan lebih sukar keadaannya dibandingkan sekarang. Tentu anda sedar dan faham. Bak kata Nabil "..Fikirlah Sendiri".
Saya anak sulung daripada 7 org adik beradik. Sudah pasti saya banyak membantu meringankan kepayahan emak saya. Mungkin lebih banyak menyukarkan emak dengan fi'il saya masa kecil kan... hehe x dapat dinafikan. Maaf ya mak..
Tanpa sedar kini saya dah bergelar ibu. Kepayahan memang dapat dirasai lebih2 lagi surirumah sepenuh masa yg dipilih sebagai profession tanpa bantahan suami. Memang payah walau pun baru dua kurniaan rezki anak dari Ilahi. Tapi segala kepayahan mengajar kita sebagai ibu erti kesabaran dan kesedaran perihal emak kita dahulu. Org len pun ponteng keje. Begitu juga saya, kdg2 tangguh juga kerja rumah yg begitu berlambak. Tapi dgn kesabaran harus juga diselesaikan.. hehe
Mak, trima kaseh atas kesabaran menjaga diri ini sehingga dewasa, malah juga masa berpantang. Bukan sahaja menjaga diri ini juga rajin melayan kerenah cucu2 dr anakmu ini. Terima kasih x terhingga. Akan ku ingati jasamu dan akan membalasnya disegala kesempatan.
Kudoakan kesejahteraan selalu buat emak dan umi...
Salam,
Niza ingin mengucapkan tima kasih kepada mr ridzwan dan miss wanda coz sudi wat entry ttg penjagaan anak2 hyperactive nih. Thanks a lot to both of you n also my commentators at my related entry. Thanks 4 ur caring and attention.. :)