WELCOME NOTES


Saturday, April 12, 2014

Alkisah..

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*

Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Wednesday, April 2, 2014

Kenapa flourida ubat gigi bahaya

Pernah tak korang terfikir kenapa ubat gigi Mukmin tanpa FLUORIDA?
Best ke guna ubt gigi xde fluorida ni?
Tak best kan?
Mulut rasa tak berangin je kan..

Hmm, sy jgk seperti anda pd mulanya. Tapi lama2, mulut xblh bau fluorida sbb asyk nk tmuntah je.
Sy beralih pd Mukmin, dg penuh tanda tanya..

Eh, kenapa mukmin tak guna fluorida?? Tak elok ke fluorida ni??

Takdir Allah, menggerakkan hati saya utk bertanya pd Mr Christopher. Slpas dia kongsikan knapa dia bencikan Mcdonalds.
Mungkin dia ada jawapannya.

Saya bertanya,
'Mr, do yOu know about fluorida?'

Dg tegasnya,
'Oh, yes Mrs Sarah!
PLEASE DONT YOU EVER USE IT!'

Sy terkedu.
' But why, mr?'

He said, 'I know quite a lot about what the American gov are doing. I know about flouride I don't use toothpaste with it. I make coconut oil and baking soda to clean my teeth.
Mix them together. You can add eucaliptus oil in it too. It's better than tooth paste!'

' U mean, fluorida is one of the American gov are doing?? Like Mcdonalds?'

'Yes, of course Mrs!!'

Sy terkedu lagi.

Katanya, fluorida adalah slh satu bahan plg berbahaya dlm jenayah saintifik. Penggunaan fluorida scara bterusan dari kecil shingga besar boleh menyebabkan kerosakan otak manusia scara perlahan2 utk jgka masa yg lama.
Fluorida adalah sejenis racun yg blh mgubah tingkah laku dan perangai manusia.
Dos yg sdikit diambil, tapi kesannya mampu mengurangkan kekuatan msyarakat dpd melawan sbuah pemerintahan.
Itulah kuasa Amerika yg membunuh umat islam dlm senyap dan perlahan-lahan!
Malah lebih teruk, kandungan fluorida dlm ubt ggi mmpu mbunuh kanak2!

Katanya,
'Mana mungkin fluorida dpt mgurangkan msalah gigi kpd manusia!
Nonsense, mrs!
Stop using it!'

Sy senyap. Speechless.
Dlm hati,mcm tak percaya je.

Akhirnya, sy temui buku Deadly Mist- Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia dari penulis Jerry D. Gray.

Allahuakbar! Allahuakbar!
Apa yg dikata dan ditegaskan Mr Chris adalah benar!

Yes, itu buktinya knpa ubat gigi mukmin tanpa fluorida!

Tepuk dada sendiri, tanya iman dihati.

Ayuh! Tinggalkan fluorida!
Mari kita beralih pd coconut oil dan baking soda! Better than toothpaste!

Ayuh bina generasi muslim sebenar.
Anak2 yg berakhlak mulia!
Belum terlambat utk segalanya.
Smoga Allah melindungi kita. Amin.

Daripada:
Datuk Dr Rozaini Bin Hj Ghazali

Ini pula info "The Spice That Prevents Fluoride From Destroying Your Brain".

Bagi tahu info ni kepada semua Rakan2.

Sent from my iPad

Wednesday, March 5, 2014

Happy Saturday

Jalan2 cuci mata dan poket. Bawak pergi ke 100 Doraemon Malaysia EXPO @ VIVA EXPO HALL. Dulu sini suram jer... Tringat slalu dtg main bowling ngan kawan2. Skang havoc sungguh.. Hehe papelah janji tertunai ngan anak2...


On the way back, singgah JJ Maluri. Rindu JJ ni sbb dulu masa sofea kecik2 kat sini la suka bwk dia main, diikuti alif. Skang Teha pun main sini.. Haha ntah2 ni donkey yg sama sofea naik dulu kih3...

Wednesday, February 26, 2014

Pertunangan Jeman

السلام عليكم

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis tunang adik Razman pada 23hb Feb lepas. Bertambah ler menantu mak hehe... Semoga sampai jodohnya nanti dgn ikatan yg lebih kukuh ke arah membina masjid yg lebih indah.. amen :)




sign, my signature

Saturday, February 8, 2014

Pertunangan Nora

Ye akhirnya bertunang jugak adikku sorang ni... Insyaallah langsung bulan lima ni.. :-) tahniah sudah diikat orang.. Hehe

Friday, February 7, 2014

Kesalahan ibubapa dalam mendidik anak2, mari betulkan..

السلام عليكم

8 KESALAHAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK
=======================================

1. Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak menakutkan anak

Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah,menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau,menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Menegur anak secara negatif

Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

4. Memberi didikan tidak seimbang didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

5. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

7. Bertengkar di depan anak-anak.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

8. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


p/s: sama-samalah kita berkongsi ilmu dalam memenuhi tuntutan agama... :)
sign, my signature

Thursday, February 6, 2014

Korean Drama:Your Lady & My Love From The Star

السلام عليكم

Adoiyai... kalau dah kaki drama korea susah nak lari dah huhu... drama korea ni plak yg melekat.. tp mmg best family story n fiction hehe... Jom layan kat Astro je lah.. hehe

Your Lady





sign, my signature

Tuesday, February 4, 2014

Ole-ole dari Bandung

Ye, bukak pintu nak antar anak sekolah je terus dapat hadiah dari jiran. Dari indon katanya. Fuyyy cuti gong xi ga fa cai gi indon... Kita balik kampung je... Hehe tima kaceh mokcik.. ;)

Saturday, February 1, 2014

Besday sofea

Selamat ulang tahun ke 6 my daughter soffea. Smga mnjadi anak yg solehah.. :-)

Saturday, January 25, 2014

Akhirnya...

السلام عليكم

Wahh... siap jugak akhirnya kait untuk Fatehah.. drpd pregnant sampaila umur Fatehah 5 bulan.. huhuuuu anak dah tiga memang susah nak cari masa terluang. Sampai subuh rajin mengait semangat nak siapkan untuk Fatehah pulak...

Inilah hasilnya. Tinggal nak frame dan gantung je..


Dan ini adalah hasil kait untuk kakak dan abang..



sign, my signature

Monday, January 20, 2014

Hepi Besday en Hubby

Selamat hari jadi en Hubby yg ke ehem ehem hahaha... Dah tua dah kita...
Gara2 kete x le gerak sbb x renew rotax so x dapat laa nak wat suprise cam tahun2 lepas kat hubby.
Anak2 sibuk suh wat kek huhu so ini je la yg mampu lepas geledah dapur yg ada x der je barang tuh huhu...

Dan ini pula hadiah suprise utk en hubby hehe saje tempah kat sini http://stampnprint.blogspot.com/ utk en hubby wat suprise bila dtg ofis hari ni... Tp rahsia telah dibocori oleh anak2 huhu x suprise jugak jdnye.. 
Wat ever, semoga en Hubby bahagia n panjang umur ;)

Sent from my iPad

Friday, January 17, 2014

Makanan pertama Fatehah

السلام عليكم
Skang Fatehah dah boleh makan sbb umur Fatehah dah genap 5 bulan. Lepas google makanan yg sesuai trus g beli. Sudu squirt tu pun beli utk kemudahan.. Mula2 try bg campuran kacang peas n zucchini n jus pear dulu.. Ingat nak beli lobak tp dah abis plak utk umur 4+.. Xpelah blum cuba blum tau.. mula2 bg memang asik tolak2 tp lama2 enjoy plak ye... Heheheee...
 

sign, my signature

Monday, January 6, 2014

1st day @ Genius Aulad, Sri Gombak

Wah... Seronoknya nak gi sekolah baru n jumpa kawan baru. Really hope they can suits themselves in new condition n surrounding. Be happy learning kids...

Sent from my iPad