WELCOME NOTES


Friday, February 7, 2014

Kesalahan ibubapa dalam mendidik anak2, mari betulkan..

السلام عليكم

8 KESALAHAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK
=======================================

1. Kurang berdoa

Kurang berdoa semasa mengandung. Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9)Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38)Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128)Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74)Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Banyak menakutkan anak

Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti : menakutkan anak-anak dengan sekolah,menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau,menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur

3. Menegur anak secara negatif

Mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah).membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

4. Memberi didikan tidak seimbang didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual) ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

5. Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak

Sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. :

Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

7. Bertengkar di depan anak-anak.

Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

8. Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.

Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.


p/s: sama-samalah kita berkongsi ilmu dalam memenuhi tuntutan agama... :)
sign, my signature

No comments: