WELCOME NOTES


Friday, April 29, 2011

A Famosa: Part 2: Cowboy Town & Carnival

السلام عليكم

Ingat balik ptg dr AWS nak suh anak2 tidor sejam dua. Rupa2nya masuk jer dlm bilik abih smua tpt diorang terjah. Mmg tak tau diam. Siap pilih katil masing2. Ibu ayah disuruhnya tidor kat bawah. huhuhuuuu... Biasanya setiap kali dpt bilik mesti dpt hujung. Ni mesti sbb ada budak kecik kan. Herm bagus jgak. Dekat ngan tangga nak turun bawah terus ke parking. Ingat nak mandi sbb panas, tapi malangnya hotel tgh wat servis air. So disebabkan air kotor sgt, kitorg layan tv je lah dulu. Dekat2 maghrib baru le mandi2 solat dan bersiap2 untuk next adventure..


Ingat nak jln kaki je menuju kat cowboy town, tapi dsebabkan ada si cilik2 ni kene bwk kete jgak. Bahaya mlm. Selepas bli tiket masuk, kena tahan bergambar ngan burung lg kat entrance. Katanya suka2 tp bila gambar nye dah siap of coz kitorg bli sbb comel.. hehe.
Ayahnya dari jauh nmpk dah minat nak cuba satu game nih. Entah apa namanya ntah. Bergantung bertali, le lompat tinggi2. Lepas bli token, saya suh my hubby main tawan seladang. Hahahahaa... x sampai lima minit dah tewas.. kih3. Ni mesti dah kurang exercise. Then, bg anak2 main 'boat go round' pulak.Naik la diorang sorang satu pusing 10 kali kot. Pening tgk diorg pusing. Lepas tuh bg hubby naik satu lg yg dia dok tgk dr td. Pesan dah ke dia wat aksi pusing bila kat top, tp x pusing2. Takut kene besi kot.. huhuu. Org len elok jer wat pusing badan. My hubby katanya gayat tinggi2 nih. Hahahaa klaka plak dgr my hubby gayat. (Saya le wat smua, eceh tp bila preggy time lembek mengalahkan org sakit,huhu).
Org kata jgn lepaskan peluang yg ada didepan mata. Agak2 berbaloi x salah kan mencuba. Then, kami bergerak menuju ke shopping village. X shopping mana pown, cuci mata jer. Mmg nice, price pun leh tahan.
Kami terus menuju ke area karnival sbb itulah tujuan utama kami. Nak tgk show sbnarnya. Tp rasanya kalau x silap sptutnya area show kat sepanjang jln rumah cowboy tp disebabkan some renovation until tpt men bowling so tpt show diubah ke belakang cinema. Well ok jugak sbb ada seat cam tangga. Kami pilih tpt ujung skali sbb kat sini x ramai org berbanding kat centre area padat. Walaupun mlm tp ada beberapa spotlight menyebbkan tpt jadi terang. 5 minit before show start anakku alif dah tido dulu di riba ayahnya. herm.. naseb bek x bising sgt sound system. Sepanjang show memang best. Bermain dgn api dan tarian either red indian or cowboy mmg show yg menarik. Second show begin with pegion yg dilepaskan ke udara. Yg pelik bin hairan leh ayam jantan ngan betina dan biri2, lari2 dr awal sampai ke hujung non-stop. Then maskot2 katun berlalu. Ada satu maskot ayam salam ngan kakak tp x sempat amik gambar sbb ajar kakak sambut salam dia. Rakaman yg x smpat nak pause tur pun jd ntah pape jup.. hehe. Banyak jugak yg datang kat kakak nak salam tp kakak takut. Hehehe.. ayah kat blkg yg sdg ribakan alif hanya melihat gelagat kakak yg malu2 tp nak. hehe.. Tak lupa pertunjukan mengetengahkan budaya melaka seperti beca, tarian melayu melaka, beca lembu, kereta kuda dan saudagar unta pun ada. Mcm2 ada. Klaka2 pun selit2 jugak. Especially tarian gajah mmg the best. Then sesi bergambar ngan gajah dan ular sawa yellow color. Tp kami amik pic ngan ular jer. Saje nk tgk my hubby geli x ngan ular kat leher dia. hehehe.. Last skali pertunjukan bunga api. Sadis tul, rasanya part ni rakam tp x ketemu videonya. Agaknya x tekan butang rakam. Huhu penat tangan duk rakam fireworks rupanya x tekan button. huhuhuhuhuhuuuu.. dah nak last bru gilir ngan hubby jg alif. Cian alif x tgk haiwan2 kegemaran dia especially gajah.
Show pun tamat tapi kami masih ada satu lg show kene tgk iaitu cinema 4D. Kami pilih citer Underwater Adventure not Haunted House. This time Alif plak terjaga dan digantikan kakaknye plak tido. Sblm show bermula, kami diberi spec mata utk show 4D nie. Alang2 kami mintak 3, satu lg untuk adik. Pandai x pandai tgk je lah adik. Free seat, dsbabkan kami last masuk dpt lah seat depan skali. Pdhal kami dpt seat blkg. Huhuu.. Janji dpt tgk. Mmg best n nmpak real. Konon mcm leh pegang jer ikan yg menghampiri kita, pdhal scene jer tur.. kih2 Pengembaraan dlm laut dlm, dikejar ikan jerung dan melalui misteri dlm kapal tenggelam. Best lah.. Puas hatilah walaupun sekejap jer dlm 15min kot. Dptlah merasai teknologi 4D dlm negeri sendiri. xyah g jauh2. hehe..
Jam tunjuk pukul 10.45, kami kluar lepas jln2 kat dlm. Kami singgah mkn mlm coz this one x include dinner. Dan2 time mkn kakak pun jaga dari tidur. Lepas mkn kami pun pulang ke bilik. Itupun kena tutup lampu smua slps bersih2kan diri dan layan katun jup dlm 10 minit then masing2 smua trus tidur. ZZZZZzzzzzzzz....


Wednesday, April 27, 2011

A Famosa: Part 1: Animal World Safari

السلام عليكم

Wah! Tetiba jer cik abe kawe ajak g brcuti. Ask me just mention the place. I choosed A Famosa and that's the best vacation ever. In afternoon bertolak ke Melaka. About 1 o'clock sampai dan having lunch first. Tapi ibu dan ayah jer sbb anak2 dlamun mimpi dlm kete.. Then terus check-in bilik tp x masuk trus, after 2pm katanya.
Jadi kami pun pergilah ke tpt2 menarik. My hubby ajak g mandi kat Water World, but saya ajak gi Safari dulu. Disebabkan first time datang sini so susah jugak la cari tpt x jumpa2. Tanya org gak kat mana tpt tujuan. Tgk peta pun tak jumpa2.. kih3.
Hehehee.. So, bila dah sampai n park la mana2 dsbbkan penuh, kitorg trus g bli tiket safari ni.. nasib bek alif x lebih 3 kaki, tp kakak lebih skit jer tp dpt lepas free, hehehe..
Masuk jer dlm entrance trus amik pics ngan burung kakak tua. Seronoknya dpt tgk dekat2.. Anak2 takut2 tp suka tgk..
Then terus g kat tpt menunggu giliran nek bas berpagar besi. Ingatkan tgk haiwan2 biasa rupa2nya haiwan2 liar mcm harimau, rusa, zebra, unta, beruang, kijang, seladang dan seumpamanya yg buas2. Naseb bek pak driver benti2 so le lah capture pics dekat2 lebih2 lg harimau.. Wau!! memang dekat tu, lbih kurang 5 kaki jer ngan depa.. naseb bek depa tgh kenyang kot, x pon jinak2.. kalu x dah lama kami yg fresh2 nih dibahamnyer. huhuhuhuuu... yg bestnyer dpt tgk beruang mandi live, dan2 kami tiba tpt dia, dia pun menuju ke kolam dan mandi dengan aksinya tersendiri. Tapi x dpt rakam sbb duduk dlm bas alik sblh sini jd jauh la nk rakam aksi beruang tu. Kalu rakam kang nmpak gerigi besi bas jer..
Lepas turun dari bas/tram tur kitorang singgah kat Haiwan Penternakan. Belilah dedak ayam kononnya nak bg ayam makan. Masukkan anak2 dlm sangkar anak2 ayam. Punyalah takut sofea ngan anak ayam. Tak penah tengok lah katakan. Huhuhuu kasihan anak2ku. Pegang anak ayam pon takut. Alif plak risau jer kang dia terpijak anak2 ayam tur. Suh bg makanan ayam, dipunggah semua skali. Berebut anak2 ayam dok mematuk makanan tu. Yang seronoknya bila kita ketuk dinding anak2 ayam berlari2 ke arah kita. May be depa ingat dapat makanan kot. Hihi.. Lepas tur dok tgk arnab2 yg berbagai jenis dan comel2 belaka. Geram rasa nak pegang jer. Masa amik gambar sekor arnab putih yg comel tiba dtg sekor lagi yg matanya bercelak. Dtg nak bergambar bersama kot. Memang comel. Suka tengok. Herm.. tiba2 rindu plak kat Chiko ngan Chiki(dah mati sbb sakit). Saya ada amik info mengenai rabbit nih. Nanti lah dlm entry yg len kita bincangkan ya.. Yg len2 bnyk ayam jantan n betina dr pelbagai jenis. Telur ayam pun ada.. hehe
Keluar dr bangsal farm animal, kami masuk dlm pagar with many kind of farm animal, seperti arnab, flamingo, angsa, kambing biri2 (kambing gurun pun ada), burung helang, burung merak, burung hantu, tenuk dan lain2 x brapa ingat plak. Beli kacang panjang untuk diberi mkn ke arnab, kuda padi (pony), dan kambing biri2.
Then masuk pagar lain plak. Kami terdengar bunyi bising2. Asalnya my hubby g toilet, kami g tpt animal nk bg makan. Bila dok panggil hubby rupa2nya hubby dah g depan dulu. Nasib bek x hilang jejak. Hubby ajak g kat tpt bising. Ingatkan ada apa rupa2nya ada cowboy show. Memang best. Klaka dan nampak real aksi2 fight n letupan2 tu.  Video pnjg sgt jd x dpt nak upload. Just pics saje ok lah tu ya. Lgpun kat youtube mesti ada bnyk rakaman ni kan.. Cubalah tgk di sana nnti ya..
Habis show nak dekat kul 3pm. Kitorang g makan dulu, nasi ayam. Sofea dan Alif banyak plak mkn. Sdp kot nasi ayam sini, hihii. Selesai mkn tengok pelbagai animal show termasuk kucing, monkey, seladang, iguana, tikus putih dan lain2 x ingat dah, huhuu. Kucing trained mmg berani. Sanggup lalu dlm troop api, memanjat tiang tinggi dan berdiri atas dua kaki. Monkey plak le tunjuk dia kait klapa, duduk atas seladang, aksi berguling2, terjun dan berenang serta kiss tuan dia kat mulut lagi tu.. huhu
Sekejap jer show tadi. Then semua pelawat2 yg lain sama2 kluar dan menuju ke Bird Show plak. Lepas 5 minit duduk, show pon bermula dgn pelepasan burung merpati putih di angkasa. Kemudian kelihatan ayam2 betina berlari-lari dari sudut kanan ke sudut kiri dan terus masuk ke pintu kecil. First skali dpt tgk burung kakak tua (warna putih dr indonesia katanya kalu x silap) melukis dengan berus atas paper putih dgn menggunakan paruhnya. Then mcm biasa, burung kakak tua putih akan mengambil duit RM10 (duit lain xnak, nak duit merah jer, huhu) drpd sapa2 yg tunjuk duit sambil berdiri. My hubby ada gak hulur untuk tabung burung2 tur. Dapat hadiah berupa lukisan hasil nukilan burung tersebut. After that banyak la show2 daripada burung helang (female) terbesar di asia, burung enggang terbesar (dr sarawak katanya), burung kakak tua (bulu berwarna warni) bercakap, menyanyi birthday song dan buat bunyi haiwan lain serta bermain bola keranjang dan aksi burung helang tangkap ular(tiruan). Memang best. Hujung2 show Alif dah merengek nak tidur. Kakak lak wat muka dah boring mcm ajak g tpt lain pulak. Hubby bgn dulu bwk anak2 jln sbb depa dah merengek. Tinggal ibu sowang2 rakam aksi burung helang dan burung pigeon sblm penutup. Berlari ibu mendapatkan mereka yg dah semakin jauh hilang dmata. Huhhuuuu...







Hasil nukilan paruh burung kakak tua :)

Sblm kluar pintu utama dpt la pegang gajah yg bru je selesai wat show. X dpt tgk show gajah. Kakak yg paling sronok sbb biasa dpt tgk elephant dlm buku dia jer. Alif plak asik panggil 'gajah'2.. :) herm Monkey island pown x dpt g sbb anak2 dah ajak blik. Ayahnya pun dah x larat nak jln sambil mendukung kedua2 anak sbb diorg dah penat jln jadi nk ayahnya yg dukung. Singgah jup kat kandang arnab. Anak2 dibiarkan masuk dan bg balance kacang panjang td pada arnab2 yg tgh berehat. Ada jugak yg berebut kacang panjang tur. Adik bg makan cam paksa2, lari la arnab tu.. huhu. Kakak nak pegang cam dia belai Chiko tp lari arnab tu. Ye la arnab liar kan bukannye arnab jinak sgt.. herm.. Kami terus pulang dan check-in bilik hotel. Rehat2 lepaskan penat lelah.. hehe


Begitulah alkisahnya disiang hari 23rd April 2010. Kisah malamnya bersambung dlm entry lain plak nnti ya.. Penatlah pjg sgt bercerita. Mcm tulis diari penuh plak. Hehehe ok gak, lain kali kalu tringat leh baca entry nih.. Citer A sampai Z.. hehehe



Friday, April 22, 2011

Hubby: Dulu dan Kini dan Selamanya

السلام عليكم

Ini adalah wajah my hubby lewat 20-an.

Ini pula wajah my hubby awal 30-an.

Huhu ingat lg masa muda2 dulu (cewah skang dah tua..hehe), saya suka rambut depan my hubby yg ala2 Shah Rukh Khan dan Asyraf Muslim. Hehe.. Terimalah seadanya asalkan my hubby selesa.. i still lov u, honey :)

Thursday, April 21, 2011

Darussyifa: Suatu Kisah (Siri-1): Daun Kering & Pokok Ciku

السلام عليكم

Bacaan selawat tiba-tiba berkumandang dari telepon bimbit Azman, tersentak sebentar Azman dari lamunan. Dia mencapai telepon tersebut, terpapar nama Ustaz Saiful di skrin tersebut. Dalam hatinya oh! Ustaz Saiful yang telepon. Dia menjawab panggilan tersebut dengan terus melafazkan ucapan salam kepada Ustaz Saiful.
“Azman, enta kerja tak hari Sabtu ini” Ustaz Saiful bertanya.
“Tidak, kenapa Ustaz? kata Azman.
“Ana bercadang nak ke Baling Kedah ada jemputan Kahwin. Ana mungkin pergi seorang sahaja, kebetulan kereta ana ada masalah untuk jalan jauh”
“Ana nak mintak tolong enta temankan, kalau boleh naik kereta enta, ana tanggung minyak dan tol, boleh ke?”
“Insya’Allah, tak ada masalah Ustaz” jawab Azman dengan gembira.
Azman bertugas sebagai pengawal keselamatan di sebuah Bangunan 15 tingkat di Bangi, dia bertugas sebagai ketua pengawal keselamatan disitu. Hampir lima belas tahun dia telah bekerja disitu iaitu sejak dia berumur 23 tahun.
Pada pagi Sabtu itu Azman dan Ustaz Saiful telah bertolak dari Bangi kira-kira pukul 8 pagi menuju ke Baling. Mereka sampai di Kupang, Baling hampir dengan waktu Zohor. Selepas solat Zohor dan Asar Jamak Taqdim di Masjid Kupang, mereka terus ke tempat kenduri.
Ustaz Saiful memeluk erat sahabat lamanya Ustaz Umar yang agak lama tak bertemu hampir dua tahun. “Enta datang seorang sahaja ke, keluarga tak ikut sekali? Tanya Ustaz Umar.
“Anak ana yang tua nak ambil SPM dan yang nombor tiga nak ambil UPSR, mereka ada kelas tambahan hari ini” Ustaz Saiful menerangkan.
“Ana datang dengan Sahabat baik ana ini, Ustaz Azman” Ustaz Saiful memperkenalkan Azman.
“Saya bukan Ustaz, panggil Azman sahaja” Sambil tersenyum, Azman cuba merendahkan diri dihadapan Ustaz Umar.
Ustaz Saiful dan Ustaz Umar bersahabat sejak perkenalan mereka ketika menuntut di Universiti al-Azhar Mesir dalam bidang Bahasa Arab dan Syariah.
Hampir sejam juga mereka di rumah Ustaz Umar.
“Terlanjur kita dah sampai Baling ni mari kita singgah di Kulim sekejap, ana nak berjumpa dengan Sahabat ana di Kampung Kelang Lama, boleh ke Azman?” kata Ustaz Saiful kepada Azman.
“Ok, ustaz! No problem” jawab Azman dengan gembira.
Ketika memandu menuju ke Kulim, mereka telah tersesat jalan, lalu mereka berhenti dihadapan sebuah Stesen Telekom. Ustaz Saiful pergi ke pondok pengawal bertanyakan jalan yang betul ke Kulim. Ketika Ustaz Saiful sedang bercakap dengan Pengawal Keselamatan tersebut, Azman teringat ketika dia mula-mula berjumpa dengan Ustaz Saiful.
Kira-kira tujuh tahun yang lalu, jiran sebelah rumah Azman, Hisham menyerahkan borang permohonan untuk belajar di Darussyifa’. Bila terima borang tersebut, Azman berkata kepada Hisham “Saya tak beranilah nak belajar di Darussyifa’, Quran pun aku baca sangkut-sangkut”.
“Inilah peluang kita nak tingkatkan diri kita, sekurang-kurangnya kita boleh menghadiri kelas Tajwid untuk perbaiki bacaan al-Quran kita” kata Hisham kepada Azman.
“Beginilah Azman, engkau lakukanlah solat sunat istikharah, mohon ilham dari Allah supaya buat keputusan sama ada nak belajar atau tidak di Darussyifa’” tambah Hisham lagi.
“Aku bukan apa, anak kecil kau tu selalu sangat menangis tengah-tengah malam, kalau kau belajar ilmu pengubatan Islam, kau sendiri boleh rawat anak kau tu” Hisham menegaskan lagi.
“Ok lah Hisham aku cuba lakukan solat istikharah” kata Azman.
Selang seminggu, Azman menyerahkan borang permohonan tersebut kepada Hisham. “Insya’Allah aku cuba belajar di Darussyifa’, selepas solat istikharah, hati aku rasa berkobar-kobar nak belajar pulak” terang Azman kepada Hisham.
“Alhamdulillah” kata Hisham.
Azman telah menghadirkan diri di sessi temuduga untuk kemasukan pelajar baru. Salah satu soalan yang ditanya, calun disuruh memperdengarkan bacaan Surah al-Fatihah kepada panel penemuduga.
“Bacaan Surah al-Fatihah suadara sangat tidak memuaskan, saudara kena perbaikinya. Bacaan al-Fatihah adalah bacaan asas yang menjadi rukun solat. Kalau al-Fatihah tak betul, solat akan jadi tidak sah” Tegas Ustaz Rashid kepada Azman dalam sessi temuduga.
Selesai sessi temuduga, Azman rasa agak kecewa, ini kerana dia yakin dia tidak diterima belajar di Darussyifa’.
Selang sebulan. Petang itu telepon Azman berdering. Salam diberi diikuti dengan pertanyaan “Boleh saya cakap denga En Azman”.
“Ya saya Azman bercakap, siapa ni?” tanya Azman
“Saya Jufry dari Darussyifa’, tahniah! En. Azman telah diterima untuk belajar di Darussyifa’. Sila hadirkan pada hari pendaftaran Ahad yang akan datang ini”
Hati Azman sungguh gembira tidak terkira. Azman memasangkan tekad untuk memperbaiki bacaan al-Quran. Malam itu dia lakukan solat hajat memohon Allah membantunya agar dia dapat meningkatkan dirinya dalam ‘ilmu agama dan al-quran.
Dia tidak mahu, ketika belajar di Darussyifa’ nanti merasa rendah diri kerana tidak boleh membaca al-Quran dengan baik.
Pada keesokan harinya, ketika sedang bertugas di balai pengawal, seorang lelaki berkupiah putih datang menghampirinya.
“Assalammu’alaikum, boleh saya tanya Surau di tingkat berapa?
“Wa’alaikummussalam, di tingkat tiga encik. Encik nak berjumpa dengan siapa? Tanya Azman.
“Saya nak menyampaikan Kuliah Agama” Ustaz itu menjawab sambil tersenyum.
“Oh! Ustaz rupanya, boleh saya tahu nama Ustaz, bukan apa saya nak rekodkan dalam buku ini sahaja” Azman menambah.
“Nama saya Saiful bin Kamaruddin, panggil saya Ustaz Saiful sahaja” jawab Ustaz Saiful sambil tersenyum.
Itulah pertama kali Azman bertemu dengan Ustaz Saiful. Tujuh tahun telah berlalu, terasa sekejap sungguh, Azman dan Ustaz Saiful telah menjadi sahabat baik.
Sejak berkawan dengan Ustaz Saiful, Azman telah banyak berubah. Sehinggakan pada suatu subuh pagi Jumaat di sebuah surau di kawasan tempat dia tinggal imam tidak muncul-muncul untuk mengimamkan solat Subuh.
Masing-masing tolak menolak tidak mahu jadi imam kerana tidak hafal surah as-Sajadah. Salah seorang jamaah tiba-tiba menolak Azman supaya kehadapan untuk menjadi imam.
Azman terus mengimamkan solat Subuh itu. Selepas al-Fatihah di rakaat pertama dia membaca Surah as-Sajadah dan di rakaat kedua Surah al-Insaan.
Selesai solat subuh, jamaah surah ucap tahniah kepadanya.
“Bila engkau belajar Quran ini, sedap betul kau baca tadi, Alhamdulillah, kau boleh jadi imam ni” kata salah seorang jamaah.
Azman teringat ketika mula-mula berpindah di taman itu sepuluh tahun yang lalu, dia ditegur banyak kali dalam majlis tadarus al-Quran di bulan Ramadhan kerana banyak yang salah dari yang betul dalam bacaan al-Quran yang dibacanya. Sejak itu dia terus malu nak ikut serta majlis tadarus.
Mereka sampai di Kampung Kelang Lama, Kulim agak lewat kerana tersesat jalan. Mereka singgah di Sebuah Masjid berhampiran yang berhampiran. Jamaah Masjid baharu sahaja selesai solat Asar berjamaah. Ada sebahagian jamaah masih bersembang di kaki lima Masjid.
Ustaz Saiful memberi salam dan bertanya kepada salah seorang jamaah di Masjid tersebut.
“Assalammu’alaikum pakcik, boleh saya bertanya, Pakcik kenal tak dengan Ustaz Mohd Nur Ismail, kalau tak silap saya dia tinggal di sekitar kampung ini”
“Oo! Ustaz Mohd Nor tak tinggal disini lagi dia dah pindah ke Gurun” kata Pakcik tersebut dengan menampakkan gigi hadapannya yang tinggal sebatang.
“Terima kasih pakcik” kata Ustaz Saiful.
Ustaz Saiful menampakkan raut keletihan di wajahnya kerana tidak sampai hajat nak berjumpa kawan lama.
Mereka berdua mengambil wuduk kemudian lakukan solat Tahiyatul Masjid. Setelah itu mereka duduk di tangga hadapan masjid untuk berehat sebentar. Mereka tidak lakukan solat Asar sebab telah melakukan Jamak Taqdim.
Tiba-tiba mereka berdua di tegur oleh seorang pakcik yang dalam lingkumgan umur 70 tahun.
“Assalammu’alaikum” kata pakcik itu
“Wa’alaikummussalam” jawab mereka berdua.
“Anak berdua ni dari mana, dari Kuala Lumpur ke?”
“Ya Pakcik, kami dari Bangi, macam mana pakcik tahu?” kata Azman.
“Oo, Pakcik tengok kereta tu macam kereta orang Kuala Lumpur? Pakcik itu menerangkan.
“Anak berdua ni orang Ustaz Haron Din ke” tanya Pakcik itu meneruskan perbualan.
“Saya Saiful dan ini Azman, Azman ni memang orang Ustaz Haron Din, saya belum lagi” Ustaz Saiful menambah.
“Azman memang anak murid Ustaz Haron Din, macam mana pakcik tahu Darussyifa’ ” tambah Ustaz Saiful.
“Oo! Pakcik nampak di belakang kereta tu ada tulis Darussyifa” Pakcik itu menambah sambil menunjukkan ke arah kereta Azman.
Azman memang melekatkan stiker Darussyifa’ di keretanya sejak stiker itu dikeluarkan.
“Pakcik berhajat untuk menjemput anak berdua ke rumah Pakcik untuk minum petang. Boleh kita sambung berbual, kalau tak keberatan. Rumah Pakcik dekat situ sahaja” Kata pakcik itu dengan tersenyum sambil menunjukkan ke arah rumahnya.
Pakcik itu mengajak dengan bersungguh-sungguh akhirnya mereka tidak dapat menolaknya.
“Terima kasih, kerana sudi terima jemputan Pakcik” kata pakcik itu dengan gembira.
“Boleh saya tahu nama Pakcik” Azman bertanya.
“Oh! Terlupa pulak pakcik nak perkenalkan diri, nama pakcik, Haji Hussin, orang kampung panggil Pak Husin sahaja, pakcik ni siak di Masjid ini” Pak Hussin menerangkan.
Kami berjalan ke rumah Pak Husin bersama-sama. Kawasan sekitar sungguh tenang dan damai diikuti dengan angin sepoi-sepoi bahasa yang meniup pokok-pokok getah di sekeliling rumah Pak Husin.
Kelihatan daun-daun kering pokok getah yang berguguran melekat di sarang labah-labah berayun-ayun di tiup angin.
Tidak jauh di halaman rumah itu terdapat pokok ciku yang sedang lebat buahnya dan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni menghiasi laman rumah tersebut.
Rumah Pak Husin ialah rumah Kampung yang masih unik dengan keaslian kampungnya. Bahagian hadapan sepenuhnya kayu dan didirikan diatas tiang-tiang kayu yang tinggi melepasi kepala. Bahagian belakang dan dapurnya adalah separuh batu dan separuh kayu.
Ustaz Saiful dan Azman di jemput naik kerumah. Pak Husin pergi kedapur dan menyuruh isterinya menyediakan minuman.
Pak Husin meneruskan perbualan “Pakcik sebenarnya dah lama sangat nak ke Bangi nak jumpa Ustaz Haron Din. Ada orang kata di Darussyifa’ macam-macam penyakit boleh sembuh”
“Di Darussyifa’ kami hanya berikhtiar sahaja dengan kaedah yang dibenarkan oleh Syarak. Hanya Allah SWT sahaja yang boleh menyembuhkan penyakit” Azman menambah.
“ Ada juga anak pakcik yang tinggal di Kuala Lumpur tu nak bawak ke Darussyifa’, tapi asyik tangguh sahaja, ada maca-macam hal pulak. Orang kata susah juga ya nak jumpa Ustaz Haron Din” sambung Pak Husin.
“Memang agak sukar nak berjumpa dengan Ustaz Haron Din. Dia hanya merawat pada pagi Selasa dari jam 7:30 pagi hingga 1:00 tengahari.” Azman menambah
“Kalau nak dapat rawatan terus dengan dia, kita perlu mendapatkan nombor giliran 1 hingga 200, sebab itu ada yang sanggup datang beratur di Darussyifa’ sebelum waktu subuh lagi untuk dapatkan nombor tersebut” Azman menjelaskan.
“Sebenarnya, boleh saya tahu penyakit apa yang pakcik hidapi? Azman bertanya.
“Oh! Sebenarnya bukan pakcik, anak pakcik yang sakit. Pakcik mempunyai tujuh orang anak. Yang sakit anak pakcik yang bungsu. Umurnya baru 25 tahun.” Pak Husin menjelaskan dengan agak sayu.
“Siapa namanya pakcik” Azman bertanya lagi
“Hafiz, sebelum sakit dulu dia belajar di Maktab Mahmud Alor Setar. Sejak akhir-akhir ini penyakit dia makin teruk. Selalu sangat mengigil dan meronta-ronta” Pak Husin menambah.
Mereka berbual panjang hingga jam hampir menunjukkan pukul 6 petang. Pak Husin menceritakan tentang anak-anak mereka yang berjaya. Anak lelaki sulungnya bekerja sebagai Doktor di Hospital HUKM menakala anak keduanya perempuan bekerja sebagai Guru di Alor Setar. Anak yang ketiga lelaki bekerja sebagai Pegawai KWSP di Sungai Petani. Anak-anak yang lain bekerja sendiri di Terengganu dan juga di Pulau Pinang. Semuanya dah berkahwin kecuali yang ke 6 dan yang bungsu.
“Anak perempuan pakcik yang nombor enam, Hafizahlah yang banyak membantu menguruskan Hafiz” kata Pak Husin
“Pakcik dah bercerita panjang, tetapi pakcik tak cerita lagi, apa penyakit Hafiz” Ustaz Saiful mencelah.
“Terlupa pulak pakcik nak bagi tahu, mula-mula dulu Sawan tapi orang kata Hafiz kena penyakit Gila Babi, dah enam tahun, pakcik dah berubat merata, tapi Allah belum izinkan untuk sembuh” Pak Husin menerangkan dengan sayu.
Seketika kemudian isteri Pak Husin datang duduk di sebelahnya. “Ustaz! kalau Ustaz boleh ubat, ubatlah anak makcik ini” kata isteri Pak Husin dengan nada mengharap.
“Boleh kami tengok Hafiz, pakcik” Azman bertanya.
“Boleh, mari pakcik bawa ke biliknya di bawah sana” Pak Husin dan isterinya bangun dan membawa kami ke bilik hafiz yang terletak di bahagian dapur rumahnya. Ketika itu kelihatan Hafiz sedang tidur.
Setelah Azman memerhatikan keadaan Hafiz dia pun berkata “Saya rasa ubat penyakit ini ada di depan rumah pakcik”
“Mengikut kata Guru saya, Allah menurunkan penyakit dan penawar secara berpasangan. Biasanya penawar kepada sesuatu penyakit itu sangat hampir dengan tempat terjadi sesuatu penyakit itu” Azman menambah.
Dengan agak terperanjat Pak Husin terus berkata “Ya ke? kalau begitu saya merayu kepada Ustaz tolonglah usahakan”
Azman terus menerangkan kepada Pak Husin iaitu untuk mengubati penyakit Gila Babi ini ialah dengan menggunakan daun kering yang gugur melekat di sarang labah-labah. Azman memberitahu Pak Husin, dia nampak banyak daun kering yang melekat di sarang labah-labah berhampiran dengan rumah Pak Husin.
Azman bersama dengan Ustaz Saiful dan Pak Husin pergi mengambil daun kering tersebut. Sebelum mengambil daun tersebut, Azman menerangkan cara-cara nak mengambil daun kering tersebut sebagaimana pesan Ustaz Haron Din kepadanya seperti berikut;

a. Sebelum mengambil daun tersebut memberi salam kepada nabi Ilyas dahulu
b .Kemudian membaca Surah al-Fatihah dan Selawat ke atas Nabi
c. Jangan tindih bayang iaitu ketika mengambil daun tersebut jangan bayang-bayang kita terkena daun tersebut.
d. Ambil daun kering yang terlekat pada sarang labah-labah tersebut dengan menggunakan mulut kemudian selepas ia terpisah dari sarang labah-labah pegang dengan tangan untuk disimpan
e. Ambil sekurang-kurangnya tujuh helai.


Setelah daun tersebut di ambil sebanyak tujuh helai, Azman meminta Pak Husin menyediakan sebaldi air biasa yang di ambil dari perigi. Kebetulan di kawasan tersebut air perigi adalah air mineral.
Kemudian Hafiz di bawa keluar dari biliknya dan dibaringkan di hadapan pintu iaitu kakinya menghadap pintu yang menghala keluar rumah.
Azman meneruskan membaca beberapa kombinasi ayat berikut iaitu;

1.Surah al-Fatihah
2.Selawat Tafrijiyah
3.Surah Al-Hasyr ayat 21 hingga 24
4.Doa Hindar Syaitan
5.Dan beberapa doa lagi


Setelah habis doa di baca, Azman tiup pada Daun Kering dan air dalam baldi tersebut. Azman ambil sehelai daun kering tersebut dan memamahnya dengan mulut bersama sedikit air yang telah didoa. Setelah itu dia menyembur kearah Hafiz dari kepala sampai ke kaki dengan mengisyarat membuang ke luar kearah pintu. Azman mengulanginya tujuh kali dengan tujuh daun yang berasingan.
Setelah itu Hafiz diberi minum dengan air tersebut dan sebahagian air itu di buat mandi. Azman berpesan kepada Pak Husin bahagikan air itu kepada tiga bahagian untuk dibuat mandi tiga kali petang. Mandi sebelum masuk waktu maghrib. Air tersebut adalah untuk membuat bilasan terakhir.
Pada petang itu ibunya memandikan Hafiz dibantu oleh kakaknya Hafizah, akhir sekali dia di bilas dengan air yang telah dibacakan doa itu.
Setelah semuanya selesai, waktu telah hampir masuk maghrib. Azman dan Ustaz Saiful meminta diri untuk beredar melakukan solat berjamaah Maghrib di Masjid. Selepas solat maghrib, Pak Husin mempelawa mereka berdua untuk makan malam.
Selepas makan malam di rumah Pak Hussin. Azman berpesan kepada Pak Husin supaya membuang pokok ciku yang di tanam di hadapan rumahnya. Ini adalah pesanan Ustaz Haron Din, kerana mengikut pengalaman beliau dipokok ciku makhluk halus suka singgah dan bermain. Gila Babi adalah sejenis penyakit gangguan spiritual yang ada kaitan dengan makhluk halus (syaitan).
Membuang pokok ciku itu adalah satu ikhtiar untuk mengatasi masalah gangguan makhluk halus tersebut.
Sebelum bertolak balik, Pak Husin memberikan sedikit wang untuk isi minyak dan tol, sebaliknya Azman menolak kata Azman “Kami dari Darussyifa’ merawat secara percuma Pakcik, Biarlah Allah SWT yang membalas amal perbuatan kami.” Pak Husin mendesak nak bagi juga, akhirnya tidak mahu kecilkan hati Pak Husin, dia ambil duit tersebut (dalam hatinya berkata aku akan sedekahkan di masjid duit ini).
Dalam perjalanan pulang balik Ustaz Saiful berkata kepada Azman “Apa yang enta buat tadi sungguh bagus, sekurang-kurangnya ada ikhtiar yang boleh kita buat bila orang mintak tolong”
“Ana rasa ana nak belajar ilmu perubatan Islam ini dari Ustaz Haron Din” tambah Ustaz Saiful.
“Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati Ustaz” kata Azman tersenyum
Mereka sampai di Bangi hampir jam 2:00 pagi.
Sebelum masuk tidur Azman melakukan Solat Taubat dan Solat hajat dua rakaat memohon keampunan dari Allah dan berdoa agar Hafiz di berikan kesembuhan oleh Allah SWT.

Doa yang paling mustajab ialah mendoakan saudara muslim kita yang lain tanpa dia mengetahui kita mendoakan untuknya seperti hadith rasulullah;


Mahfum Hadith:
Daripada Abu Darda’ r.a: Rasulullah s.a.w telah bersabda: Doa seorang muslim kepada saudaranya yang muslim dengan tanpa diketahui olehnya adalah mustajab, (ketika berdo’a) akan ada didekatnya seorang malaikat muwakkal (pesuruh) setiap ia berdoa untuk saudaranya itu dengan sesuatu kebaikan (malaikat itu) akan berkata: Amin! Dan bagi engkau kebaikan yang sama (Hadith Riwayat oleh Muslim)


Bersambung………………….Adakah Hafiz sembuh seperti sediakala……ikutilah sambungannya akan datang….Pak Hussin cemas Hafiz hilang dari biliknya pada waktu subuh…. kisah 2, kisah 3, dan kisah 4.

Rujukan: Koleksi Cerpen Persatuan Kebajikan dan Pengubatan Islam Malaysia (Darussyifa')


Wednesday, April 20, 2011

Sign (Korean Drama 2011)

السلام عليكم

Baru je selesai tgk drama korea "Sign". Dibintangi oleh Kim Ah Jong(heroin),Park Shin Yang(hero), Uhm Ji Won, Lee Myung Han, Choi Yi Han dan ramai lg. Kisahnya macam CSI la. Tapi memang menarik dan tertarik. Berkisahkan kehidupan ahli forensik di National Institute of Scientific Investigation. Dean2 yg ingin menyelamatkan dana saluran terpaksa menyembunyikan bukti yg sebenar. Tetapi kedegilan Yoon Ji Hoon dan Go Da Kyung serta rakan2 akhirnya dapat menyelesaikan kes utama yg tertangguh setahun dan 20 tahun dahulu. Tapi ending nya memang sedih. Apa da crita hero mengorbankan diri semata2 untuk menunjukkan kepada dunia bukti dan kisah sebenar yg terselindung. Huhuhuu sedih tul... Tapi memang bestlah crita ni.. kasi 5 bintang... hehhee


Nak tgk komen2 dunia dan video2nya leh KLIK sini.





Monday, April 18, 2011

Sekadar kesedaran kepada kita yg lalai...

السلام عليكم

Jom tgk video nih, dah 3 kali saya tgk. huhuu.. ambillah iktibar wahai teman2 yg sihat lagi bertenaga agar jgn lalai...



Anakku blajar melukis

السلام عليكم

Bila agaknya nak cat baru umah nih.. ingat smlm nak cat ruang tamu, x jadik plak sbb hubby ada important homework. Kes nak cat umah ni gara2 dinding yg penuh dgn hasil nukilan kanak2 3 dan 2 tahun. Alang2 nak cuci baik cat smua terus. Tapi nampaknya kene tangguh ler.. Untuk mengelak kejadian berulang, semua alat tulis telah disimpan dtempat yg saaaangat tinggi kerana mereka sudah pandai memanjat dan bijak kalu x sampai untuk mencapai. huhuuu... Semenjak mereka suka melukis, mcm2 alat lukisan dibeli. Color water, color pencil, crayon, buku melukis, buku mewarna.. mula2 tur mmg pandai menconteng atas kertas, tp semenjak tgk anak buah lain conteng dinding, diorg pon mengikut hobi baru yg lg menyeronokkan itu.. huhuhuuu...


Jadi untuk mengelak mereka meneruskan hobi x berfaedah lagi menambahkan kerah tenaga ibu, lebih baik mendekatkan mereka dengan paint dlm lappy nih.. Ajak mereka sama2 melukis macam2 benda. Ni pula gambar hasil permintaan kakak yg dilukis oleh ibunya yg secara spontan..hehehhee.


"Cukuplah untuk hari ini, kita sambung lukis nanti pulak yer.. Kakak cakap jer nak lukis apa, nnti ibu lukiskan.. nanti dah pandai kakak lukis sendiri pulak.." heheheeee

Thursday, April 14, 2011

Petua2 Amalan Seharian

السلام عليكم

PETUA CEPAT DIPINANG (RINGAN JODOH)
Hendaklah dibacakan Surah Yusuf pada sebekas air yang bersih sebanyak 3 kali pada malam Jumaat. Air itu hendaklah dimandikan tiga pagi berturut-turut dan diminum 7 kali setiap hari selama tiga hari berturut-turut.

PENAWAR RESDUNG
Petua yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Selepas itu basuhlah muka dengan bersih. Lakukan ini setiap kali setelah sampai ke satu-satu destinasi, baik ke pejabat, sungguh menakjubkan.

MELICIN DAN MEMERAHKAN KULIT MUKA
Ambil sebiji buah tomato masak, lecek hingga halus. Kemudian pupurkan di seluruh muka. Biarkan mengering selama 20 minit. Bilas dengan air bersih. Amalkan seminggu 2/3 kali.

MENEGANGKAN KULIT MUKA
Ambil tepung ubi kayu dan mentimun. Timun itu hendaklah disagat/dihancurkan terlebih dahulu atau dilumatkan. Kemudia campurkan kedua-duanya dengan air sedikit. Kacau rata dan jangan terlalu cair.. Selepas itu, sapukan ke muka dan biarkan ia kering. Kemudian basuh. Dengan cara ini ia dapat menegangkan kulit muka serta menampakkan keputihan di muka dan menjadikan kulit kita segar...

MENGHILANGKAN CAGU
Perahkan sedikit air limau kepada kuku yg mencengkam pada daging (cagu). Biarkan selama beberapa minit. Jika boleh, potonglah kuku yg termasuk dalam daging tersebut. Lakukan 2 kali sehari dgn menitikkan air limau pada cagu. Cagu akan beransur pulih.

MENYERIKAN WAJAH
Wanita yang inginkan wajahnya sentiasa berseri apabila dipandang bolehlah mengamalkan amalan di setiap pagi iaitu selawat sebanyak tiga kali sebelum mencuci muka dan sapukan air itu kemuka. Insyaallah akan berserilah wajah anda. Selamat mencuba.

MENGHALUSKAN KULIT
Buah tomato dikisar halus. Lumurkan pada muka seberapa ketika. Sebaiknya dilakukan pada waktu malam kerana tiada gangguan. Setelah agak lama, cuci muka dgn air suam. Amalkan selalu. Buah tomato ini juga berfungsi utk
membersihkan kulit.

MENGHILANGKAN BAU BADAN
Potongkan limau kasturi dan buangkan bijinya. Kemudian makanlah kulit limau kasturi itu bersama airnya. Amalkan selalu.

BADAN RINGAN DAN BERTENAGA
Minum air rebusan serai dan halia (yg dititik), kulit kayu manis dan lada hitam. Jika kita meminum air rebusan ini pagi dan malam insyaAllah badan akan menjadi ringan dan bertenaga. Selain itu utk meningkat tenaga wanita, amalkan pengambilan 4 biji telur mentah sehari. Ambil secekak kangkung dan bersihkan. Masukkan dlm bekas. Bubuh enam camca air suam dan ramas kangkung hingga mengeluarkan lendir. Lendir itu sapukan pada seluruh rambut dan biarkan seketika. Kemudian bilas rambut dengan air bersih. Lakukan selama dua minggu.

MERAWAT KULIT BERKEDUT
Parutkan sebatang lobak merah yang telah dibersihkan, lalu dicampurkan bersama sesudu tepung jagung dan sebiji kuning telur. Sebatikan bancuhan itu lalu dioleskan kepada kulit sekali sehari. Amalkan sehingga berkesan.

MELENTIKKAN BULU MATA
Ambil daun lidah buaya Sebelum masuk tidur, sapukan lendirnya pada bulu mata. Amalkan selalu hingga bulu mata semakin lentik Menghilangkan Parut Ambil sedikit asam jawa, kemudian ramas dgn mencampurkan sedikit air. Jgn terlalu cair. Selepas itu, sapukan pada tempat yg berparut. Biarkan sehinggakering. Seelok-eloknya lakukan pada waktu malam sebelum tidur. Insyaallah ia amat berkesan utk menghilangkan parut.

MELEBATKAN RAMBUT
Ambil daun bunga raya yg bersih, ramas sehingga keluar lendir. Ambil lendirnya dan campurkan dgn sebiji telur ayam kampung beserta satu sudu madu lebah. Gaulkan Sekata dan sapukan pada rambut anda. Perap dgn tuala lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci dan bilas rambut sehingga kering. Amalkan dua kali seminggu.

AWET MUDA
Semasa berdandan di waktu pagi baca selawat Nabi di kedua tapak tangan dan raupkan ke muka berserta niat dalam hati supaya di indahkan wajah seperti Nabi Yusuf. Amalkan setiap pagi.

MERAWAT SENGGUGUT
Ambil segenggam halia dan tumbuk lumat. masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap barulah diminum dgn dimulai dengan selawat. InsyaAllah, senggugut akan hilang.

KULIT CERAH DAN LICIN
Ambil sebiji limau nipis dan dibelah dua Semasa mandi, gosokkan pada muka dan seluruh badan Insyaallah, kulit akan cerah, licin dan harum. Setelah selesai makan, basuh tangan dengan air sehingga bersih. Selawat 3 kali Tangan yg masih basah itu segera dilap atas rambut

MENGURANGKAN DENGKUR
Tumbuk lumat tujuh biji badam dan campurkan ke dalam segelas susu panas. Minumlah beberapa minit sebelum tidur.

MENGHILANGKAN KETUAT
Sapukan getah dari pelepah betik yang dipetik terus dari pokoknya. Titiskan getah itu kepada ketuat dan biarkan ianya kering sendiri. Lakukan beberapa kali. Ketuat akan mengering dan luruh sendiri.

MENGEMPISKAN PERUT
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perutsahaja, amalkan setiap malam.

(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.

MENGEKALKAN KECANTIKAN
Kalau mahukan wajah sentiasa cantik amalkan surah Yusuf setiap malam. Di samping itu, untuk mengekalkan kecantikan, tadah air embun malam Jumaat dan sapukan ke wajah, dibuat air mandi ataupun minuman.Menghasilkan Kulit CantikAmalkan meminum air campuran pucuk pegaga dan lobak merah yg telah dihancurkan .

MENGATASI SENGGUGUT
Senggugut memang perkara biasa yang dialami oleh wanita . Namun terdapat cara yang senang untuk mengatasi senggugut . Kesannya memang menakjubkan berkat izin Allah .

1) Campurkan halia yang telah ditumbuk dengan serbuk lada hitam Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan . Makan dalam 1 @ 2 minggu sebelum haid .Cara nak telan tu tak kisahlah macam mana pun . Tapi saya gunakan kapsul kosong lebih kurang 2 biji sekali makan .Tapi kenalah cepat menelannya sebelum ia lembik . Sekali makan anda tidak akan dapat senggugut selama 3 bulan berturut-turut . Ini adalah pengalaman saya.

2) Setelah saya berada di kampus amat susah bagi saya nak amalkan petua tersebut tapi saya amalkan minum air suam . Kesannya tanpa sedari dah lama saya tak dapat senggugut.

MENEGANGKAN KULIT MUKA DAN MENGHILANG JERAWAT
Rebus segenggam biji kani (manjakani atau kani boleh dibeli di kedai2 India) di dalam periuk tanah sehingga menggelegak dan pekat. Apabila suam, sapukan pada wajah atau bahagian kulit yg anda inginkan. Tunggu sehingga kering dan cuci sehingga bersih. Amalkan setiap hari. InsyaAllah kulit tegang jerawat tiada.

MENYEGARKAN MATA GATAL DAN LETIH
Ambil beberapa helai daun sireh muda. Kemudian, cuci bersih. Ramas- ramaskan ia dan masukkan ke dalam air suam. Selepas itu, tapis airnya. Selanjutnya rendamkan mata sambil kerdipkan berulang kali. Lakukan selalu dan hasilnya anda akan merasai perubahannya.

MENYEGARKAN MATA
Ambil timun yg telah dihiris Lekapkan pada kelopak mata Pejamkan mata utk berapa ketika. Anda akan berasa kesegarannya selepas itu.

MENAIKKAN SERI MUKA
Basuhkan muka anda dengan menggunakan air basuhan beras yang ke tiga. Bilas dengan air bersih setelah sepuluh minit.

MERAWAT PANAU
Ambil sepotong halia, tumbuk lumat dan tempelkan pada tempat berpanau.InsyaAllah, anda akan melihat hasilnya.

MENGELAK RAMBUT GUGUR
Ambil beberapa helai daun bunga raya dan lidah buaya. Basuh hingga bersih dan kisarkan hingga hancur. Perap ramuan di atas kepala selama sejam. Lakukan 2 kali seminggu. Insyaallah anda akan memperolehi rambut lebat, hitam dan berkilat semulajadi.

MENGURANGKAN AIR PADA FARAJ
Tumbuk hingga halus pucuk dan buah manjakani dan hati pinang muda. Gaulkan dengan minyak minyak bijan dan kemudian kukuskan. Ramuan tersebut hendaklah dimakan ketika tengah malam

SIHAT TUBUH BADAN
Setelah solat Subuh, lakukan senaman ringan. Hirup udara segar di luar dan jalan tanpa memakai kasut (Mandi embun).Geselkan kaki di atas rumput yg masih berembun .

MELANGSINGKAN TUBUH
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal

MENGHILANGKAN PARUT DI KULIT
Tumbuk kulit kayu manis sehingga lumat. Campurkan serbuk ini dengan
sedikit air. Bancuhkan bersama dengan bedak sejuk. Setelah sebati, sapu
rata di bahagian berparut. Lakukan sekerap yg mungkin. Lama-kelamaan,
parut akan beransur hilang. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan
bintik-bintik hitam dan jerawat di wajah.

MENGELAK KEGUGURAN RAMBUT
Ambil lemak ayam dan masak sehingga menjadi minyak. Sapukan ke kulit kepala seeloknya pada waktu malam. amalan ini juga dapat mencegah kelemumur.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Amalkan semasa mandi, gosok ketiak di atas kepala lutut. Selain itu, setiap kali lepas mandi, sapu dengan belakang tapak tangan pada bahagian bawah ketiak.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR
Perahkan air limau purut/ nipis di atas kulit kepala Lumurkan rata-rata dan biarkan beberapa jam Utk hasil yg baik, biarkan rambut anda diperapkan dgn tuala. Basuh dgn air suam. Selain itu, petua ini juga berguna utk mengurangkan pening kepala.

RAMBUT GUGUR
Rendamkan kacang hijau semalaman. Tapis dan gunakan airnya bagi disapu atas kulit kepala sambil dipicit perlahan2. Amalkan selalu hingga rambut baru kelihatan tumbuh. Di samping itu, elakkan mengikat rambut dgn getah.

MENGHILANG SAKIT KEPALA
Ambil daun lemuni (batang yg lembut sahaja) lebih kurang sekilogram. Masukkan ke dalam sarung bantal dan tidurlah menggunakan bantal tadi. Amalkan 2-3 hari dan insyaAllah anda akan berasa segar dan ringan kepala.

MENGHILANG KETUMBIT MATA
Gesel 2 batang sudu. Sapukan bahagian yg digesel di tempat ditumbuhi ketumbit Lakukan sekali sehari sehingga ketumbit hilang.

MENURUNKAN BERAT BADAN
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.

MENGATASI TUMIT PECAH
Gosokkan tumit kaki dengan menggunakan belimbing buluh. Kemudian berus tumitkaki dengan berus lembut. Amalkan sebelum mandi.

AWET MUDA
(1) Amalkan memotong kuku atau rambut pada hari-hari yg baik iaitu Isnin, Khamis dan Jumaat. Selain itu, amalkan menanam kuku/rambut yang dipotong atau gugur.

(2) Sejurus bangun pagi, sebelum mandi dan gosok gigi, amalkan petua ini. Urutkan wajah anda dgn air dari bawah dagu hingga ke atas dahi diiringi selawat nabi 3 kali. Amalkan setiap hari urutan ini.

MUDAH BANGUN PAGI
Sebelum tidur, tepuk bantal tiga kali sambil berselawat ke atas Nabi s. a. w. Niat dalam hati utk bangun pagi Insya-Allah, esok terjaga dengan sendirinya.

MENGHILANGKAN JERAWAT
Campur bedak sejuk dan asam jawa. Selawat pada Nabi 3 kali. Sapukan dimuka dan di tempat jerawat Insyaallah, jerawat akan beransur hilang.

MELURUSKAN RAMBUT KERINTING
Perah sebiji kelapa dan ambil patinya sahaja Campurkan dgn air limau nipis. Simpan santan pekat ini di dalam peti ais sehingga atasnya menyerupai krim. Gunakan krim ini utk disapukan pada kulit kepala dan rambut keseluruhannya. Tutup kepala dgn tuala sehingga 1 jam barulah dibilas dgn bersih. Lakukan 3 kali seminggu. Anda akan dapati rambut kerinting akan lurus sedikit demi sedikit.

MENGHALUSKAN KULIT MUKA
(1) Bancuh sedikit asam jawa bersama air dan sesudu tepong ubi. kacau sehingga ia menjadi larutan pekat. Pupurkan kepada muka yang telah dibersihkan. Biarkan ia mengering lebih kurang limabelas minit. Selepas itu barulah dibilas.

(2) Didihkan susu segar atau pun susu tepong bercampur air. Biarkan ia sejuk. Lalu disapukan kepada muka. Biarkan kering lalu dibasuh dengan air bersih.

MEMERAHKAN BIBIR
Sapukan madu asli pada bibir tiap2 malam sebelum masuk tidur. Amalkan selalu. Insyaallah bibir anda akan merah seperti memakai gincu.

MEMUTIH DAN MENGILATKAN GIGI
Ambil beberapa helai daun kelapa kering. Bakar hingga jadi abu. Gosokkan gigi anda dengan abu daun kelapa tersebut. Lakukan berulang kali dan insyaallah gigi anda putih berkilat.

TEGANGKAN PAYUDARA
Amalkan meminum air kanji (air didih nasi)sebelum tidur malam. Insyaallah mujarab.

HILANGKAN PECAH-PECAH DITUMIT
Beberapa keping asam gelugur dimasukkan ke dalam baldi yg berisi air suam. Rendamkan kaki anda selama ½ jam. Lakukan setiap hari hingga tumit sembuh semula.

MENGEMBALIKAN SERI MUKA SELEPAS BERSALIN
Rebus beberapa tangkai daun inai dan minum airnya tiga kali seminggu. Seeloknya pada waktu pagi dan malam.

MENGUATKAN GIGI
Selepas membuang air besar, anda berdiri seketika. Kemudian, duduk bertinggung sambil dua tapak tangan mengetuk urat paha tiga kali .Semasa mengetuk paha dengan dua tapak tangan, cengkam gigi sekuat tenaga. Selepas itu, kumur air di mulut hembuskan pada dua tapak tangan ke arah muka.

MENGHILANGKAN BAU MULUT
Tumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkeh dan tiga ulas bawang putih. Kemudian gosokkan kepada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukannya tiga hari sekali.

MENGHILANGKAN LEBAM MATA
Teh uncang yg telah digunakan jangan buang. Lekap pada mata dan biarkan semalaman. Lakukan 3 kali seminggu ketika hendak masuk tidur. Menghapuskan Urat Timbul Di Kaki Sewaktu Mengandung Belah beberapa ulas bawang putih lalu ditenyeh kepada urat yang mula timbul. Amalkan selalu.

MENGELAK SANTAU
Untuk mengelakkan santau melalui makanan, pastikan sebelum menjamah makanan ,rasa lelangit kita dengan lidah. Kalau lelangit tu terasa kesat tanpa rasa geli, jangan makan makanan/minuman atau pun tutup kedua-dua belah telinga kalau tak dengar bunyi berdengung, berhati-hatilah dgn keadaan sekeliling. Untuk mengelakkan santau melaui angin, jangan amalkan tidur bertentangan dengan pintu.

MEMINIMAKAN GANGGUAN SEMASA TIDUR
Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepadaNya setelah kita yakin dengan segala kerja di siang hari itu adalah ibadat.

MENGHILANGKAN SAKIT KEPALA
Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

PETUA MENCANTIKKAN RAMBUT
1. Rambut yang lebat dan panjang sentiasa menjadi idaman setiap orang. Untuk itu ada cara yang paling mudah yang boleh anda amalkan. Mula-mula ambilbeberapa batang serai dan tumbuk sehingga pecah. Rebus serai itu sehingga mendidih dan apabila air serai itu sejuk, sapukan rata-rata kepada rambut anda dan seelok-eloknya ramas pada bahagian kulit kepala. Setelah lebih kurang dua jam barulah dibasuh seperti biasa. Amalkan sekurang-kurangnya seminggu.

2. Jika rambut anda selalu gugur serta nipis, cuba amalkan petua ini. Ambil beberapa biji buah keras dan bakar sehingga bewarna kekuningan. Tumbuk buah tadi sehingga hancur dan campurkan dengan minyak kelapa. Pada setiap pagi, sebelum mandi sapukan bahan tadi pada rambut dan biarkan selama 30 minit. Cuci rambut seperti biasa. Amalkan dua kali seminggu. Insya-Allah anda akan nampak perubahannya.

3. Rambut mudah beruban jika tidak dijaga dengan baik terutama kepada orang muda. Oleh itu ada petua yang boleh diamalkan untuk mengatasi masalah itu. Caranya, bancuh sedikit minyak kelapa, lendir dari daun lidah buaya dan air limau nipis sehingga sebati. Kemudian bahan tadi dilumur pada kepala sebelum mandi. Biarkan selama setengah jam, barulah dibasuh bersih-bersih dengan menggunakan syampu yang sesuai. Lakukan tiga kali seminggu.

4. Anda pasti gembira sekiranya rambut anda selembut sutera serta mudah disikat. Untuk itu amalkan cara ini. Sekiranya anda bercadang untuk membasuh rambut pada esok hari, lurutkan rambut anda dengan minyak bijan sebelum tidur. Esok, syampu rambut dan bilas sehingga bersih. Lap rambut anda sehingga hampir kering. Kemudian, ambil sedikit minyak bayi atau minyak zaitun dan digunakan sebagai perapi rambut. Kalau anda berambut lurus, bolehlah disikat terus. Tetapi jika anda berambut kerinting, seelok-eloknya biar seketika dan kemudian barulah disikat (ini untuk mengelakkan rambut dari putus dan bercabang ).

PETUA UNTUK MENCANTIKKAN KULIT MUKA
1. Tomato dan epal boleh digunakan untuk melicinkan kulit. Caranya, parut tomato atau epal yang cukup masak, kemudian gosokkan perlahan-lahan pada wajah dan leher. Gelatin pada tomato boleh menghilangkan parut. Biarkan selama 20 minit dan selepas itu cuci dengan air suam. Amalkan selalu untuk hasil yang memuaskan.

2. Serbuk kulit kayu manis yang dicampur dengan bedak sejuk dan sedikit air boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat. Caranya, sapu campuran tadi pada muka sebelum tidur. Jika diamalkan, jerawat akan hilang dan muka akan menjadi lebih licin.

3. Ambil kayu cendana, basahkan dengan air dan asah pada batu. Kemudian sapukan ia pada jerawat dan hasilnya pasti memuaskan.

4. Kulit pisang emas boleh digunakan untuk menghilangkan parut jerawat. Caranya, sapukan kulit pisang tadi pada bekas parut. Lakukan setiap hari hingga kesan itu hilang.

5. Ambil segenggam kacang hijau, dikisar halus lalu dicampur sedikit kuning telur. Kacau hingga rata ramuan tadi dan disapu pada muka perlahan-lahan. Setelah lebih kurang 15 minit, basuh muka dengan menggunakan air suam. Hasilnya kulit muka akan cerah dan berseri.

6. Ambil segelas susu segar, sapu pada muka dan gosok-gosok hingga rata, melekit, dan kering. Cuci dengan air suam dan lakukan dua kali seminggu. Anda akan mendapat kulit muka yang gebu dan licin.

Bernanah jari disebabkan jarum,duri, dan tulang ikan
Ambil 3 sulur bawang merah lalu ditumbuk jangan sampai lumat.Kemudian bubuh 1 sudu besar minyak kelapa dan dibungkus dengan menggunakan daun pisang dan dipanaskan ke atas api.Apabila sudah agak panas, tampalkan ramuan tersebut pada tempat yang sakit dan dibalutkan dengan kain pembalut luka.Buatlah sebanyak 3 kali sehari.

BAU MULUT
Ambil beberapa helai daun sireh diramaskan ke dalam air dan berkumur.Buatlah selama beberapa hari.

RESDUNG
Ambil isi terung kemal dan amalkan memakannya atau ambil daun kacang kayu kemudian jemur sehingga kering dan dibuat hisap seperti rokok.Boleh juga amalkan mencium bunga daun bawang merah sentiasa.

RABUN MATA
Sediakan 20 helai daun sireh dan satu oz kunyit dan keduanya diparut.Letakkan di atas penapis dan tuangkan air panas dan diperah.Minum air yang sudah ditapis itu satu gelas pada setiap hari.

PERUT MASUK ANGIN
Setiap kali anda minum teh atau kopi masukkan daun delima yang sudah dipotong kecil-kecil. Amalkan selama 1 bulan.

PERUT MEMULAS
Ambil pucuk ciku secukupnya dan didihkan.Selepas air itu sejuk minumlah.

TELINGA BERNANAH
Ambil kunyit tua sebesar ibu jari kaki, diparut dan diambil airnya dan ditambahkan dengan satu sudu teh.Masukkan ke dalam telingga yang bernanah secara terus menerus selama 1 minggu.

KAKI PECAH
Ambillah rambut yang gugur (rambut sendiri) satu genggam, kemudian rambut itu terus dibakar dan abunya dicampurkan dengan minyak kelapa.Waktu mahu tidur malam,bahagian kaki yang pecah itu dibersihkan terlebih dahulu.Kemudian sapukan minyak dari abu rambut itu dengan menggunakan kapas di bahagian kaki yang bengkak.Bila sudah disapu pakailah sarung kaki yang agak longgar supaya cadar tempat tidur tidak kotor.

JERAWAT
a.Masukkan sebungkus daun teh (masih hijau) ke dalam air yang mendidih. Kemudian wap air teh itu dihadapkan ke muka.Buatlah sentiasa sehingga jerawat di muka anda hilang.

b. Kupaskan ubi kentang dan hiriskan nipis-nipis lalu segera ditampalkan pada muka dan biarkan sehingga ubi kentang itu kering. Amalkan sedemikian
setiap hari.

RAMBUT BERUBAN
Ambil biji buah betik daripada buah betik yang sudah masak sebanyak 2 sudu besar. Jemur biji betik itu sampai betul-betul kering. Kemudian digoreng sampai hangus (jangan guna minyak) serta disusuli dengan tumbuk biji itu sampai halus. Campur debu biji betik itu dengan minyak kelapa dan kacau sampai merata. Setelah rambut anda dicuci bersih, lumurkan ramuan itu pada bahagian kepala yang beruban, seelok-eloknya sewaktu hendak tidur.

MELEBATKAN TUMBUH RAMBUT
Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit. Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak. Buatlah sedemikian setiap hari.

MEMBUANG TAHI LALAT HIDUP
Ambil getah daun kemboja, bubuh pada tempat tersebut dan tampalkan dengan kapas. Buatlah sedemikian sehingga hilang. Begitu juga dengan caranya membuang ketaut kulit dan mengubat tapak kaki yang pecah-pecah.

MUKA KASAR DAN BERBINTIK-BINTIK HITAM
Cari buah mentimum, diparut dan diperah lalu diambil airnya. Gunakannya untuk mencuci muka anda sewaktu hendak tidur. Boleh juga tempel atau tampalkan hampas mentimum itu ke wajah anda. Pada sebelah petangnya, mandi dengan air suam dan cuci muka anda berkali-kali dengan air suam.

MENGHILANGKAN KESAN JERAWAT
Basuh muka dengan air kelapa muda. Biarkan air itu di muka selama-lamanya 1 jam dan biar ia kering sendiri tanpa dilap. Kemudian cucilah dengan air sejuk.

MENGHILANGKAN URAT-URAT YANG TIMBUL DIKAKI
Ambil segengam kacang hijau lalu direbus tanpa gula dan jangan hancurkan. Makanlah pada waktu pagi dan malam. Selain itu setiap kali mahu tidur, angkatlah kaki ke atas setinggi mungkin dengan menyandarkan badan pada dinding dalam masa 10 minit. Selepas itu barulah tidur.

DAUN PETAI CINA UBAT SERI MUKA
Cari daun petai cina yang masih muda dan ramas pada telapak tangan. Sapukanlah pada seluruh tubuh dan wajah anda sewaktu mandi. Kemudian tunggu beberapa saat baru dibersihkan dengan air yang bersih. Amalkan pada waktu mandi pagi dan petang selama lebih kurang 1 bulan.

KUDIS BUTA
Cari 5 atau 6 helai daun jambu batu, giling hingga lumat. Ia kemudian dicampurkan dengan santan dari segengam kelapa parut perah. Kemudiandibungkus dalam kain jarang dan digosokkan pada kudis buta itu.

CACAR AIR
Ambil 5 helai daun jarak dan direbus lalu dimandikan kepada mereka yang mengalaminya. Air rebusan itu hendaklah agak panas sedikit namun bolehlah dilihat kepada pesakit itu sama ada kanak-kanak atau yang sudah dewasa. Gosok juga daun jarak yang sudah direbus itu pada badan pesakit. Lakukan selama 3 hari berturut-turut.

MENGHILANGKAN BEKAS KURAP DI BADAN
Bakar kulit kerang sebanyak 12 biji selama 20 minit. Bila kulit kerang itu terbakar jiruslah dengan air panas mendidih. Kulit kerang yang lumat ditumbuk dicampurkan dengan 1 sudu belerang kuning. Biarkan 2 ramuan itu sebati selama 1 jam dan campurkan pula dengan setengah cawan minyak tanah. Sapukan ramuan itu ke bekas kurap.

MENGHILANGKAN BAU KETIAK
Campurkan hampas tea dengan sedikit air garam sapukan pada ketiak dan biarkan beberapa minit kemudian basuh dengan air hangat atau air sejuk. Lakukan secara kerap setiap hari.

UBAT PANAU
Daun gelenggang dicampurkan dengan kapur lalu digosok pada badan yang terkena panau itu.

MENGHILANGKAN PARUT CACAR AIR
Ambil segengam beras dan dibersihkan. Ambil 5 helai daun asam jawa dan sebuku kunyit hidup ditumbuk halus bersama-sama beras tadi untuk dijadikan bedak. Pakailah ketika hendak tidur selama seminggu.

GATAL-GATAL MALAM
Ambil kelapa muda yang kulitnya masih hijau dan satu gelas madu asli, campurkan kedua-duanya dan minum selama 3 hari berturut-turut.

Gatal-gatal pada kemaluan perempuan
Ambil seikat daun sireh dan direbuskan dengan air biasa. Minum air tersebut setiap kali lepas kencing dan cucilah kemaluan anda dengan air tersebut

GATAL KULIT
Ramai di kalangan kita yang mengalami gatal-gatal di bahagian kemaluan terutamanya orang perempuan. Anda mungkin berasa malu hendak berjumpa dengan doktor. Sakit ini tidaklah teruk sangat tetapi mendatangkan rasa kurang senang kepada mereka yang menghidapinya. Sakit ini boleh diatasi dengan menggunakan daun sireh. Carilah sesikat daun sireh mengikut ukuran sendiri. Daun sireh itu direbus dalam periuk. Biarkanlah di atas dapur sehingga mendidih. Ambil 2 gelas air rebus daun sireh itu untuk diminum pada sebelah pagi dan petang. Sementara air yang lebih atau tinggal dalam periuk pula digunakan untuk mencuci setiap kali selepas membuang airkecil. Jika diamalkan dalam tempoh 2 minggu, rasa gatal itu akan hilang secara beransur-ansur.

MENGHILANGKAN BULU KETIAK
Ada petua yang tersendiri untuk menghilangkan bulu ketiak daripada tumbuh. Caranya cukup mudah dan bahan-bahannya amat mudah didapati. Apa yang anda perlu cari adalah ibu kunyit dan kapur sireh. Bila ubi kunyit dan sireh telah diperolehi anda dikehendaki mencabut semua bulu ketiak anda. Selepas itu celupkan ubi kunyit ke dalam kapur sireh dan gosoklah pada ketiak anda sehingga rata dalam masa beberapa minit dan kemudian hendaklah dibasuh. Lakukan perkara ini dalam sehari mengikut suka hati anda. Pada gadis yang belum tumbuh bulu bolehlah mencuba cara ini, bagi menghalang bulu ketiak daripada tumbuh.

SAKIT BAHAGIAN BUAH PINGGANG
Ambil sepotong temu lawak yang panjangnya kira-kira 6 cm, kemudian dipotong dan dicuci. Setelah itu direbus dengan menggunakan air bersih kira- kira 4 setengah gelas minuman. Biarkan air itu tinggal kira-kira satu gelas. Bila sudah kering terus disaring dan diminum bersama-sama dengan madu lebah. Ubat itu harus diminum 3 kali sehari, setiap kali diminum kira-kira 3/4 gelas.

SAKIT SIPLIS
Ambil lobak putih dalam sekati. Kemudian diparut halus-halus diperah dan diambil patinya. Amalkan berkali-kali segelas untuk 3 kali sehari. Amalkan memakan jering sebagai ulam, kerana zat jering dapat membantu menghilangkan penyakit siflis yang berjangkit itu.

BISA-BISA TULANG
Dapatkan "akar sakit lelaki" sebanyak 3 atau 3 cekak dan direbus selama 2-3 jam kemudian disejukkan dan bolehlah diminum segelas sehari.

LEMAH JANTUNG DAN DARAH TINGGI
Caranya adalah dengan mencari buah Mahagani yang terdapat merata tempat di semenanjung Malaysia. Buah Mahagani boleh dikunyah mentah-mentah. Sebaiknya makan seulas untuk tempoh seminggu. Insya-Allah,dalam masa 4 minggu anda mengamalkan nya penyakit anda boleh sembuh.

KENCING MANIS
Ambil sekati rebung buluh kuning, basuh bersih-bersih kemudian direbus dengan sekati kulit kerang yang baru. Cara merebus rebung buluh kuning ialah dengan menggunakan periuk tanah dengan memasukkan satu setengah liter air dengan api yang sederhana. Sesudah air rebusan tinggal 1/4 nahagian,angkat dan sejukkan. Anda boleh amalkan, minum setiap pagi untuk sekali sehari. Insya-allah, penyakit anda akan sembuh. Tiada pantang larang semasa mengamalkan ubat tradisional ini dan sudah ramai pengidap kencing manis sudah sembuh sesudah mencubanya.

DEMAM KUNING
Ambil segenggam daun daripada pohon dukung anak. Tumbuk sampai halus, kemudian tuangkan air masak ke dalamnya dan campurkan dengan sedikitgaram. Minum air tersebut pada waktu pagi dan petang.

PENYAKIT KUNING
Ambil daun sukun yang telah tua kemudian direbus sehingga airnya merah tua. Minum air tersebut 2 kali sehari sekurang-kurangnya untuk 3 hari.

DEMAM BERDARAH
a.Beri minum air kelapa muda yang bercampur dengan air limau nipis, panasnya akan turun segera
b.Beri minum segera air perahan daun kangkong sebanyak 3 sudu besar dan
basahkan kepala dengan air tersebut

CARA-CARA MENGURANGKAN DEMAM
a.Beri pesakit minum air yang banyak
b.Menyejukkan kepalanya dengan bilasan air
c.Mengurut permukaan badannya dan menyelimutkan badannya dengan kain yang tebal

DEMAM PANAS DAN DEMAM BIASA SERTA DOA PENAWARNYA
a.Beri minum air zam-zam dan lap badannya
b.Boleh juga dilapkan badan dengan air batu dan bawa pesakit ke tepi sungai yang mengalir antara selepas terbit fajar dan sebelum matahari naik dan ucapkanlah:




"Dengan nama Allah,wahai Allah,sembuhkanlah hambamu,dan benarlah rasulmu"


Dan rendamlah dalam sungai itu seketika. Lakukan selama 3 hari berturut- turut dan jika masih tidak sembuh tambahkan 2 hari lagi. Insya-Allah, tempoh 7 hari tetap akan sembuh.

Pening kepala disebabkan oleh makanan yang kurang hadam, terlalu banyak bekerja, mata terasa penat kerana terlalu banyak gas busuk dalam perut. Ambil daun sawi sebanyak 6 lebar digiling atau ditumbuk menjadi halus dan kemudian dicampurkan dengan sedikit garam. Kemudian digosok-gosokkan pada dahi dan pelipis, gunakan cara ini satu atau 2 kali.

Satu lagi cara yang anda boleh lakukan ialah dengan menggunakan daun kemangi, ambil 50 lebar daun kemangi yang kemudian dikunyah, bila telah lumat terus ditelan, selepas itu cepat-cepat meneguk air hangat segelas. Ubat cara ini boleh dilakukan 2 kali dalam sehari.

PETUA UNTUK MASALAH BADAN BERBAU
1. Sebelum anda memulakan kerja, ambil sebiji limau dan belah dua. Kemudian sapu pada ketiak dan jika diamalkan selalu ketiak tidak berbau lagi.

2. Badan berbau amat memalukan. Cara mengatasinya, ambil beberapa kuntum bunga cengkih dan direndam sehingga kembang. Kemudian minum airnya tiga hari berturut-turut.

3. Ketiak hitam dan berbau amat memalukan. Cuba cara ini, campur sedikit kapur sirih bersama perahan limaunipis. Sapukan pada ketiak, setelah anda selesai mandi. Amalkan selalu dan ketiak anda akan cerah dan tidak berbau lagi.

4. Bulu ketiak boleh dihilangkan dengan cara ini. Ambil 20 biji jintan putih dan sedikit kapur barus, gaul rata bersama dengan air perahan limau purut. Sapukan pada ketiak setelah bercukur, setelah disapu beberapa kali ianya akan berhasil.

PETUA UNTUK MASALAH KEPUTIHAN & KENCING TIDAK LAWAS
1. Sesetengah wanita mengalami masalah keputihan dan gatal. Cuba cara ini, ramas 12 helai daun sirih bersama seliter air suam. Tapis dan gunakan air itu untuk membasuh kemaluan anda, dimulakan dengan selawat. Selain menghilangkan gatal dam bau ia juga berupaya merapatkan kembali bahagian sulit.

2. Ambil secekak daun pegaga bersama akarnya sekali dan cuci bersih serta direbus didalam periuk. Setelah mendidih, angkat serta bubuh sedikit garam. Kemudian cuci kemaluan dengan air rebusan yang suam. Lakukan tiga kali seminggu. Keputihan dan gatal-gatal akan hilang.

3. Jika anda mengalami kencing berdarah atau tidak lawas, ambil segenggam barli, basuh dan rebus hingga kembang. Masukkan sebuku garam. Apabila hendak minum campurkan sedikit gula. Amalkan setiap hari hingga penyakit anda sembuh.

4. Ambil lobak putih, dibersih dan diparut halus. Campurkan bersama beberapa ketul gula batu dan embunkan semalaman. Selawat tiga kali dan minum setiap pagi. Anda tidak lagi sukar membuang air kecil.

PETUA UNTUK IBU HAMIL & KANAK-KANAK
1. Ibu yang sedang hamil biasanya akan mengalami masalah bengkak kaki. Ada petua yang boleh diamalkan untuk mengubatinya. Ambil sedikit jadam dan dicampur dengan sedikit air masak. Apabila sudah hancur dan pekat sapukan pada kaki dan betis selepas selawat tiga kali. Seelok-eloknya sapu sewaktu hendak tidur. Amalkan dan anda akan mendapat manfaatnya.

2. Untuk memudahkan anda sewaktu hendak bersalin, cuba petua ini. Setiap kali mandi dan membasuh rambut, hisaplah air yang mengalir dari hujung rambut anda sambil berselawat dan berdoa. Seeloknya diamalkan ketika hamil.

3. Bayi biasanya akan mengalami masalah ruam lampin. Untuk menghilangkannya bancuh secamca teh garam dengan air suam dan sapu pada ruam. Insya-Allah ruam beransur hilang.

4. Daki pada kepala bayi amat sukar dihilangkan. Untuk menghilangkannya, anda boleh menggosok perlahan-lahan kepala bayi dengan hampas kelapa. Biarkan seketika agar daki tadi kembang, kemudian bolehlah digosok daki itu. Selain hampas kelapa, minyak bayi juga boleh digunakan. Amalkan dan hasilnya pasti memuaskan.

5. Jika bayi anda demam dan suhu badannya tinggi amalkan petua ini. Gunakan tiga jari anda (ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu). Baca selawat tiga kali, genggam dan lepaskan beras dengan tiga jari tadi ke dalam secawan air masak. Makan beras yang masih melekat pada jari itu. Gunakan air yang bercampur beras tadi untuk disapu pada badan bayi dan diberi minum kepada bayi. Suhu badan bayi akan berkurangan dan ulangi jika perlu.

PETUA UNTUK MASAKAN
1. Sayuran kalau disimpan didalam peti ais beberapa hari, kesegarannya akan hilang. Untuk mengembalikan kesegarannya, rendam sayur tadi didalam air yang dicampur cuka selama beberapa minit. Selain mengembalikan kesegaran, cuka juga akan menghilangkan kotoran pada sayur.

2. Mencuci kerang memang susah. Untuk itu, masukkan hampas kelapa bersama kerang didalam besen dan gaul bersama sedikit air. Setelah beberapa ketika, kerang akan bersih memutih.

3. Kalau anda inginkan cucur kodok anda lembut setelah dimasak, bancuhlah dengan air suam. Kemudian goreng seperti biasa. Cucur pasti lembut walaupun setelah sejuk.

4. Peria memang pahit. Untuk menghilangkan pahitnya, potong peria dan rendam didalam air berisi garam halus. Setelah lebih kurang 25 minit, sejat dan masaklah peria tadi mengikut resepi anda.

5. Ketika menggoreng ikan, perap ikan bersama asam gelugur. Kemudian goring asam gelugur hingga hitam diikuti ikan. Hasilnya, ikan tidak melekat lagi.

6. Tauhu akan melekat jika digoreng. Taburkan garam halus pada permukaan atas dan bawah tauhu sebelum digoreng. Hasilnya, tauhu tidak melekat lagi.

KHASIAT DARI TUMBUHAN
1. Daun senduduk boleh digunakan untuk menghilangkan parut. Caranya
ialah dengan mengambil beberapa helai daun senduduk, kemudian upar-
uparkan hingga keluar air dan gosok daun pada parut. Ia juga boleh
menghilangkan jerawat pada muka dengan mencampurkan airnya dengan
bedak sejuk.

2. Daun ati-ati boleh digunakan sebagai penawar lelah. Caranya, ambil beberapa helai daun ati-ati, basuh dan bersihkan serta di tumbuk lumat. Sapu daun yang telah lumat tadi pada dada sehingga paras pusat. Hasilnya akan diperolehi setelah diamalkan beberapa kali.

3. Daun inai selain untuk memerahkan jari ia juga boleh digunakan untuk merawat luka, samada luka luaran mahupun dalaman. Jika kulit kita terluka, ambil beberapa helai daun inai, tumbuk sehingga lumat kemudian diletakkan pada luka untuk menghentikan pendarahan. Bagi wanita yang baru lepas bersalin atau menjalani pembedahan, makan daun inai tujuh helai pagi dan petang sehingga sembuh.

4. Getah dari pohon kemboja boleh digunakan untuk merawat bisul. Caranya, sapu getah tadi pada bisul dan hasilnya, bisul tadi akan beransur pulih.

5. Bunga melur juga boleh digunakan untuk mengubati penyakit mata. Caranya, ambil beberapa kuntum bunga melur. Rendam seketika didalam air, kemudian ambil air tadi dan disapu pada mata dengan menggunakan tuala lembut. Rasa sejuk air ini akan melegakan rasa tidak selesa pada mata.

NASIHAT ORANG TUA- TUA MELAYU
Kita sering mendengar orang sesat di hutan. Pantang larangnya jangan sekali-kali kita atau salah seorang daripada kita bercakap besar seperti "aku tak akan sesat di dalam hutan". Sebaiknya setiap anggota mendiamkan diri dan jangan ambil sebarang benda atau tumbuhan yang ganjil semasa dalam perjalanan tersebut.

Penyakit sosial rumahtangga di zaman moden merupakan lemah tenaga batin. Ia amat berbeza dengan orang dahulu kala walaupun usia hampir 100 tahun mereka mampu beristeri muda yang boleh disebut cucu. Tetapi generasi hari ini, setahun erumahtangga pun isterinya masih dara lagi. Bagi memelihara tenaga kelakian jangan sekali-kali membasuh kemaluan selepas persetubuhan. Jauhkan membuang air kecil di dalam air.

Amalan menahan kencing boleh membawa bencana seperti karang batu, dan lemah buah
pinggang. Sebaiknya amalkan membuang air kecil 4 jam sekali.

Mandi di laut atau sungai amat menyeronokkan terutama kanak-kanak. Mandi dengan cara membabi buta dengan perasaan terlalu gembira boleh mendatangkan musibah yang tidak diduga. Bagi mengatasi musibah ini orang tua-tua juga ada pantang larangnya seperti pertama kali menjejakkan kaki di laut ataupun sungai jauhkan dari bermain-main di gigi air.

Sebagaimana kata orang tua-tua "Anak dara yang suka menyanyi di dapur sukar mendapat suami". Kedua anak dara yang suka termenung di atas tangga juga berat jodoh.

Menerut pengalaman orang tua-tua sekiranya anda ingin mata anda sentiasa terang, jangan sekali- kali melihat kemaluan isteri.

Sesuatu yang kita sayangi janganlah terlalu menunjukkan kasih sayang yang teramat sangat.

Sekiranya anda mahu gigi anda tahan lama dan tidak mudah sakit jangan sesekali meludah semasa membuang air besar atau di tempat-tempat kotor. Bagi menahan air liur keluar anda hanya perlu menutup mulut sambil mencekam gigi agak kuat.

Elakkan diri mengamal mandi di tengah malam yang boleh menyebabkan badan menjadi lemah dan luntur.

Membasuh atau mandi ketika badan terlalu panas, kesannya setiap penyakit yang ada dalam badan tidak dapat keluar.

Jangan melakukan perbuatan mencampak apa-apa barang terutamanya pakaian melalui tingkap rumah kerana menurut orang tua-tua amalan ini boleh memendekkan rezeki.


Wednesday, April 13, 2011

Pelaris

Salam semua,

Pelaris? Adat berniaga mahukan perniagaan yang laris. Tidak ada orang berniaga yang mahukan kerugian. Oleh itu ramai yang menggunakan pelaris perniagaan sebagai salah satu strategi untuk melariskan barang jualan, atau menarik ramai pelanggan.

Antara pelaris yang sedia maklum digunakan dalam perniagaan:
- pelaris perniagaan dengan menggunakan tangkal, menggunakan jampi, mentera serapah dan sebagainya
- pelaris perniagaan dengan menggantung ayat2 suci al-Quran
- pelaris perniagaan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan zikir tertentu sebagai amalan seperti ayat 1000 Dinar, Qursi dsbg.
- pelaris perniagaan menggunakan pelaris fizikal seperti kedai yang cantik, pekerja yang cantik, konsep yang unik dan sebagainya.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang terjadi yang mungkin memberi sedikit maklumat berkenaan "pelaris".

Kisah 1 :
Seorang pernah menerangkan bahawa perlu menyimpan wang kertas yang bersiri nombor ganjil di semua angka dan menyimpannya ke dalam dompet. Ini juga dikatakan sebagai pelaris untuk rezeki.

Kisah 2 :
Seorang nenek yang menjual goreng pisang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM5 dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya.

Kisah 3 :
Ada juga yang mengamalkan solat hajat beramai-ramai pada premis yang baru dibuka dan menggunakan Air Zam-zam sebagai pelaris kedai mereka. Air tersebut di siram di sekeliling premis perniagaan dengan harapan supaya perniagaannya maju.

Kisah 4 :
Ada seorang lelaki telah mengambil pelaris bagi tujuan memajukan perniagaan. Dia menggunakan khidmat Tok Sami yang mana menggunakan abu mayat manusia sebagai pelaris perniagaannya.

Hasilnya perniagaan bertambah maju dari hari ke hari. Tapi, ada juga pantang larangnya. Menurut Tok Sami, beliau dilarang pergi ke tempat orang meninggal.

Pada suatu hari yang tak disangka, berlaku kemalangan di depan kedai beliau dan mangsa kemalangan cedera parah dan mati ditempat kejadian. Beliau tanpa menyedari telah berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan. Maka, selepas peristiwa kedai beliau kurang dikunjungi dan akhirnya beliau terpaksa menutup perniagaannya.

Kisah 5 :
Ada juga yang percaya bahawa batu "Mani Gajah" dan batu "Kecubung" yang dibuat cincin mempunyai khasiat yang boleh mencerahkan wajah  muka pemakai. Selain itu, "buluh perindu" juga bersifat ke arah pelaris kepada pemakai.Bila bercerita dengan seorang dukun yang berumur lebih setengah abad, kisah buluh perindu ini memang wujud. Dan di suatu bukit (Hanya diketahui oleh mereka yang mengamalkan suatu ilmu) memang ada pokok buluh perindu.

Nak bagitau bahawa hebatnya suara buluh perindu ini, ada satu cerita yang mana banyak binatang hutan yang melalui kawasan pokok buluh perindu akan menunggu dan mendengar suara buluh perindu sehingga binatang itu mati akibat tidak mahu makan kerana asyik mendengar suara buluh perindu.

Diceritakan juga buluh perindu digunakan oleh Tan Sri P.Ramlee yang mana suara beliau kekal lunak sehingga sekarang. Maknanya hebat sebenarnya khasiat buluh perindu ini.

Persoalannya, adakah penggunakan pelaris ni dibolehkan?
Menggunakan pelaris perniagaan adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Pelaris seperti meminta bantuan jin,  tangkal, mentera dan sebagainya, yang nyata adalah syirik, sudah pasti bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Pelaris cara itu tidak dibolehkan malah haram untuk diamalkan.

Pelaris cara kedua di atas yakni menggantung ayat-ayat suci al-Quran.. walaupun yang digantung itu adalah ayat kursi ke, ayat 1000 dinar ke, sejuta dinar ke, tak ada gunanya jika tuan yang berniaga tidak menghayati dan tidak mengamalkan ayat-ayat yang digantung. Perbuatan sebegini tak ubah seperti menggantung tangkal saja… Ia seolah2 meminta vitamin dari, tapi tak ditelan, sebaliknya cuma bawa vitamin itu ke mana-mana… adakah dapat manfaat?

Sebaiknya ialah mengamalkan ayat2 tersebut dengan membaca, memahami makna dan mengamalkan isinya dan berharap kepada bantuan Allah SWT semata-mata.

Pelaris yang terakhir adalah benda yang biasa digunakan… dan dibenarkan selagi tidak melanggar syarak. Contoh melanggar syarak ialah seperti menjual minuman keras (bagi peniaga Islam), menganjurkan hiburan terlampau, menggunakan gadis seksi dan sebagainya.

Namun, dalam senarai itu ada lagi satu amalan pelaris yang jarang disebut-sebut. Amalan inilah yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat malah ahli perniagaan terkemuka di negara kita, Syed Mokhtar al-Bukhari. Amalan tersebut ialah bersedekah. Amalan ini bukan saja dilakukan oleh ahli perniagaan Islam, malah yang bukan Islam juga banyak menderma kerana mereka mempercayai konsep “the more you give the more you get“.

Amalan Doa Pelaris
Amalan 1
Sediakan air dan garam (atau juga barangan jualan jika dapat). Kemudian baca Wirid Kunci

Ya Allah Ya Tuhanku, isikan daya kerezekian, pelarisan dan pengasihan pada …(barangan jualan)…ini agar sesiapa sahaja yang melihatnya merasa sangat tertarik dan ingin membelinya dengan izinMu”.

Seterusnya baca 3X;

كُنْ فَيَكُوْن


Teruskan lagi dengan membaca surah Ar Ra’du ayat 31 sebanyak 33x.

Zikir 129 X

يَا لَطِيْفُ


Baca lagi 9X;

اۭللّٰهُ لَطِيْفُۢ بِعِـبَادِهِ ۧۧ يَرْزُقُ مَنْ يَش۟ـــاءُ وَهُوَ الْقَيُّ الْعَزِيْزُ


Diakhiri dengan membaca Kalimah Syahadah 7X. Tiupkan pada bahan-bahan yang telah disediakan dan gunakanlah bahan-bahan tersebut untuk ditabur dan direnjis/disembur di premis atau tapak perniagaan.

Amalan 2





1. Di amalkan selalu diwaktu sebelum matahari terbit: Di baca sambil di gerakkan barang-barang perniagaan.
2. Dibaca samada 3 kali, 113 kali, atau 313 kali.

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal
Pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

Sila rujuk "Amalan Doa mudah dapat rezeki Sheikh Ad-Dumairi"