WELCOME NOTES


Wednesday, April 13, 2011

Pelaris

Salam semua,

Pelaris? Adat berniaga mahukan perniagaan yang laris. Tidak ada orang berniaga yang mahukan kerugian. Oleh itu ramai yang menggunakan pelaris perniagaan sebagai salah satu strategi untuk melariskan barang jualan, atau menarik ramai pelanggan.

Antara pelaris yang sedia maklum digunakan dalam perniagaan:
- pelaris perniagaan dengan menggunakan tangkal, menggunakan jampi, mentera serapah dan sebagainya
- pelaris perniagaan dengan menggantung ayat2 suci al-Quran
- pelaris perniagaan dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran dan zikir tertentu sebagai amalan seperti ayat 1000 Dinar, Qursi dsbg.
- pelaris perniagaan menggunakan pelaris fizikal seperti kedai yang cantik, pekerja yang cantik, konsep yang unik dan sebagainya.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa perkara yang terjadi yang mungkin memberi sedikit maklumat berkenaan "pelaris".

Kisah 1 :
Seorang pernah menerangkan bahawa perlu menyimpan wang kertas yang bersiri nombor ganjil di semua angka dan menyimpannya ke dalam dompet. Ini juga dikatakan sebagai pelaris untuk rezeki.

Kisah 2 :
Seorang nenek yang menjual goreng pisang mengamalkan pelaris dengan cara mengikat duit kertas RM5 dengan seutas getah dan diletakkan ke dalam tabung duit perniagaannya.

Kisah 3 :
Ada juga yang mengamalkan solat hajat beramai-ramai pada premis yang baru dibuka dan menggunakan Air Zam-zam sebagai pelaris kedai mereka. Air tersebut di siram di sekeliling premis perniagaan dengan harapan supaya perniagaannya maju.

Kisah 4 :
Ada seorang lelaki telah mengambil pelaris bagi tujuan memajukan perniagaan. Dia menggunakan khidmat Tok Sami yang mana menggunakan abu mayat manusia sebagai pelaris perniagaannya.

Hasilnya perniagaan bertambah maju dari hari ke hari. Tapi, ada juga pantang larangnya. Menurut Tok Sami, beliau dilarang pergi ke tempat orang meninggal.

Pada suatu hari yang tak disangka, berlaku kemalangan di depan kedai beliau dan mangsa kemalangan cedera parah dan mati ditempat kejadian. Beliau tanpa menyedari telah berada di tempat kejadian untuk memberi pertolongan. Maka, selepas peristiwa kedai beliau kurang dikunjungi dan akhirnya beliau terpaksa menutup perniagaannya.

Kisah 5 :
Ada juga yang percaya bahawa batu "Mani Gajah" dan batu "Kecubung" yang dibuat cincin mempunyai khasiat yang boleh mencerahkan wajah  muka pemakai. Selain itu, "buluh perindu" juga bersifat ke arah pelaris kepada pemakai.Bila bercerita dengan seorang dukun yang berumur lebih setengah abad, kisah buluh perindu ini memang wujud. Dan di suatu bukit (Hanya diketahui oleh mereka yang mengamalkan suatu ilmu) memang ada pokok buluh perindu.

Nak bagitau bahawa hebatnya suara buluh perindu ini, ada satu cerita yang mana banyak binatang hutan yang melalui kawasan pokok buluh perindu akan menunggu dan mendengar suara buluh perindu sehingga binatang itu mati akibat tidak mahu makan kerana asyik mendengar suara buluh perindu.

Diceritakan juga buluh perindu digunakan oleh Tan Sri P.Ramlee yang mana suara beliau kekal lunak sehingga sekarang. Maknanya hebat sebenarnya khasiat buluh perindu ini.

Persoalannya, adakah penggunakan pelaris ni dibolehkan?
Menggunakan pelaris perniagaan adalah harus selagi ia tidak bertentangan dengan syarak. Pelaris seperti meminta bantuan jin,  tangkal, mentera dan sebagainya, yang nyata adalah syirik, sudah pasti bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Pelaris cara itu tidak dibolehkan malah haram untuk diamalkan.

Pelaris cara kedua di atas yakni menggantung ayat-ayat suci al-Quran.. walaupun yang digantung itu adalah ayat kursi ke, ayat 1000 dinar ke, sejuta dinar ke, tak ada gunanya jika tuan yang berniaga tidak menghayati dan tidak mengamalkan ayat-ayat yang digantung. Perbuatan sebegini tak ubah seperti menggantung tangkal saja… Ia seolah2 meminta vitamin dari, tapi tak ditelan, sebaliknya cuma bawa vitamin itu ke mana-mana… adakah dapat manfaat?

Sebaiknya ialah mengamalkan ayat2 tersebut dengan membaca, memahami makna dan mengamalkan isinya dan berharap kepada bantuan Allah SWT semata-mata.

Pelaris yang terakhir adalah benda yang biasa digunakan… dan dibenarkan selagi tidak melanggar syarak. Contoh melanggar syarak ialah seperti menjual minuman keras (bagi peniaga Islam), menganjurkan hiburan terlampau, menggunakan gadis seksi dan sebagainya.

Namun, dalam senarai itu ada lagi satu amalan pelaris yang jarang disebut-sebut. Amalan inilah yang diamalkan oleh Rasulullah, para sahabat malah ahli perniagaan terkemuka di negara kita, Syed Mokhtar al-Bukhari. Amalan tersebut ialah bersedekah. Amalan ini bukan saja dilakukan oleh ahli perniagaan Islam, malah yang bukan Islam juga banyak menderma kerana mereka mempercayai konsep “the more you give the more you get“.

Amalan Doa Pelaris
Amalan 1
Sediakan air dan garam (atau juga barangan jualan jika dapat). Kemudian baca Wirid Kunci

Ya Allah Ya Tuhanku, isikan daya kerezekian, pelarisan dan pengasihan pada …(barangan jualan)…ini agar sesiapa sahaja yang melihatnya merasa sangat tertarik dan ingin membelinya dengan izinMu”.

Seterusnya baca 3X;

كُنْ فَيَكُوْن


Teruskan lagi dengan membaca surah Ar Ra’du ayat 31 sebanyak 33x.

Zikir 129 X

يَا لَطِيْفُ


Baca lagi 9X;

اۭللّٰهُ لَطِيْفُۢ بِعِـبَادِهِ ۧۧ يَرْزُقُ مَنْ يَش۟ـــاءُ وَهُوَ الْقَيُّ الْعَزِيْزُ


Diakhiri dengan membaca Kalimah Syahadah 7X. Tiupkan pada bahan-bahan yang telah disediakan dan gunakanlah bahan-bahan tersebut untuk ditabur dan direnjis/disembur di premis atau tapak perniagaan.

Amalan 2





1. Di amalkan selalu diwaktu sebelum matahari terbit: Di baca sambil di gerakkan barang-barang perniagaan.
2. Dibaca samada 3 kali, 113 kali, atau 313 kali.

Cara mudah nak tahu kedai itu ada pelaris tidak halal
Pada kali pertama kita ke kedai tersebut, baca Qursi 3x luar dari kedai. Sebaiknya semasa dalam kereta. Kemudian buka tingkap dan tiup 7x ke arah kedai. Tak perlulah tiup macam bomoh pooh kiri pooh kanan.

Sekiranya ada pelaris di kedai tersebut, "pelaris" tu akan marah dan kita akan rasa seperti satu angin menerpa ke muka kita. Kalau dah macam tu, eloklah kita jangan makan dikedai tersebut.

Selain itu, cara lain perhatikan apa wafaq di kedai makan. Biasanya orang Islam akan letak Surah Yasin, ayatul Qursi dan ayat 1000 Dinar (Surah at-Talaq 2-3) di belakang cashier. Tetapi ada yang guna wafaq ada simbol2 square, number2, bintang2, macam maruku pun ada....

Untuk kedai yang mana pengurusan-nya condong ke arah kesesatan, mereka akan letak wafaq di mana ayat2 Quran-nya akan dibentuk seperti makhluk (contohnya manusia, harimau, singa, burung etc). Pengurusan yang begitu cetek tauhid-nya akan tidak segan silu letak macam2 benda tidak baik dalam makanan sebagai pelaris. Ini kerana orang yang cetek tauhid-nya (kurang percaya pada Hari Akhirat, Syurga, Neraka) akan sanggup lakukan apa sahaja dalam perkara yang melibatkan duit wang ringgit.

Dan pengurusan sebegitu pun tidak akan segan silu guna bomoh Islam dan tak-Islam untuk kenakan penyakit ganjil (contohnya busung etc) pada orang2 yang cuba bocorkan rahsia "pelaris" mereka.. Jadi berhati-hatilah sebab mulut santan binasa.

Sila rujuk "Amalan Doa mudah dapat rezeki Sheikh Ad-Dumairi"



No comments: