Assalamualaikum,
Dua hari cuti ni rasa tak keruan jer. Masalah tak settle2 jugak. Lepas satu satu masalah timbul. Apa boleh buat, inilah namanya ujian dariNya yang perlu ditempuhi dengan redha. Semoga kami dapat menempuhinya dengan penuh kesabaran, keikhlasan dan keimanan yang kental.
Kasihankan anak2 ajak jom gi taman, maka ayahnya pun ajaklah jalan2 sambil mencari ketenangan dan ilham. Ayah yang rindukan kampung halaman maka terus memandu menuju ke Pantai Morib. Biar jauh janji dapat ketenangan yang dicari. Dengan hanya memerlukan sedikit sahaja ongkosnya kami sampai di Pantai Morib, iaitu pantai tempat niza dan adik2 mandi manda masa kecik2 dulu. Itu kenangan 20 tahun yang lalu. Tak sangka akan sampai di situ lagi. Banyak perubahan. Yang tak ubah nya adalah.. ketam. Sama macam dulu. huhuuu.. Sesapa yang pernah sampai mesti tahu.. hihi..
Kami tak mandi pun, cuma jalan2 ambil angin. Tengok keindahan pantai dan laut, permainan layang2, replika siput dan sejarahnya. Lepas tur gi jln2 tepi pantai yang berpasir sebab air laut nyer nun jauh ketengah. Jauh jugak air laut dari beting pasir. (herm, mcm dulu2 jugak bilamasa kami adik bradik berlari2 ke air laut dari tpt khemah).
Bila rasa cool dah, hehe, kami pun bertolak balik. Tetiba nampak signboard ke Rumah Api Bukit Jugra. Ayahnya pun memandulah ke situ sebab dia teringat ada pemain payung terjun ni suka main kat area sini. Bila dah sampai puncak, subhanallah.. cantiknyer pemandangan.. luas terbentang hinggalah ke laut yang penuh ngan kapal2 angkut pasir. (nasib baik x jerebu, hehe) memang tenanglah bila dapat lihat pemandangan macam ni.. Tapi yang bahayanya kawasannya dekat ngan kawasan tentera berlatih menembak. Masa kami datang pun memang dapat dengar bunyi tembakan. Rasa2nya inilah pertama kali mendengan bunyi tembakan yang bertubi2. Dulu2 bunyi org tembak sekali dua dalam hutan adala... Ngeri la jugak.. Takut ada peluru tersasar ker... huhu naya.. Masa nak bertolak balik, barulah ada sorang penerjun baru tiba. Katanya kena tgk angin mengizinkan ke tak.. Jadi disebabkan takut lambat, ayah yang teringin sgt nak tgk ni terpaksalah ambil keputusan untuk balik. Lagipun dah petang sgt, kang sampai umah gelap plak. Singgah masjid kat area Dengkil dan terus balik ikut jalan ke Kajang. Saja nak jln jauh skit.. Ingat nak jugak la singgah umah sedara mara tapi mengingatkan hari pun dah lewat petang, lain kali sahajalah..
p/s:Huhu, demam selsema dah tiga hari tak baik2 lagi...
Coret
8 years ago
No comments:
Post a Comment