WELCOME NOTES


Monday, August 9, 2010

Diary Semalam

Salam semua,
Lusa insyaallah kita muslimin dan muslimat akan menyambut Ramadhan al-Mubarak bersama2. Selamat berpuasa kepada semua.

Letih rasanya balik dari teman hubby berkursus di S'pore. Melayan kerenah anak2 dlm kereta yg tak tahu diam. Naik kereta company plak tur.. Kenala jaga2.. Last day kami di JB, hubby ajak jln2 kat S'pore. Hubby yg x pernah drive sendiri area situ waktu mlm, menyebabkan kami tersalah jln bnyk kali. But at least kami dpt pusing2 s'pore.. hehe. Kami gi dinner kat East Coast Lagoon Food Center . Dekat sini memang banyak gerai2 yang menyediakan makanan halal. Harga makanan yg diorder dari pelbagai gerai sumer SD25. Herm, nampak murah tapi bila convert RM hua3 fikir sndiri la.. Even tissue(30sen) 3 packs SD1. Seat untuk smoking pun disediakan. Hehe x pasal2 kene tegur dgn satu singaporean tur sbb niza terduduk kat area smoking. Dia nak smoking la tur tapi xder seat kosong. X prasan lak seat tur area smoking. Ingatkan nak cr seat yg dkt ngan laut. Terkena plak.. Tempat tur memang menarik. Lebih2 lagi bandar dia yang berkerlipan bak New York/Las Vegas. Boleh bg lima bintang untuk kebersihan bandar dia kalau nak dibandingkan bandar kita yang dilingkungi org2 yg kurg berdisiplin. huuhu.. sedih3. Alahai kalau la ada peluang lagi mesti nak jln2 kat sini. X puas rasanya just sightseeing n mkn2 jer. Insyaallah, ada jodoh ketemu lagi S'pore.. hehe

Esoknya pagi2 kami berkemas2 untuk balik, but sarapan pagi first. Rugi kalau membazirkan kupon sarapan. Dalam x sedar masa tgh duduk menunggu hubby ambilkan makanan, rupa2 nya actor famous kita ada dsebelah. Nak tahu sapa, he was Fahrin Ahmad. Cam x percaya jer but bila wat action mata kat manager dia (agaknyalah) dia pun senyum jer. hehe.. herm cuci mata jelah, nak gi mintak signature segan lah plork, nak bergambar lagilah.. hehe tapi sempat call mak gitau feveret artis mak ada sebelah. Lagi pun nampak diorg busy discuss something maybe as a Red Ribbon Celebrity supporter. Nak amik gambar curi pun dekat sgt. Hihi.. Kenangan in mind je lah.. Bulan lepas terserempak Farid Kamil tgh wat shooting @ tgh2 jln besar bersebelahan stesen komuter PWTC. herm.. best ker jumper artis nih.. biase je kan.. diorg pun cam kita jugek.. hehe.. tp happy lah jugak.. dpt tgk life n dekat lg.. cuma tiada keberanian nak mintak bergambar.. huhu

On the way back to KL singgah Muar jup jumpa teman lama. Rindu nak tengok anak Zura (sahabat BMI). Sihatnya anak dia. Sedap dukung. Lain rasanya dukung anak sendiri.. hihi. Alang2 dah t/hari kami pun lunch kat situ. Wah sedapnya, kami masing2 tambah nasi 2 kali. hihi.. Tapi x dapat jumpa Syuk (hubby Zura) juga sahabat kami. Sbb dia bekerja di Kajang.

Sambung perjalanan lagi, bila sampai di Klang, singgah pula rumah adik kat Port Klang. Kami dinner plak cni.. hehe... Ada plak cerekarama yg best. Tgkla sampai kul 12 tgh mlm. Dan2 citer habis kami pun blik. :)

Marilah kita sama2 bersedia pepe yg patut untuk menyambut Ramadhan yg mulia. :)


No comments: