WELCOME NOTES


Monday, June 28, 2010

Tanda2 Kematian

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."

 
Adapun tanda- tanda kematian bagi orang islam itu adalah nyata mengikut kesepakatan dan perbahasan para ulama’. Walau bagaimanapun , ia bergantung terhadap ketaqwaan kita terhadap kepekaan pada tanda –tanda kematian ini.

Sepeti yang telah dirasai Rasullulah dan orang- orang alim. Mereka merasai saat tanda-tanda ini diberikan. Seperti Imam Bukhari. Beliau dapat merasai tanda kematian terhadap diri nya sehingga beliau dapat mempersiapkan dirinya sebelum beliau menghembus nafas nya yang terakhir.

Beliau mempersiapkan dirinya dari mandinya, wuduknya dan kafannya sekali. Walaubagaimanapun ketika sampai pada bahagian badan dan kepalaya beliau meminta pertolongan daripada abangnya Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika imam Ahmad mengkafankan nya pada bahagan mukanya.

Riwayat-riwayat ini memperlihatkan kepada kita bagaimana sifat Allah yang maha Adil dan maha penyayang yang memberi peringatan kepada kita sebelum bertemu Nya. Hal ini adalah bagi hambaNya dapat bertaubat dan bersedia untuk pembalasan di akhirat nanti.

Walaubagaimanapun , tanda-tanda ni hanya diberikan kepada orang islam sahaja. Nyawa orang kafir kan direntap oleh Allah swt dengan tanpa peringatan sesuai dengan kekufuran mereka terhadap Allah swt.

Tanda ini terdapat beberapa bahagian iaitu bemula pada hari ke 100. Semua orang islam akan menghadapi tanda ini tetapi bergantung kepada ilmu dan tahap kesedaran mereka. Tanda ini lazim nya berlaku selepas Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut hingga hujung kaki akan mengalami getaran seakan-akan menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru sahaje disembelih. Kita akan lihat daging tersebut bergetar. Tanda ini rasanya indah jika kita dapat merasainya dan merasakan tanda kematian ini, walau bagamanapun ia akan berhenti sebaik sahaja kita sedar akan tanda ini. Bagi mereka yang hanyut dengan kemewahan duniawi , tanda ini akan lenyap dengan tanpa sebarang manfaat padanya.

Pada hari yang ke 40 sebelum kematian. Seperti biasa selepas Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut. Pada saat ini daun yang tertulis nama kita di Arasy Allah akan gugur. Malaikat mau akan mengambil dedaunan itu dan bersiap sedia untuk persediaan kematian seorang lagi orang islam. Antara persediaannya adalah beliau akan mengikuti kita setiap masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajah nya seketika dan jika terjadi kepada yang terpilih ini akan menyebabkan berasa bingung seketika. Adapun malaikat maut ini dicipta hanya seorang sahaja tetapi kuasanya adalah bersamaan mencabut nyawa seluruh yang bernyawa.

Tanda ketujuh ini hanya diberikan kepada sesiapa yang ditimpa musibah kesakitan. Dimana, orang sakit yang tidak berselera untuk makan akan berselera makan.

Tanda kelima tandanya ialah anak lidah bergerak-gerak.
Tanda ke 3 hari ini pula ialah rasa denyutan dibahagian tengah dahi kita.Iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka disaran kan untuk berpuasa supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis. Maka akan memudahkan urusan jenazah kita nanti. Ketika ini mata hitam kita tidak bersinar lagi bagi orang yang sakit, hidung mereka akan jatuh sedikit jika dilihat dari sisi, telinganya akan layu dan bahagian hujungnya akan kedalam sedikit, telapak kakinya akan terlunjur dan jatuh perlahan-lahan kedepan dan sukar ditegakkan.

Tanda ke 1 hari sebelum kamatian, juga selepas Asar dimana kita akan merasa denyutan dari bahagian belakang ubun ubun dimana menandakan kita tidak akan bertemu asar dikeesokan harinya.

Tanda akhir dimana kita akan merasakan kesejukan di bahagian pusat dan turun ke pinggang dan naik semula hingga ke halkum. Ketika ini hendak lah kita menyebut kalimah syahadah dan berdiam diri menantikan malaikat maut menghantar kita bertemu Allah swt.

Walaubagaimanapun terdapat hadith nabi yang menceritakan mengenai tanda-tanda kematian yang lain . Dimana nabi bertanya malaikat izrail adakah tanda-tanda datangnya kematian...

Antaranya...

Uban....
Sakit....
Telinga kurang pendengaran..
Pengelihatan kurang jelas...
Belakang pembaringan orang yang sakit... berat... berat sangat.. kerana kuatnya sakaratulmaut itu menghempap jasad....
Terbuka tapak tangan...
Kulit muka kian tegang kerana meyenangkan roh keluar dari jasad...
Akan tetapi jika mereka yang dipatok ular.. ambil bulu pada jasadnya dan lekat pada sesuatu apa pun , jika ianya melekat maka ia belum mati...

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:


"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat kedalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai kekerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut. Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T."

Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir."

Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu."

Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A: "Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.
2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.
3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.
4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung disyurga mengikut kehendak mereka.
5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.
6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.
7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya hingga sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:

1. Orang-orang yang mati syahid.
2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.
3. Orang berpuasa di hari Arafah.

SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DARI AHLI SYURGA YANG MEMASUKI-NYA TANPA HISAB. AMIN..... YA RABBALALAMIN.




No comments: