WELCOME NOTES


Tuesday, June 22, 2010

Aktiviti Sabtu Ahad Mingggu Lepas

Salam smua,
Hari ni tak tau nak wat entry ape. Mood kurang la dua menjak ni nak menaip. Hari ni mood naik skit so panjang tak panjang la entry kali nie. Dua hari punya cerita. Huhu..


Hari Sabtu, petang keluar gi area stesen University kat Lembah Pantai. Nak jemput pakcik, ayah Mat, Mok Teh n dua anak terunanya ke rumah abang Ngah kat Subang. Sblm tur kitorang gi mkn kat salah satu kedai mkn kat deret jln bukit dkt2 situ jugak. Sedap Nasi Ayam dia. Teringat masa remaja2 dulu cewahh, kitorang selalu gak singgah situ mkn. Sebab saya dulu duk kat Pantai Dalam. Lama tak makan situ. Alang2 dah sampai singgah la mkn petang ngan anak2. Anak2 pun suka... Lepas maghrib kitorang jmput keluarga ayah Mat dan terus bertolak ke Subang. Kakak suka betul bermain ngan anak2 ayah Mat. Sorang darjah empat, sorang lagi tingkatan 1. Bijak anak2nya. Mintak turun la jugak bijak pandai ni pd anak2ku.. amin.. :) Dlm kul 10pm lebih kami balik trus ke rumah.

Hari ahad plak, lepas tengah hari kami keluar rumah dan masuk dlm kereta. Kereta dah bergerak tapi kami tak tahu ke mana hala tuju kami. Kelakar kan! Hubby ajak kluar tapi x tahu nak ke mana.. Apa da.. Last2 kereta menuju ke Putrajaya. Pusing2 nampk signboard 'Taman Warisan Pertanian'. Apalagi kitorang pun pergilah tempat tur yg x pernah kaki jejak. Dalam blog hubby dah cerita serba sedikit pasal kisah menarik disitu. Saya cuma tambahkan apa yang xder je lah yer..

Nak masuk bayar RM12, RM2 setiap dewasa untuk masuk dan RM4 setiap dewasa untuk naik buggy. Kanak2 bwh 12 thn free.
Sebelum masuk dusun berbayar tur, kami lalu di pintu gerbang dan terus berehat di medan tani. Dah hilang penat kami terus ke atas dan memilih untuk ke dusun buah2an dan herba. Abg yg bawa kami naik buggy tu sebenarnye bukan driver sebenar. Dia adalah penyelia kawasan tur. Katanya kerja sambilan. Muda lagi tur, org Perak. Herm, org Perak ni memang suke bab2 bertani ni. Macam abah, suke berkebun, Aboh pun, hehee... Banyak info dari dia. Habis dia cerita satu persatu pokok2 yg melewati perjalanan kami. Cara2 menanam, buat pokok jadi renek tak naik ke atas mcm pokok jambu, khasiat2 herba, fizikal tumbuhan seperti pokok tongkat ali dimana tinggi mana pokok tu mcm tulah pnjangnya akar dia. Kisah lampau kawasan tur pun dia cerita dimana asalnya kawasan pokok getah dan ada sebahagian pokok getah ditinggalkan hidup sebagai warisan. Hasil2 tanaman pula sebahagian ada yang dijual ke perbadanan tertentu, dijual di bazaar dan diberi kepada pengunjung2 untuk merasa. 

 Lihatlah pokok jambu yang direnekkan dan dibentuk seperti bonzai

Di sini ada tanaman bermusim dan tak bermusim. Tanaman bermusim seperti pokok durian, dokong, jambu madu, manggis dan rambutan. Tanaman tak bermusim pula seperti pokok cempedak, ciku, kelapa, mangga, jambu batu, nangka, pisang, limau bali, mata kucing, ceri, petai dan belimbing besi. Pokok buah-buahan nadir pula seperti buah nam nam, cermal belanda, kuini, jambu bol, binjai, tampoi, pulasan, kedondong, delima, jambu mawar, bacang, mentega dan mengkudu. Malah ada juga tanaman industri seperti nenas, koko, lada hitam, teh dan kopi. Tanaman herba dan rempah ratus pula seperti pokok mambu, kayu manis, ketumbar, kayu putih, asam jawa, serai, cengkih, roselle, kunyit, daun kari, kantan, rempah serbaguna, dan mcm2 lagi. Pokok kelapa sawit pun ada. Setiap pokok2 yang ditanam ada penerangan. Biasanya pelawat2 dan rombongan sekolah kerap datang kemari terutama cuti sekolah. Kami banyak ambil gambar pokok2 renek dan besar ni, cuma x sempat nak rakam cerita ceriti dari abang ni. So, mana yang kami ingat, ingatlah, herm.. 

 Tanaman padi

Masa peninjauan tur kami dibawa ke rumah dusun (pondok kebun) yang 100% kayu cengal(supaya lebihkurang 200 tahun dapat bertahan tanpa dicat). Disitu ada galeri getah asli dan bangsal memproses getah. Dibangsal memproses getah kami dapat lihat kepingan2 getah setelah dan sebelum dikeringkan dan diwarnakan. Tempat pembakaran asap getah pun kami dapat lihat. Abang tu siap bukak pintu lagi supaya kami dapat lihat getah2 disidai tersusun untuk diasapkan untuk proses pengeringan. Asap pula datangnya dari kayu api pokok getah itu sendiri yang dapat menghasilkan kepanasan yang agak tahan lama. Suhunya yang tetap perlu diawasi agar sentiasa kekal sama. Ada seorang uncle India jaga tempat ni. Tak sempat berkenalan. Just say Hi n Bye. (huhu..). 

 Cara2 penghasilan getah

Pondok pembakar (asap keluar) 

Galeri getah dalam rumah dusun

Rugilah kami datang bukan time musim buah. Katanya lagi dua tiga bulan musim buah. Datanglah beramai2 kita rasa buah2an Purtrajaya... hehe


Pekena abc sebelum bertolak pulang


p/s: kami terlupa nak tanya nama abang tur.. huhu, panggil encik jer




No comments: