Hari ni ada pameran kat Tmn Gajah. So kitorang gi sana ajak nenek and wanNya skali. Faizal(bakal tunang Nora) pun ada bila tiba disana. Saja bawa anak2 jenjalan tgk gajah.
Mcm2 pertunjukan gajah dipamerkan, bg makan, gajah tidur, gajah berdiri, gajah mandi, gajah guling2 dll. Of coz we all terhibur... :)
Lepas tengok gajah kami ke Deerland pula. Takdelah jauh sgt tpt ni dari tmn gajah tadi. Yuran masuk x mahal, berbanding taman gajah tadi free jer. RM5 dewasa and RM3 kanak2. Mcm2 haiwan lain ada selain rusa. Seperti pelbagai jenis haiwan ternakan ayam, itik, kucing hutan, burung dll. Ferret pun ada. Paling best Rabbit hehe. Yg paling takut dan geli of coz ular... eeeeeuuuwwww.... hihihiiii... Dulu ada beruang katanya, tp telah diambil Jabatan Haiwan sbb merbahaya kerana terlalu terbuka. Ular pun mungkin akan diambil.. huhuu sedihnya. xder tarikan la nnti tempat ni selain rusa semata2... herm...
Sambut Besday wan chu ditemani 4 org rakan2nya ke Pantai Sepat. Kami bakar ayam sambil makan nasi. Tempat ni betul2 dekat bahagian teluk. Tak ingat plak nama kampung berdekatan. Anak2 sampai2 trus ganti baji mandi. Dalam jugak kawasan sini.. Berjaga2 jelah. Ramai betul dating sini untuk memancing. Memang tujuan abah pun datang sini untuk memancing skali. Lama x pegi picnic tepi laut.. Hehe.. Nyaman je tpt nya....
Well, this was our 2nd holiday at Penang. Ari tur kebetulan ondeway back from Perlis to KL, kira singgah je lah kat Penang area Bt Ferringhi. Malam pulak tur. So, this time mmg betul2 bercuti punya. Hehehe... Kebetulan masa ni ada adik ipar, Basri. Hubby ajak jln2 pun sbb dia akan ke laut for a week. Thats why nak berjalan2 dgn anak2. :)
Our homestay kat sana(pg2 buta,2am call for 2 nights) Kampung Homestay
Our sarapan pagi merangkap makan tengah hari(hahahhaa...)
Bukit Bendera, rugi kalau x pergi... :)
p/s: terjumpa camera and pulangkan semula pada tuannya(coz ada pics senang nak cam). Alih2 payung kita plak hilang but no one pulangkan(pd payung ada nama, alamat n no phone lg).. haha redha jelah
Toy Museummcm2 ada... all disney character, watak baik dan jahat, seram dll....
p/s: mak mesti suka bila tgk semua watak dalam katun Dragon Ball ada terpamer.. hihiiii
On the way back to homestay lalu area Bt Ferringhi. Dulu dah pernah cuci mata dan poket kat sini. huhuu.. Singgah sarapan petang jup kat Teluk Bahang sambil layan anak mandi laut. Nice view :)
Singgah jgn x singgah. Luas mata memandang..Sejuk hati... :) Yg tu gambar sebahagian penang dr atas bukit tepi jalan.. balik homestay trus tidur smua. Anak2 sambung tidur dr dlm kereta. Smua keletihan hihiii...
Day 2, bgn pagi terus gerak balik melalui jambatan Pulau Pinang. Borak2 dalam kereta terlupa perancangan balik naik feri.. hahhaa... xpelah dulu penah rasa dah naik feri jalan balik :)
Alang2 singgah Zoo Taiping. Nak jln x larat so naik mini train. Shoot photo dr sini jer. Singgah Souvenier Shop beli icecream buat hilang panas, ole2 anak2 n of coz fridge magnet buat kenangan.
Jom layan dua video yang dirakam kat Zoo Taiping nie...
Keindahan ikan berenang-renang
Jom tengok gajah menari utk tarik perhatian
Bukit Larut(Maxwell Hill) dgn ketinggian 1.2km, x jauh dr zoo. Malangnya x leh naik dah guna transport sbb dah tengahari. So kami exercise jungle trecking sendiri naik ke atas. Ada jugak pengunjung lain yg hanya berjalan kaki. Exercise.. Kami sampai aras 10 jer(lebih kurang 0.5km). Masing2 x larat dah. Berpeluh2.. Kejang kaki hui... Berehat jup kat perhentian pertama. Lepas 1/2 jam, turun balik. Laju sket heheee... (sbb nak hujan kih3) Kalau dtg sini lg, kene dtg awal pagi agar boleh naik transport naik ke atas tgk pemandangan yg lagi mengasyikkan... oh bunga tulip......
Deretan anak buah pokcik... hehehee
Ni kat umah k Long, kakak ipar. Sblm bertolak ke KL, kami singgah rumah kLong, kat area Bota.
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.
Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.
Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.
Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.
Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.
Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.
Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.
Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.
Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.
Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.
Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan, wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.
Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.
Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.
Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..
Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
U
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.
Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.
Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin