WELCOME NOTES


Thursday, October 20, 2011

Misteri Keajaiban Nombor

السلام عليكم



11.111.111 x 111.111.111 = 12.345.678.987.654.321


Sifir 3 didarabkan dengan angka 37:

6 x 37 = 222
9 x 37 = 333
12 x 37 = 444
15 x 37 = 555
18 x 37 = 666
21 x 37 = 777
24 x 37 = 888
27 x 37 = 999

Trapeze:

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111

Trapeze #2:

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

0 x 9 + 8 = 8
9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
987654321 x 9 - 1 = 8888888888
9876543210 x 9 - 2 = 88888888888

Another One:

123456789 x 0.9 = 11111111
123456789 x 1.8 = 22222222
123456789 x 2.7 = 33333333
123456789 x 3.6 = 44444444
123456789 x 4.5 = 55555555
123456789 x 5.4 = 66666666
123456789 x 6.3 = 77777777
123456789 x 7.2 = 88888888
123456789 x 8.1 = 99999999


Bayi Ajaib Dalam Kandungan

السلام عليكم






Gambar menunjukkan seorang bayi yang belum lahir lagi, berumur 21 minggu (~ baru 5bulan) yang diberi nama Samuel Alexander Armas. Bayi ini perlu menjalankan satu pembedahan khas oleh pakar bedah bernama Dr. Joseph Bruner. Bayi itu telah di sahkan melalui diagnosis sebagai mengidap sejenis penyakit bernama “spina bifida”, dan tidak mungkin ia boleh hidup jika tidak di bedah dahulu sebelum dilahirkan ke dunia ini.

Ibu Samuel pula adalah seorang jururawat perbidanan di Atlanta, Georgia. Beliau dapat tahu bahawa Dr. Joseph Bruner merupakan seorang pakar bedah yang handal melalui prosedur pembedahan uniknya. Dr. Bruner bertugas di Vanderbilt University Medical Center di Nashville, USA. Beliau telah melakukan pembedahan yang unik ini ke atas Samuel semasa bayi ini masih lagi berada di dalam rahim ibunya. Semasa pembedahan sedang berjalan, doctor tersebut telah membuka rahim si ibu menggunakan “C-section”, kemudian membuka pula satu lubang kecil untuk membedah bayi tersebut.

Sebaik sahaja Dr. Bruner selesai melakukan pembedahannya ke atas baby Samuel ini, bayi kecil ini telah menghulurkan tangan kirinya yang masih kecil tetapi telah sempurna kejadiannya, melalui lubang kecil tadi lalu terus memegang erat jari pakar bedah tersebut. Dr. Bruner telah di laporkan sebagai berkata kemudian bahawa apabila jarinya di pegang oleh bayi tersebut, dia merasakan sesuatu yang ganjil yang amat menusuk perasaan di sanubarinya, dan pada ketika itu juga dia berasa seolah-olah kaku dan tak boleh bergerak.

Gambar tersebut menunjukkan tangan bayi berumur 21 minggu itu memegang jari Dr. Joseph Bruner seolah-olah ia hendak memberi kata-kata penghargaan kepada doctor tersebut kerana telah menyelamatkannya.

Ibu Samuel pula berkata dia sekeluarga telah melinangkan airmata selama beberapa hari apabila melihat gambar tersebut dan berkata, “Gambar itu mengingatkan saya bahawa apabila saya sedang mengandung ianya bukanlah kerana satu penyakit atau pun keuzuran, akan tetapi ianya adalah mengenai seorang manusia yang kerdil”.

Apabila sampai masanya, Samuel telah dilahirkan di dalam keadaan yang sihat, dan pembedahan yang telah dilakukan keatasnya adalah juga 100% berjaya.Lihatlah gambar tersebut, betapa ianya amat menakjubkan kita semua. Namun kita juga harus mengambil iktibar daripadanya, bahawa ianya adalah satu-satunya lagi tanda kebesaran dan kekuasaan Allah SWT! Manusia hanya boleh merancang sambil mengusahakan sesuatu, akan tetapi Allah SWT jua yang akan menentukan segala-galanya.

Cerita nie dah lama, tahun 2009.. tp menarik utk di kongsi bersama :) Mari lihat perkembangam kanak2 tersebut.


Inilah Samuel selepas hampir 4 tahun
  references: An update on Samuel Armas "The Hand of Hope" dan Bayi ajaib dalam kandungan





Tuesday, October 18, 2011

Kejamnya....

السلام عليكم


Guangdong Market, China


Subhanallah, menitik air mata melihat video ni.. Dapat tahu pagi tadi dari Wanita Hari Ini. Sukar untuk percaya. Kasihannya kanak2 perempuan tu (Xia Yue Yue, 2thn). Kalau lah dapat faham apa pemberita tu cakap kan bagus. Apa agaknya perkembangan kanak2 tu. Mula2 ingat dah x bernyawa. Huh.. kasihan sungguh. Walaupun kanak2 tur anak org china, tp dlm hati ini ttp berdoa agar anak itu dpat diselamatkan dan cepat sembuh. X perlulah difikirkan ttg org sekeliling yg x berperikemanusiaan lebih2 lg driver2 lori dan kenderaan yg lalu lalang. Tuhan Maha Kuasa atas segala2nya. Marilah sama2 doakan agar kanak2 terbabit dpt segera sembuh dgn izinNya... Huhuhuhuhhuuuuu.... Hati ibu mana yg tak tersayat melihat video ini :'(
 Keadaan Yue Yue di hospital yg semakin tenat

Ibu bapa Yue yue menyembah tanda trima kasih x terhingga kepada nenek tua itu kerana bantuannya.

"I didn't care for my child very well, and it's my fault," Mrs Qu said, "But Yue Yue can't leave her mother and her mom won't leave her."
She added that despite the bleak outlook, she was still hoping for a miracle for her daughter who slipped out of the house when her seven-year-old brother went out to play.

info terkini: Koma di Hospital dan Sebab2 Ketidakhirauan Org Sekeliling Di China
sumber lain : Toddler Declared “Brain Dead” in Guangdong Hit-and-Run Tragedy (Updated)


update: 22/10/'11-kanak2 wang yue telah pun meninggal dunia pd 21/10/'11 bersamaan hari Jumaat. Semoga rohnya tenang dialam syurgawi :). 
info: TV3 , Berita Harian dan Puteri Kasih blog


Sunday, October 16, 2011

Sepetang d Teluk Cempedak

السلام عليكم


Melihat keindahan laut ciptaan Nya. Lama x dtg sini layan anak2 main pasir sambil mncari kdamaian. :)

..bersama mak dan sofea..

suami dan sofea n alif(xabih2 ngan ultraman)



Friday, October 14, 2011

Senario Rumah Tangga Skrang

السلام عليكم


KISAH 1

Laki talipon, Yang oii... Abang kat kedai mamak ni... Awak nak pesan apa-apa?
Bini jawab, Takmau bang, bini awak diet...
Laki pon balik umah, goyang tangan tak beli apa-apa...
Sampai umah, tengok bini tarik muka moncong mcm cencorot
Siap majuk-majuk... Lari tido bilik sebelah....

Bila laki query balik,
Kan tadi awak yang takmau pesan apa-apa yang oiii....
Bini jawab,
Memangla orang kata takmau apa-apa...
Tapi belikan jerla apa-apa....
Kalau abang beli apa-apa kita makan jerrr....

Eh, bini akuni... Yang mana satu nih?

-----------------------------------------------------------------

KISAH 2

Laki talipon bini,
Petang ni awak nak masak apa Yang?
Bini jawab,
Alaaahhh.... Hari-hari kena masak, penatlah bang!

Balik keja ni Abang makan siap-siaplah
Laki pon, balik keje.. Singgah kedai mamak
Tibai nasik beriyani kari kamben baekk punya.
Sampai umah, sendawa bau kamben...
Tiba-tiba... Bini jerit panggil suh makan!
Bang, bini awak masak sambal tumis petai, sama sup ayam,
Sama telur bistik, sama ayam goreng kunyit. Jom makan!!

Si laki terkulat-kulat pandang makanan penuh satu meja,
Sedangkan perut dia dah senak, penuh dengan kamben!
Merajuk lagiiii... Tido bilik sebelah lagi.....!!
Yang, awak ni ada kecelaruan mental ke halusinasi nih?

----------------------------------------------------------------

KISAH 3

Abangni, kalo dok umah asek sepah umah jerlah!
Bini abang penat tau nak kemas umah semedang
Awat abang tak kuar pi mancing ker... Pi main bola ke...
Pegilah! Pegilah! Saya nak rilek-rilek dgn budak-budak nih

Si laki punyala seronok weeiii....
Dan-dan bangun pi tukar baju, capai talipon, capai kunci keta...
Bila dah siap, kuar bilik...

Tengok hanak bini dah siap-siap pakai baju lawa...
Bangggg, bini awak sama hanak-hanak ikut awak eh?

----------------------------------------------------------------

KISAH 4


Bang, ujung minggu ni balik kampung nak?
Abang keja lah yang....
Abang hantar bini abang dgn hanak-hanak dah la bang,
Pastu abang balik la KL balik
Lepas dah hantar hanak bini balik Parit Buntaq,

Esoknya, laki pon start keta... Nak balik KL.
Baru sampai Taiping, talipon berbunyi... 
Bini dia talipon.

Abang bila nak balik ambik kitorang bang?

----------------------------------------------------------------

KISAH 5

Abang ni asyik tengok tibi jer dari semalam tau
Abang tak kesian bini abang ker...
Dah kelupas-kelupas kulit jari tau.. Asik basuh kain jer
Abang tulungla lipat banjaran Himalaya dalam bilik rahsia tu bang...

Laki pon, dengan muka rebel.... Masuk bilik rahsia... Lipat kain
Sekali, bini masuk bilik nak usha line... Tetiba jer kena petir
plak..

Apa awak lipat kain mcm ni banggg?
Kenapa sudut kanan tak align dgn sudut kiri nih?
Kenapa kolar baju ni awak lipat ke dalam?
kenapa spender ni awak lipat tiga?
kenapa? kenapa? kenapa?

---------------------------------------------------------------

KISAH 6

Nah hambik anak ni bang... pakaikan pampers, pakaikan baju...
bini abang nak mandikan hanak yang sorang lagi....
Nak bagi pakai baju mana ni Yang...?
Alah abangni... kan baju anak ada 8 bakul tu...
pakaikan jerlah baju mana-mana pon...
bukan ada org nk tengok ponnn...

Bila bini tengok, anak dah siap pakai baju....

Apa pesen baju abang bagi budak ni pakai bangggg!
Apsal seluar kunin, tapi baju kaler merah?
kalau orang tengok, nanti orang ingat anak kita sami ha...

p/s: sape yg salah ye... cian sang suami... kih3 (ada pengalaman), laksanakan lah tanggungjawab isteri, kalau suami rajin membantu dan memahami, itu suatu kelebihan dan penghargaan x ternilai...