Saya suka baca idea2 yg diolah Puan Suhaila dlm website nya "Loves of Life". Mari kita sama2 kongsikan..
7 Cara Terbaik Tangani Anak Yang Suka Melawan
Anda mempunyai anak berusia 5 hingga 6 tahun? Perasan tak anak anda sekarang sudah mula pandai menjawab atau melawan dan kadang kala bercakap bohong terutama jika ingin menutup kesalahan yang mereka lakukan?
Anak saya yang sulung pun sama. Ada sahaja jawapannya bila ditegur tapi Alhamdulillah masih tidak sampai peringkat kurang ajar. Mula-mula tu saya rasa geram dan risau juga. Macam mana budak sekecil dia dah pandai melawan? Perangai siapa dia ikut ni? Kini saya faham. Sebenarnya ini adalah sikap normal bagi kanak-kanak seusia mereka. Jadi kita sebagai ibu bapa kena bijak tangani mereka supaya sifat ini tidak menjadi negative dan teruk.
Tip tangani Anak suka menjawab / melawan
Sebenarnya anak-anak di usia ini masih dalam fasa untuk mencuba. Mereka ingin mencuba dan mengetahui sejauh mana kuasa mereka ada. Saya perasan macam mana cara bila Leeya bercakap dengan ayahnya, saya mahupun neneknya. Anak sulung saya lebih manja dengan neneknya berbanding saya dan ayahnya, sebab neneknya yang menjaganya dari lahir hingga berusia 3 tahun. Dan neneknya pun selalu manjakan dan menurut kemahuan dia. Oleh itu, saya dapati Leeya agak suka menjawab dengan neneknya. Dengan ayahnya memang tak berani la dia.. Hehehe.. Mungkin disebabkan sikap mak saya yang suke mengikut kehendaknya dan melayan karenahnya, memberi gambaran yang dia ada kuasa ke atas neneknya. Oleh sebab itu, kita sebagai ibu bapa kena beritahu anak-anak di mana limit mereka, namun perlu dilakukan tanpa buat mereka rasa tidak dihargai. Haa.. camne tu.. susah jugak jadi mak ayah ni kan.. hehe.. kadang-kadang saya pun tertanya-tanya.. macam mana cara terbaik untuk didik anak.. adakah saya dah lakukan yang terbaik.. betul ke cara saya.. anda pun mesti sama kan? =) jangan risau, ianya normal. Sebab itu di pasaran ada banyak buku parenting yang dijual dan juga di laman web seperti babycenter dan pa&ma banyak topik-topik menarik tentang cara mendidik anak yang boleh kita rujuk.
Bagaimana cara mendidik / mengawal anak yang suka menjawab / melawan?
Mendidik anak memang memerlukan kesabaran dan juga ketegasan namun tidak kurang kasih sayang. Menjerit dan menghukum akan menjadikan keadaan lebih buruk dan membentuk anak yang suka memberontak.
Antara cara yang kita sebagai ibu bapa boleh lakukan adalah :
1) Tetapkan peraturan dan limit dari awal lagi.
Pastikan anak faham apa yang betul dan apa yang salah dalam setiap perbuatan. Namun, kita tidak boleh terlalu berkeras dan mengharapkan mereka sentiasa mematuhi peraturan. Jika anak gagal mematuhi peraturan, cuba fahami kenapa anak kita tidak mampu untuk mematuhi peraturan yang kita tetapkan, adakah ianya terlalu ketat untuk anak di usia itu atau pun mereka masih tidak faham tentang kesalahan yang mereka lakukan. Cuba terangkan kepada mereka dengan jelas, kenapa sesuatu perbuatan itu adalah salah dan tidak boleh dilakukan.
2) Elakkan daripada situasi yang mengundang untuk mereka melawan atau tidak mematuhi arahan. Beri mereka pilihan jika boleh. Contohnya, macam Leeya suka makan sambil tengok tv (saya pun sama, hehe). Namun, saya tidak mahu dia makan bersepah di atas karpet. Oleh itu, saya beri Leeya pilihan sama ada mahu makan di meja makan atau di ruang tamu (jauh sedikit di penjuru yang tiada karpet). Dan saya berpesan kepadanya, kutip makanan yang bersepah selepas makan. Di sini, kami dapat win-win situation di mana anak saya mematuhi arahan tidak makan bersepah di atas karpet dan dia dapat makan sambil tengok tv. Kadang-kadang anak-anak suka bila mereka ada kuasa penentuan ke atas sesuatu. Cara ini secara tidak langsung dapat memberi mereka kepuasan memilih dan menentukan.
3) Kurangkan mengawal perkara-perkara yang remeh-temeh dan tidak penting. Contohnya jika anak suka pakai seluar atau baju yang sama setiap hari, biarkan sahaja kecuali jika dah terlalu kotor. Hehehe..
4) Elakkan bercakap dengan anak ketika sedang marah. Ini sangat penting, sebab bila tengah marah, kita takut kita akan cakap atau lakukan sesuatu yang akan buat kita menyesal nanti. Cukup sekadar beritahu anak kita yang perbuatan mereka membuatkan kita marah dan beritahu anda akan jelaskan sebentar lagi (selepas hati anda sejuk).
5) Cuba menjadi pendengar yang baik. Anak-anak kecil ni pun pandai amik hati jika mak ayah mereka tak amik peduli apatah lagi mendengar apa yang mereka ingin katakan. Jika mereka melakukan kesalahan, cuba beri peluang kepada mereka untuk memberi penjelasan.
6) Tunjuk dan ajarkan kepada mereka sikap dan sifat yang sopan dan terpuji. Perhatikan perbuatan yang baik yang dilakukan anak-anak kita dan jangan lupa untuk memberi mereka pujian. Perkara ini sering dilepas pandang oleh kita sebagai ibu bapa terutama mereka yang bekerja. Dalam keadaan penat kerja, kita sering terlupa untuk melihat kebaikan yang dilakukan anak, dan marah-marah di atas kesilapan kecil yang mereka lakukan. Berilah pujian pada si cilik. Ini dapat menggalakkan anak-anak untuk melakukan sesuatu yang baik dan betul. Saya sendiri cuba sedaya upaya untuk menghargai anak saya dengan memberikan dia pujian jika dia telah membantu saya ataupun telah mencapai sesuatu dalam kehidupan sehariannya.
7) Minta maaf kepada anak jika anda membuat kesalahan. Ini pun saya selalu amalkan dan saya juga ajar anak saya untuk meminta maaf setiap kali buat salah. Jangan berasa ego.
Apapun, anak umpama kain yang putih. kita lah yang bertanggungjawab untuk mewarnakan mereka. jadi, pilih la warna yang cantik dan menarik supaya mereka kelak tidak rosak ditangan kita, IBU BAPA.
Sekian,
Suhailah
0192882244
No comments:
Post a Comment