Malam tadi mak abah n Jeman sampai umah. Tidur sini jer sebab diorang keletihan datang dari Kuantan. Hari ni pagi2 diorang dah bertolak dulu ke rumah nenek sbb majlis nikah sepupu(PakLong), ain dan lala jam 10am. Kebetulan en hubby plak xder. Masih offshore lagi dan mungkin balik hari Isnin. Dengan keizinan hubby, selepas daftar booking kat sekolah tadika anak2 berhampiran rumah, saya drive terus ke rumah nenek dgn anak2. Sampai jer rumah nenek rupa2nya majlis masih belum berlangsung gara2 pengantin lelaki Lala tak sampai lagi. Sesat katanya. Lepas diorang sampai terus dinikahkan kedua2 mempelai. Alhamdullillah, kedua2 selamat diijab kabulkan dgn sekali lafaz.
Tgh hari memang meriah dgn tetamu dan anak2. Lewat petang bila tetamu semakin kurang, hujan makin lebat turun sampailah malam. Dalam pukul 10pm, barulah kami balik ke rumah. Mak dan abah serta Jeman tinggal kat rumah nenek. Esok baru abah dan Jeman balik Kuantan. Mak pulak tinggal rumah nenek 2 3 hari ni.
No comments:
Post a Comment