WELCOME NOTES


Saturday, September 29, 2012

Gigi pertama tercabut buat Alif

السلام عليكم

P/s: demam jugak alif 3 hari, mujur rajin makan ubat.. Hehe
sign, my signature

Thursday, September 27, 2012

@PKNS Shah Alam

السلام عليكم
Petang keluar lepas lunch teman hubby ke shah alam. Sementara tgu hubby meeting kami ke PKNS. Pusing2 cari makan. Last2 Kyros Kebab jd pilihan.
Lepas mkn main taman dekat tasik shah alam.
Lepas pusing taman pergi cari makan kat Big Apple pula di SACC Mall. Sehinggalah ayah sampai dan terus pulang ke homesweethome. ;)
sign, my signature

Ganjaran berbakti kpd ibubapa

السلام عليكم
(( Kisah Benar Pelajar Dapat Bantuan Allah Waktu Peperiksaan ))

Ini adalah kisah benar yang berlaku di dewan peperiksaan di salah sebuah sekolah. Kisah ini diceritakan oleh salah seorang guru wanita yang berada dalam dewan peperiksaan tersebut.

Ceritanya begini :

Terdapat salah seorang pelajar masuk ke dewan peperiksaan dalam keadaan keletihan dan tertekan. Dia duduk di tempat yang telah dikhaskan untuknya. Kemudian dia menerima kertas ujian dan setelah berlalu masa ujian beberapa ketika guru

tersebut mendapatinya tidak menulis apa-apa pun pada kertas jawapannya sehingga berlalu separuh masa peperiksaan. Maka guru tersebut mula memberi perhatian yang lebih kepadanya.

Tiba-tiba pelajar tersebut mula menulis dan menjawab semua soalan dengan pantas dan ini mengejutkan guru yang memerhatikannya sejak tadi. Pelajar tersebut menjawab semua soalan peperiksaan dengan baik. Ini menambahkan lagi rasa ragu-ragu pada guru tersebut dan dia beranggapan pelajar tersebut telah menggunakan taktik baru dalam meniru. Tetapi guru tersebut tidak menjumpai apa-apa tanda yang pelajar itu telah meniru dalam peperiksaan. Setelah pelajar itu menyerahkan kertas jawapannya, guru telah bertanya kepadanya apa yang berlaku sebenarnya.

Dan jawapannya amat mengejutkan dan menyentuh perasaan. Tahukah anda apakah jawapan pelajar itu? Pelajar tersebut menceritakan : “semalam saya berjaga sepanjang malam sehingga subuh. Saya dalam keadaan tidak sihat dan menjaga ibu saya yang sakit tanpa sempat untuk mengulangkaji untuk ujian keesokannya. Maka sepanjang malam saya menjaga ibu dan saya datang menghadiri peperiksaan dengan harapan aku dapat melakukan sesuatu dalam peperiksaan nanti. Saya melihat soalan-soalan namun tidak dapat menjawabnya. Saya hanya berdoa kepada Allah dengan amalan terbaik yang saya lakukan iaitu berbakti kepada ibuku semata-mata kerana Allah.

Tidak lama selepas itu, Allah memakbulkan doa saya dan seolah-olah saya nampak buku di depan. Saya mula menulis dengan pantas. Itulah yang saya dapat dan amat bersyukur kepada Allah kerana menerima permohonan saya.

Kisah yang menakjubkan ini menjelaskan bahawa betapa besarnya ganjaran berbuat baik kepada ibu bapa dan merupakan amalan yang paling Allah sukai. Maka Allah membalasnya dengan memberi kebaikan kepadanya kerana berbakti kepada orang tua.

Aku menyeru kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu dan bapa agar berbaktilah kepada mereka untuk mencari keredaan Allah sebelum mereka pergi meninggalkan kita.

P/s: kredit to www.darulislamiyyah.blogspot.com

sign, my signature

Sarang Lebah Tualang

السلام عليكم

Alkisahnya, mlm tadi pegi rumah abang ipar area Subang. Keluar dinner. After dinner, singgah jup rumah diorang. Ada JPN dtg untuk clearkan satu kes. Hehe cam serius jer.. Tp mmg serius pown. My biras sampai mc 3 hari kene sengat lebah. Rupa2 nya mmg ada sarang lebah dalam ceiling parking kereta. Katanya itu lebah tualang. Besar jugak sarangnya. Selepas selesai mengclearkan sarang tur, dpt lah kami sama2 merasa madu lebah tualang tu. Hehe mmg original, x Mcm bli kat kedai. 
Nasib baik lebah2 tu x terbang dan sengat kami di waktu mlm ni.
Boleh tahan jugak besar sarang dia. Memang bahaya.
Dapat merasa secalit dua bhgn yg diberikan kpd tuan rumah Huhu...

sign, my signature

Wednesday, September 26, 2012

Imaginasi anak-anak ku (3 & 4 years)

السلام عليكم
Kreativiti Alif: Suasana Jalan jammed
Kreativiti Soffea: Rumah HelloKitty

sign, my signature

Rahsia Di Sebalik Tanda Tangan

السلام عليكم
Tanda tangan amat penting untuk seseorang kerana banyak urusan urusan yang memerlukan kita untuk menurunkan tanda tangan untuk tujuan pengesahan, autograf, dan sebagainya. Dan kebanyakan dari kita tidak tahu menilai tanda tangan dan kita cuma menilai tanda tangan secara luaran. Kenapa tanda tangan sangat penting? Mungkin ada yang tidak tahu tandatangan boleh menujukkan personaliti seseorang. Rahsia yang tersirat di sebalik tanda tangan:
 1. Satu Garis Di Bawah Tanda Tangan Mempunyai keyakinan yang tinggi dan personaliti yang baik. Namun, bersifat agak kedekut mereka juga percaya kepada kebahagiaan dalam kehidupan manusia.
 2. Dua Titik Di Bawah Tanda Tangan Mereka boleh dikatakan berjiwa romantik. Mudah menukar kekasih (perempuan) seperti menukar baju. Memilih orang yang memiliki kecantikan dan mereka sendiri berusaha untuk kelihatan menarik dan mereka ini juga mudah menarik perhatian orang lain.
 3. Satu Titik Di Bawah Tanda Tangan Lebih cenderung kepada seni klasik serta perkara yang mudah dan tenang. Jika orang lain yang telah hilang kepercayaan kepada anda, anda tidak akan sesekali kembali kepada mereka dan ini menunjukkan mereka seorang yang tetap pendirian. 
 4. Tiada Garisan atau Titik Di Bawah Tanda Tangan Mereka ini selalunya lebih gemar hidup dalam dunia sendiri dan mereka juga jarang mahu mendengar pendapat orang lain.Mereka ini boleh dikategorikan sebagai pencinta alam tetapi mereka juga mempunyi sifat agak kedekut. 
 5. Tiada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan Maksudnya tanda tangan mereka tidak menonjolka nama mereka. Golongan ini cuba untuk kelihatan bergaya,suka menyembunyikan sesuatu. Mereka jarang untuk berterus terang tetapi mereka merupakan pendengar yang baik apabila sentiasa memberi perhatian tentang apa yang orang lain sedang katakan. 
 6. Ada Persamaan Antara Nama dan Tanda Tangan Mereka ini berkeinginan untuk menjadi bijak tetapi mereka tidak pernah berfikir. Mereka ini tidak tetap pendirian, dan selalu menukar idea atau pandangan sendiri seperti angin yang mengubah haluan. Golongan ini tidak pernah berfikir baik buruk tentang sesuatu perkara. Selalunya, orang lain boleh memenangi atau mengambil hati mereka dengan hanya memuji. 
 7. Tanda Tangan dengan Huruf Yang Tidak Bersambung Mereka ini sangat baik terhadap orang lain. Mempunyai hati yang baik, tidak mementingakan diri dan sedia berkorban untuk kepentingan dan kebahagiaan orang yang di sayangi. Tapi apabila terlalu banyak sangat perkara yang mereka sedang fikirkan, ini menyebabkan mereka akan cepat melenting. 
 8. Tanda Tangan yang Lengkap Seperti Nama Mereka sangat baik hati dan boleh menyesuaikan diri dengan apa saja suasana dan sesiapa sahaja yang mereka temui. Golongan ini juga sangat teguh pendirian serta pendapat dan memiliki keinginan yang sangat kuat dalam mendapatkan sesuatu. 

 Dah cuba ? Tepat ke tak... Kalau tak betul jgn marah ye.. kalau betul baguslah.. hehehe :) 

 P/s: crdt to Penpatah.blogspot.com
sign, my signature

Oohhhh TIDAK... Mee segera MEMANG bahaya!

السلام عليكم
10 Ramuan Bahaya Dalam Mi Segera Kalsium Sulfat: Kapur Paris. Asid Tartarik: Bahan kimia yang digunakan dalam julap dan untuk memutihkan cermin. Lebih beracun berbanding 100% alkohol tulen. Kalsium Oksida: Digunakan rawatan sisa buangan dan dalam racun serangga. Tertiary Butylhydroxyquinone (TBHQ): Produk berasaskan petroleum; satu bentuk butane (cecair dalam pemetik api). BHT: Risiko karsinogen dan kesan berbahaya kepada ginjal. Propyl Gallate: Satu xenoestrogen (sebatian seperti hormon). Boleh memberikan kesan sampingan kepada pembiakan, perkembangan janin yang sihat dan menghalang pengeluaran sperma. Pentasodium triphosphate: Bahan pencuci paling berkuasa (sering digunakan dalam bahan cuci), bahan samak untuk kulit binatang juga digunakan dalam pengeluaran kertas, penapisan petroleum, aplikasi lombong dan rawatan air. Propylene Glycol: Pelarut sintetik yang dianggap racun neurologi. Digunakan untuk pembuatan bahan pendingin, antibeku automotif, cecair yang berfungsi dalam tekanan hidraulik dan sebagainya. Jumlah berlebihan yang diambil boleh membawa kepada kerosakan buah pinggang. Polydimethylsiloxane: Digunakan dalam kanta sentuh, syampu (untuk menjadikan rambut berkilat dan licin), minyak pelincir dan jubin tahan panas. Pewarna tiruan (contohnya: Sunset Yellow FCF dan Tartrazine): Menyumbang kepada hiperaktiviti dalam kalangan kanak-kanak dan mungkin turut menyumbang kepada gangguan visual dan pembelajaran serta kerosakan saraf yang mungkin menjadi penyebab kanser. Jadi kurangkanlah makan mee segera, walaupun murah dan menjimatkan ianya membahayakan kesihatan. Malah, lebih banyak kos yang diperlukan untuk melakukan rawatan kalau kesihatan kita terjejas. P/s:Huhu feveret tp dah xle mkn walaupun jarang2... Mmg sgt bahaya kesannya...
sign, my signature

Sunday, September 23, 2012

Perhiasan yang dilarang didalam rumah

السلام عليكم

RUMAH adalah tempat perlindungan dan beristirahat… Pastinya setiap orang inginkan ketenangan setiap kali berada di rumah… Dalam mencari ketenangan, tentu sahaja kita memerlukan rumah yang bersih tanpa wujudnya barang-barang yang boleh mendatangkan kemusyrikan kepada kita…

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Empat unsur yang membawa kebahagian iaitu isteri solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang menyenangkan hati”…

Manakala dl surah an-Nahl (80), Allah s.w.t. berfirman :”Allah menjadikan untuk kamu rumah-rumah kamu sebagai tempat yang menyenangkan”…

Oleh itu, dalam menghias rumah, tidak harus wujudnya unsur-unsur berbentuk syirik seperti patung… Ini kerana, dalam mencari ketenangan, kita juga mengharapkan supaya malaikat rahmat masuk ke dalam rumah, kerana malaikat tidak akan masuk ke dalam rumah yang mengandungi patung…

Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda: Sesungguhnya malaikat tidak akan masuk ke rumah yang di dalamnya ada patung”…

Begitu juga dengan rumah-rumah yang dihiasi dengan gambar yang berbentuk lucah, wanita tidak berpakaian dan seumpamanya.

Kadang kala, terdapat rumah yang mempunyai kawasan yang luas, namun pada zahirnya kelihatan tenang, cantik tetapi malangnya tidak dimasuki malaikat sebab wujudnya gambar-gambar berunsur kemaksiatan, patung hiasan dan seumpamanya…


CACATKAN ANGGOTA PATUNG

Sekiranya terdapat perhiasan berbentuk patung di dalam rumah, maka hendaklah dicacatkan anggotanya seperti patahkan kepala patung tersebut / yang sewaktu dengannya…


Ini berdasarkan sebuah hadis yang menceritakan tentang keengganan Jibrail a.s memasuki rumah Rasulullah s.a.w. kerana di pintu rumahnya ada sebuah patung.

Hari berikutnya pun Jibrail a.s. tidak mahu masuk, sehingga dia mengatakan kepada Nabi Muhammad s.a.w.“Perintahkanlah supaya memotong kepala patung itu”. Maka dipotonglah ia sehingga keadaannya menjadi seperti sepohon pokok…(Riwayat Abu Daud, Nasai, Termizi  dan Ibnu Hibban)


Dengan kecacatan tersebut, tiada kemungkinan patung itu akan diagung-agungkan… Bagaimanapun, patung permainan yang digunakan oleh anak-anak perempuan dibolehkan dalam Islam kerana permainan sebegini ini sekurang-kurangnya boleh mengajar anak-anak untuk masa akan datang cara mendidik anak-anak mereka…

TIDAK BERNYAWA

Menyentuh isu perhiasan yang dibolehkan dalam Islam, adalah seperti ayat-ayat suci al-Quran, pokok, gambar pemandangan / benda yang tidak bernyawa…


Tidak salah dalam Islam membuat perhiasan daripada gambar berbentuk pemandangan laut, perkampungan, pohon di hutan, sungai dan sebagainya yang selari dengannya…

Cuma, yang tidak dibenarkan oleh Islam antaranya ialah gambar-gambar artis yang memperagakan auratnya untuk tatapan umum / gambar orang kafir (orang bukan Islam) yang melakukan musyrik terhadap Allah s.w.t…


Islam tidak menggalakkan gambar-gambar seperti ini kerana ia melambangkan keagungan / timbul perasaan memuja mereka…

Menggantungkan gambar-gambar orang alim dibenarkan sebab ia dilihat dari sudut ketokohan, kelebihan ilmunya.  Islam mengharuskan gambar sebegini untuk dijadikan contoh…


Begitu juga dengan gambar-gambar keluarga / haiwan yang diambil secara fotografi dibenarkan kerana boleh menjadi kenangan…

SEKSAAN HARI KIAMAT

Islam melarang perhiasan pinggan mangkuk yang diperbuat dari emas,  perak kerana bilamana adanya perhiasan sebegini di rumah, kemungkinan besar akan menimbulkan perasaan / sifat sombong, riak, ingin menunjuk-nunjuk kemewahan yang ada padanya…

Larangan ini adalah untuk menjaga hati fakir miskin supaya tidak merasa rendah diri / wujudnya perbezaan / jurang yang berlebihan antara golongan kaya dan miskin…

Manakala bekas-bekas acuan kuih-muih yang berbentuk haiwan, ia dibolehkan kerana acuan-acuan ini akan dibuat dalam bentuk makanan yang akhirnya yang akan di makan, tidak disimpan dan tidak kekal maka ia dibolehkan…

Begitu juga halnya dengan permaidani yang ada gambar binatang, tidak haram diletakkan di dalam rumah sebab ia diletakkan di dalam kedudukan rendah… Permaidani akan dipijak dan ia akan tidak membayangkan ia diagungkan…

Islam juga mengingatkan, orang yang mengukir dan memahat patung akan menerima azab yang dahsyat pada hari kiamat… Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesungguhnya orang yang paling berat seksaannya pada hari kiamat ialah orang yang membuat ukiran / memahat patung ini… Dalam 1 riwayat diterangkan: Orang yang menandingi kuasa ciptaan Allah”… (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda: Sesiapa yang membuat patung, pada hari kiamat nanti dia akan dipaksa untuk meniupkan roh padanya, pada hal dia selamanya tidak dapat meniupkan roh itu…

Maksud hadis ini ialah, Allah akan menyuruh orang yang membuat patung itu meniup roh sehingga boleh dan ini tentu sahaja merupakan 1 seksaan dan peghinaan kerana bukan kerja manusia meniupkan roh…

Kredit:blog tok wan
sign, my signature

Saturday, September 22, 2012

Restoran Jees Seafood, Sri Gombak

السلام عليكم 

Gara2 badan x berapa nak mengizinkan bab masak memasak lama2 nih, so kami dinner kat luar jelah.. kelmarin nyer citer, adik ipar masak maggi goreng for dinner. mmg sodap... smlm dinner kat Ani Sup Utara sblm anta adik ipar ke busstand balik t'ganu.. hehe hari ni pulak mkn luar. Destinasi pilihan kat area sri gombak jer. Anak2 mkn western, ibu n ayahnya mkn eastern hehe... Perut lapar kami mkn dimulakan dgn bismillah... :)


sign, my signature

Saturday, September 15, 2012

Jamuan Hari Raya

السلام عليكم

Hari ini bersamaan 28 Syawal 1433H. Saya dan suami buat makan2 sempena bulan Syawal. Kami jemput sahabat2 terdekat, saudara mara dan jiran tetangga. Inilah 1st time kami buat makan2. Haha baru terasa penatnya orang lain buat makan2. Tp yg penting keikhlasan dan niat. Semoga Allah swt merahmati dan memurahkan rezki tetamu2 yang datang.. :)


Me with Zahrah



sign, my signature

Wednesday, September 12, 2012

Kuantan-Gua Musang-Cameron Highland-Ipoh-Kuala Lumpur

السلام عليكم 
Photobucket
Isnin, 10/09/12, kami ke Hospital Gua Musang sbb anak sedara yang tinggal di Merapuh, demam kuat. Kami memang sudah ada di Kuantan sbb hubby ada meeting di Kerteh. Dah masuk hari kedua Fatimah Zahrah disana. Demam dah turun tapi kena tahan atas arahan doktor. Mungkin 2 hari lagi baru boleh keluar. Kebetulan kami datang hari lahir Zahrah. Semalamnya 09/09/12 pula besday ayahnya. Sambutlah sama2. Kanak2 lah yang paling girang.. Umi dan abah pun ada disana.
Photobucket
Perjalanan yg mengambil masa 5 jam dari Kuantan ke Gua Musang ikut Lanchang dan Kuala Lipis, menyebabkan kami nekad tidur semalaman di hotel berhampiran. Tak larat rasanya nak balik kL. Atas bantuan adik ipar bakal jadi bapa tahun depan insyaallah, Aspan, kami menginap di Hotel Fully Inn bersama mertua skali. Anak2 jumpa tub terus nak mandi berendam dalam air suam sambil main buih. Then dgn ayahnya mereka turun ke bilik tok Ki n tok Wan, apalagi turn ibunya lah pulak berendam merehatkan badan sampai diorang balik boleh x dengar. Hahahaa.. dengar bunyi deringan telepon bilik baru tersedar... kih3 sowi my kids and hubby...
PhotobucketPhotobucket
Pagi2 lepas singgah hospital kejap, kami melawat besan Umi n abah, ayah Aspan berhampiran Felda Chiku, Kesedar. Dalam perjalanan terserempak dgn sebuah kemalangan yg amat mengerikan. Kereta Wira hijau hancur berkecai sampai stereng n enjin kereta tercampak kat atas jalan. Pemandunya tercampak ke parit berhampiran. Sebuah teksi Waja pula kemek habis sebelah kanan depan bahagian pemandu. Mayat pemandu masih ada berbaring di kerusi belakang. Sebuah kereta lagi jenis Mercedes hanya kemek teruk bahagian bumper depan. Ngeri rasa. Dgr kata ada 2 orang yg terlibat terkorban. Wallahua'alam. Al-Fatehah... Bila tiba di rumah keluarga Aspan, kami singgah dan dijemput makan tengah hari. Wah syukran mmg dah lama nak makan cendawan kecik yg biasa jumpa kat hutan. Dulu masa kecik2 bila abah pegi memancing ikan dlm hutan, mak selalu kutip cendawan ni. Tapi sekarang dah lama x pergi mencari. Masa makan makanan yang digemari, mesti kita akan teringat akan keindahan tersendiri. Teringat saya masa saya sek rendah saya makan cendawan mak saya masak.. Subhanallah... :)
Photobucket
On the way back 11/09/12, kami ikut jalan ke Cameron Highlands dan tembus highway dr Ipoh terus ke KL. Abah dan Umi balik terus ke Chaluk. Perjalan yang berliku ditambah pulak hujan renyai2 memang mencabar. My hubby pilih jalan ni sebab mahukan satu cabaran baru melalui jalan yang tak pernah kami lalui sebelum ni. Pening nak muntah macam orang pregnant pun ada. In the middle, lalu kat cameron memang best. Terutama area Lojing. Pemandangan SUBHANALLAH memang sangat cantik. Tak leh nak gambarkan dengan kata2. Lihat sajalah antara gambar yg sempat kami ambil untuk memori.
PhotobucketPhotobucketPhotobucket
Bila sampai kat simpang ke Cameron Highlands, kami singgah beberapa buah kedai untuk beli madu asli sedikit bunga dan sayur2an segar. Dan yang paling penting buah strawberry. My hubby n anak2 takut nak makan sbb masam sket. Me! haha memang feveret ma.. boleh putihkan gigi...kih3 Yang kelakarnya, kami singgah tiap2 perhentian gara2 sorang sorang nak buang air... hahaha.. Perhentian Tapah kami singgah makan kuih pau dgn air panas. Mmg best lagi2 cuaca sejukkkkk nii. Musim hujan nih..
Akhirnya kami selamat tiba di rumah dalam jam 8 mlm. Alhamdulillah, syukur kepada tuhan kerana perjalanan yg sungguh indah ini dan sungguh bermakna zahir batin. :)
sign, my signature

Monday, September 10, 2012

Sungai Jin- Perkelahan berkeluarga

السلام عليكم 


Berkelah sempena sambutan raya puasa enam mak dan abah... ;)
p/s: sempat mak Yang amik pucuk paku bawak balik rumah... sedap masak gulai lemak ikan masin dgn pucuk paku, hingga menjilat jari hehe...kami pulak bawak balik batu2 bulat ke kL buat hiasan halaman rumah (dgn syarat minta izin dulu wooo.. hehe)

sign, my signature