WELCOME NOTES


Monday, August 6, 2012

TIPS MENANGANI ANAK BERBOHONG

السلام عليكم

Tips menangani anak berbohong

ADA KALANYA si kecil seawal empat atau lima tahun sudah pandai berbohong kepada orang tuanya. Untuk melindungi diri atau takutkan sesuatu, dia sanggup memutar belit fakta.

Segelintir ibu bapa bimbang sikap itu akan terbawa-bawa dalam proses tumbesarannya sehingga menjadi satu tabiat yang tidak sihat. Melihat keadaan itu, ibu bapa berasakan sesuatu perlu dilakukan supaya sikap itu tidak terbawa-bawa hingga dewasa dan seterusnya menjadi sebati kepada pembentukan peribadinya.

Mengapa sebenarnya si anak sanggup berbohong? Mungkin ada alasan mengapa si kecil berbuat begitu. Walau apapun jawapannya, tindakan perlu dilakukan sejak awal demi pembentukan masa depan anak.

• Lupa
Anak usia prasekolah sama ada di tadika atau taska memiliki daya ingatan yang singkat. Oleh itu, si kecil tidak mencuba untuk berbohong ketika ditanya sesuatu misalnya, sebab dia bertengkar. Apa diingatinya hanyalah dia sudah berusaha merebut mainan daripada temannya.

• Harapan
Si kecil di taska atau tadika berkeras mengatakan dia tidak memecahkan pasu bunga. Dia sebenarnya berharap keadaan itu tidak berlaku dan meyakinkan diri hal itu tidak ada hubungannya dengannya.

• Imaginasi yang aktif
Pada usia prasekolah, anak kaya dengan fantasi atau imaginasi. Kreativiti memuncak dan mereka sering berfikir, apa yang ada dalam pemikirannya memang betul. Lagipun, bagi mereka, setiap orang ke bulan menggunakan roket raksasa.

• Tidak ingin dicemuh
Si kecil sememangnya tahu kelakuan yang buruk akan mengecewakan ibu bapanya. Untuk menghindari rasa marah si ibu atau bapa, mereka lebih cenderung untuk berbohong.

• Ingin dikagumi
Mengarang cerita membuatkan anak berasa dirinya penting. Ketika menceritakan kepada ibu bapa atau penjaganya dia berenang di kolam renang untuk golongan dewasa, hakikatnya dia ingin dipuji dan dikagumi walaupun dia tidak menyedarinya.

• Minta perhatian
Apabila anak mereka cerita, dia ingin mendapatkan reaksi anda. Dia langsung tidak memikirkan sisi negatifnya.

• Menguji peraturan
Si kecil yang berusia lima tahun berkeras ingin menonton televisyen, pada hal dia tahu itu waktu tidurnya. Anda pasti tidak mengizinkan dia menonton dan ini membuatkan dia merajuk malah mungkin mengatakan dia belum menonton siri kartun kegemarannya.

Si kecil yang berasa terkongkong dengan peraturan diberikan orang tuanya membuatkan dia cuba berbohong.


Apa yang harus dilakukan?

• Anda perlu mengingatkan diri sendiri, berbohong adalah bukti anak belajar apa yang benar dan salah. Di sisi lain, anak belajar mengembangkan kesedaran dan pengertian jelas antara fakta serta imaginasi. Lagipun dia berasa dia tidak berbuat salah.

• Cari penyebab
Apabila si kecil berbohong, dia ingin dihargai. Dalam hal ini, sebaiknya anda tidak seharusnya menyokong kerana ia akan terus menggalakkan sikap suka berbohong.

• Jangan menyalahkan si kecil sebaliknya, berikan komen yang membuatkan mereka mengaku, bukan menyangkal.

• Anak mungkin tahu berbohong itu tidak baik, tetapi belum tentu dia faham seseorang yang berbohong menyebabkan dia tidak lagi dipercayai. Tanamkan kejujuran kepadanya misalnya menerusi cerita teladan.

• Bersikap positif bukan menghukum. Ibu bapa berharap si kecil mengakui kesalahan apabila dia berbuat sesuatu yang tidak baik.

• Apabila memberikan hukuman atas pembohongannya, ia tidak akan memberi kesan seperti diharapkan. Anak yang dihukum atas pembohongan kecil dikhuatiri melakukan pembohongan lebih besar pada masa akan datang.

• Yakin tetap menyayanginya. Apabila anak tidak sengaja memecahkan lampu tidurnya, dia takut mengaku kerana bimbang ibu tidak sayang lagi kepadanya. Yakinkan si kecil, ibu dan ayah tetap sayang padanya walaupun dia sudah melakukan sesuatu yang tidak sewajarnya.

Kredit: Portal Komuniti Muslimah

P/s:soffea dan alif dua2 kalau buat salah mmg xnak ngaku. Lepas tu salahkan org lain. Pandai bg alasan pulak tu... Fenin3

sign, my signature

No comments: