WELCOME NOTES


Monday, June 25, 2012

Pulau Pinang - Next Destination

السلام عليكم 

Well, this was our 2nd holiday at Penang. Ari tur kebetulan ondeway back from Perlis to KL, kira singgah je lah kat Penang area Bt Ferringhi. Malam pulak tur. So, this time mmg betul2 bercuti punya. Hehehe... Kebetulan masa ni ada adik ipar, Basri. Hubby ajak jln2 pun sbb dia akan ke laut for a week. Thats why nak berjalan2 dgn anak2. :)
Our homestay kat sana(pg2 buta,2am call for 2 nights)
 Kampung Homestay

Our sarapan pagi merangkap makan tengah hari(hahahhaa...)

Bukit Bendera, rugi kalau x pergi... :)
p/s: terjumpa camera and pulangkan semula pada tuannya(coz ada pics senang nak cam). Alih2 payung kita plak hilang but no one pulangkan(pd payung ada nama, alamat n no phone lg).. haha redha jelah

 Toy Museum mcm2 ada... all disney character, watak baik dan jahat, seram dll....
p/s: mak mesti suka bila tgk semua watak dalam katun Dragon Ball ada terpamer.. hihiiii


On the way back to homestay lalu area Bt Ferringhi. Dulu dah pernah cuci mata dan poket kat sini. huhuu.. Singgah sarapan petang jup kat Teluk Bahang sambil layan anak mandi laut. Nice view :)

 
Singgah jgn x singgah. Luas mata memandang..Sejuk hati... :) Yg tu gambar sebahagian penang dr atas bukit tepi jalan.. balik homestay trus tidur smua. Anak2 sambung tidur dr dlm kereta. Smua keletihan hihiii...

Day 2, bgn pagi terus gerak balik melalui jambatan Pulau Pinang. Borak2 dalam kereta terlupa perancangan balik naik feri.. hahhaa... xpelah dulu penah rasa dah naik feri jalan balik :)

Alang2 singgah Zoo Taiping. Nak jln x larat so naik mini train. Shoot photo dr sini jer. Singgah Souvenier Shop beli icecream buat hilang panas, ole2 anak2 n of coz fridge magnet buat kenangan.

Jom layan dua video yang dirakam kat Zoo Taiping nie...

Keindahan ikan berenang-renang


Jom tengok gajah menari utk tarik perhatian

Bukit Larut(Maxwell Hill) dgn ketinggian 1.2km, x jauh dr zoo. Malangnya x leh naik dah guna transport sbb dah tengahari. So kami exercise jungle trecking sendiri naik ke atas. Ada jugak pengunjung lain yg hanya berjalan kaki. Exercise.. Kami sampai aras 10 jer(lebih kurang 0.5km). Masing2 x larat dah. Berpeluh2.. Kejang kaki hui... Berehat jup kat perhentian pertama. Lepas 1/2 jam, turun balik. Laju sket heheee... (sbb nak hujan kih3) Kalau dtg sini lg, kene dtg awal pagi agar boleh naik transport naik ke atas tgk pemandangan yg lagi mengasyikkan... oh bunga tulip......

Deretan anak buah pokcik... hehehee
Ni kat umah k Long, kakak ipar. Sblm bertolak ke KL, kami singgah rumah kLong, kat area Bota.

Perjalan indah dan selamat, syukran pd Ilahi :)


sign, my signature

Wednesday, June 20, 2012

Seorang Wanita tua dan seekor kucing di Tanah Suci

السلام عليكم
Wanita ini, kerana sudah tua dan uzur, lutut pun lemah dan sentiasa sakit, menggunakan kerusi roda semasa tawaf dan saie. Dia mengupah petugas Arab menolaknya, tujuh kali pusingan tawaf dan tujuh kali berulang alik antara Bukit Safa dan Marwah.

Beliau menunaikan tawaf rukun dan saie saja. Yang sunat tak mampu kerana uzur. Lagi pun wangnya hanya cukup-cukup saja.

Namun, ada satu amalan mulia dimiliki Muslimah ini. Yakni mencontohi sunnah Nabi s.a.w., mengasihani dan menyayangi kucing di desanya.

Dia amat suka memelihara kucing. Di rumahnya banyak kucing. Dia melayan makan dan minum kucing. Dia pungut kucing yang dibuang orang, diberikan makan dan minum, dirawat dan dimandikan dengan sabun wangi.

Walaupun banyak kucing jalanan itu lemah, sakit, kurus kering atau lumpuh, tetap diambilnya untuk dirawat di rumahnya. Ada yang berkudis dan sakit serius. Pendeknya rumahnya menjadi pusat kucing kurap.

Maka terkenal lah rumahnya jadi pusat rawatan kucing. Mana-mana kucing yang mati dikuburkan di kebunnya. Demikian begitu kasih Muslimah ini kepada makhluk Allah yang lemah lembut itu.

Justeru, ada kucing-kucing peliharaannya manja, gemuk dan sihat, serta cantik-cantik belaka, berkat khidmatnya, yang ikhlas.

Tahun itu beliau berangkat, menunaikan haji dengan menggunakan perkhidmatan Tabung Haji. Gembira dan sayu nian kalbunya, kerana hajatnya untuk ke Tanah Suci, solat di Masjidilharam dan melihat Baitullah di depan mata sudah terkabul sudah.

Ingin di hatinya untuk tawaf banyak-banyak seperti orang muda dan sihat. Tetapi apakan daya, lututnya sakit manakala badan uzur. Setelah solat fardu sentiasalah beliau memanjatkan doa dan pertolongan Allah, agar hajatnya dimakbulkan.

Pada suatu hari, semasa hendak pergi solat di Masjidilharam dengan keadaan bertongkat, beliau terjumpa seekor kucing yang kurus, comot, lemah dan lapar.

Apabila kucing itu hendak bangun berjalan, ia jatuh berkali-kali. Kasihan, wanita tua itu melihat makhluk Allah itu menderita dan sengsara di kota suci Makkah.

Lantas diambilnya kucing itu, diurutnya tubuhnya yang lemah itu. Dibelikan sebungkus nasi berlauk dan diberikan minum air zam-zam yang murni.

Dengan takdir Allah, kucing itu pulih dan sihat. Kucing itu telah menggesel kaki Muslimah tadi, lalu menjilat kedua-kedua tapak kakinya. Ajaib sungguh, kaki dan lututnya yang sakit tadi, tiba-tiba menjadi sihat dan kuat, seperti orang muda.

Muslimah tua tadi dapat tawaf sebanyak-banyaknya, ikut suka hatinya. Tertunailah hajat yang terbuku di hatinya selama ini, berkat menolong seekor kucing di Makkah yang mulia itu..

Setelah tawaf wida (selamat tinggal) dan menziarahi Masjid Nabawi, hajah yang solehah tadi berserta rombongannya bersiaplah untuk pulang ke Malaysia.
U
Sewaktu hendak menaiki tangga pesawat di Jeddah, Muslimah tua tadi terlopong melihat seekor kucing yang mirip kucing yang ditolongnya sewaktu di Makkah dulu.

Kucing itu duduk di sisi tangga pesawat itu sambil matanya merenung sayu padanya. Apabila Muslimah tadi sampai ke anak tangga teratas, kucing tadi ghaiblah daripada pandangannya.

Demikianlah ganjaran dan berkat orang yang mengasihi kucing, seperti Nabi kita s.a.w. mengasihinya di dunia ini, lebih-lebih besarlah pahala menunggunya di alam akhirat nanti. Amin

Wallahua'lam..

Kredit:Facebook/wujud

sign, my signature

Tuesday, June 19, 2012

Doa untuk dikongsi bersama

السلام عليكم


sign, my signature

Kisah Pengajaran Kepada Semua Pemandu Kenderaan

السلام عليكم

Diceritakan dr kisah benar:

Kisah ini terjadi sekitar jam 9 malam tadi setelah diminta oleh isteri yang sedang sarat mengandung untuk membelikan nasi goreng. Setelah beredar dari rumah pada jam 8.30 malam, tiba-tiba stereng terasa ringan untuk membelok ke surau berhampiran memandangkan azan Isya' sedang berkumandang. "Alang-alang dah azan baik aku singgah kejap."

Setelah selesai Isya' saya terus memecut ke kedai yang terletak agak jauh dari kawasan perumahan saya. Terbayang wajah isteri yang sedang kelaparan di rumah, saya memecut laju sedikit.

Setibanya di hadapan Petronas SKVE menghala ke Shah Alam/Banting, sebuah kereta Wira menghentam kereta saya dari belakang. "Bam!" Lantas saya berhenti ke tepi. Keadaan agak gelap walaupun banyak kereta sedang melalui lebuhraya tersebut.
Gambar hiasan.

Seorang lelaki berbangsa India turun dari kereta tersebut yang berhenti di belakang. Lagak jalannya macam gengster dengan tubuhnya yang besar. Saya buka tingkap dan tanya "Apa sudah jadi?"

"Brek tada makan la, bang!" katanya sambil memandang pada belakang kereta saya. Saya masih berada di dalam kereta.

"Macam mana ni, bang? teruk ni.. kemek ni.." katanya sambil menggaru-garukan kepalanya.

Saya jadi serba salah juga, nampak muka mamat ni macam betul-betul bersalah. Namun saya juga teringat kisah-kisah 'langgar dan rompak' sebegini. Untuk keselamatan saya masih bertahan di dalam kereta.

"Bang, boleh turun tengok tak kalau boleh setel kat sini ke?" umpan mamat tu.

Saya pun jadi tidak menentu, antara mahu turun dan lihat atau teruskan berada di dalam kereta.

"Mari tengok ni bang, kemek jugak ni. Kena settle ni.." tambah mamat tersebut.

Saya pun matikan enjin kereta. Tarik nafas dalam-dalam dan beristighfar. Kemudian saya buka pintu perlahan-lahan. Lain macam pula rasa di dalam hati ni, seolah-olah ada sesuatu yang tidak kena. Saya terus tutup pintu kereta dan meminta nombor telefon mamat tersebut.

Pada mulanya mamat itu macam gabra semacam untuk berikan no telefonnya kemudian dia minta saya tunggu sekejap dan dia terus ke keretanya di belakang.

Setelah itu dia berikan no telefon kepada saya untuk saya salin. Katanya itu nombor kawannya seorang lagi yang berada di dalam kereta.

"Besok saya call" kata saya.

"Tak nak turun tengok ke ni, bang?" tanya mamat tersebut.

Saya gelengkan kepala dan terus memecut ke hadapan. Saya perasan ada sebuah kereta Proton Perdana berhenti di hadapan sedikit dari tempat saya berhenti tadi.

Setelah sampai di restoran di Taman Equine, saya turun dan terus memeriksa belakang kereta saya.

Apa yang saya dapati ialah LANGSUNG TIADA SEBARANG KEROSAKAN!

Menggeletar lutut setelah mengetahui situasi yang amat menakutkan berlaku sebentar tadi. Alhamdulillah tiada sebarang perkara yang buruk terjadi.

Kepada rakan-rakan, semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita termasuk saya sendiri. Nyawa lebih penting dari kerosakan kereta yang tidak seberapa.

Memang kita akan berasa geram, marah atau bengang sebab yang dilanggar itu adalah sebuah kenderaan yang kita bayar setiap bulan. Tetapi pertimbangan juga HARUS diberikan kepada keselamatan nyawa sendiri.

Semoga menjadi iktibar kepada kita semua.

sign, my signature

Thursday, June 7, 2012

Keselesaan Anak-anak

السلام عليكم




Wah, bestnyer, my kids, dapat DVD player baru dan air cond dalam bilik. Kebetulan smlm, en hubby nak tgk DVD ultraman dgn anak2, tiba2 DVD player lama tu rosak. Logik kot sebab DVD lama tu beli semenjak baru kahwin lagi. So, malam semalam en hubby ajak keluar cari yg baru. Sekali ngan cooler system. Cooler system yg dicari xder stock. Apa lagi, pantang dipromote, my en hubby beli air cond khas untuk bilik anak2. Biasa kalau stay hotel, anak2 mudah tidur sebab ada aircond. Dalam kereta pun sama. That's why lah aircond dipasang petang td. Tup2, lepas maghrib td, rasanya anak2 baru ke landing kat atas tilam, tau2 jer dah tidur. Herm.. Bahgia ada aircond. Silap2 my en hubby pun hilang tgh2 malam tidur dalam bilik anak2... Hahaahaa..

sign, my signature

Tuesday, June 5, 2012

Unexpected Gift

السلام عليكم


Wargh.... Tidurku petang jumaat dikejutkan dgn hadiah yg x disangka-sangka.. Hubby ckp ini hadiah, latest ipad, sebagai hadiah anniversary yg tertangguh-tangguh. X pernah terlintas di fikiran akan memiliki sebuah ipad. Hehe... Terpinga-pinga jup.. Nak guna pun x reti sangat... Anyway thanks you en. Hubby sgt2.. I love u very much.. :-)

sign, my signature

Majlis perkahwinan Ilyana & Aspan

السلام عليكم


Majlis kesyukuran Ilyana dan Aspan pada 27 May 2012

Tahniah buat adik ipar, ilyana dan aspan. Semoga berbahagia hendaknya dlm melayari hari-hari bergelar suami isteri. Cepat2 dpt cahaya mata agar menambahkan lg sinar kekeluargaan :-)...


sign, my signature