WELCOME NOTES


Tuesday, January 31, 2012

Rendang ayam




Main Menu for dinner 2day. Nasib bek jd.. Hehe..

Makan malam special

السلام عليكم


Hubby balik keje beli daging tulang. Ada makna suh masak sup tulang. X penah masak sendiri sblm nih. First time masak dpt komen memberangsangkan. Hihihi... Makan sup je mlm ni sbb sarapan petang dah mkn bnyk td. Bekas paling besar ofcoz en hubby punye.. mangkuk paling kecik itulah saya punya hehe.. Masa msk dah amik bau.. Makan sikit jdlah... Anak2 selera... alhamdulillah utk rezki mlm ini..




sign, my signature

Monday, January 30, 2012

Siapa Yang Lebih Banyak Bekerja...

السلام عليكم




Kaunselor : Apakah pekerjaan Encik Zainal?

Encik Zainal : Saya bekerja sebagai Akauntan di sebuah Bank.

Kaunselor : Halimah pula?

Encik Zainal : Dia tidak bekerja. Hanya suri rumah sahaja.

Kaunselor : Tiap-tiap pagi siapa yang sediakan sarapan pagi?

Encik Zainal : Halimah yang sediakan sebab dia tak kerja.

Kaunselor : Pukul berapa Halimah bangun untuk sediakan sarapan??

Encik Zainal : Pukul 5 pagi dia bangun kerana saya akan keluar bekerja pada pukul 6.30 pagi.

Kaunselor : Anak-anak encik Zainal ke sekolah bagaimana??

Encik Zainal : Halimah yang hantar sebab dia tidak bekerja.

Kaunselor : Selepas hantar anak-anak, Halimah buat apa?

Encik Zainal : Pergi ke pasar, kemudian balik rumah untuk memasak dan kemas rumah. Halimah kan tak bekerja.

Kaunselor : Petang hari selepas Encik Zainal balik rumah, apa yang Encik Zainal lakukan?

Encik Zainal : Balik berehat, kerana seharian saya penat bekerja.

Kaunselor : Apa Halimah buat?

Encik Zainal : Sediakan makanan, melayan anak, mengemas dan dia juga mengambil upah menjahit. Dia menjahit sehingga lewat malam kerana dia tidak bekerja.

Berdasarkan cerita di atas, anda rasa siapa yang lebih BANYAK BEKERJA?? Rutin sehatian Halimah bermula dari sebelum Subuh sehingga lewat malam, itu juga dikatakan TIDAK BEKERJA?? Suri rumah memang tidak perlukan segulung ijazah atau pangkat yang besar, tetapi peranan suri rumah SANGAT PENTING!!!!!

kredit:VF


sign, my signature

Birthday en hubby

السلام عليكم


Masa birthday encik hubby 18th Jan, kami anak beranak kecuali hubby bertungkus lumus buat kek dan puding roti. Masa nak buat memang kacau bilau la.. sbb anak2 bwh umur lg tp nak tolong jugak. Oklah sbb smngat nak buat kek untuk ayahnya kan.. hehee.. Klakar pun ada masa tur.. Bila dah masuk oven asik tanya bila kek nak siap x sabar2 la tur... Rugi x amik gambar muka masing2 hahahaa... kene tepung ngan telur huhuu... inilah hasilnya.. express cake sbb kakak nak cepat...

 Kek Lemon

Puding Roti

p/s: en hubby berpuas hati dgn hasil tangan anak2nya... hehehee


sign, my signature

Awan Nano Hafiz AF7

السلام عليكم








Lihat ke arah sana
Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga
Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya
Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini
Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi
Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia
Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu
Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku
Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

p/s: feel calm really calm... "sesekali berhibur tp jgn sampai jd najis"-ust azhar ft zizan :)
tahniah kepada Hafiz kerana menjuarai AJL26 :)

Kata-kata Semangat

السلام عليكم

❤ SABAR... REDHA... KUAT... TENANG... MENANGIS ❤

❤ SABAR:
Sabar Di Sebalik Kemarahan
Sabar Di Sebalik Ujian
Sabar Menyelesaikan Masalah

❤ REDHA:
Redha Dengan Ketentuan-Nya
Redha Terhadap Takdir-Nya
Redha Di Sebalik Setiap Yang Terjadi
Yakin Pasti Ada Hikmah Yang Allah Beri...

❤ KUAT:
Kuat Menghadapi Ujian
Kuat Melawan Nafsu Yang Tidak Baik
Kuat Mempertahankan Maruah Dan Agama
Kuat Menjalani Kehidupan Yang Penuh Berliku

❤ TENANG:
Tenang Menghadapi Kehidupan Yang Penuh Dugaan
Tenang Apabila Orang Berkata-Kata Nista Kepada Kita
Tenang Apabila Diri DiKhianati
Tenang Apabila Hati Dilukai

❤ MENANGIS:
Menangis Mengenangkan Dosa-Dosa Yang Lalu
Menangis Mengenangkan Kejahatan Dan Kesalahan Yang Lalu.


kredit: Ustaz Don Daniyal Don Biyajid



sign, my signature

Friday, January 27, 2012

6 KHASIAT BAYAM UNTUK KESIHATAN

السلام عليكم

Setelah diteliti, khasiat utama bayam pastilah kaya dengan vitamin A, C, E dan zat besi (kalsium, potasium, magnesium, mangan, zink).


1. Tulang yang lebih kuat – makan bayam boleh mengelakkan kita dari osteoporosis. Jadi, tak perlu kita terlalu bergantung pada makanan tambahan yang mungkin terlalu mahal. Dengan sumber vitamin K yang terbaik dari bayam, ia cukup membantu penyerapan kalsium oleh tulang dengan maksimum!

2. Membina salur darah yang lebih baik – kaya dengan zat besi! zat besi penting dalam membina sel darah merah (tukang bawa oksigen ke seluruh badan). Jadi, kalau kurang zat besi, kita rasa lemah saja, mudah mengantuk, mudah hilang tenaga batin, dan akhirnya boleh dapat anemia.  Wanita seringkali kekurangan zat besi kerana didatangi haid pada setiap bulan. Jus bayam yang dicampurdengan jus lobak merah atau jus tomato boleh membekalkan zat besi kerana bayam mengandungi asid aksalik

3. Jantung yang lebih sihat – kaya dengan sumber antioksidan. Maka, sudah tentu bagus untuk mencegah terkumpulnya plak kolesterol pada arteri (kalau tersumbat di saluran arteri jantung, maka risiko untuk dapat sakit jantung amatlah tinggi!). Bagus juga dalam mengawal tekanan darah.

4. Mencegah kanser – adanya flavanoid mampu mencegah jangkitan pada tubuh. Maka, risiko untuk dapat kanser kolon, ovari, paru-paru dan kanser prostat akan berkurang.   Ekstrak bayam ini mampu memperlahankan pemisahan sel dalam sel kanser perut, mengurangkan kanser kulit, dan mengurangkan insiden kanser payudara, ovari dan prostat.

5. Bagus untuk ibu hamil – ada 2 benda yang penting untuk ibu mengandung. Vitamin A untuk pembentukan paru-paru dan folat untuk pembentukan sistem saraf yang lengkap. 2 benda ni ada dalam bayam. InsyaAllah, mudah-mudahan dapat mencegah kekurangan seperti bibir sumbing.

6. Miliki mata yang sihat (vitamin A)– nak mata yang kekal sihat? Amalkan makan secawan bayam dalam makanan kita. InsyaAllah penglihatan kita kekal sihat. Lutein yang ada dalam bayam juga mampu melindungi mata dari proses penuaan yang ikut berubah seiring usia.



p/s- Bayam kaya dengan vitamin C dan A. (menghentikan kolesterol daripada pengoksidaan sekali gus mencegah radikal bebas ). Bayam Cina kaya dengan vitamin C , kalsium, dan zat besi.


sign, my signature

Friday, January 20, 2012

Taman FRIM Kepong

السلام عليكم




Sabtu 14hb jan, datang umah abg ipar area Subang. Merengek2 umar nak ikut pokcik balik umah. Kak ngoh(umi umar) ckp ajak ali, kalau ali nak ikut bru leh pegi. Dipujuknya ali(adik umar) supaya pergi sama. Akhirnya ali mengangguk. Hehehheee... Pd mlmnya, mmg riuh umah. Dari atas kebawah sambung naik atas semula. Entah apa main x tahulah. Tapi pandai main pandai simpan balik. Memang abang yg bagus pd adik2nya. Hahahaaa... Esok hari, pagi2 dah bangun. Pokcik ajak pi FRIM kat Kepong untuk berjoging. Ala lari2 anak jer.. Janji kluar peluh. Lepas sarapan nasi lemak bekal dr rumah, kami beramai2 pusing satu bulatan area Air terjun kat area atas skali mmg best. Peluh dah kluar apa lagi, TERJUN sungai... seronok nya anak2 main dalam air. Siap test tangkap anak ikan lg hehhee... Ayah n Umi Umar n Ali pun sampai. Mkn snek kat tepi sungai sambil tgk anak2 main air. Selepas siap mandi kami pulang kerumah masing2. Penat Umi Umar pujuk balik sbb esok nak sekolah. Heheheheee...

p/s: dpt rasa sekejap sbg ibu kpd 4 org anak hihhiii...




sign, my signature

Dengarlah Cerita Isterimu

السلام عليكم


Kita biasanya balik ke rumah selepas kesibukan kerja di pejabat dengan niat untuk berehat melepaskan penat jerih.

Ada juga dikalangan kita yang berniat balik ke rumah sekejap untuk mengambil pakaian sukan dan kemudian terus ke gelanggang permainan bersama-sama dengan rakan-rakan sepejabat atau sepersatuan.

Tidak kurang pula yang sampai di rumah terus mengerjakan solat 'Asar dan kemudian ke halaman rumah meneruskan kerja-kerja menanam pokok bunga kesayangan kita itu.

Apabila sampai ke rumah, hanya anak-anak kita sahaja yang menyambut di pintu. Isteri kita yang "full-time-house-wife" tu, meneruskan pekerjaan biasanya seperti melipat kain, gosok baju atau menyapu halaman rumah petang-petang.

Kita pun mencium anak-anak dan terus ke bilik tidur dan membuat kerja-kerja seperti di atas tadi. Tidak ada senerio drama tv seperti isteri menyambut dan menyediakan minuman untuk suaminya, sambil suaminya pula merebahkan badannya di sofa empuk "italian set" nya itu.

Bagi isteri yang balik bersama-sama kita satu kereta pula, sepanjang perjalanan dia lelapkan matanya menghala keluar hinggalah sampai ke rumah. Tiba di rumah, masing-masing dengan urusan sendirian, sibuk macam di pejabat tadi.

Alangkah ruginya kita menpunyai pasangan yang halal tetapi hubungan kita seperti "bukan muhrim". Sudahlah kita berpisah lebih lapan jam sehari dengannya kerana bertugas di pejabat, ditambah pula dengan hubungan yang hambar apabila bersama di rumah. Dengan ini, ramailah dikalangan kita yang tidak dapat menikmati cogan kata yang popular masa kini, "Rumahku Syurgaku".

Mengapa boleh terjadi demikian? Mari kita analisis sketsa di atas. Semasa baru-baru kahwin, biasanya isteri kita tu lah yang menyambut kita di pintu dengan senyum manisnya dan memimpin kita ke kerusi atau ke dalam bilik tidur. Dan di situ jugalah dia akan bercerita mengadu hal peristiwa-peristiwa yang berlaku sepanjang ketiadaan kita di rumah.

Macam-macamlah tajuknya hingga kadang-kadang naik meluat mendengarnya. Tetapi, kita pada masa itu memang pendengar yang amat baik sekali dan bersungguh-sungguh melayan cerita dan emosinya. Baru kahwinlah katakan. Tetapi sekarang semuanya itu hanya tinggal kenangan.

Wahai suami-suami yang dimuliakan,

Memang kita lebih sibuk dari dia. Memang kita lebih banyak memikirkan masalah masyarakat dan negara. Memang minat kita berbeza. Memang kita malas mendengar cakap dia. Tetapi, pernah tak kita fikirkan hasilnya jika kita mendengar sekejap ceritanya bila sampai di rumah setiap petang?

Jika kita boleh meneruskan tabiat seperti baru-baru kahwin dulu tu; menjadi pendengar yang baik, meluangkan masa dalam lima minit mendengar ceritanya sebaik sahaja kita tiba di rumah, mengangguk-anggukkan kepala dan bersetuju dengan pandangan-pandangannya, menegur ceritanya apabila dia mula nak mengumpat dengan cara yang baik - yakinlah, hasilnya nanti, dia akan rasa terhibur dan merasakan dialah orang yang paling gembira sekali pada hari itu.

Cintanya rasa berbalas apabila aduannya itu dilayan dengan belaian kasih mesra. Kusut masai semasa dia memerahkan otaknya membersih, mengindahkan rumah kita dan memasak masakan kegemaran kita, akan terurai kerana kesanggupan kita mendengarnya sembangnya itu. Tak lama wahai suami-suami, hanya lima minit sahaja yang perlu kita luangkan untuknya. Tetapi kesan boleh menceriakannya selama 24 jam untuk hari yang berikutnya.

Niatkan di hati kita untuk mendengar ceritanya sama ada dirumah atau di dalam kereta sebaik sahaja kita melangkah keluar dari pejabat. Jangan amalkan singgah dulu di kafetaria untuk minum petang dengan rakan-rakan sepejabat, ini akan menyebabkan kita merasakan isteri tidak perlu lagi melayan kita di rumah nanti. Sebab kita sudah kenyang.

Sampai di rumah mulakan dengan soalan, "Ada berita baik hari ini ke?" atau yang serupa dengannya. Yakinlah, sebulan kita amalkan, pasti isteri kita akan bersama-sama dengan anak-anak kita menyambut di muka pintu dengan senyuman meleret hingga ke telinganya. Kita juga yang akan terhibur.

Amalkanlah wahai suami!

kredit:iluvislam.com


sign, my signature

Wednesday, January 18, 2012

Dataran Merdeka

Assalamualaikum wbt,


Bersantai didataran. Persinggahan ketenangan dan permainan anak2. Balik dr jumpa kwn hubby d cheras atas urusan kerja. Bermain dgn anak2 mmg menyeronokkan, lbih2 lg dpt brlari d kawasan yg luas.

P/s: 5 minit bermain dah lelah, haha

Monday, January 16, 2012

Bird Park KL

السلام عليكم






Ini kisah hari Ahad yg lepas. Lupa nak update dlm blog. Alkisahnya hari tu pergi rumah salah seorang sahabat en hubby area PJ. Nak hantar keropok lekor yg dipesan. Alang2 mkn tgh hari kat situ. Thanks kpd en Azman n isteri yg menyediakan lunch yg mmg sedap hehee.. Petangnya jln2 pusing2 berenti kat Tasik Perdana. Masa pergi Aquaria ari tur dpt diskaun tiket masuk bird park. Apalagi, guna lah tiket tu drpd membazir hehee.. Anak2 free.. (anak kecik2 ni mudah jer dpt free masuk kih3). Round2 dlm tmn tur tgk gelagat burung jinak. Explore smua tpt. Masuk awal boleh r jelajah smua tpt sblm tmn tu tutup. Jauh perjalanan, agak besar jugak taman tur. Tp x rasa letih sgt sbb ada jer pemandangan menarik utk dilihat spt burung merak yg mengembangkan ekornya, burung2 yg dtg mkn kat tgn kita, air terjun yg cantik, kolam ikan bunyi2an burung berkicau dsbg. Pelbagai jenis burung ada. Ada yg dilepaskan dan ada juga yg dlm cage sbb kategori merbahaya mcm burung helang. Lepas kluar dr tmn, anak2 cari ais krim. And of coz my fav fridge magnet bird park x dilepaskan.. hihiiii






sign, my signature

Saturday, January 14, 2012

Kebenaran Islam pikat Maryam Jameelah

السلام عليكم


“ISLAM menjawab dan menjelaskan segala-galanya. Dalam Islam saya temui kebenaran, kebaikan dan kecantikan yang bukan sahaja membawa dan memandu seseorang itu tentang kehidupan di dunia malah kehidupan selepas kematian.

“Malah jika ada yang bertanyakan bagaimana saya mengetahuinya? Saya hanya mampu menjawab, pengalaman peribadi cukup menyakinkan saya.

Pegangan teguh saya kepada akidah Islam datang secara tenang tetapi penuh keyakinan.

“Pengislaman saya adalah begitu formaliti, langsung tidak melibatkan perubahan radikal dalaman.” Begitulah jawapan Maryam Jameelah atau sebelum ini Margaret (Peggy) Marcus, seorang Yahudi Amerika yang memeluk Islam pada 1961 tentang impak agama Islam terhadap kehidupannya.

Menurut Maryam lagi, minatnya terhadap Islam bermula seawal usianya 10 tahun sewaktu mengikuti reformasi Yahudi Sunday School.

Pada waktu itu, beliau tertarik dengan sejarah hubungan di antara bangsa Yahudi dengan bangsa Arab. Menerusi buku teks Yahudi, dia difahamkan bahawa Nabi Ibrahim ialah ayahanda kepada semua bangsa Arab dan juga bangsa Yahudi.

Beliau terbaca beberapa abad kemudian semasa Zaman Pertengahan Eropah,

penindasan Kristian menyebabkan orang Yahudi teruk terseksa dan kehadiran mereka diterima umat Islam di Sepanyol.
Kebaikan hati yang ditunjukkan ini bakal merangsang budaya Ibrani (Hebrew) terus cemerlang tanpa langsung mengesyaki sifat semulajadi Zionis.

“Saya terlalu naif dan percaya bahawa bangsa Yahudi akan kembali ke Palestin untuk memperteguhkan hubungan persaudaraan dengan saudara sesama Arab.

“Tarikan kuat dengan pembelajaran sejarah bangsa Yahudi membuatkan saya tidak gembira di Sunday School,” katanya.

“Kakak saya sangat benci ke Sunday School sehingga setiap pagi ibu terpaksa bangunkannya dari katil dan dia tidak akan berganjak selepas dibebel dengan kata-kata pedas dan air mata. Akhirnya ibu, terima hakikat penolakan kakak.

Sementara itu, pada sambutan perayaan keagamaan Yahudi, kami (kakak dan saya) bukannya ke Synagogue atau melaksanakan puasa pada Tum Kipper tetapi kami dibawa keluar dari sekolah untuk pergi berkelah dan berpesta di restoran terbaik.

Apabila kami berjaya membuktikan kepada ibu bapa betapa teruknya keadaan kami di Sunday School, mereka menyertai pula sebuah organisasi agnostik dan kemanusiaan yang dikenali Ethical Cultural Movement,” cerita Maryam yang menghadiri kelas baru itu sehingga tamat pengajian iaitu pada usia 15 tahun.

Katanya lagi, apabila semakin dewasa dan matang, beliau tidak boleh menerima dan memperoleh kepuasan menerusi fahaman ateis.

Lalu Maryam mula mencari pembaharuan kepada identiti diri. Dalam tempoh itu, beliau pernah menyertai kumpulan bahai di New York yang dikenali The caravan of East and West diketuai lelaki Parsi bernama Mirza Ahmed Sohrab.

Beliau tertarik dengan Bahai kerana ia berasaskan Islam dan ceramahnya tentang Tuhan Yang Satu. Pun begitu, apabila beliau mengetahui kegagalannya untuk mengaplikasikan idea tersebut, Maryam meninggalkannya setelah setahun penyertaan.

Pada usia 18 tahun, Maryam menyertai pergerakan pemuda Zionis yang dikenali sebagai Mizrachi Hatzair tetapi apabila mengetahui kebenaran di sebalik Zionis, sekali lagi dia dikecewakan.

Semasa usianya mencecah 20 tahun, Maryam belajar di Universiti New York dan salah satu subjek elektif yang diambilnya ialah Judaism in Islam.

Malangnya profesor yang juga Ketua Jabatan Pengajian Hebrew, Rabbi Abraham Issac Katsh memesongkan para pelajarnya dengan mengatakan Islam berasal daripada agama Yahudi.

Tambah memburukkan, profesornya menyalahgunakan al-Quran demi membuktikan kepada pelajarnya bahawa agama Yahudi adalah agama teragung. Apabila semua tembelang yang dibawa oleh agama Yahudi terbongkar, Maryam tidak sanggup lagi mengakui dan menerima agama Yahudi.

Semenjak itu, beliau mula membuat perbandingan agama Yahudi dengan agama Islam.

Dalam kajiannya terhadap Old Testament dan kitab Taurat serta perbandingan dengan al-Quran dan hadis. Apa yang Maryam temui, agama Yahudi telah rosak sedikit dan akhirnya beliau mengucap syahadah.

Sebenarnya, keinginan bergelar Muslim wujud sejak tahun 1954 namun keluarganya dapat menghalang menerusi perbincangan terbuka.

Beliau ditakutkan dengan mengatakan bahawa Islam akan menyukarkan kehidupannya kerana ia tidak seperti agama Yahudi dan Kristian.

“Saya diberitahu bahawa Islam akan merenggangkan hubungan kami sekeluarga dan menyisihkan saya daripada masyarakat.

Pada masa itu, keimanan saya tidak begitu teguh untuk menghadapi tekanan sehebat itu. Situasi ini menyebabkan saya jatuh sakit.

“Dua tahun (1957-1959) saya berehat di rumah dan mendapat rawatan tetapi keadaan saya semakin teruk.
“Melihat keadaan kemurungan itu, ibu bapa menghantar saya ke hospital awam. Saya bersumpah sekiranya saya sembuh dan dibenarkan keluar, saya akan memeluk Islam.

“Apabila saya dibenarkan pulang, saya menyiasat mana-mana peluang untuk bertemu dengan orang Islam di Bandar Raya New York. Saya banyak menghabiskan masa di Perpustakaan Awam New York membaca bahan-bahan berkaitan Islam,” jelasnya yang banyak menghasilkan buku-buku berkaitan agama Islam selepas memeluk Islam.

Alhamdulillah, beliau berpeluang bertemu dengan beberapa lelaki dan perempuan Islam pada ketika itu.

Malah Maryam mula menulis rencana kepada majalah beraliran Islam dan berutus dengan ketua-ketua Islam seluruh dunia.

“Saya pernah berutus dengan Allahyarham Sheikh Abrahimi, ketua ulama di Algeria, Dr. Muhammad El-Bahay di Al-Azhar, Dr. Mahmud F. Hoballah dan Pengarah Pusat Islam di Washington D.C., Dr. Hameedullah di Paris, Dr. Said Ramadan, Pengarah Pusat Islam Geneva dan Maulana Sayyid Abul Ala Maudoodi,” katanya lagi.

Menurut Maryam, sangkaan pertamanya bila membaca al-Quran, Islam adalah satu-satunya agama kebenaran, benar-benar jujur, ikhlas, tidak membenarkan kompromi murahan atau hipokrasi.

Maulana Maudoodi pernah menulis kepada Maryam dalam suratnya yang pertama pada Januari 1961 berbunyi: “Semasa saya menilai esei anda, saya dapat rasakan seperti saya membaca idea saya sendiri.

“Saya berharap perasaan anda tidak akan berubah sekiranya anda berpeluang mempelajari bahasa Urdu dan pelajari buku-buku saya.

“Walaupun kita tidak pernah berkenalan, namun kesepakatan pemikiran dan simpati yang wujud adalah hasil daripada sumber yang sama iaitu Islam,” katanya.

Menjawab soalan tentang sikap dan reaksi ahli keluarga dan teman-teman selepas bergelar Muslim, kata Maryam, keluarga, saudara mara dan kawan-kawan menanggap beliau seorang yang fanatik kerana percakapan dan pemikirannya adalah tentang agama Allah sahaja.

Bagi mereka soal agama adalah sesuatu yang peribadi. Namun selepas membaca al-Quran, saya mengetahui bahawa Islam bukanlah sekadar hobi tetapi ia adalah soal kehidupan

* Sumber: The Islamic Bulletin, San Francisco, California, Amerika Syarikat.
http://dakwah.info/biografi/kebenaran-islam-pikat-maryam-jameelah/



kredit:FB


sign, my signature

Thursday, January 12, 2012

Kg Chalok

السلام عليكم


Chalok, 1-4jan2012




Tahun Baru 2012 sambut ngan family mertua. Lama x blik chalok. Nak balik hubby ckp biar cri cuti yg lama sket, leh santai2 katanya. My hubby kalau balik kg memang x tau diam. Ada je keje yg dicari sendiri. Kalau dah xder keje bwk jenjalan pusing Ganu.. hehe. (Paling best mkn sotong goreng fresh, yummy).. kebetulan dpt 2 org anak saudara. Anak sulung Sila n anak Along yang ke-3. Dua2 baby girl. Seronoknya dpt baby kan kan... heheheee

Hubby ada bwk satu tempat sepermainannya waktu kecik2 dulu. Ianya adalan kawasan dimana sungai bertemu laut. Betul2 hujung jln dr Penarik. Wah! Memang x pernah menyaksikan sebelah kiri sungai besar n sebelah kanan lautan yang sgt luas. Very nice place n cool. Kawasannya mmg bersih. Mungkin ramai yg x tahu tpt ni especially org luar seperti saya hehee.. Dan bnyk sejarahnya masa zaman jepun dulu. X dpt bayangkan Mok Tok(nenek en hubby) dll yg pindah dr kawasan ni ke Chalok sbb nak elakkan Jepun yg dtg. Mereka sahaja yg tahu kesukaran yg dilalui. Berbanding kita yg hanya berkongsi perasaan..

Ada beli anak ikan kolam hiasan (apa ntah nama ikan tu hehe), saja beli utk menambahkan keserian kolam yg dibina kat umah kg. Beli 4 ekor, putih, kuning, oren putih n oren hitam. Nasib bek bley campur dgn ikan sedia ada. Takut gak klu depa x sama geng hehee... En hubby plak baiki2 kasi air jatuh laju sket bru sedap dgr mcm air terjun hehee.. (xder keje cari keje).. Ingat nak gi amik bt sungai bnyk2 buat hiasan tepi kolam, tp x sempat sbb hujan.. Citer pasal hujan ni, masa kami balik diberitahu sblmnya hujan lebat berhari2. Naik jugak air kat kg(banjir!!). En hubby yg xder keje cri keje ni, bwk kami naik moto ke kwsn banjir yg selamat hehe.. Saja nak tunjuk kat anak2 ini air banjir hahhaaa, apalagi anak2 yg pantang nampak air, terus terjun dr motor main air banjir atas jalan raya yg lengang. Ada bahagian air deras mengalir, sbb sungai melimpah x tertanggung air yg banyak. Mujur umah kg tinggi jd x dinaiki air. Berbeza umah kg kuantan dulu2 dinaiki air sampai kami kene tidur tingkat atas seharian sblm air surut. Tp skang xder banjir dah sbb sg dah diperluaskan (Sg Belat). 2nd day kat kg banjir pun surut.. sempat lah melihat banjir yg berlaku di Chalok. Cuma hujan renyai2 then bru dpt tgk sinaran matahari...

Cukuplah cuti 4 hari di kg. Memang x puas sbb x sempat buat bnyk mende2. Tepon en hubby asik ringing jer. Divertkan ke ofis mana kal yg x brapa penting hahahaa.. Ganggu jer nak cuti2 ni kan kan hehhee.. Tp bab makan memang best. Mak mertua msk always best2.. Ntah bila nak korek ilmu.. (pdhal dah cuba msk tp x sama rasa hahhaa..) xdan masa dgn anak2 yg bnyk kerenah nih..





blog

Aquaria KLCC

السلام عليكم




Tahun ni mak datang lg ke rumah jalan2 cuti sekolah. Sedih abah x dpt ikut sama coz masih bekerja. 6 hari mak dan adik2 bercuti sini. Mak mmg susah nak kluar rumah lebih2 lg namanya berjalan2. Stakat pi kenduri kahwin tu adalah.. hehee.. Cuti sekolah mak pun cuti surirumah....

X banyak tpt dpt bwk mak sbb en. hubby kerja disiang hari. So, hari pertama cuma relaks di rumah sebab penat wannya bwk kete dr kuantan ke KL. 2nd day at evening, ajak g sogo coz cik adik kita tu dah merancang hari bahgianya tahun ni,insyaallah.. Congrates ur Engagement this Chinese New Year :).. (sogo's last cust at cashier, suddenly all sogo's worker clapped hands tanda dah boleh balik-suprised hahhaaa..). Balik cari makan area danau kota, setapak. Lepas mkn char kuew tiau, bedal tutti frutti(cikgu belanja ahaks). Gara2 lepas mkn kene berjalan, hah, jln2 cuci poket kat uptown danau kota. Tringat lagi, merengek2 si adik bongsu nakkan kasut merah.. hahahhahaaa cian mak kata x payah.. 4th day at evening, bwk mak n adik2 g kolam air panas selayang. Hahaa lucu tgk gelagat diorang berendam kaki air panas. Blum lg mandi trus directly air panas tuh (cam regular pengunjung kat situ, huhu). Singgah NSK bli brg nak mkn esok. Lapar la plak, pekena burger for supper :).. Day 5th, pg2 mak masak kuetiaw goreng, tgh hari plak gotong royong buat mee kari n nasi impit(my hubby wishes-kempunan apa agaknya tiba2). Disebabkan mak msk bnyk, bagi2 kat jiran2. Petang dlm kul 4pm jom bwk jln ke aquaria especially utk mak hehee.. kami yg pergi kali kedua nie paling seronoknya adalah anak2 sbb dah boleh mengenal ikan lebih2 lg ikan jos hahahaaa... balik umah beli durian (en hubby wished again nak mkn pulut durian), mkn durian smlm tidur, diorang mkn mee n nasi impit, drpd membazir hua3... Esoknya last day.. sarapan pulut durian (mmg best). Dlm kul 10 mereka bertolak balik Kuantan. Dgr citer sampai temerloh sambg jenjalan kat bandar n zoo temerloh (cikgu jumpa future husband hehe)... jln sakan nampaknya ibunda.. hehe janji happy for u alwiz...

@tutti frutty, danau kota


Miss all the moments... :) especially, both my kids yang x lekang dgn wannya nyer sampai tidurpun satu bilik diorang shj(for the whole 6 days hahaaaa..). cont next story (already 2358 11/1/2012)..

blog

Tuesday, January 10, 2012

Pesan Rasulullah saw kpd surirumah

السلام عليكم
 
Linda Sarehan_
Assalamualaikum semua..sy nk kongsi sedikit ilmu dgn shbt2 dlm group ni terutama kpd ibu2 yg sentiasa sibuk menguruskan hal2 rmhtangga...jgn risau jika terasa penat @ lelah..lakukanlah dgn hati yg tenang & ikhlas..Ganjarannya hanya Allah yg mampu membalasnya di sana...

Tips ini juga sy ambil dr kisah Puteri kesayangan Rasullullah ( Fatimah ) ketika tertekan kerana penat menguruskan... kerja2 rmh bersendirian tanpa pembantu..Lalu di adukan keluh kesahnya pd Rasullullah & ia amat membimbangkan..

Rasullullah menasihatkan puterinya supaya membaca Subhanallah,Alhamdulillah & AllahuAkbar sebanyak 33x setiap kali sebelum tidur..lalu Fatimah mengamalkannya seperti yg disarankan Rasullullah & hasilnya Fatimah tidak lg berasa keluh kesah dlm menghadapi kerja2 seharian yg berat malah berasa cukup bahagia melakukannya.

Moga dgn mengamalkan tasbih ringkas ini, ia mampu 'membantu' kita melakukan kerja2 seharian dgn perasaan tenang & bahgia..insyaAllah..
Semoga semua ibu2 beroleh kebahgiaan & ketenangan dlm meraih redha Allah SWT..

kredit: FB
blog

Kene tahu :)

السلام عليكم

blog

Monday, January 9, 2012

Kata2 Hikmah 2Day

السلام عليكم
 
Wahai Suri/isteri/ibu....Pahala besar menunggu di rumah...
Para surirumah janganlah berasa diri cuma mengganggur di rumah.Padahal di rumah ada suami yang harus ditaati dan dikhidmatkan.Ada anak-anak yang harus ditarbiyahkan dengan baik.Ada harta suami yang harus diatur dan dijaga sebaik-baiknya.Dan ada pekerjaan-pekerjaan rumahtangga yang perlu pengaturan.Semua ini pekerjaan mulia dan berpahala apabila diniatkan KERANA ALLAH...
 
 
blog

Fun & Relax Time!!

السلام عليكم

Tahukah anda
aku pergi gym.. saje jer aku tanya brother badan ketak-ketak tu
" bro gua nak awek-awek tertarik dengan gua machine mana yang gua perlu guna? "... .
.
.
.
brother badan ketak-ketak tu jawab " guna machine ATM".

Kisah 3 Housemate
Ada 3 orang sahabat (A,B dan C) yang tinggal di sebuah kondominium .. Bilik mereka berada tingkat 60 (atas sekali) .. Suatu hari ,lif kondo itu telah mengalami kerosakan ..
Mereka bercadang untuk menceritakan cerita sedih supaya mereka x berasa penat menaiki tangga ..

Si A : Apa kata kita ceritakan citer sedih supaya kita tak rasa penat naik tangga ..
Si B dan C : Okey ajer ! A, ko citer la dulu .....
Si A : Waktu kecik dulu , aku dibesarkan sebagai anak yatim piatu .. Jadi , kakak aku yg jaga aku dari kecik sampai aku dapat kerja ..

Si B dan C menangis teresak-esak .. Tanpa mereka sedar , mereka berada di tingkat 38 .. Sambung cerita si B ..

Si B : Waktu aku miskin dulu , keluarga aku selalu mintak tolong kat jiran , tapi , tak de siapa yang tolong walau dermakan RM1 pun ..

Si A dan C menangis teresak-esak dan mereka berada di tingkat 55 .. sambung pula cerita si C ..

Si C : Cerita aku lagi sedih ..
Si A dan B : Apa yang sedih sangat tuh ?
Si C : Ini dia ceritanya .. Kunci bilik kita tinggal kat dalam kereta ..
Si A dan B : APA !?

Lelaki
Lelaki yang BAIK - boleh bimbing wanita ke jalanNya
Lelaki yang COMEL - berpakaian baju Melayu dan menuju ke masjid
Lelaki yang SWEET - selalu bercakap dengan nada yang rendah
Lelaki yang ROMANTIK - menghadiahkan sebuah doa setiap hari
Lelaki yang CHARMING - mengingatkan si dia tentang ibadat

Pantun 2 kerat

1. Dua tiga kucing berlari..., yang lain rileks jer...
2. Sorong papan tarik papan.., dh takdo kojo ko..?
3. Buah cempedak di luar pagar.., huiiyaii.., tinggi pulak tuu...!
4. Kura-kura dalam perahu.., cmne lak dia boleh sesat kat situ..?
5. Anak cina pergi ke pasar.., pasar tutup dia pun balik...
6. Pisang emas dibawa belayar.., tak sompek masak di makan dek boghuk..
7. Budak2 bermain kotak.., main kotak di atas bukit...
Budak2 bermain kotak.., main kotak di bawah bukit..

 8. Burung belatuk., burung moghobah..
Kalau takdo atok.., takkan la ado abah....

APABILA ANAK CINA DITANYA :::::

Atuk apa nama...?
" Quat Ngo Rat "

... Nenek apa nama...?
" Quat Ley Ter "

Adik apa nama...?
" Quat Kin Cing "

Emak apa nama...?
" Quat Goo Seep "

Ayah apa nama...?
" Quat Ray Sing "

Abang apa nama...?
" Quat Ley Park "

U apa nama...?
" Quat Kelen Toong.... "

Hehehe!!!!

Suatu Ketika d Warung

sepasang couple datang ke warung wak jeman..
setelah duduk ..datanglah pelayan mengambil order..

ye encik nk makan apa?
ok bang buatkan nasi goreng 2. yg 1
pedas, yg 1 jngan pedas ye. yg
pedas nasi nya setengah, yg tdak
pedas, nasi di lebihkan. yg
nasi lebih tu,campur ayam tapi jangan lebih.
yang nasi setengah tu campur ayam lebih.
yang ayam lebih letak telur mata kerbau,
yang ayam kurang pakai telor dadar.
yg pedas, ayam nya ada tulang ye
bang,yg nasinya bnyak tu pula bang,tak
perlu ada tulang, tpi kulit ayam kasi lebihkan
ye.yg guna telor mata kerbau tu kasi lebih bawang goreng,
,erm..satu lagi bang, jangan lama_lama yer....."
kemudian si pelayan pun beredar"
tiba di dapur dia pun beritahu pada tukang masak
wak man meja no4 kat luar tu pesan nasi goreng 2,setiap pinggan tu dia nak 5 senduk cili api...

Selera memang nak macam-macam cuma kesian kat tukang masak. hehheheee..
blog