السلام عليكم
Seronoknya rasa bulan november tahun ni sbb dapat beraya di kuantan sambil makan lemang mak masak walaupun x pro lg sesedap mak masak. Macam happening je this month n hope dijauhkan perkara2 yg x baik. Very hope that something surprise coming this end of month. hahahahhaaaa.... (berangan jer lebih..)
Makcik n family serta Wandak n family datang beraya kat sini sambil makan lemang. Nasib bek ada makcik bg petua tinggalan arwah opah cara2 masukkan pulut dalam buluh sblm bakar. Mmg sedap bila dah masak. Lembut jer rasa lemang dia. Cik abe, abah, jeman termasuklah pakcek (husb makcik) bersabar membakar lemang agar x hangus. Hasil kesabaran ini juga membantu dalam mendapatkan hasil lemang yg sgt lembut dan sedap. Bak kata anak2.. yummyyyyyyyyyyyyyyyyy..
Setelah selesai solat raya, kami sama2 tahlil kat kubur arwah opah yg terletak berhampiran dgn masjid Jaya Gading. Kini dan setahun pemergian opah. Sebelum pemergiannya, kami x rapat, tapi semenjak kesihatan opah menurun dan dijaga rapi oleh mak dan abah(satu2nya anak lelaki), hubungan kami rapat bila kami kerap balik kuantan ketika suami outstation untuk jangkamasa lama. Malah masa berpantang arwah bnyk bg nasihat dan petua. Alhamdulillah, sempat kami diberi masa untuk bersama2 dimana sebelum ni kami berjauhan dan jarang bertemu. Semoga roh arwah tenang disana.. al-fatehah
Adik Nora ajak ke Balok sbb ada urusan sekolah. Sambil2 mereka berurusan kami x lepaskan peluang menggunakan senapang pinball yg diberi secara percuma (rezki). Kami pun belajarlah menembak botol2 plastik yg digantung kat dinding sebagai latihan menembak tepat. Memang best menembak2 nie rupanya. Lagi best bila botol bergoyang kerna terkena sasaran. Tapi x sempat nak jatuhkan botol sbb peluru dah dihabiskan hanya untuk goyangkan botol sahaja. Hahaahaa..
Mmg boleh buat sejarahlah dapat bunga dari cik abe bertarikh 11/11/11. Besday ada beberapa hari lagi. Tapi dah dpt bunga awal2. Terdapat coklat dan toys lg tur. Haha... rezki jgn ditolak.. "WHY dpt bunga?" hahaha.... hanya kami yg tahu.. kih3
Smlm gi kenduri kahwin tiga-pupu kat Bentung, Pahang. Tapi pergi ngan mak n abah, adik dan anak2 jer sbb hubby tgh outstation lagi di Miri. Dah sminggu lebih duk Kuantan. Dptlah jumpa sedara mara yg datang dari Perak dan KL. Lama x jumpa family di Bentung ni. Last jumpa masa majlis perkahwinan saya sendiri tahun 2007. Dah besar dah anak2 masing2.. Tapi kami x dapat lama disana sbb anak2 meragam (mmg susah kalau bwk lama2 ke mjlis2) dan abah pun ada hal.
Masa balik from Bentung singgah Maran jenjalan umah kawan lama abah. Lama jugak singgah. Abah n mak borak masing2, saya dan adik makan buah rambutan yg manis dibawah pokok rambutan yg rendang, dan anak2 pula bermain2 ngan cucu mereka yg umurnya sebaya dgn sofea. :)
Semenjak cik abe sampai Miri memang x putus2 Skype. Nak tepon mmg x leh r bila dah sampai laut. Walaupun ada satu jer bar wireless kat atas kapal, tu jer yg dpt membantu kami berhubung especially anak2 yg bertanyakan ayah mereka.. Feel gud.. hehehe (on skype hampir 24 hrs tgu ayah free 4 continue borakborek)
That's all until today.. :)
No comments:
Post a Comment