WELCOME NOTES


Sunday, October 23, 2011

Koleksi Petua Meredakan dan Menghilangkan Sakit Gigi

السلام عليكم




Pilihan 1:
Gigit 3 kuntum bunga cengkih pada tempat yang sakit. Kalau gigi berlubang, tumbuk cengkih dan isi di dalam lubang gigi anda dan tutup dengan kapas.

Pilihan 2:
Ambil isi lidah buaya dan diletakkan pada tempat yang sakit. 2 hingga 4 jam.

Petua 3:
Ambil satu sudu teh garam dan masukkan ke dalam secawan air panas. Setelah garam melarut dan air menjadi suam, berkumur dengan air garam tersebut sehingga sakit gigi anda reda.

Petua 4:
Ambil 10-15 helai daun sirih tua direbus dengan air sebanyak 4 – 6 gelas sehingga mendidih. Sejukkan dan tapiskan.Berkumurlah dengan air daun sirih sehingga sakit gigi hilang.

Petua 5:
Kunyahlah sirih yang dicampur sedikit kapur. Letakkan pada gigi yang sakit. InsyaAllah sakit gigi akan berkurangan. .

Petua 6 :
Cuba minum air rebusan kulit pokok dan daun pokok gajus untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 7 :
Ambil serbuk jintan hitam atau minyak jintan hitam (habatussauda), letakkan ke dalam gigi yang berlubang.

Petua 8:
Ambil daun serai dan tumbukkan hingga hancur. Masukkan ke dalam air hangat dan tambah sedikit garam. Air serai ini hendaklah digunakan sebagai bahan kumur.

Petua 9 :
Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit itu. Insya-Allah sakit gigi anda cepat hilang.

Petua 10 :
Giling halus beberapa kuntum bunga cengkih, bunga lawang, asam gelugur, halia dan lada. Sumbatkan ramuan tersebut ke dalam gigi berlubang.

Petua 11:
Ambil betik muda yang mempunyai banyak getah.Kemudian getah tersebut dititiskan pada lubang gigi yang sakit itu dengan menggunakan kapas.Elakkan daripada terkena lidah kerana ia akan menimbulkan rasa gatal sekiranya terkena.

Petua 12:
Ambil getah pokok kemboja dan letakkan ke dalam gigi yang berlubang. Jika gusi pula bengkak maka sapukan getah tadi di tempat yang bengkak.

Petua 13:
Campurkan sedikit air suam dengan sedikit cuka. Berkumurlah dengan campuran tadi untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 14 :
Ambil kapas dan dijadikan bebola. Celupkan ke dalam minyak masak yang telah digunakan. Letakkan ke dalam piring lalu bakar kapas sekejap dan jangan sampai jadi abu. Padamkan api dan letakkan kapas tersebut ke dalam gigi yang berlubang. Perlu diberi perhatian jangan terkena gusi.

Petua 15:
Ambil pucuk dan daun pokok cengkih lalu di kunyah-kunyah untuk mengurangkan sakit gigi.

Petua 16:
Ambil akar senduduk putih direbus dan airnya digunakan untuk berkumur.

Petua 17 :
Ambil buah tomato muda kemudian dibelah dua, setelah itu masukkan tomato tadi sebahagian kecil ke dalam gigi anda yang sakit. Seandainya gigi anda dimakan ulat pasti ulatnya akan keluar dengan sendirinya. Dan tidak lama kemudian berkumur-kumurlah bila terasa sembuh. Jika petua ini sesuai pasti anda tidak akan diulangi sakit gigi lagi.

Petua 18:
Letakkan campuran serbuk lada dan minyak bunga cengkih pada gusi dan gigi berlubang.

Petua 19:
Rendamkan sedikit gambir dalam setengah cawan air suam. Tumbuk sehingga separuh hancur. Masukkan gambir ini ke dalam gigi yang sakit.Gambir akan mengebaskan gusi tapi jangan menggunakan banyak kerana akan mengebaskan seluruh mulut.Insyaallah berkesan .

Petua 20 :
Rebus garam, air dan limau nipis yang di belah empat sehingga mendidih. Kemudian biarkannya sehingga suam dan berkumurlah sekerap yang boleh. Lakukan setiap hari sehingga sakitnya berkurangan.

Petua 21 :
Goreng asam jawa beberapa minit. Kemudian bakar sedikit garam kasar ke dalam daun pisang. Tumbuk kedua-dua bahan ini sehingga halus. Kemudian tampalkan pada gigi yang sakit.

Petua 22:
Hiris bawang putih dan tempelkan pada gigi yang sakit. Biarkan selama satu jam.

Petua 23:
Daun sirih yang sudah diletakkan minyak kelapa, dilayurkan atau dipanggangkan pada api, kemudian tampalkan pada pipi yang sakit itu, lakukan dua kali satu hari sampai tiga hari berturut-turut.

Petua 24 :
Ambil tempurung kelapa,garam,bunga cengkih dan madu lebah.Tempurung dibakar hingga menjadi arang kemudian ditumbuk bersama-sama dengan garam dan dicampurkan dengan madu lebah.Ramuan ini hendaklah digunakan untuk menggosok gigi pada setiap hari.Bunga cengkih dapat menyembuhkan sakit pada gusi.Garam dapat menahan pengaliran darah.

Petua 25:
Ambil sepotong kecil bawang merah dan tempatkan pada bahagian gigi yang sakit untuk meredakan gigi yang sedang sakit.Mengunyah bawang merah selama 3 minit dinyatakan cukup untuk membunuh semua kuman di mulut.



blog

No comments: