WELCOME NOTES


Wednesday, March 30, 2011

Tanggungjawab Anak



Soalan: Adakah menjadi tanggungjawap seorang anak perempuan untuk menjaga ibu  bapanya?

Jawapannya:
Ya. Selagi dia anak ibu dan bapanya Tanggungjawab menjaga ibubapa adalah tanggungjawab bersama anak lelaki dan perempuan.
Jika anak perempuan itu sudah bersuami, suaminya perlu memikul tugasan itu atau benarkan isteri berbakti kepada ibubapa kandungnya.
-pilih suami yang baik..banyak harta pun jika jiwa kacau tiada maknanya-

Dari website Muis(majlis ugama islam s'pore)

Soalan: Antara lelaki dan perempuan, siapakah yang lebih bertanggungjawab untuk menjaga ibu bapa yang sudah tua?

Jawapan:Tanggung jawab menjaga kedua ibu bapa yang sudah tua adalah tanggung jawab semua anak, tidak kira lelaki dan perempuan. Tiada ada perbezaan dalam tanggung jawab tersebut. Hanya jika anak perempuan itu sudah bersuami, maka izin suami perlu ada sebelum anak perempuan itu menjaga ibu bapanya. Namun, si anak perempuan itu tidak boleh berselindung di sebalik suami untuk tidak menjaga ibu bapanya yang sudah tua. Dia mesti yakinkan suaminya bahawa menjadi kewajipannya untuk menjaga orang tuanya, dan jika si suami tidak izinkan maka dosanya akan kembali kepada suami.
Walau bagaimanapun si anak perempuan itu berhak untuk menyumbang wangnya kepada orang tuanya walaupun tidak diizinkan suami kerana itu adalah wangnya dan bukan wang suaminya.


Soalan: Adakah wajib seorang isteri memberi nafkah kepada kedua ibu bapanya yang tidak lagi bekerja walaupun dilarang oleh suaminya?

Jawapan: Kewajipan menjaga dan menampung kehidupan ibu bapa yang sudah tua adalah kewajipan yang dikongsi bersama kesemua anak-anak, lelaki dan perempuan. Mereka perlu berbincang akan cara perkongsian yang sesuai untuk menampung kehidupan ibu bapa mereka. Mereka perlu sedar bahawa keredaan Allah terletak pada keredaan ibu bapa.
Apabila seorang suami melarang isterinya dari memberi nafkah kepada ibu bapa isteri tersebut, dosanya berpindah dari isteri kepada suami. Oleh itu, para suami tidak wajar melarang isteri mereka dari menziarahi dan membantu sekadar mampu ibu bapa mereka.


No comments: