Kini kita berada hampir separuh masa ke-2 Ramadhan. Justeru marilah sama-sama kita memperbanyakkan/ mempergandakan taubat & istighfar kita kepada Allah SWT.
Samada ketika kita berada dalam kenderaan menuju atau pulang dari university atau tempat kerja, semasa bersama keluarga & anak-anak, semasa sebelum berbuka puasa atau dalam suasana yang lain.
Menurut hadis antara doa yang afdhal untuk bertaubat/ memohon ampun kepada Allah SWT dalam bulan ini ialah:
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُوْ عَنِّيْ
اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُوْ عَنِّيْ
“Allah Humma Innaka ‘Afuu ’un Karimun Tuhib bul ‘Af wa fa’ fu ‘anni”
(maknanya Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang sangat suka mengampun, ampunkanlah dosa-dosa ku).
Riwayat Bukhari
Inilah doa yg diajar oleh kekasih kita Rasulullah SAW kepada `Aisyah tatkala beliau bertanya apakah yang perlu dibuat tatkala menemui malam al-Qadar (Lailatul Qadar)
Alangkah indahnya sekiranya hari-hari (siang/malam) yg kita lalui semasa dalam bulan Ramadhan ini kita perbanyakkan doa ini selain doa-doa yang lain.
Semoga tazkirah ringkas ini memberi manfaat kepada sesiapa yg mahu beringat. Amiin.
Saya mohon ampun & maaf kepada saudara sekalian di atas dosa-dosa yg pernah saya lakukan semasa kita berinteraksi sama ada secara fizikal atau di alam maya ini (virtual). Semoga Allah SWT memperkukuhkan
ikatan persaudaraan Islam kita dalam mencari redha-Nya. Amiin ya Allah, Amiin.
No comments:
Post a Comment