WELCOME NOTES


Monday, July 26, 2010

SMS ketika solat???


Salam,
Hehe, sms ketika solat bukan seperti yang anda sangka.

Sebagai contoh waktu rukuk, ‘sms’ yang kita hantar:
"Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujianNya. "


Waktu iktidal pulak, kita hantar ‘sms’:
"Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian."

Lepas tu waktu sujud, kita hantar 3 kali lagi ‘sms’
"Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujianNya. "

Duduk antara dua sujuk, ‘sms’ kita panjang sikit:
"Ya Allah, ampunilah daku, Rahmatilah daku, lindungkan aku, angkatlah darjatku, rezekikan daku, berilah aku hidayah, sihatkanlah daku dan maafkanlah akan daku."

Dan pentuup solat, kita bagi ‘sms’ yang panjang..
"Segala penghormatan yang berkat yang baik adalah untuk Allah. Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya. Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh. Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah...."

Dan tahukah korang?, bahawa setiap ‘sms’ yang korang hantar kepada Allah itu, sebenarnya Allah terima dan balas balik bagi mereka yang khusyuk…

Contohnya dalam Al fatihah:
‘sms’ korang:
''Segala puji bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam.''

‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku telah memuji-Ku."

sms’ korang:
''Yang Maha Pengasih, lagi Maha Penyayang.''

‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku Mengagungkan- Ku."

‘sms’ korang:
''Raja di Hari Pengadilan.' '

‘sms’ dari Allah:
"Hamba-Ku berserah diri kepada-Ku."

‘sms’ korang:
''Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada-Mu kami memohon pertolongan. ''

'sms’ dari Allah:
"Inilah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

‘sms’ korang:
''Tunjukilah kami jalan yang lurus, jalan yang telah Engkau anugerahkan kepada mereka yang Engkau cintai, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang Engkau sesatkan.''

‘sms’ dari Allah:
"Ini milik hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang ia minta."

****

Lepas tu pulak, bila anda dah habis solat, maka anda akan hantar ‘sms’ panjang panjang mengikut hajat masing masing.. dan tahukan anda?, apakah tanda ‘sms panjang’ kita itu diterima?

Menurut seorang sahabat Tabein yang bernama Thabib Bananni Rahmatullaalahi, beliau menyatakan seorang wali Allah akan dapat mengetahui akan ‘sms’ manakah yang di ‘hantar’ oleh beliau yang diterima oleh Allah, iaitu beliau setiap kali badan rasa bergetar, air mata mengalir, bulu roma meremang dan satu ‘vibrate’ dalam dada berlaku di setiap kali hamba Allah ini berdoa, maka ‘vibrate’ dalam dada itulah antara salah satu petunjuk yang menandakan ‘sms’ beliau telah di terima oleh Allah.. hebat bukan?

hehe,, renung2kn dan,,slmt beramal..
nasihat utk sy, anda dan sy..


No comments: