WELCOME NOTES


Friday, June 18, 2010

Pengertian dan Kepentingan Solat Sunat



Sembahyang Sunat
Sembahyang sunat merupakan budaya dan kegemaran umat Islam zaman dahulu. Ia merupakan hiburan kepada orang Islam yang bertaqwa. Hiburan ini merupakan hiburan yang sebenarnya, kerana ia mendatangkan ketenangan yang hakiki, bukan sekadar éskapism' sementara, sepertimana yang diberikan oleh pelbagai jenis hiburan moden masakini yang hanya berbentuk pura2 serta merugikaan pula. Hiburan yang pura2 ini hanya menghiburkan nafsu tetapi hati atau roh tetap kehausan dan ketandusan pengisian yang sebenarnya.

Sembahyang fardhu sahaja tidak mencukupi untuk mengisi hati dan roh manusia, apalagi sembahyang kita umat akhir zaman yang begitu banyak cacat celanya. Ibarat memakan nasi tanpa lauk, begitulah seseorang yang hanya bersembahyang fardhu, tetapi tidak mengerjakan yang sunat. Rohnya tidak sihat dan mudah 'patah'.

Kalau manusia sanggup menghabiskan wang serta masa yang banyak untuk menyediakan lauk berbanding nasi, maka begitulah sepatutnya kita dalam soal ibadah. Walaupun sunat, peranan ibadah sunat seperti sembahyang sunat ini sangat besar dan penting. Sama-samalah kita fahami, hayati serta amalkan ilmu mengenai sembahyang sunat ini.

Kepentingan Sembahyang Sunat
  1. Melengkapkan kekurangan didalam sembahyang fardhu
  2. Menjadi benteng kepada sembahyang fardhu
  3. Dapat meningkatkan iman
  4. Meninggikan pangkat dan darjat di Syurga
Seandainya sudah ada rasa cinta kepada Allah, kita akan merasakan yang sembahyang itu begitu indah. ia ibarat saat seorang kekasih bertemu dengan kekasihnya. Walaupun berjam-jam lamanya mereka bercakap2, ia dirasakan begitu singkat. Tidak ada rasa penat dan lelah, tetapi rasa seronok dan ingin sekali berjumpa dengan kekasihnya lagi.

Begitulah cara hidup Rasulullah dan para sahabat dahulu. sembahyang sunat diamalkan dengan begitu banyak dan berleluasa, sehinggakan sesiapa yang hanya melakukan satu dua solat sunat dianggap sudah jauh ketinggalan. Kerana itu ada riwayat yang mengatakan bahawa seandainya umat Islam di zaman Rasulullah dan para sahabat hidup di zaman kita, maka kita umat Islam dilihat sebagai orang munafik. Tetapi oleh kerana Allah sayangkan umat Nabi Muhammad saw, maka Dia berikan ganjaran yang sangat besar kepada umat akhir zaman yang boleh menegakkan walaupun hanya satu daripada sunnah Nabi saw. Maknanya, kalau hanya satu jenis sembahyang sunat kita tegakkan dengan sungguh2, maka Allah akan berikan ganjaran yang luarbiasa banyaknya, iaitu seribu kali pahala mati syahid.

Banyak atau sedikitnya amalan sunat seseorang itu juga menunjukkan keikhlasan dalam berinadah. Tanpa perlu 'dipaksa', dia sanggup melakukan ibadah tambahan untuk Allah, Tuhannya. Dia sanggup lakukan óvertime'untuk Tuhannya. Kerana itulah ganjarannya begitu besar di sisi Allah. Sepertimana juga manusia yang bekerja óvertime'diberikan ganjaran berlipat kali ganda.

Oleh kerana itu, marilah kita bersama2 menegakkan sembahyang sunat ini. Bermula dengan bilangan yang sedikit tetapi istiqamah, perlahan2 kita tambahkan sehingga ia menjadi kebiasaan kita. Inilah 'hobi'para sahabat dan salafussoleh yang perlu kita suburkan kembali. Ianya murah dan sangat banyak faedah kita di dunia apalagi di akhirat. Amin, amin, ya Rabbal Álamiin.

Antara link2 berkaitan solat sunat yang bermanfaat untuk kita:

No comments: