WELCOME NOTES


Friday, April 30, 2010

Keistimewaan Wanita

Salam semua.

Artikel yang baru saya layari di internet ini saya ingin kongsikan bersama rakan2 online saya.

Kaum feminis dikatakan susah jadi wanita ISLAM, lihat sahaja peraturan dibawah ini :

  1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
  2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.
  3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
  4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
  5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
  6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya.
  7. Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
  8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya (kenyataannya)??

Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yg teraman dan terbaik. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar terserak bukan?

Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapaknya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik pribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala makhluk, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid.

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: Suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.

Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat saja : Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.

Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.

Masya ALLAH ... demikian sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?

Wednesday, April 28, 2010

Peringatan Besar Buat Kaum Wanita

Description:

Dipetik dari Kitab Muhimmah karangan Sheikh Abdullah bin Abdul Rahim Fathoni 1384 Hijrah. Diceritakan oleh Sayyidina Ali RA.; (sebagaimana yg dilihat Rasulullah S.A.W. pada malam israk mikraj) berikut adalah seksaan bagi kaum wanita mengikut dosanya

  • Perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia,
  • Perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti akan suaminya.
  • Perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya [kepada bayi yang lain] dengan tiada izin suaminya.
  • Perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah dengan tiada izin daripada suaminya.
  • Perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.
  • Perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada dua susunya dan ditambatkan dua susunya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia(ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia didalam dunia tiada hendak bersuci badannya dan tiada hendak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringan akan sembahyang.
  • Perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu. yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan dinyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).
  • Perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (adu domba/batu api) lagi amat dusta.
  • Perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia(mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

SEMOGA MAMPU MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KAUM MUSLIMIN DAN MUSLIMAT SEKELIAN. AllahuA'lam

Monday, April 26, 2010

Mandi manda @ Sg Congkak

Salam smua, seronoknya public day.. Smalam our family picnic kat Sg Congkak. Having a fun.. Enjoy with our pics..

Sunday, April 25, 2010

Manusia, Malaikat, Syaitan...

Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh... Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini... kejap lagi ye.. Manusia - Nak makan, laparlah Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung! Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am... Manusia - Azan sudah kedengaran... Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah.. Manusia - Eh, eh... .tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok.. Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa M alaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. . Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah. Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun.. Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat).. Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .. Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu... Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Friday, April 23, 2010

Bwk anak2 beraktiviti

Assalamualaikum, xder pe nak citer so bukak le citer yg menghibur hati sendiri. Kesian anak2 duk umah x kuar2. Jadi kami bawakler deme ke tempat permainan kanak2 @ JJ Maluri.


Seronoknya anak2 bukan main. Bebas nak kemana-mana. Pilih je nak main apa. Ayah izinkan asalkan selamat. Ibu perhatikan jer untuk keselamatan anak2.
Fea bukan main suka lagi sampai x mau balik. Nasib baik makan pujuk.
Masa anak2 main terpaksalah bahagi dua. Ayah jaga adik, ibu jaga kakak. Risau jgk kalau jadi pape. Kakak suka main gelongsor. Adik plak suka main belon n kereta.
Time nih kakak jg adik. Ajar adik camana nak naik kete. Kebetulan ada kanak2 lain berebut kete ngan adik. Kakak defend adik.. Nasib baik ade yg lain.
Kakak suka golek2kan diri kat bebola yg banyak tur. Mentang2 la banyak geng kat sini. Bertambah seronok la kakak ngan adik. Dlm sejam bermain, ayah pun ajak gi makan. Lain kali kita datang lagi yer..

 

Thursday, April 22, 2010

Adakah Kita Bersyukur

Alhamdulillah, we are always get connected to ALLAH aza wa'jalla anyhow, anytime and anywhere
mudah-mudahan kita tergolong dalam umat yang bijak menggunakan ruang dan peluang yang telah ALLAH kurniakan untuk sentiasa mencari keredhaan dunia dan akhirat - amin ya robbal alamin
Assalaamu'alaikum,
Pernahkah Anda bayangkan bila pada saat kita berdoa, kita mendengar ini: Terima kasih, Anda telah menghubungi Baitullah". Tekan 1 untuk 'meminta'. Tekan 2 untuk 'mengucap syukur'. Tekan 3 untuk 'mengeluh'. Tekan 4 untuk 'permintaan lainnya'." Atau….
Bagaimana jika Malaikat memohon maaf seperti ini:
"Saat ini semua malaikat sedang membantu pelanggan lain. Tetaplah sabar menunggu. Panggilan Anda akan dijawab berdasarkan urutannya."
Atau, pernahkah Anda bayangkan bila pada saat berdoa, Anda mendapat respons seperti ini: "Jika Anda ingin berbicara dengan Malaikat,
Tekan 1. Dengan Malaikat Mikail, Tekan 2. Dengan malaikat lainnya, Tekan 3. Jika Anda ingin mendengar sari tilawah saat Anda menunggu, Tekan 4. "Untuk jawapan pertanyaan tentang hakikat syurga & neraka,silakan tunggu sampai Anda tiba di sini!!" Atau mungkin juga Anda mendengar ini : Sistem kami menunjukkan bahawa Anda telah satu kali menelefon hari ini. Silakan cuba lagi esok."
atau…
Pejabat ini ditutup pada hujung minggu. Sila hubungi semula pada hari Isnin selepas pukul 9 pagi."
Alhamdulillah. .. Allah SWT mengasihi kita, Anda dapat menelefon-Nya setiap saat!!!
Anda hanya perlu untuk memanggilnya bila-bila saja dan Dia mendengar anda.. Kerana bila memanggil Allah,tidak akan pern ah mendapat talian sibuk. Allah menerima setiap panggilan dan mengetahui siapa pemanggilnya secara pribadi. Ketika Anda memanggil-Nya, sila gunakan nombor utama ini: 24434
2 : solat Subuh 4 : solat Zuhur 4 : solat Asar 3 : solat Maghrib 4 : solat Isya Atau untuk lebih sempurna dan lebih banyak afdhalnya, gunakan nombor ini : 28443483
2 : solat Subuh 8 : solat Dhuha 4 : solat Zuhur 4 : solat Asar 3 : solat Maghrib 4 : solat Isya 8 : Solat Tahajjud atau lainnya 3 : Solat Witir
Maklumat terperinci terdapat di Buku Telefon berjudul "Al Qur'anul Karim & Hadis Rasul"
Talian terus , tanpa Operator tanpa Perantara, tanpa bil..
Nombor 24434 dan 28443483 ini memiliki jumlah talian hunting yang tak terhingga dan dibuka 24 jam sehari 7 hari seminggu 365 hari setahun!!!
Sebarkan maklumat ini kepada orang-orang di sekeliling kita. Mana tahu mungkin mereka sedang memerlukannya Sabda Rasulullah S.A.W : "Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa- dosanya walau sebanyak buih laut" 7 Kalimah ALLAH:
1. Mengucap "Bismillah" pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu. 2. Mengucap "Alhamdulillah" pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu. 3. Mengucap "Astaghfirullah" jika lidah terselip perkataan yang tidak patut. 4.. Mengucap "Insya-Allah" jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok. 5. Mengucap "La haula wala kuwwata illa billah" jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini. 6. Mengucap "inna lillahi wa inna ilaihi rajiun" jika menghadapi dan menerima musibah. 7. Mengucap "La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah" sepanjang siang dan malam sehingga tak terpisah dari lidahnya.
Dari tafsir Hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat. .. mudah- mudahan selalu, walau sambil lalu… mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa.
Amin….

Wednesday, April 21, 2010

HARGAILAH ISTERI ANDA

Disini saya ingin kongsikan bersama satu artikel yg amat bermakna pada setiap lelaki yg bergelar suami.. Hargailah isteri anda...... Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka..... Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah. Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya. Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami, seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redha suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung, ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. "Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki), lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita, dekat dengan hati lelaki untuk disayangi." "Woman was made from the rib of man, She was not created from his head to top him, Nor form his feet to be stepped upon, She was made from his side to be close to him, From beneath his arm to be protected by him, Near his heart to be loved by him." "Wahai Tuhan... ku tak layak ke syurgamu ... namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... "Ya Allah... jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia" Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" Marilah kita ucapkan kalimah ini: "Laa ilaaha illallah!" x 10 Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardkan email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini.

Monday, April 19, 2010

What a bad day yesterday..

Salam. Hai kwn2.. Saya nak kongsikan kisah duka saya pada hari smlm. Saya x tau nak luahkan kemana. Jadi saya decide luahkan disini sajela. Kongsikan bersama kwn2 yg sudi membaca. Kisahnya begini. Pagi smlm awal2 lg keluar rumah hubby ajak sarapan kat luar jer. Then g beli barang2 baby mcm pampers n susu. pastur g klinik sbb alif dmm dah 2 hari x kebah. Sblm balik singgah ler kat pasar bli brg basah utk lunch. Disinilah bermulanya sad story tur. Dah bli ikan, sayur, santan n tetiba nampak daun pandan tergerak la ati plak nak beli. Kononnyer nak masak nasi wangi la skit ari ni bau daun pandan. Terliur plak.. Nak djadikan criter.. saya godek2 ler daun pandan yg d depan mata tur. Tetiba jer entah suara aso cina mana ntah dari jauh laung ckp itu org punyer.. Saya yg duk bertenggek kat situ terkedu smua org tengok saya. HUHU.. Apalagi, saya bangun trus berlalu.. Kempunan nak mkn nasi bau pandan. Huhuhu..... Malunyer sekejap.. Ish3 kalo yer pon tgk2 ler dulu sblm menilik brg. Kan x psl2 menilik brg org jadiknyer... Nasib baik hubby x nampak eksiden tur.. Hihi.. Tebal muka eden... Pengajaran2..

Saturday, April 10, 2010

Friday, April 9, 2010

Lucky Draw

Salam semua. Happy to tell that this is my 1st participation in a contest. It's really attract my intentions. Bab2 melibatkan baby ni memang minat habis. Hadiah2 pun best gak. Sapa xnak untuk anak kesayangan kan.. Kalau ader rezki adela.. Sebenarnyer baru jer mengikuti laman blog owner ni @ ariesreeve-babykidstuff sebab memang baru berjinak2 pun tentang blog nih. Mula2 survey blog2 bab keperluan baby. Bila terbaca blog yg comel kiut ni trus jd follower n fan lagi gitu. Nak membeli lum agi. Tgh memilih lg tp produk2 dia memang best. Cayalah.. Really hopes to be one of the winner.. Not for me but for my babies. :) Semoga cute Aries n smart Reeve ceria-ceria selalu...

Thursday, April 8, 2010

Selamat Ulangtahun Alif Fahmi

Hepi besday to you.. Alhamdulillah genap umur alif setahun tanggal 7hb. Ibu doakan semoga baby boy ibu ni sihat selalu dan ceria sokmo. Jgn nangis2 kene buli kakak. Adik kena kuat! Tau...! Ibu sayang anak2 ibu selalu... Walaupun kadang2 marah tapi sayang.. Hehe..

Tuesday, April 6, 2010

Aktiviti anak2 hari ini.. Ekplore beskal

Aktiviti anak2 hari ini.. Ekplore beskal..

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60193574478

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Saturday, April 3, 2010

Aktiviti hari ini. Anak2 main d umah aje

Aktiviti hari ini. Anak2 main d umah aje bsama2..

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60193574478

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Thursday, April 1, 2010

Hepi anniversary 3rd.

Hepi anniversary 3rd.

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60193574478

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...