WELCOME NOTES


Sunday, May 16, 2010

Fw: FW: Hadiah from k nonie

Salam smua. Hari ni rasa happy bangat sebab terima hadiah from k nonie sempena pelawat yg ke 6789 di blog @kubercerit@. Thank you very much k nonie. Its very nice n lovely from Sabah. Kalau k nonie niagakan brg2 cam ni mesti laku.. Hihi tq ;)

This message has been delivered to your e-mail account by the Celcom Multimedia Messaging Service Centre (MMSC) and was originally sent by subscriber number 60193574478

You have received this Multimedia Message in your email inbox and it has been reformatted in order to be visible in your email client. However, Multimedia Messages have slideshow like qualities that are best viewed with the MMS capable player located in MMS capable devices or in our Web based MMS Player.

This message can be viewed as it was originally intended

To view this message as it was originally intened click on the button below...

Saturday, May 15, 2010

Award Beautiful Blogger

Wah cantiknyer award ni... suker3. Award ni saya amik dari blog Novels and Books. Blog tuan punyer memang cantek. Tambahan saya suke novel2 yg dijual dgn harga yg sangat berpatutan dan murah. X percaya, kepada sesiapa yg suka memiliki novel2 best silalah ke Novels and Books. Anda pasti berpuas hati.. Tq cik eisyaaida.. :) Saya pun x tahu nak pas ke siapa blog ni so sesiapa tuan blog yg rajin melayari blog saya sudi3 lah copy n paste award ni dari saya. Dipersilakan.. :)

Thursday, May 13, 2010

Tv.. tv... tv..

Salam,
Hari-hari tgk tv. Tak bukak tv kang abis sepah satu rumah. No best story tukar kartun, layan anak-anak. Antara kartun-kartun dan program paling anak-anak gemari: Dibo The Gift Dragon My Friends Tigger and Pooh Special Agent OSO Geng Bahasa Arab Upin and Ipin Handy Manny Mickey Mouse Club House Danny and Daddy Pocoyo Yang ini pula antara favourites ibu: NCIS Los Angeles CSI Las Vegas CSI Miami CSI New York Adamaya Cerekarama TV3 Al-Hidayah TV3 Mertua vs Menantu Janji selagi tv tidak melalaikan ibadah bersama keluarga.. inilah antara aktiviti keluarga tiap2 hari... :)

Monday, May 10, 2010

Kesihatan:Jalan Kaki

Salam, ini bahan bacaan saya untuk dikongsikan bersama hari ini.. Pengenalan Berjalan kaki adalah senaman yang mudah, murah dan selamat untuk dilakukan. Ia merupakan satu kaedah senaman yang sesuai bagi semua lapisan peringkat umur. Senaman ini boleh dilakukan pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja sama ada di rumah, di pejabat, di kompleks membeli-belah dan lain-lain lagi.. Faedah berjalan kaki Mengamalkan senaman berjalan kaki memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti: 1. Menyihatkan jantung, mengurangkan risiko penyakit jantung dengan merendahkan paras kolesterol. 2. Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok. 3. Mengurangkan risiko penyakit diabetes. Berjalan meningkatkan keupayaan badan untuk memproses gula dengan lebih baik dan membantu melancarkan aliran darah. 4. Mengawal berat badan dan membantu membentuk tubuh badan menjadi menarik. 5. Mengurangkan stress. Berjalan membantu merangsang penghasilan hormon endorfin yang membuatkan kita lebih ceria dan sihat. 6. Mengekalkan kekuatan otot. 7. Mengurangkan risiko osteoporosis 8. Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas. 9. Mampu meningkatkan keyakinan diri. Bagaimana untuk bermula? 1. Tetapkan matlamat. Sekiranya kita tidak pernah melakukan apa-apa jenis senaman dalam jangka masa yang lama, mulakan dengan perlahan-lahan dan jarak yang pendek. 2. Cari tempat yang sesuai untuk berjalan. Seeloknya-eloknya permukaan haruslah rata dan tidak membahayakan. 3. Tetapkan tempoh masa. Pastikan tempoh masa yang ditetapkan mengikut keupayaan tubuh badan kita. 4. Tambah kelajuan dan tahap kesukaran. Sekiranya kita telah berjaya mencapai matlamat di atas, kita mungkin boleh memikirkan untuk menahmabh kelajuan berjalan dan cuba untuk berjalan di kawasan-kawasan seperti di taman rekreasi. 5. Berjalan bersama ahli keluarga dan rakan-rakan. Sekiranya kita berasa tidak yakin dan kurang keseronokan berjalan seorang diri, kita boleh mengajak ahli keluarga atau rakan-rakan untuk bersama-sama menjalankan senaman ini. Berjalan bersama teman yang mengiringi anda akan menjadikan aktiviti yang dilakukan lebih menyeronokkan dan tidak mudah berasa bosan. Teknik-teknik berjalan dengan betul Dengan menggunakan teknik berjalan dengan betul, kita akan dapat meningkatkan tahap kesihatan kita dengan lebih optimum lagi. 1. Pastikan bahagian tumit mencecah tanah sebelum bahagian tapak kaki yang lain. Peringkat permulaan, langkah yang pendek sudah memadai. 2. Hayunkan tangan. Dengan menghayunkan tangan akan memberi lebih banyak impak seperti membantu membakar lebih banyak kalori dan menguatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. Ini menunjukkan bahawa senaman berjalan bukan saja memberi faedah yang lebih kepada otot-otot bahagian bawah namun turut melibatkan otot-otot di bahagian atas badan kita. 3. Luruskan bahagian belakang badan kita. Untuk memastikan kita berada dalam postur yang baik. Luruskan bahagian belakang badan kita dan pandang ke hadapan. 4. Kawal pernafasan. Semasa berjalan pastikan pernafasan kita sentiasa teratur. Sekiranya kita berasa nafas kita semakin tercungap-cungap, kita perlu mengurangkan kelajuan dan sekiranya tidak mampu kita haruslah berhenti. 5. Untuk menambahkan lagi variasi sewaktu berjalan kita boleh menetapkan sasaran pada tempoh-tempoh tertentu untuk meningkatkan kelajuan dan menurunkan kelajuan. 6. Sekiranya mampu, kita boleh menggunakan pedometer, iaitu alat untuk mengukur langkah kaki kita. Alat ini diletakkan di bahagian pinggang kita dan ia akan mengira berapa langkah kaki yang telah kita lakukan pada setiap hari. 7. Cuba untuk melakukan senaman berjalan sekurang-kurangnya 3 hingga 5 kali dalm seminggu. Cara Mudah Untuk Berjalan Terdapat banyak cara untuk kita melakukan senaman berjalan ini. Apa yang penting ialah kita harus pandai mencari peluang dan menjadikan senaman itu sesuatu yang menyeronokkan. 1. Sekiranya kita tinggal di kondominium atau pangsapuri, cuba minimakan penggunaan lif. Sebaliknya lebihkan dengan menggunakan tangga. Sekiranya tidak mampu kita boleh menaiki lif separuh jalan sahaja dan seterusnya menggunakan tangga untuk sampai ke tempat yang ingin dituju. 2. Letakkan kereta di tempat yang agak jauh dari tempat yang ingin ditujui. Sebagai contoh, jika kita ke kompleks membeli belah atau ke pejabat, kita boleh meletakkan kereta sedikit jauh dari pintu masuk. Ini bergantung kepada keadaan sekiranya tidak sesak dan tidak mendatangkan kesulitan yang ketara kepada kita. 3. Jangan hanya duduk sepanjang masa di pejabat. Kita boleh berjalan di sekeliling bangunan tempat kerja. 4. Bagi yang berkeluarga, bawalah mereka untuk bersiar-siar di taman rekreasi. Ketika berada di umah pula, bermainlah sepuas-puasnya dengan anak anda. Ini juga merupakan salah satu cara untuk membakar kalori dan merangsang otot untuk bergerak. 5. Maksimumkan berjalan kaki sekiranya kita ingin ke satu-satu tempat. Sebagai contoh kita boleh berjalan untuk ke masjid, ke kedai runcit, ke rumah jiran dan sebagainya. Note: Portal MYHEALTH

Sunday, May 9, 2010

Hari Ibu


Salam, Selamat Hari Ibu untuk semua para ibu di muka bumi ini. Berbanggalah anda dan bersyukurlah anda bergelar seorang ibu. Semoga semua ibu2 mendapat keredhaan-Nya dan sentiasa dirahmati. Saya ingin mengucapkan berjuta-jutaan terima kasih buat emak saya yang banyak berjasa sepanjang hidup saya. Terima kasih mak. Sayang mak sangat3 forever n ever. Saya juga ingin mengucapkan Selamat Hari Ibu buat ibu mertuaku.. :) Sayang Umi sokmo dlm hati ini...