WELCOME NOTES


Saturday, April 12, 2014

Alkisah..

Dulu masa saya kecik-kecik, saya selalu dapat no 1 dalam kelas tadika dan sekolah rendah...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat 5A UPSR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran masuk MRSM...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya...

Dulu saya dapat 8A dalam PMR...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Dulu saya dapat tawaran buat kursus medic kat Indonesia...

Semua orang puji saya dan ibu saya akan gembira dan peluk cium saya....

Tapi bila saya buang semua keduniaan itu dan berikrar untuk turut berjuang menjadi kebanggaan Rasulullah, saya bawa beg dan merantau ke seluruh dunia, saya berhenti di Afrika untuk belajar ilmu agama, dan balik ke Malaysia dengan kesan-kesan Sunnah Rasulullah di badan saya...

Semua orang mencemuh dan memandang rendah kepada saya....

"Ada ke patut budak lulusan MRSM masuk pondok? Dah la sijil tak diiktiraf, belajar jauh-jauh sampai Afrika pulak tu? Nanti nak makan apa? Bodohnya... Memalukan mak bapak, peluang besar jadi orang besar dilepaskan pulak..."

Kata mereka....

Tapi...

Pada suatu Subuh...

Saya pergi ke masjid bersama ibu saya di mana saya merupakan imam di masjid itu...

Saya bacakan surah Abasa...

Dan sebak ketika sampai ayat:

Yaumayafirrul mar'umin akhih.....

Wa ummihi...wa Abih....

Selesai solat, semasa perjalanan pulang...

Ibu bertanya kenapa saya sebak ketika sampai di ayat itu?

Saya jelaskan....

Ayat itu menceritakan tentang huru hara mahsyar sehinggakan seorang insan itu akan lari daripada saudaranya...

Ibunya...

Ayahnya....

Isterinya...

Anak-anaknya...

Saya katakan...

Di dunia ini, bila kita jadi kaya, orang puji kononnya kita berjaya...

Bila kita gunakan dunia untuk mengejar akhirat, orang akan kata kita gila...

Sedangkan di mahsyar nanti, semua "kata-kata orang" tu langsung tak bernilai kerana ibu, bapa, anak, isteri, saudara yang di dunia ni sangat rapat dengan kita pun, kelak di mahsyar mereka akan saling melarikan diri daripada berjumpa kerana takut dituntut......

Maka saya sebak kerana saya risaukan apa keadaan saya di mahsyar kelak...

Pujian orang ramai selama berbelas-belas tahun tu langsung tak bagi manfaat pada saya...

Kejian selama bertahun-tahun kerana mengorbankan dunia demi agama juga tak bagi mudarat pada saya...

Lalu kenapa manusia masih mengejar pujian orang ramai dan takut dengan celaan mereka?

Ibu sekali lagi memeluk saya, tersenyum sambil menangis dan berkata....

"Sejuk perut mama dapat anak macam bangcik..."

Maka itulah kali pertama dalam hidupku saya berasa sangat gembira akan "pujian" ibuku...

Pelbagai pencapaian demi pencapaian yang saya dapat DULU, saya tidak pernah merasa gembira seperti ini walaupun dulu juga saya dipeluk cium ibu dan dipuji....

Wahai hamba Allah...

Apa sebenarnya yang kalian kejar?

Apa pula sebenarnya yang kejar kalian?

Mengapa kalian masih mengejar pujian sia-sia manusia...

Sedangkan malaikat maut pula tidak pernah lelah siang malam mengejar kalian?

Wahai saudaraku...

Apakah kalian sedar nafas kalian hanya berbaki beberapa lagi?

Sebelum lubang kubur kalian akan digali?

Apa yang aku dan kalian ada.. untuk Allah dan Rasul bangga?

*self-reminder*

Masalah KITA yg masih bernyawa ni....dah ambik bekal kah belum...atau masih leka dengan mainan2 sekeliling kita.....

Bak kata kalam saiyidina Ali r.a...."Hidup di dunia ini ramai yg terlena, akhirat nanti baru terjaga."

Jangan kita masuk dalam golongan yg "ramai" tu....sebab yg ramai tu kononnya 'normallah' di akhir zaman ni...

Masuklah dlm golongan yg sedikit...sbb yg sedikit itu akan masuk syurga...selama2nya...
"pesanan utk KITA...saya sekali yg banyak dosa ni"

sgt memberi keinsafan

Wednesday, April 2, 2014

Kenapa flourida ubat gigi bahaya

Pernah tak korang terfikir kenapa ubat gigi Mukmin tanpa FLUORIDA?
Best ke guna ubt gigi xde fluorida ni?
Tak best kan?
Mulut rasa tak berangin je kan..

Hmm, sy jgk seperti anda pd mulanya. Tapi lama2, mulut xblh bau fluorida sbb asyk nk tmuntah je.
Sy beralih pd Mukmin, dg penuh tanda tanya..

Eh, kenapa mukmin tak guna fluorida?? Tak elok ke fluorida ni??

Takdir Allah, menggerakkan hati saya utk bertanya pd Mr Christopher. Slpas dia kongsikan knapa dia bencikan Mcdonalds.
Mungkin dia ada jawapannya.

Saya bertanya,
'Mr, do yOu know about fluorida?'

Dg tegasnya,
'Oh, yes Mrs Sarah!
PLEASE DONT YOU EVER USE IT!'

Sy terkedu.
' But why, mr?'

He said, 'I know quite a lot about what the American gov are doing. I know about flouride I don't use toothpaste with it. I make coconut oil and baking soda to clean my teeth.
Mix them together. You can add eucaliptus oil in it too. It's better than tooth paste!'

' U mean, fluorida is one of the American gov are doing?? Like Mcdonalds?'

'Yes, of course Mrs!!'

Sy terkedu lagi.

Katanya, fluorida adalah slh satu bahan plg berbahaya dlm jenayah saintifik. Penggunaan fluorida scara bterusan dari kecil shingga besar boleh menyebabkan kerosakan otak manusia scara perlahan2 utk jgka masa yg lama.
Fluorida adalah sejenis racun yg blh mgubah tingkah laku dan perangai manusia.
Dos yg sdikit diambil, tapi kesannya mampu mengurangkan kekuatan msyarakat dpd melawan sbuah pemerintahan.
Itulah kuasa Amerika yg membunuh umat islam dlm senyap dan perlahan-lahan!
Malah lebih teruk, kandungan fluorida dlm ubt ggi mmpu mbunuh kanak2!

Katanya,
'Mana mungkin fluorida dpt mgurangkan msalah gigi kpd manusia!
Nonsense, mrs!
Stop using it!'

Sy senyap. Speechless.
Dlm hati,mcm tak percaya je.

Akhirnya, sy temui buku Deadly Mist- Usaha Amerika Merosakkan Kesihatan Dunia dari penulis Jerry D. Gray.

Allahuakbar! Allahuakbar!
Apa yg dikata dan ditegaskan Mr Chris adalah benar!

Yes, itu buktinya knpa ubat gigi mukmin tanpa fluorida!

Tepuk dada sendiri, tanya iman dihati.

Ayuh! Tinggalkan fluorida!
Mari kita beralih pd coconut oil dan baking soda! Better than toothpaste!

Ayuh bina generasi muslim sebenar.
Anak2 yg berakhlak mulia!
Belum terlambat utk segalanya.
Smoga Allah melindungi kita. Amin.

Daripada:
Datuk Dr Rozaini Bin Hj Ghazali

Ini pula info "The Spice That Prevents Fluoride From Destroying Your Brain".

Bagi tahu info ni kepada semua Rakan2.

Sent from my iPad